Tuesday, February 28, 2012

chenta.

I'm getting emotional again so just ignore this post. I'm currently writhing with my heart and slightly guided by my brain- please forgive my words. Baru je lps tgk satu bual bicara kt Korean television. Their guest is a comedian. A famous comedian indeed. they talk about his life, his successful career and of course, the obstacles & hurtful event in his journey. No one live in perfect life without problems i tell u- in case u feel u are d only one who suffer.

Imagine ek. Dia ada good and happy life before. Dia kerja kuat to success in his career as comedian. Dia berjaya and dia berkahwin and dianugerahkan dua anak lelaki. Tapi langit tak selalu cerah, masa wife dia mengandung 2nd baby, doctor ckp buah pinggang wife dia dah rosak. Kena operate asap. kalo operate mestilah akan effect baby dlm perut kan. as a mother, of course- nyawa anak mmg dpt priority so operation tangguh lima hari.

Baby lahir pramatang. tp yg wife dia ni tak blh nk operate lg sbb donor tak de. line panjang tunggu donor so wife dia kena dialisis hari2 la. mcm jatuh ditimpa tangga, brain baby dia ada problem yg mengakibatkan bahagian kanan baby tu tak blh guna especially tgn kanan and kaki kanan. as a husband and a father- imagine mcm mana hancurnya hati comedian tu.

mind u again- keje dia is a comedian k. so he have to smile and make people laugh in order to make money. kalau korg ada kt tempat dia, mampu nak hadapi sume tu? nak gelak2 even family tgh kelam kabut. aku tak mampu. sungguh.

Dia berkerja siang mlm. then g hospital hari2 to spend tym with the wife. mana dgn anak lagi. sampai satu tahap rambut dia gugur and doctor kata tu disebabkan stress yg keterlaluan. then wife dia moody tau lps sakit tu. slalu marah sbb sakit & of course tension yang amat. Lagilah sasau lelaki tu. hebat ujian Tuhan utk ko, bang.

pastu dlm talkshow tu, wife dia bg surat since wife dia tak mampu dtg. its a secret letter. tym tu aku mmg tak blh control la air mata. even MC pun tak dpt nk baca surat tu. MC sume lelaki tau so secara tak lansung, aku tahu lelaki pun lembut hati gak [kwn lelaki aku blh dibilang ye. tu pun tak de yg rapat. even sume adik2 aku lelaki tp i dont really understand man as a whole]

aku tak pernah bercinta. i mean love and be loved. so cerita lelaki tu mcm eye opener. to find someone yang sanggup stay dgn kita susah & senang- mana nk dpt weh? to love u no matter what. to be with u through thick and thin.

marriage nampak indah. u will be ur other half 24/7. bangun pagi2 nmpk dia sampai la nk tdo mlm kemudiannya. masa bahagia, tym sume tgh cantik- everything seems perfect but kalau perkara2 mcm ni jd dkt any marriage- brape ramai yg blh tahan? sape je yang sanggup? especially kalau kahwin sbb cinta yg bukan lillahitaala.

sbb kwin?- sbb dia cntik
sbb kwin?- sbb dia pndai msak
sbb khwin?- sbb dia baik
sbb khwin?- sbb dia romantik

cantik, pndai msk, romantik, ensem or even baik pun blh berubah bila2 masa. people can change anytime. so- am i prepared for this? truthfully- no. maybe sbb i havent met a right guy- my other half yet. love do have some power. u can turn something impossible to possible.

who knows?

kucing adalah satu ciptaan Allah yang mampu menghilangkan stress. tak caye? tgk ni

alololo.

keroncong buat ana

1st skali- 30 days challenge
#15: something u dont leave the house without

depend nk g mana. kalo stakat balik kg- phone & purse yg ada IC, lesen [ececeh. mentang2 dh blh drive] dan juga sedikit duit in case ibu sruh beli roti ke biskut ke. kalo nk kuar g tmpt lain- err.. basically, tu la dua. yg lain tak kisah pun. FYI, syuhada tak ske pakai handbag. bahu dia jatuh so handbag adalah satu ciptaan manusia yang bagus tp sgt leceh pd syuhada.

2ndly- laporan harian.

perut lapar. berkeroncong siap main anklung lagi. nk wat sarapan, tunggu ibu bangun dlu. bukan sruh ibu buat tp nanti jimat wat air sekali. ibu sy sgt suka teh susu. so bakal2 adik ipar, meh blajar ngan bakal kak long ko ni kalo nak dpt bonus mark dr bakal mak mertua. dont worry, ibu akan jd mak mertua yg baik cuma main problem korg is your future sister-in-law which is..yes, me. muahahaha!!

btw, i've proposed ibu yg 1st test utk korg is buat cekodok pisang. be prepared.

*owh. kejamnye aku*kena ensure yg test2 ni akn dilakukan selepas aku dh lps jd menantu org lain, baru berani nk wat ank dara org lain* kalo tak nanti naya..huehehe*

korg fikir aku akan wat cam gitu ke? no lah. wat pe nk seksa2 org2 yg adik2 aku sayang? diorg bakal jaga adik2 aku sampai mati. but u better take my words ni k- if u ever hurt my brother, i will hunt u down. do remember that.

awat aku emosi berlebih pagi2 ni? td elok je.ok. stop emosi. mari menggerakkan minda secara lebih santai dan positive. pkl 1 krg, aku nk g office baru. jumpa puan ina tu. nk propose psl hal kereta and aku nk tanye psl solat [mksud aku- bos bagi ke kelonggaran utk kuar smyg?] dua tu je. yg lain, ok kot. pastu before or after meeting, aku nk g wat IC. IC skrg dh mcm tak rupa IC.. patah n IC tu masih lagi ada wajah siti syuhada yg berusia 15 tahun. tak lama lagi nak banyak pakai IC- fail borang sume chmbring, so baik la di renew.. huhu

ok. sekian dlu laporan harian. lets watch this [selingan iklan]


*bouncing happily* yippi yay yay, yippi yippi yay yay!! *grinning*
[tu je. no words to describe my feeling right now]

kita kembali ke studio utama. silakan.
:P

Sunday, February 26, 2012

Peti Ais

takde. nmpak peti ais. tu yg menulis title bersempena nampak peti ais. hidup ni simple. so tak yah pening-pening sgt kalo setakat nk pikir title. ye dak?
[alasan tak dpt fikir title yg berkaitan dgn entri dis tym. sy mengaku]

td kuar cite behind d scene cite lisa&yusry. wow. yusry abdul halim- you r such a lucky guy! erra cun yang amat tu ko dpt, lisa pujaan ramai tu pun ko dpt. jodoh ko, rezeki ko. thniah sbb menemui cinta baru. its good sbb u choose to move on. no use la nak menangisi hal lama. semoga berbahagia hendaknya~ amin :)

cuma masa tgh tgk tu, i cannot help by thinking- ko dh penah wat dokumentari cam gini ngan erra dlu, ni ko wat lagi..huhu. tp its cool bila lisa told d viewers that yusry penah kuar date ngan mak dia [bukan literally date pd sape yg tak tgk, tp ada kwn yusry skali. so bertiga. hish. mendatangkan fitnah je ayat aku ni] d fact that a guy willing nak berjumpa dgn mak org yg dia syg adalah satu point besar d mata perempuan.

courage is something lacking with all the man nowadays. okay. not all la. majority. u say u like or maybe u love, but then there is no next step. even macam mana maju pun for people to say tak slh for girls to make d 1st move but then, girls are girls. she will give all her life after marrying u. syurga dia akan shift dr tapak kaki mak ke tapak kaki kau. so apa slhnye for u to take d 1st step. how good if someone show- truly show that they are serious about how he felt. aku tak heran if jumpa couple yg tak sepadan; contoh mcm yg perempuannya cikgu, yg lelakinya tak berkerja. u know what probably yg menyumbang pd terjlinnya syg itu? because d wrong guy said d right thing at d right moment. Right guy kdg2 too slow to make a move. aish. membazir betul.

trust me- for a good woman who have a good heart- once a guy loves her, she will love u back, 10 times more than what u did. dats y, Allah tak bagi perempuan kawen 4 sebab hati perempuan tak mampu nak sayang lebih dari satu.

VC UiTM Dato' Sahol penah ckp tym perjumpaan dia ngan students LLB-kalo nak cari suami, cari yang sayangkan emaknya nescaya dia akan sygkan kamu seumur hidupnya. Tell u what, this is my philosophy now ma. tidak la bermakna nakkan yg anak mak, tapi dia hormatkan mak dia and dia blh accept family aku as if my family is his family. owh. ku-telah-jatuh-cinta la makna kalo jumpa lelaki macam ni.

oklah. syuhada selesai mengomel. mahu tidur. esok ada date dgn shera. tmn dia cari selendang. semoga bermimpikan lelaki yang bakal menjadi menantu terbaik makbapak aku.. insyaAllah~ :)

Saturday, February 25, 2012

Day 7 : 14

tetibe lost word plak nk ngomel pe. owh 30 days challenge!

day 7 : #14
Songs you listen to when you are happy, sad, bored, hyped & mad

Happy: Sunset Glow (BigBang)

Sad: Haru Haru (BigBang)
Bored: Terukir di Bintang (Yuna)
Hyped: Put Your Hands Up (2pm)
Mad: Nothing.

Masa marah kena diam. Syuhada ada capability utk mengeluarkan kata-kata yang dia akan menyesal teramat kemudian hari kalo dia bercakap masa marah. so bila marah, biarkan saya saja. cukup time, sy akan sejuk sndri. Jangan pujuk sbb ego sy akan runtuh mcm WTC nanti. Saya akan kalah kow2 tym tu, so jgn buat sy kalah sbb sy tak suka kalah. *peace*

Thursday, February 23, 2012

Dua Puluh Dua Februari

nope. korg tak salah date. mmg hari ni 23 Feb. saje tulis title 22 Feb sbb semalam macam2 benda jadi ngan aku.

result LLB announced semalam. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t, aku lepas sume subjek even frust pasal Evidence and Civil.. skit je lagi pointer nk merasa ada bintang kat nama tym konvo nanti.. ingat nak g wat rayuan tapi nth nape, aku macam berat hati nak buat. kalau aku tak confident paper tu tak pe, ni mmg confident yang amat blh skor. segala kes aku hafal sbb spot Q mmg kuar bulat2, ni tak jugak dpt skor, frust habis la. tido tangan kt dahi weh. mungkin dah bukan rezeki aku, pasrah saje lah. tapi tak boleh. tak puas hati. so aku akan call office LLB gak. usaha syu. jgn cepat putus asa!!

Semalam Official MV for Blue released.


secara jujurnya, lagu tu bagus tapi macam ada yang kurang. tak tahu pe. konsep sesuai la dengan lagu. mellow semacam. ni lagu utk orang baru lepas clash. dh tak blh blah dengan r/ship tu so break off. apapun, good job jiyongie!!

Day 6: #13
Short term goals for this month and why?

walaupun Februari tgl bape hari je lagi, ada satu satu goal yang aku nak capai bulan ni which is, SYUHADA KENA PANDAI DRIVE!! why? sbb khamis depan aku dah start keje. Kalo gelabah lagi bawak kereta, macam mana nak g keje? ni bukan sama macam keje ngan firm lama. duk je office, jadi kerani. mmg tak bergerak ke mana2 la. yang aku nak wat khamis ni sampai la 9 bulan lagi is pupilage. Chambering bai. ke hulu ke hilir. tak de kete, macam mana. Ibu bagi pinjam pesona. yup. belum mampu nak beli kete sendiri. aku faham situasi family. I'm d eldest. Family tak mampu sekarang. so hold kejap mimpi nak ada Swift sendiri. tunggu jap ye bakal baby ku.. nanti aku dah berduit sendiri, aku beli. huhu *wink*

Owh. By the way, happy birthday utk kamu. Sorry, I've been remembering 22nd Feb every year since 2002. I'm used to. I know, I know.. I'm not supposed to remember him anymore tapi aku tak de niat jahat. Sekadar mahu mendoakan dia bahagia sampai bila-bila, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. semoga dia terus tabah dan matang dalam menghadapi hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagai anak yang soleh, sebagai suami mithali dan sebagai bakal bapa buat anak-anaknya.. InsyaAllah.. Amin~

Tuesday, February 21, 2012

Random Facts About Me

good morning readers :)
pagi yang indah. Alhamdulillah masih punya nyawa utk teruskan hidup. besok result keluar. aku tak tahu mcm mana nk picture my feeling right now. perut mcm berputar. jantung mcm tak tentu arah. senak pun ada. tiga paper ketakutan; opinion writing, criminal law & ethic. cuaknye Tuhan saje lah yang tahu. mcm2 perkara ada dlm kepala.

"Ya Allah, aku telah berusaha.. kini aku bertawakkal kepada-Mu, berikanlah yang terbaik buat hamba-Mu ini.. Sesungguhnya. hanya Kau lah yang Maha Mengatahui lagi Maha Mengasihani.. Amin~ "

Day 5: #12
15 random facts about you

  1. even muka mcm mak tiri hitler, syuhada adalah seorang crybaby
  2. blood type- O
  3. Gulai ayam a.k.a ayam masak lemak cili padi is my fav food
  4. pengat pisang adalah fav dessert
  5. Nescafe adalah satu kemestian dlm hidup tp pasti akn sakit perut after that
  6. tak suka warna hijau
  7. gile warna putih
  8. current crush: beto khushairy
  9. remy ishak masih tetap di hati.. huehehe
  10. amoi, kunyit, oyen & meiling adalah ex-kucings yang telah pergi~ [Along rindu...]
  11. oyo/ ayong/ nama asalnya: cleo is my only kucing kesayangan jiwa raga buat masa ni
  12. nampak firm, tp syuhada adalah seorang penakut
  13. lagi selangkah nak mencapai cita-cita dari kecik which is to be a lawyer
  14. gila berkerja. i can picture myself as workaholic one day
  15. syuhada mahu menjadi ibu kepada lima org anak
-end-

Monday, February 20, 2012

Day 4 : 10 & 11

#10: A photo of your favorite place to eat
frankly speaking, i dont have any fav place to eat. I prefer eat at home. Maybe sbb jimat and i cannot afford mkn kat luar selalu- mahal. so basically, i failed this challenge. kalo dh bergaji sendiri mungkin blh ada tempat mkn fav selain rumah. :I

#11: A habit that u wish you didnt have

Habit suke mengusik and memicit jerawat kt muka. tgn ni tak blh duduk diam especially tym tgh berfikir or doing something yang memerlukan fokus except driving. tangan ni cpt je merayap kt dahi la kat pipi la. akibatnya- huh, tok sah kata la.

***

okay. tu je update hari ni. baru balik dr rumah bibik and now tgn kanan lenguh2. mata dh separuh lelap tapi masih hepy sbb BigBang akn jd guest untuk RunningMan. Mmg pasti akan dinanti la kan? huhu. sangat tidak sabar.

gud nyte people. Moga mimpi yang indah-indah

Sunday, February 19, 2012

mi amigo. chinggu.

Hari ini diistiharkan syuhada layak mengisi borang menjadi isteri mithali. huehehe. okay. kalo bukan isteri mithali pun, anak dara mithali pun cun gak. bangun pagi [even tak la pagi mana] buat sarapan [even lambat] then start masak. nasi masak 8 pot habis ye you olls. ye itu fakta. bukan cobaan atau tipu-tipuan.

sambil masak gigih kemas dapur, sapu sume. Udang goreng berlada adalah satu kemahiran yang sy miliki. ala-ala signature dish gitew. saya tak pndai masak, so bila terer satu lauk ni mmg bangga habis lah. so sambil masak, mampu pulak mengemas pe yang patut. lps settle masak, ibu balik dr kelas ngaji, sediakan lunch ibu. pastu [ye sy tau korg boring baca diari hidup ni tp tahan la kejap. exited nk bgtau ni] lipat kain sambil tgk drama korea. tak ke typical malay girl skrg sy ni? huhu.

petang, goreng plak pisang nangka yang dh masak kt belakang tu. sedap. magrib, tlg urut kepala ibu sbb dia sakit pale. ibu kata saya pandai urut, untung la bakal suami.. kuikuikui.. tp harap maklum ye, urut bukan nk manja2 tp mmg utk hilang sakit. sendawa banyak ibu tadi. sian mak saya.. nanti along belikan kerusi urut utk ibu ye bu.. sabar ye, tunggu anak ibu ni senang tak lame je lagi ye.. :)

30 days challenge- day 3: 9

A picture of you and your friends.

defines friends. for me, friends are those who be with u, through thick and thin. you lough with them, u cry with them. believe u. accepting u in which ever way you are and you are able to be who you really are. they may not be a perfect friends but at least, if someone mentioned his/her name you may able to say- ah, she is my friend. its not just mere friend. it must be more than that. see, i have different interpretation of friend. just knowing someone i wont consider them as friend- maybe classmate, maybe schoolmate, maybe colleagues but not friend. as a consequences, i dont have lots of friend. in fact, while doing LLB there are less than 5 people i can call as friend to me. for one year man, i've gone through a year of hell with no one with me. uh. i dont want to remember those moments again.

[sila abaikan budak gemok baju ungu tu]- wif k.cik and mak dia and adik bongsu dia
this is Ummi Nadiah (tudung klabu tu la..of coz) a.k.a Kak Cik a.k.a Balqis a.k.a best buddy ku. i've known her for only 6 months but I dare to say that she is my friend dunia akhirat. i met her when i'm doing my pre-law at Merbok, Kedah i.e. masa tu mmg baru sgt lagi kuar tgk dunia so friendship ni mmg innocent and seikhlas hati. dia antara manusia punya hati paling ikhlas yang pernah aku jumpa.

tudung biru- kak hetty munira. she is two years older than me but when walking beside her, aku dh macam makcik dia plak. tudung krim puan farah fafa [gambar ni dia edit so caption tu bukan aku pnya] yup. puan. baru je kahwin aritu. sayang tak dpt gi. tdung hitam- shil. nth apa hilangnye khabar budak tu. I'm closer with farah n k.hety. paling ingat, masa demam 9 hari kat umah sewa at s.alam tu, diorg la yg jaga. siap wat air tawar lagi. terharu sbb masa tu tak de sape peduli except diorang. owh. mula merindui mereka~~ <3

Saturday, February 18, 2012

Lapan dan lelap.

nak jugak buat benda alah ni lagi

Eight: A song to match your mood.


LYRICS:

*** KOR:

겨울이 가고 봄이 찾아오죠
우린 시들고 그리움 속에 마음이 멍들었죠
I'm singing my blues
파란 눈물에 파란 슬픔에 길들여져
I'm singing my blues
뜬 구름에 날려보낸 사랑 oh oh

*** ENG:

Winter is gone, spring is coming.
We have withered, had bruises in hearts, longing.
I'm singing my blues.
Becoming used to the blue tears, blue sorrow.
I'm singing my blues.
Love that i let fly to the cloud

quote from one VIP: when the teaser is addicting, you know how good the real song gonna be
*stand up and applause*shed tears*

*applause*~what a good words~*applause*

sy mengantok. thats why suara GD yang menyentuh jiwa ini sgt match dgn mood.
saranghae, jiyongie <3

Baby, goodnight~ Baby, goodnight~ Baby, goodnight~
[err.. ni adalah lagu bagi sape2 yg tak tahu]

*before tido jgn lupa baca doa*

Long Lai~~

Owh letih. No, sy tak g hiking or join marathon ke pe tp g kenduri kawen kt Putrajaya sajo. tp ye, sy letih. Balik, sy drive. Kelam kabut itu pasti. paling best kt tol, tgn tak sampai nk touch&go. ayah gelak bapak nye kow kow. mmg terduduk, terlentang, tenganga kena bahan. Tu la, dulu gelakkan ibu, ni sendiri kena.. baru padan muka! hambik kt ko la syu~

Lps dh sangkut kt tol sampai urat pinggang terkeluceh [ke ni istilah org n9? dia mcm ala2 terseliuh] tukar driver and g JUSCO habiskan voucer RM200 yg gov bagi tu.. saya beli ni

planner & 2 buku. dah lama tak beli buku. saya bukan kaki buku tapi nk sgt beli buku ni. ada usha gak buku Dr.M tapi mcm.. tak baca kotttt~~ not good kan? sbb lawyer must read a lot and i lack of that ability to read a lot. change it syu!!

ayah amik satu buku, ijam amik buku sains rujukan sebuah. ibu duk luar kedai sbb dh pitam. maklumlah anak dara dia hampir-hampir menjahanamkan kete kesayangan dia.. huhu. balik, singgah TTJ sbb ijam nk mkn burger feymes tu. [burger Ijan kalo tak slh nama kedai. burger, roti john n hotdog mmg terbaek dr ladang. kira utk taste local, standart kalo diperbaiki 5% lagi blh wat mcm McD- malaysia punya style. diorg bnyk cwangan. try ah] dh ala-ala jumpa kedai mkn, ibu turun mkn mee mamak ngan ayah n ijam. sy order nsi goreng daging merah. as usual.

now. here i am. menaip dgn lemah longlai.

nk g tgk tv3 pun mls. tp ada Beto Kushairy.. owh. sy suke die. hikhik.

30 Days Challenge- Day 2 : 5,6,7

Fifth: Photo of yourself two years ago

[sgt payah nk mencari gambr 2 tahun lps. dh lama tak ber-camwhore satu, lagi satu sbb laptop sy dh K.O. total lost. mungkin dpt diselamatkan tapi memerlukan kos pembedahan yang tinggi. sy dh keje, sy betulkan. janji]

gambar raya tahun 2010. dgn amoi~ owh, i miss her..

memandangkan bnda ni sgt pendek- so sambung lagi. see, i can finish this in 2 days ma.

sixth: someone u would want to switch lives for one day and why

u want me to answer honestly ke pe?
since i've being honest for the past 5 post, i'll be honest now. but if i've being honest, its not proper. tak sepatutnya aku berfikir ttg itu. dont ever think about it, syu. so! if i can switch lives even for one say..hmm.. sape ek? Dato' Siti kot but of course WITHOUT dato' K in the picture la kan. satu hari je; aku mahu jadi dia. fame, wealth and most importantly, aku nk bljr mcm mana jd manusia sesopan itu. sungguh, dia lah manusia plg humble n sopan yang pernah aku tgk even dlm tv sajo. tak kisahlah itu lakonan semata, but dia berjaya mempertahankan jiwa perempuan melayu bertahun-tahun dpn tv. suara pun manis, wajahnye cantik..
a good example of malay woman.

tu kalo sehari, kalo lebih, i dont think i want to switch with anyone. i love my live. i love my family. i'm okay like this, bersyukur yg amat dpt hidup sederhana tapi sempurna macam ni. alhamdulillah. i'm truly thankful for my life. alhamdulillah~

seventh: your dream wedding

err.. sila rujuk sini

okay. good night people *hugs*

Friday, February 17, 2012

Empat : ya, saya bosan

Day 4: Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
[iPod la sangat.. hajat hati teringin nk beli telefon baru]

  1. Haru Haru (Big Bang)
  2. Sowoneul Marhaebwa (SNSD)
  3. Tired of Waiting (2PM)
  4. The Boys (SNSD)
  5. La La La (Big Bang)
  6. Go Away (2NE1)
  7. Love Light (CNBlue)
  8. Lonely (2NE1)
  9. Sunset Glow (Big Bang)
  10. Stupid Liar (Big Bang)
hbis dh? oi. aku boring lagi ni..!!

Third

nampak? ni bahana kebosanan aku. I may end up doing all 30 challenge in 2 days. kalo sehari over la plak. lagipun, 1st march dh start busy. aku mungkin tak de masa nak memperbanyakkan post dlm blog ku ini. *alasan! cit!*

3rd: the idea of perfect 1st date

memandangkan aku tak penah kapel, dan aku tak rasa aku nak berkapel [lebih kepada idea cinta lps kawen since sy terpesona dgn idea yg bagus lg diberkati Allah s.w.t itu. Disclaimer: i'm not warak giler, tp at least, aku berharap, aku boleh follow sebanyak mana arahan Allah s.w.t.. insyaAllah] so marilah aku tukar idea ni kepada- my perfect idea of honeymoon~ booooyah!

[np: terukir d bintang-yuna] [mode: gedik mengada]

sy sgt suke idea perkahwinan BFFku cik..eh, puan yanti. tempoh bertunang dijadikan tempoh perkenalan. then, lps lansung, barulah berdating sampai ke Langkawi. saya pun nk wat gitu, tapi ibu kata best lagi nikah dlu, then sebulan lps tu lansung. lps nikah g honeymoon, balik je baru wat kenduri. idea tu cun tp untuk save budget, baik lah wat sume sekali. hehe.

hajat asalnye nak gi sipadan. teringin yang amat ke pulau yang org kata cantik sungguh itu. pastu bila fikir2 balik, bahaya kot tempat tu.. so berangan nak g redang la plak. dpat gi seminggu dua pun okay. then bwk parents termasuk mertua *chewahhh* buat umrah. aku teringin nak ziarah wan kat sana. rindunya aku pd dia~ lagipun, aku blh kenalkan wat kat cucu menatu dia nanti.. hihi. [Al-fatihah untuk Arwah Wan..] Di sana, biar aku n future husband yg dh pun jd husband dpt doa sama2 dpn Kaabah. Minta diredhai dan dipanjangkan jodoh sampai syurga.. aku percaya pada kerdhaan Tuhan dan ibu bapa adalah important key for a good future.

satu lagi impian: aku teringin nk wat bungee jumping dgn my other half. idea tu dh meracau2 dlm pale aku sejak tgk 'we got married- Adam Couple'


romantik teramat. aku jenis gayat tinggi. even tym duk mawar tingat 8 tu pun aku mmg kecut perut tp sy suke cabaran. especially cabaran romantik cam gitu. huhu.. even dia pun gayat tinggi, kalo dia willing nk wat bnda ni dgn aku, owh- i'll love u more, hubby!
*muntahlah kalo nk muntah.. :P *

ape lagi ek? errr.. i'm not a fan of all mushy-cheesy-too romantic things. dunno la since tak penah dpt. kalo tgk tu mungkin meluat, tp kalo rasa, sape tahu ek? huehehehe.. ok. better stop now before korang sume hempas laptop. bye!

*wink*

Second

saya bosan. so i'll do the 2nd day nye challenge.
:blog aku, suka hati aku daa.. :

A photo of something you ate today

sgt enak dicicah dgn teh susu.

kredit gmbr utk: pak cik Google Images

30 Days Challenge- Day 1

A photo of yourself and a description how your day was

my 1st graduation. December 2010 if tak salah. Bachelor of Legal studies (BLS).

nape pilih gambar ni? sbb aku terfikirkan hal result yg tak lama lagi nk kuar. paper plg nerves? - criminal & ethic. mmg aku tak perform dua paper ni. sgt tidak confident tp mengharapkan Allah melembutkan lah hati pemeriksa tym menanda krts jwpn aku.. amin~

graduation LLB- must go!
aku bagi 100% utk hbiskan LLB. air mata, peluh, tenaga, duit, masa, emosi.. pendek kata jiwa raga aku bagi utk Bachelor of Law yang menguji iman dan kesabaran tu. ibu tanye, kalo dt sem ni 3.5 mcm mana? ternganga aku. aku aminkan sbb doa ibu mana ada hijab kan? tapi kalo betul la dpt, aku puasa 9 hari. Sujud syukur jawabnye. InsyaAllah.. aku dah usaha, tawakkal lah~

how was my day- so far?
as usual. bangun pg. sarapan ngan ibu. borak tak hengat. pastu start msk. hari ni daging msk asam manis. pelik mungkin kalo org tak penah dgr tp kalo korg rasa, mungkin dpt mengubah persepsi itu. my mum punya daging msk asam manis is d best. tak tahu la yg lain sbb kalo org lain msk, especially kt kedai, aku tak mkn kot. sbb tak confident dgn level kebersihan. huhu..

GD nye teaser dh kuar. as expected! even extension rambut tu mmg la pelik tp fashionista mcm dia, org tak kata sgt. he is the trend setter ma. mampu nak lawan?? owh, tidak sama skali ye. n title track- BLUE.. awesome! tak tahu la tp bunyi mcm acoustic skit. full song kuar 22hb.
weee~~ I'm exited!!!

ptg ni ingat nk g amik kete kt umah bibik. berlatih la cdgnye. ye. kena berlatih banyak. tiba-tiba terfikir psl duit elaun chambering yg keciput tu. hmm.. bagi kat ibu la. minta tlg ibu handle. aku percaya, kalo bg kt dia, lagi berkat duit tu. lagi selamat. aku pun bukan buat apa2 duit tu. so biar ibu la yg handle. aku iakan aje.

okay. nk g mandi. Oyo-the-kucing duk memandang aku minta dimanja. hehe.

-l.o.v.e-

Thursday, February 16, 2012

Tora datang lagi.

aku tetibe terfikir psl Tora. satu mkanan ruji agung waktu kanak-kanak. ada robot kaler biru and coklat seketul dua. sekarang baru fhm nape ibu hangin kalo aku mintak mende alah nth pape tu dlu.

okay. lps search gmbr kt google images. yg robot biru tu bukan TORA tapi Ding Dang. aku ingat lagi suara lelaki dlm iklan tu. legend seh. ada sekali diorg wat iklan, hadiah kecik tu dpt teropong. uihhh.. meloncat2, merengek2 mintak kt ibu, ibu kata tak boleh. owh, nak jugak. memuncung pnjang [syuhada sgt kuat melawan. ampun kan along bu] ibu belikan jugak akhirnya, tp tu la, degil.. akhirnya dpt patung kecik pe mende ntah. aku tak ingat. Iklan diorg ni sgt la feymes di klangan budak2 lahir 80-an.. aku slh seorang la kan.. huhu

bosan. hyper nye bosan. hajat hati nk tgk cite korea. khatamkan pe yg terlonggok kat dlm external yang tak aku usik2. alih2 duk ulang cite running man. lelaki berlari, kata angah. ngeh :P cite psl korea, esok photo teaser GD plak akan reveal. owh, sgt teruja! since before ni banyak gmbr dh leak psl imej diorg, so keterperanjatan VIP pada gmbr lain2 tak segila masa gmbar TOP rambut biru kuar. but i believe, gambar GD mesti lagi gile and totally unexpected. bab2 ni, GD mmg no 1. tapi dia tetap lelaki chumel di mataku~


petang ni cadang nak berlatih bawak kete lagi. apepun, 1hb 3 ni aku kena drive gak. menggigil atau tak, balun saje lah labu, tu aku kena harung la. pekan seremban plak tu. hadoi la~

hari ni masak ayam goreng berlada n sayur kacang panjang. kacang pnjang tumisnye hangus. gelabah aku dh dtg. nsb baik ayam dpt cover balik. okay la. buuuuleh la nk alas perut. aku jeles ngan org yg hebat memasak. ada beberapa org dlm umur2 aku yg sgt cekap memasak dan aku sgt kagum. i believe, ke-teror-an tu bukan dtg sehari dua.
owh. kenapalah aku mls masuk dapur dlu??

why syu? why??!

Achik tukar profile pic. gambar ngan awek dia. hmm.. syg sungguh dia ngan budak tu. semoga berbahagia lah cik. jgn ko tak bljr sudah. risau tu ade. jga la dri elok2. jaga hubungan tu elok2. pandai-pandai bawak diri.. jangan hanyut sudahlah~

aku membebel je ni. nth pe point aku tak tahu.

Entah: Cubaan Pertama


*Backspace*Backspace*Backspace*

Dia mengeluh berat. Di fikirannya punya pelbagai cerita mahu dikongsikan buat si penerima, tapi dia takut email nya akan dipandang sunyi. Sesekali dia tersenyum sinis, berterima kasih pada yang mencipta teknologi ini berpaksikan ilham dari Tuhan. Terima kasih, kalau tidak kerana kamu, entah berapa banyak pokok harus ditebang semata-mata untuk membalas kiriman melalui surat.

Cara lama. Tapi lebih sentimental dari pandangan matanya. Dia senyum lagi, seolah-olah melupakan niat asalnya dia di sini. Dia mengangkat kepala, melihat keindahan tasik; mengharapkan agar ilham diberikan untuk membalas email ini. Email dari Ilham.

Ilham. Ilham Hakim.

Ilham Hakim Hj Murad. Sahabat lamanya.

Dia membaca kembali kandungan email dari Ilham.

Assalamualaikum w.b.t.
Kau sihat? Aku, alhamdulillah.

###

see. crap. total crap. i dont like it. uwahhhh.. i need my groove back~

Wednesday, February 15, 2012

Di Bulan Februari~


Leave
Yeah, Finally I realize that I am nothing without you
I was so wrong, forgive me
Ah ah ah ah

My broken heart like a wave
My shaken heart like a wind
My heart vanished like smoke
It can't be removed like a tattoo
I sigh deeply as if a ground is going to cave in
Only dusts are piled up in my mind
(Say goodbye)

Yeah, I thought I wouldn't be able to live even one day without you
But somehow I managed to live on (longer) than I thought
You don't answer anything as I cry out "I miss you"
I hope for a vain expectation but now it's useless
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bigbang/haru_haru_english_version.html ]
What is it about that person next to you, did he make you cry?
Dear can you even see me, did you forget completely?
I am worried, I feel anxiety because I can't get close nor try to talk to you
I spend long nights by myself, erasing my thoughts a thousand times

Don't look back and leave
Don't find me again and live (on)
Because I have no regrets from loving you, take only the good memories
I can bear it in some way
I can stand in some way
You should be happy if you are like this
I become dull day by day (eh eh eh eh)
Oh girl I cry, cry
You're my all, say goodbye...

If we pass by each other on the street
Act like you didn't see me and go the way you were walking to
If you keep thinking about our past memories
I might go look for you secretly

Always be happy with him, (so) I won't ever get a different mind
Even smallest regret won't be left out ever
Please live well as if I should feel jealous
You should always be like that bright sky, like that white cloud
Yes, you should always smile like that as if nothing happened

I hope your heart fees relieved
Please forget about me and live (on)
Those tears will dry completely
As time passes by
It would've hurt less if we didn't meet at all (mm)
Hope you will bury our promise of being together forever baby
I pray for you

Oh girl I cry, cry
You're my all, say goodbye, bye
Oh my love don't lie, lie
You're my heart, say goodbye


..You would never know..

Monday, February 13, 2012

Back to the groove..?

[dua tiga hari ni mood agak gloomy and bila baca balik blog, post2 banyak yang emo. a good emo for me but tak seronok nk dibaca balik]

Satu pagi aku bertanya pd ibu- Bu, kalau ibu ada tym nk tulis novel, cite pe ibu nak wat? Ibu jwb: perjalanan menghapuskan dosa. aku terdiam. sumpah aku rasa idea ibu tu cool. sungguh.

bersetuju dgn dia yg cerita cintan cintun ni dh lame. In fact, cerita2 mcm tu bnyk berbentuk komersil. tak mendatangkan faedah except mengisi masa lapang dgn membaca la kan but not good for brain [ok. ni pndapat aku. tak niat nk bashing sape2] dulu, tym umur awal remaja area 13-16 tahun, aku mmg kaki novel. awal2 aku hidup tu zaman ahadiat akasyah. Dilema Salina was the best book he ever wrote. thats from my POV la. aku pernah baca Lagenda Budak Setan tapi tak ingat since aku baca tu tym aku 9 atau 11 tahun. owh. budaknye aku tym tu.

pastu masuk SMKAP, tu dh kira era Alaf21.
Aisya Sofea antara novelist yang aku kejar hasil kerja dia sbb novel Jauh. well, novel tu terkena skit dgn dri aku, tu yang sangkut hati tu. pastu banyak lagi novel baca termasuklah novel2-berhantu-yang-wajib-baca mcm Ombak Rindu [aku tgk movie dia, nangis bukan sbb cite tp sbb tym tu.. haha. adeeelah~ ] Bicara Hati and.. nth, dua novel tu la aku ingat.

lately aku minat nk baca buku2 motivasi. aku jatuh cinta gak pd buku2 gitu tapi tula, bnda2 bwk mnfaat tu mmg membosankan. hangat2 tahi ayam, aku tutup buku. tido.

sangat.tidak.bagus

thats y aku rasa org end up baca novel2 jiwang. lagi menarik. tapi tetap lame.

i used to write.. cerpen, fanfic etc. ada gak percubaan nk wat novel, but then terbengkalai di hujung jln. ye, cite tu dh nk hbis dah tpi sangkut. nth pape nth. sume aku dah buang except fanfic sbb tu aku letak dlm Freestyle (arashi's fanfic forum)

aku terfikir nk menulis balik. tapi entah.

idea tak kunjung tiba.. huhu.

Sunday, February 12, 2012

Heartbeat

tadi, lps solat maghrib, ibu mengadu dada dia sakit. haih.. dh tua mak aku rupanya [err.. i did called my mum ibu and mak. tgk mood. asalnye ibu- then now slalu panggil mak. reason? unknown] then dh tlg urut badan dia sume, another session pillow talk la. as usual.

then suddenly dia ckp- dia takut

dia takut kalau2 aku pergi dulu. tersentak gak aku tym tu. tp bila tgk air mata dia meleleh ke pipi, aku sedar possibility tu ada.


aku adalah anak kebanggaan keluarga. aku sedar perkara itu and I admit it. sejak kecil as anak sulung and cucu sulung, aku bwk harapan besar family. I did performed well in my study sampai la hbs LLB. tp langit tak selalu cerah and wat parents aku frust ngan aku. ayah frust masa aku tak dpt Penilaian Tahap Satu (PTS) masa drjh 3 and ibu frust tym SPM and aku tak dpt metrik.

Secara jujurnya, aku rasa aku dapat wat LLB bukan sbb kelayakan, kehebatan or kecermelangan tp sbb doa ibu ayah and sume org yg nk sgt tgk aku jd lawyer.
sungguh. aku ingat semua tu sampai mati..

tapi mcm mana kalau aku mati sebelum sempat aku balas budi mereka? satu pagi,aku ada ckp ngan ibu harapan aku kalo mati, biarlah aku ada pencen ke pe.. at least ibu & ayah tak susah. ayah mmg ada pencen tp at least, aku blh tlg lagi even aku dh tak de.. at least pengorbanan diorang slama ni tak sia2 tapi ibu kata tak pe, tu bukan perkara sia-sia tapi tu satu ibadah.

penat aku tahan air mata tym tu sbb tym tu srpn [and mmg dh jd habit family kitorg berborak berjam2 kt meja mkn especially between me and my mum] it will ruin the mood. demi Tuhan, aku sangat sangat sangat lah sayangkan wanita ini

harapan dan cita-cita itu blh dibuat bila2 masa oleh sesiapapun tapi yang menentukan adalah Dia. aku blh berhrp dan berdoa agar semua pnjg umur- aku berhrp satu hari family aku blh senang bahagia dgn titik peluh aku- aku berharap macam2: tapi apa yang terjadi adalah urusan-Nya..

Kalau along dijemput Tuhan, bu.. along minta halal setiap titik susu ibu yang along minum, setiap tenaga yang ibu guna utk melahirkan along sehingga bersabung nyawa.. ampun kan along untuk segala dosa2 along.. along banyak dosa ngan ibu.. terlalu banyak.. doakan along.. along takut sempit, along takut gelap.. doakan agar kubur along luas dan terang..

ampunkan along, yah.. along banyak buat dosa.. along banyak sakitkan hati ayah.. along minta halal segala-galanya. ayah lah ayah terbaik yang selalu menjadi penyelamat along..

terima kasih. untuk setiap doa, setiap kasih sayang, setiap galakan..
terima kasih. kerana menjadi ibu dan ayah untuk along..
terima kasih. utk segala kebahagiaan yang kalian berikan..

along sangat- sangat menyayangi ibu & ayah

p/s: btw, today is my bestfriend's 25th birthday. Happy birthday sweetie.


Friday, February 10, 2012

Kala Malam Bulan.. Cantik Sungguh

tgh mlm. 12.48 a.m to be exact. aku belum tido *obviously*

ada mcm2 perkara dlm pale skrg. aku rasa mcm nk bercerita ttg banyk bnda.
psl kucing [aku baca blog femes Hanis Zalika td. Quote skit: people said Dog is man's bestfriend but cat is a family. thats a fact. sungguh] ...psl cite hindustan yg aku tgk td [tajuk dia wake up sid. cite psl seorang lelaki yg tak sedar diuntung but then lps kena halau dek family, dia met sorg pmpuan and he grows up. simple not typical cite bollywood la kan]..

..psl vanila coklat [aku tgh taip ni sambil tgk vanila coklat kt page Aiman Hakin Ridza.

tgk mata mamat tu. ada bran tenung mata tu?? kalo dpt, mmg gua tabik lu, babe. Err.. i mean in reality la. kalo ko renung gmbr ni, payah citenye tu..mamat tu punya mata yang meeeniiiikam kalbu meeenuuusuk jiwa *nosebleed*]

... psl- urgh. aku terfikir balik psl firm and chambering. serabut. better tido. gud nyte :)

p/s: semoga esok masih ada utk kita melihat bulan secantik itu lagi.. insyaAllah~


Thursday, February 9, 2012

another lesson to be a better person


ada satu kesedihan yang aku sendiri tak faham apa puncanya. mungkin sbb things didnt go as what i expected or as what i wish. but why did i feel like this? this is not good. we promised each other that the best man win but when she did win, i feel something strange. its not jealousy but maybe more on- disappointed. yeah. i feel disappointed.

i shouldnt feel this way. this is not good. she is my friend for heaven's sake.

she is better than me. that is a fact. so she deserve a better place than me.

isnt it? then why do i have to question it?

Be rationale syu. u are not a kid anymore- big enough to think wisely. u have to train your heart not to feel this way. there must be something hidden here. something that Allah s.w.t plans for you. Accept it. Things happen for reason, remember?

but why must u made a sudden decision? you dont even try to search at any other places. you didnt even try to call or go those places. Geez~ u are such a child syu. you let your emotion rule your mind. why?

hmm.. there is no point to blame anyone or even yourself. now, go to sleep. try to accept this and take this as a lesson. dont do it again. u have to remember this so in future u wont make the same mistake again.

think. CAREFULLY.before u act. and. before u speak.

dont worry too much. u know worries didnt bring u anywhere.

Wednesday, February 8, 2012

blub.blub. blur

baru balik dr rumah bibik [bukan org gaji ye. dia adalah mak saudara kesayangan saya. asal sejarah panggil bibik ada kna mengena dgn populariti cite2 indon zmn2 muda dia ngan ibu. detail, please pm me. thank u] angah wat cekodok tepung sedap. cicah dgn sambal tempoyak masak ibu wat semalam. sedap hingga menjilat jari [utk bebudak yg baru hidup, ni dlu tagline KFC]

balik saje, mcm rutin biase org bujang lagi tak berbf mcm aku, online le jwbnye. aku hantu k-pop ye, so bnyk bnda nk di on9 kan.. haha. meh aku share satu bnda awesome


ni 1st tym aku rasa meremang tym org nyanyi. sungguh mereka hebat. ni lagi satu


terbaek dari ladang.

ah. world wide VIP mesti tgh exited dgn BIGBANG nye comeback tak lama lagi and i'm not excluded. Rambut biru laut TOP tu sgt la eye-catching and seriously, I cant wait for others especially GD. Daesung pun. These two; whom being tested like hell last year, i hope 2012 will be a great year for them. Alive is the album title and GD composed majority of the songs. How can a guy be too perfect. He is beauty with brain. Cool and cute. awesome and.. ah. i'm in love with him.. btw, just to let u know- I'm a DaraGon shipper. huehehe.

ni lagi satu lagu yang bagus jugak. from yuna. simple tp sweet.


somey kan wat lagu utk yg terchenta. lagu ni lagu angau. kalo aku angau aku post lagu ni kt FB. mlm ni nk mimpi kawen ngan anak Tengku Mukhriz. haha.. good nyte

:)

Tuesday, February 7, 2012

kisah hati: islamic perspective

not mine: aku dapat dari sini .

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?


Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.


Sekian, Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Disember 2006


- ada satu kebuntuan dlm hati yang sukar untuk aku ceritakan.. Tuhan, berikan aku jalan.. aku sgt lemah.. aku sangat jahil.. aku kalah dlm godaan dunia.. selamatkan aku~ :'(