Wednesday, February 26, 2014

Bukan Orang Suci

[tarik nafas panjang2] [lepas]

baru lepas baca satu kisah manusia. seorang kenalan. yang pernah jd kawan. kenapa pernah? sbb dia pernah sakitkan hati aku sampai bila saja aku teringat- luka boleh pedih balik. Trauma pun ada. Then teringat pulak kt sume manusia yg pernah mencalar balar kan hidup aku dulu. Kena buli, kena fitnah, kena tipu. Pengalaman hidup. Kalau tak de diorg, umur setakat angka- bukan kayu ukur kedewasaan. Ceeewah! Ayat broadway sungguh! Haha..  Tapi-- kenapa susah sangat aku nak maafkan? 

Maafkan tu dah rasanya. Tapi nak lupa tu susah bebenor nak dibuat. Kalau still ingat, maknanya aku tak ikhlas ke memaafkan? 

Allah SWT berfirman:
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).

 Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna memberi maaf di sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya. Quraish Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara. [sumber

[buka media player] [pasang kuat2 zikir taubat Munif Hijjaz] 

Itu apa org wat kat aku- yang aku wat kat orang mcm mana? Aduiii. Kalo mati esok, ke kejap lagi ke macam mana aku nak cari sume org utk minta ampun? Dosa dgn Allah bolehlah minta ampun tulus ikhlas dan harap Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ampunkan dosa kita. Kalau manusia? Ayat apa nak guna untuk minta ampun sesama manusia? Macam mana aku nak g ketuk pintu Seri Perdana n jumpa Kak Mah minta ampun sebab aku banyak mengutuk dia? Allahurabbi.. 

Tu kalo lisan, yang dalam hati menghukum orang macam mana? Duk tempelak org- eh, kjp bertudung, kejap ko tanggal- kau ingat tudung tu mainan? Budget ahli syurga ke pe ko ni syu? Dulu masa baru masuk pre-law, aku mmg ahli aktif mesyuarat tingkap. Alasan- nak dpat ramai kawan. [Aku pernah baca somewhere- gossiping blh attract ramai kawan. But ye ke kawan namanya tu?] tp cam realized i'm not being myself, so pencen la jd ahli. Aku prefer kawan dalam dua tiga org then hidup dalam kelompok tu je. Cerita orang aku tak peduli, apa nak jadi ngan dunia pun aku tak kisah. Janji aku happy. Tapi dalam pada tak peduli, bila ada benda tak berkenan dek hati melintas dpn mata, aku kutuk juga dlm diam. cuma tak ckp ngan org. Dosa gak tu weiiii... 

Bos pernah tanya, yg dlm kubur kena gigit tu jasad ke ruh? Aku yg tgh drive diam sambil visually garu kepala. Kalo jasad, kita akan rasa sakit ke? Kalo tak sakit, nape pengurusan jenazah dimenstikan dgn cara paling lembut? Masa atok pergi aritu, time aku cium atok, ibu pesan cium lembut2. sbb sakitnya nyawa keluar dari badan ni tak terkata. Kita dihijabkan dari nampak darah yg terpercik saat nyawa tinggalkan badan. Mengecik mata aku bila membayangkan betapa ngerinya sakaratul maut. 

Tu baru sakaratul maut. Alam barzakh? Apa rupa mungkar nangkir masa dtg nak interview aku? sesak nye la hai dlm kubur. aku dah la ada claustrophobia, drive guna terowong SMART pun aku ngeri, nikan pulak la duduk dalam liang lahad sempit kecik gelap gitu. [sumpah. bulu rema aku meremang] 

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
[sumber]

aku bukan ustazah. Ni hanya keluhan kecil seorang hamba sahaya yang nth mana letaknya di mata Tuhan


syair ni buat aku menyesal tido dlm kelas ustazah ummi. kalo aku faham bahasa arab dah tentunya aku blh kagumi bahasanya. translation pun dh syahdu, ni kan pula bahasa asalnya.

Monday, February 24, 2014

Senyum

Blog agak serius lately. and i dont like it. Urgh.


Sempena beli buku bnyk2 kt Big Bad Wolf Sabtu aritu padahal buku melambak blm baca lg. 
 
Tips utk ketawa versi aku: G tgk muka org terbersin or terperanjat. Ibu said aku tym kecik tak de nye nk gelak sbb org agah ke pe. [kan aku kata aku macho] Tapi aku akan gelak kaw2 utk benda-benda natural cenggitu. Hihu.

Sunday, February 23, 2014

Dinda (s)

 Semalam, ngedate dgn cik soulmate g Big Bad Wolf. Masa borak2 dlm kete cite psl arwah atok, ak tetibe teringat yg kt blog aku ni aku cite psl sume org yg aku syg except satu. Adik-adik aku. Takut xsempat. Masa bukan banyak.. huhu


By now, rasanya ramai dah tahu aku adalah along.
Yang mana merujuk kepada gelaran kepada anak sulung dalam keluarga. Adik-adik aku ada lima. semua lelaki. [so korg tau la mana dtg syuhada yg macam ni kan. heh] aku sangat close dgn diorg. Makan boleh suap boleh share. Tdo boleh sekali, pinjam perut, pinjam peha buat bantal. Family aku open for discussion. mana ada cerita yang tak kluar? dari A-Z, sume cite. Kat meja makan pagi minggu mmg tym melepak. pkl 11 baru start semua kemas rumah. dalam rmh tak de istilah kau lelaki, kau lepak, ko pmpuan ko keje. Mati aku mcm tu! so sume kena kerahan tenaga. eh. aku along. berani nak melawan?? Hahahaha [gelak kejam]

Bila tgk adik2 dah besar n dah pandai cari gf bagai ni, wat aku rasa sayu plak. Bengong. Tapi ye, aku rasa lps ni diorg bukan aku punya dah. haha. drama dak? Ni baru adik, agaknya kalo anak aku nak kawen nanti, nth drama ape plak aku buat. Being syuhada yg paranoid kekadang, aku risau kalo later kitorg dah tak rapat dah. Lima adik ipar perempuan. [aku budget adik ipar aku lima org je. lebih aku tak kira] Ntah apa ragam masing-masing. 

Tu sini along nak pesan [diorg pun tak tahu blog aku ni. xpelah. dah nak mati nanti ak bgtau- along ade blog. ade wasiat utk korg. g baca sana. hihu] dgn penuh rsa syg along nk pesan kt korg;

perempuan zaman ni bahaya. mcm yg along slalu ckp kt ibu, yg tak jd dpn mata jgn fikir bnda tu tak ada. korg banyak pilihan. Pilihlah. korg jaga solat, jaga peribadi- nescaya beratur perempuan menunggu. Korg lelaki, pilihan melambak. Ingat pesan ateh- perempuan yang bertudung tak semestinya baik tp yg baik selalunya bertudung. Pilih yg dh tau batas aurat unless korg ade keyakinan yg tinggi utk ubah dia lps korg kawen. yang ada adab sebagai org melayu. Yang tahu dia tu perempuan. Yang tahu apa makna Tuhan.

 bab cantik ni along hafal sangat dah taste korg. yg comel putih gebu pipi pau yg korg suke kan. lima2 taste gitu. haha. mmg sah adik beradik la korg. bab ni along tak kisah pun. terpulang lah. fizikal ni tak bawa ke mana pun. cantik cam ne, wat nye tetibe Tuhan tarik nikmat cantik tu, takkan korg nak lepaskan dia gitu je kan. ah, korg dh besar. pandai la korg fikir.

Along penah tanye ayah, mcm mana kalo korg pilih janda ada anak as wife. sbb pada along, tak de masalah pun. but ayah totally against it. iye jodoh tu kerja Tuhan, tp bila dah ada guideline dr ayah, korg kenala ikut. Bak kata Ustaz Kazim dlm buku dia, kalo mak ayah tak berkenan, baik la ditinggalkan. bukan sbb ape, tp sayang. takkan nak biar org yg kita sayang dilayan tak sama rata dgn ipar lamai yg lain. Kan? Along rasa korg faham. Ibu ngan ayah bukan dr orang mcm tu, ye along tahu. But kalo diikut guideline tu, lg bagus. ye dak? Ayah tak ske perempuan keje syift bukan psl apa, sbb dia nak anak lelaki dia berjaga. doktor, nurse etc sume, baiklah korg set aside awal2. lawyer pun jgn. sbb hanya lawyer rare mcm along je balik keje on tym. heh. g cari cikgu, ustazah ke.. ha, tu pilihan bagus. bonus marks along kasi.

ibu, ayah & along tak kasi korg bawa perempuan balik rumah. Kalau betul nak kenalkan, kami akan dtg tgk sndri. tak payah bawak balik rumah, sbb perempuan itu tinggi nilainya. kalo tak nak tahap serius gini pun, suruh dia jumpa along dulu. tp bukan kat rumah! Jangan diangkut anak dara orang ke hulu ke hilir. Jangan ko pegang2 konon tanda sayang! Kalau dah awal perhubungan tak de redha Tuhan, mcm mana rumah tangga yg korg bakal bina akan berkat? Korg lelaki. korg mendidik. Kalaupun perempuan tu nak pegang tangan ko ke pe [which korg mmg suke gila kan? cit!] .jangan! kalo syg, jaga. unless korg nak ikut ckp ayah. Jangan follow dakyah ayah yg tu. tu adalah satu2nya benda salah yg ayah ajar kita. huehehe.

Ingat, perempuan itu hatinya lembut dan pemurah dgn kasih syg. Sekali kau sayang dia, sepuluh kali dia akan syg kau. Apapun dia sanggup buat kalau dah sayang. dats y tugas melahirkan bagi kat perempuan. Jadi, pilih perempuan yg sanggup susah dgn kau. sbb kalo dia tak sanggup, maknanya dia tak cukup sayang kau. Pilih perempuan yg tahu hormat ibu & ayah. yg blh terima family kita sbb apa-apa jadi kat along, dia/ diorg la yg kena jaga ibu, teman ibu kat wad sume. make sure dia hormat mak ayah kita, sbb kalo tak, along bangkit dr kubur along cekik lps sorg2. siap!

cari perempuan yg sekufu dgn kita sbb along tak sanggup tgk adik2 along diperlekehkan. lps ni tak de dah anak dato' ke pe sbb kita tahu takkan mampu kita hidup macam dia. [but still, respect kt along kt ko bang. cam ne ko blh dpt ntah]ajar mereka adab biar mereka tahu mana diorg duduk as isteri dan mana korg berdiri as suami. ajar hormat bukan ajar takut. Ingat segala pesan ibu bab menghargai isteri. sayang betul2 dan berkomunikasi la dgn baik. layan elok2 tp jgn sampai pandai menengking korg dpn org. jgn buat along bz nak bangkit dari kubur asyik nak cekik dia. [kuanghajar la kalo biadab ngan adik aku!] Kalau dah sampai tahap biadab gitu, hantar diorg balik rmh mak ayah dia. Heh.

and most importantly, jangan belakangkan ibu ayah dalam sume hal. wajib ingat- perempuan lps kahwin, syurga dia shifted dr ibu pd suami tp korg ttp kena hidup bwh redha ibu. Balance tu penting. Ibu tu penyabar yg amat, dia mungkin nk elak dari terasa tpi hati dia, sapa yg tahu? Ibu akan jd ibu mertua yg baik. Along berani kerat jari. Ayah pun. Ah, korg kenal sape diorg kan. Along pun akan try la jd akak ipar yg baik. sbb dunia ni karma. aku buat kt adik ipar aku, nanti kakak-kakak ipar aku buat kat aku pulak. Homaaii homaaiii.

Salah satu kriteria yg Rasullah s.a.w dh set up utk umat dia dlm pilih psngn adalah keturunan. Carilah perempuan yg tahu nilai keluarga. Nescaya dia tahu bagaimana nk menghargai dan menghormati keluarga kita. 

and lastly, make sure bakal adik ipar along tahu wat cekodok pisang yg lembut lg sedap. dan bebulat cantik. bukan rupa alien. sbb tu la soklan interview amali wajib yg akan disoal. [soklan bocor ni. baik hafal jawapn]

sekian. dr along. 
yg tak de pernahnya lupa utk doakan kesejahteraan korg.

Friday, February 21, 2014

Degil.

Terkadang aku rasa kamu ada
Di sana- lihat aku
Aku mahu ke sana tanya khabar mu
tapi kaki degil tidak mahu melangkah
ego mahu menjengah

Jujurnya
Dari sini aku juga lihat kamu
Aku sudah ingatkan pd hati- jgn pernah peduli lagi
Tapi dia degil-

kasihan aku pada dia. 
Rabak lusuh pakaiannya.
Entah apa yang dia tagih sampai begitu sekali dia disisih
Mari sini hati, aku ubatkan.
Aku siram dgn kalam Tuhan
Aku jaga dengan kasih syg
Jadi kelak kamu bisa bangun bangga
-yg kamu tidak akan kalah dengan ujian dariNya

Tapi hati degil lagi
Katanya beri aku masa sedikit lagi
Katanya aku mahu lihat dia bahagia
Katanya aku mahu lihat senyumannya
Agar aku boleh rasa lega

Aku gelakkan hati semahunya
Segala kata caci aku guna untuk tempelak dia
Tapi hati hanya senyum sahaja
dgn ucap yg sama dia berkata
- tolong beri aku masa. Aku mahu lihat dia bahagia. 

-syuhada. Jumaat. 21 Februari 2014.

Thursday, February 20, 2014

Sorga.

eh. aku noticed lately mcm rajin update blog. idea dan kerajinan dtg singgah. ha. singgahlah lama2. bagi berseri skit blog aku yg lama dulu aku tinggalkan. 

ok. ade stgh jam nak update. 

aritu dgr radio. Ikim. aku strongly suggest korg start dgr Ikim. memula cam mual sbb iklan mak datok punya panjang slot tajaan. n iklan style lama. so agak bosan. but then slowly rasa iklan pun ada ilmu, n radio mainstream yg biase mcm nth ape2 je kat telinga. asek2 lagu cinta la. pe la.

[ok. aku tak nak buat iklan plak kt sini]

but aritu kan aku dgr satu nasihat la dr ustazah ni. mcm mana nak hadapi ujian dlm hidup [eh aku ok. sihat je ni. xde sedih patah hati putus cinta ke pe. I'm perfectly fine] just sharing. benda baik. Kata ustzah tu [yg mana aku dh olah iku pemahaman aku] jgn pndg hidup ni life span nya sampai nafas habis. akhirat tu pun kehidupan kita jugak. Jadi, bila org ckp hikmah bila diuji, tak semestinya dlm hidup ni je. Tuhan bg ujian bertimpa2 myb sbb Allah tahu yg kt sana nanti susah nak masuk syurga, so Dia bg kita ujian sruh kita sabar. Sbb ingat, pahala sabar laaaaaagi banyak drpd pahala ibadah. kan ke terbukti betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang nya Tuhan kita? 

......

Ammar. Sekali lagi aku terfikir nama tu. Probably sbb tgh baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar. Few pages awal mmg air mata tu mcm paip bocor. but then slowly dpt grab misi and visi dia sampai dia diangkat sebegitu rupa. aku rasa key point nape dia ni bagus sbb dia ni aku dpt rasa ikhlasnya based on apa yg penulis2 dlm buku tu cerita la. betul la kata abg ipar dia, remaja dahagakan ikon baik mcm tu, dats y ammar dpt perhatian. but jgn sampai memuja. cukup sekadar jdkan panduan dan pedoman. 

Ni nk tgk cover muka dia pun aku malu. rasa mcm pndg muka cinta hati. kalau dapat masuk syurga, aku pinang juga si ammar ni. Tym tu xde nye isu cinta bertepuk sblh tgn ke pe. eh. bukanke kat syurga, apa nak je sume dapat?

Wednesday, February 19, 2014

Memoir- #2 (Teratai)

Orang kata, kalo tgh stress, jgn fikir sgt. Fikirkan yg perkara2 yg indah. Yang seronok. dan menenangkan. Macam muka mak, pelangi, sungai dan- rerakan!!

It reminds me of them. Teratai!

  Apakah teratai? Teratai dalam definisi aku adalah sejumlah empat orang gadis lemah lembut lagi pemalu yang tak pandai cakap kasar-kasar or x pernah membuta dalam clz. teratai consists of four different type of girls who end up being close throughout the year. Agak segan and malu nak mengakui bahawa they are one of my strength sepanjang nk wat dlsa dlu. Tapi tu lah hakikatnya. [Gelak? Siap!]

 

mana dapat nama teratai? tanya memi. sbb ni nama grup wasap kitorg. dia admin so dia letak nama. Memula cam tak blh blah gak. Bapak panjang nama grup- Teratai Layu Di Tasik Madu. But at the end rasa cam comey gak nama tu.Memi n ke'comey'lan: mmg forte dia la kaaann.

 


 Aku n memi mmg kenal dr prelaw. so memandangkan kitorg wat dlsa ni sesame n tak kenal org lain, jd kami pun duduk la sekali. tetibe dtg gadis lemah lembut grad usim, stok ustazah dtg duduk sblh memi. Memi dgn penuh beradab tanye- name sape? zafirah katanya. aku amik masa lama gak la nk hafal nama dia. asyik zarifah sajo. nota pkai tulisan jawi beb- ketaq lutut aku ngan memi. aku ingat lg memi bisik tanye aku- syu, Mal ni pe? Aku dgn confident jwb- family kot. sahlah jahilnya kan. jd zafirah aka zaf ni membetulkan. Mal ni kes selain drpd jenayah. Family is one of it la- terang Zaf secara lemah lembut [budak usim la katakan] sengih beruk aku ngan memi. hihu.

memandangkan mcm boleh blah keje ngan diorg, jd part 2 kitorg decide utk masih kerja bersama. tetibe dtg seorang kanak-kanak riang [yg asalnya nmpk mcm ustazah sbb dia geng ustzah usim gak dlu, tp rupa-rupanya lg ganaz dr aku] nak join grup kitorg. Nama ustzah nya Husna tp dah kitorg rosakkan jd cuna.secara jujur aku hanya tahu nama dia masa part 2. [i'm not good in memorizing names and facts. bnyk makan semut mungkin] memula cam awkward skit aku ngan dia. sbb aku mati2 ingat dia ni lemah lembut alim warak n skali lg, ak xblh skit dgn pmpuan ckp lembut2 ni. aku jd kesian kt diorg. mesti diorg 'ngeri' nak ckp ngan ak. aku kn ganas. haha. tetapi! ceh. cuna lg gila dr aku rupanya. selamba badak dia je ngumpat ngata kutuk org depan2. sbgai contoh, kt Seoul Garden aritu. budak tu sejengkal je jarak ngan dia, selamba je dia gelakkan.


 

  Cuna n Zaf mmg ade ilmu agama yg jauuuuh lg banyak dn bagus dr aku n memi. Study usulfiqh pkai kitab arab diorg, aku ngn memi nganga tak tahu pe. mujur baik hati sudi terang. kalo x, double nganga la jwbnya. Aku rasa d only tym yang aku blh tlg bab bljr ni tym advocacy. tu pun tak jugak. sbb diorg lg power. Memi banyak tlg kalo aku blur. dia la duk cuit aku ke pe tym aku dh hilang tumpuan dh bljr. terima kasih banyk2 utk suluhan lampu knowledge saat2 aku gelap buta tak tahu pe.

banyak memori ngan diorg ni. potluck [sbb ak teringin nk makan chicken butter milk thai asam fish, memi belikan. awalnya mcm tu je. eh, tetibe bawak lauk bagai plak] pastu tym clz cancel g tgk movie kt jusco bukit raja, lepas opis mohaji, sesat g cari istana budaya [yg akhirnya takdpt nk g sbb dh lmbt gila n tak juga jumpa mana celahnya istana budaya ni], karok sampai sakit tekak, trip ke melaka n recently kuar jimba mgu lps. tu aktiviti major la. yg kecik2 mcm gelakkan org dlm grup wasap tym org present, plan psl nk mkn mane utk dinner lps clz, ngadu psl mooting xpuas hati, etc etc.. tu sume pun memori mahal tak dpt nak jumpa tempat lain. [aku syg korg. sungguh]




 

Nora and k.amal slalu join g makan. rindu diorg jugak. alahai best nye lah tym tu. Apa lagi nak cite ek. cuna suggest sruh cite psl perangai masing2. haha. ok gak. so ni dari POV aku.

[belum taip dah senyum. Allahhh.. rindunya kt korg]


Aimi Shazwani Yaakob

 
Memi:- kekadang aku rasa dia ni mcm hidden leader. kitorg bukan kongsi gelap nk ade abang long tok long ke pe, tp dia ni ade kekuatan memimpin yg bagus. contoh aku tak bape ingat tp salah satu perkara yg aku ingat psl dia, ttg ni la. leader. tp leader yg penuh dgn perkara2 comel. kalo presentation kitorg yg ade katun comel ke pe, tu memi la yg wat [aku punya kalo nmpk plain. simple yg amat- tu keje aku] Fakta lain psl memi adelah- workaholic! g kelas bwk keje mohaji. padan mohaji syg siap bg bantal. risau plak aku tgk balik sampai malam. mujur hjg minngu tahu berjimba. dpt mcm aku ske duk rmh, alamat tua dlm opis la ko mi. ibu ckp memi cantik. dlm gambr biase je nampak. luar lain. [aku- tgn ke bahu mata ke ats. haha dengki!] memi pemurah. tak lokek beli nasi lemak bnyk2 bg kitorg makan. 

 
saaayng ko mi! psl mkn ni aku mmg sayang ko double! tp aku syg ko triple ats segala nasihat n ingatan ko bila aku hampir2 mencampakkan dri dlm kancah kehancuran [gitew] ingat lagi ko nasihat aku panjang yg amat. Caring ko ni mi. agakanya sbb naluri anak sulung kot- so i understand it. eh. aku dah kata aku syg ko kan? even dlm court kita tak sehaluan, luar court ko dh mcm adik beradik dah. [hamboi. kipas!] huehehe

Zafirah Md Dzaki


zaf:- dlm blik ni, mata aku duk nmpk pmpuan lemah lembut, keibuan n solehah yg amat bila aku sebut nama ko zaf. but then bila nmpk tiket teater tak jd pergi yg aku lekat kt dinding ni ha, aku nmpk dgn jelas pmpuan garang, tegas dan menakutkan. [hahahaha. jalan tumbuhan tu akan kekal dlm ingatan sampai mati weh] zaf kekadang aku rasa mcm aku, muka garang tp hati sensitip. kalo dia dh diam tu korg leklok la. tp dia guru yg bagus. eloook je ajar aku one by one especially terms dlm usul fiqh. aku kan tak bape bagus nk hafal so aku kena faham word by word, baru blh faham konteks ayat sbnr. zaf yg ade kt sblh la ku rujuk. faraid bila ustz dh ajar pnjg2, and sebutir pun ak tak faham, dia explain kt aku balik. huhu. mekasih zaf ats tunjuk ajar. rindunya dgn pipi gebu ko. huhu. [laga pipi je. bukan cium. maluu! hihik] ko banyakshare susah sng ngan aku kan zaf. especially tym mooting, ko bnyak cool down kan aku tym2 kepala angin aku dh start menggila. bila aku panik kat depan tu tambah stress, sbb ko ade, aku ok skit. mekasih zaf. meh sini sayang skit! hihik.

Husna Hamdan

[aku purposely amik gambar epik ni. cerita d sbalik gambar ni akan ku kng hingga ke akhir hayat. hahahaha] and of course cuna:- dlm kitorg berempat, dia yg paling muda. tp dia panggil zaf je akak. aku ngan memi mengharamkan perkataan itu disebut di awal nama kami. [budget muda] alahai. setahun je pun beza. ko jgn nk perasan muda sgt cuna. bukan umur fizikal yg penting tp mental age yg kena kira. and ko jaaaaauh lg tua dari aku. makcik ni slalu gak bebel ngan aku. ingat lg tym aku frust dgn org mahkamah srmbn, dia siap bg doa pelupa kt aku. ganaz. tp caring. n op coz, sweet. peramah n hyper gak kekadang. myb dats y ramai kwn lelaki. sampai aku nk berguru mandi ais ngan dia. ustz firdaus; lelaki idaman malaya tu pun call dia weh tanye psl bljr. punyalah ramai org lain yg dia blh tanye, cuna gak dia tanye. [jeles] ilmu pe ntah dipakai budak ni. Gila. tp mujur bab cari laki tak gila. itu mmg aku bg 100% markah. aku bg restu! haha. pandai menilai. tak macam aku. hihu. Babe, utk nasihat, gurau senda dan semuanya, terima kasih banyak2. sayang ko ketat2.

korg banyak gila tolong aku dalam setahun ni. tlg kejut bila ak tersengguk dlm clz, tlg bg nasihat, tunjuk ajar dan op coz tlg gelak kan aku dan gelak bersama aku. tym aku down, korg ade. tym aku panik tak tentu arah, korg tlg cool kan aku. Bila aku sedih or ade mslh keciput keciput, korg dgr n bagi solution... hukhuk.. lama dah tak rasa ukhwah kuat camni. seyes. tym wat LLB dlu seksa gila aku rasa, but DLSA ni lg bermakna sbb ade korg. terima kasih bnyk2. utk semua dan sekaliannya. aku sayang korg. selalu ingat itu.



 

memi kata blog aku jujur. ha. ni nak jujur. korg ingat aku taip ni sesaje je? haha. aku nk request ni utk konvo. bagi penuh katil, sedap peluk bwk tdo. huhu! provided bakal tunang aku tak dtg la tym konvo. kalo dia datang, korg tak yah bg pun tak pe [miang]


agaknya kalo korg baca bnda ni tym aku dh tak de kat muka bumi ni, agak2 korg nangis x? huehehe

[aku dh lama taip bnda ni. ansur2. jgn cop aku ponteng keje plak!]

Separuh bebanku hilang

Tau tak rasa bila beban yang menghimpit korg berbulan lamanya then tetibe being lifted dari kepala, hati dan juga segala permasalahan korg? The feeling, i tell u, is totally awesome. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sujud syukur aku pagi tu lps Allah tunjukkan sape dia yg sbnr. Sepanjang hari aku ketawa mengingatkan kebodohan, kenaifan, kelurusan, ketelusan dan perasaan yang aku kira ikhlas utknya. Kihkihkih. Klakor, klakor. Dats y syuhada, bak kata bos, dont be too naive. Jangan cepat percaya luaran manusia. Nanti badan merana. 

but hey, i'm good. and aku tgh hyper la ni. mls dah nk fikir psl masa lps, lets focus on future!! 

[tapi ada satu sejarah yg aku takkan lupa]

Sabtu ni, 22 februari. dari tahun 2002-2012 aku mengingati dan meraikan 22hb Februari lebih drpd 13hb Ogos. so dats y even everything is over, aku masih mengingati tarikh itu sebagai sesuatu yg istimewa. jadi:- 

HAPPY 28TH BIRTHDAY!! 
semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih syg buat kamu, isteri dan anak2. aku doakan yg baik2 utk kamu, keluarga dan sekaliannya. Semoga jadi imam yang terbaik buat keluarga, dan hamba terbaik utk ummah. Aku tak ada apa-apa lagi nak diberi. cuma doa yg seikhlasnya agar kamu sentiasa dirahmati. 

Allah ajar aku bermacam perkara melalui kamu. Aku berterima kasih utk itu.

[ni bukan nota cinta terbuka. dah tak de rasa pape dah utk dia. gila ke pe hantar surat cinta pd suami org. boyfren org pun aku tak mahu, ini kan pula bapak org] [hihu] 

Ini hanya ucapan selamat kepada kamu yg selalu aku ingat.


Sunday, February 16, 2014

Certified Jiwang

Ateh baru nak keluar rumah g tlg Abang n Adik kat gerai. Tetibe ayah jerkah dari dalam rumah. "Semayang la dulu!" Ateh jawab elok-elok "Jap lagi ateh balik semula". "4.30 dah ni!" kata Ayah lagi. Aku pandang ayah. "Semayang pe, yah? Asar blm masuk lagi" tanyaku [sbb aku rasa betul la kata ateh. Masuk waktu karang, dia balik la semula. gerai bukan jauh pun] "Zohor la" jawab ayah selamba. Sambil sengih. Aku dgn ateh tym tu speechless. "4.30 dah kot yah. agak-agak ah.." kata kami. 

moral of d story: Bapak aku kekadang drama queen jugak. [sigh]

Okeh. Certified jiwang. Tu adelah gelaran aku bg Jejai skmm. And masa melepak mamak sabtu aritu, dia suruh aku baca satu puisi dari Usman Awang tajuknya 'Kekasih'. Terbaik katanya. And of course, i'm interested. [dats y cuna kata aku pun certified jiwang. well. aku tak pernah deny dat. kuikuikui] Dan puisinya berbunyi mcm ni:-

Kekasih ~ Usman Awang

Akan kupintal buih-buih 
menjadi tali mengikatmu 
akan kuanyam gelombang-gelombang 
menjadi hamparan 
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan 
menjadi selendang 
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung 
menjadi baju 
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur 
menjadi kerongsang 
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana 
menjadi lampu 
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari 
menjadi laut malammu 
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi 
yang membunuh realiti 
dengan syurga ilusi.

Bagus bahasanya bukan? Ini yang org kata terbaik dari ladang. Tapi actually aku lagi suka yang ini:-

Anjing itu~ Usman Awang

Anjing itu kurus kelabu
Lidah terjelir nafas termengah-mengah
Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah

Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu
Bukan kerana ada musuh
Tetapi minta makanan, perutnya lapar
Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

Anjing itu, tidak dibebaskan
Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.

Anjing itu, bila perlu, diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Menjadi binatang lindungan desakan luar
Dan himpitan dalam

Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.

Siapa anjing
Hanya binatang setia.

Patut dicetak puisi ni then lekt kat dahi semua manusia biadab yang ada kebolehan menyeksa binatang ni. Actually aku baru lepas tgk gambar2 yang Fedtri Yahya post kat insta. Aduuuh.. [insta tak blh nk hide ke unfollow ke sbb once unfollow, mmg sume tak blh tgk. FB lain. Fb kalo rasa mcm post yang mengandungi freedom of speech yang agak melampau or tak boleh blah, kita blh unfollow even still dalam friend list] Sesak kepala aku tgk. Bukan gambar seksa binatang, tapi kes kekejaman di Syria. Rasa macam tak betul je semua tu. Manusia ke yang buat semua tu? Ke setan? Ke alien dh sampai ke bumi n start hapuskan populasi manusia mcm yang kena kat rakyat rohignya? 

Aku wonder- By d tym Nabi Isa mengepalai tentera islam nanti, apa rupa peperangan tu nanti ntah. 

Thursday, February 13, 2014

Hapus Aku

Aku percaya hati manusia itu pada asasnya baik. penuh dgn kasih syg. Ehsan nya lengkap. Tapi menjelang kita sampai pada saat kematian, lps bertahun hidup di bumi Tuhan, ak rasa banyak yg dh hilang. Tambah lg anasir setan berkubang, buatkan hati kita lemah. iman goyah.

Point nya?

Hati manusia ni even asalnya, bentuknya, warnanya sama- tapi isi dalam lain-lain. aku takkan dapat paham kenapa org mendengki pd bsnes org jual goreng pisang tepi jalan. sekalipun laku, kenapa perlu dengki? kalau org tu kaya pun, sbb usaha dia. yang dengki sampai nak menyihir bagai kenapa? unacceptable. Bapa pd salah sorg bff aku meninggal sbb kena penyakit busung- pun buatan org. doktor kata xde pe tp perut makin membesar. sampai pembedahan ketiga, arwah meninggal. sbb dengki khianat. nampak. penyakit hati ni boleh bawa mati. [sigh]

Tapi tak semua buruk ttg hati. dalam hati la wujud kasih. wujud sayang. wujud ehsan. wujud belas. wujud segala anasir yang boleh buat manusia hidup bersama dan bahagia. Takke lengkap dan sempurna kejadian kita. [Subhanallah][Maha suci Tuhan] 

hati juga boleh jd gila dan menggilakan kita. contoh memula sedekah dgn niat baik. tetibe hati pedajal- ah, jatuh riak pulak. akal kata jgn fikir, hati duk terkinja-kinja mengingatkan. Akal kata tak payah sibuk nak tahu perkara2 yg menyakitkan hati- tp hati degil nak tau juga. Bila dh sedih. bila dh sakit? terduduk ats tikar sejadah. pandang langit. mohon kekuatan. 

[ok. aku tulis ni pun ikut apa kata hati. apa melintas aku taip]

aku wonder. manusia blh jatuh cinta pndang pertama. Tapi boleh ke manusia jatuh cinta melalui tulisan? contoh macam blog- Angel Pakai Gucci tu kan. Dakwahnya simple. Tapi org faham dan orang mungkin jatuh cinta. kalau bukan pd penulis tp pada ideanya. Matlutfi- manusia kreatif yg rare. tulisannya juga bagus. Fyn Jamal- puisi nya mmg tip top. Mereka adalah manusia yang menyumbang melalui tulisan.

tapi sumbangan apa yang aku beri melalui tulisan aku?

[fikir]

blog ni mcm online diary saje. mcm skrg, apa yang aku fikir, aku taip. aku publish. Sape yg baca, aku pun tak tahu. sape2 yg aku bagi link blog ni je la kot. tu pun lps diorg mintak. nama nak war2 kan mmg tidak sbb blog ni tak sekreatip mana pun. cuma aku punya point of view. adelah ngan angah n timah ak bgtau. lain myb jumpa by accident.

org kata kita dilahirkan istimewa. lain org lain cerita lain istimewanya. Secara jujur ak mahu jd yg teristimewa d mata seseorg. kan ke sweet hidup gitu. ada org risau. dilayan tak sama mcm org lain. ekslusif katanya.  [eh jap. ni cite psl cinta n jodoh lg ke pe?][stop][stop][topik lame]

ok. jom sambung wat hujahan.

Sunday, February 9, 2014

Andai Bisa

Bisakah ku pujuk jangan?
Andai aku lekatkan lutut
bersama tanah keras jalan?

Bisakah ku rangkul erat?
Andai aku korekkan rusuk
menunjuk degup hati sarat?

Bisakah ku luah cinta?
andai aku tutupkan alis
sekadar cuma ku bersuara?

Bisakah ku sentuh bibir?
andai aku serpihkan mimpi
demi senyuman itu mampir?

Bisakah kamu faham aku?
andai aku khabar mustahil
untuk aku buangkan rasa itu?

-- 
bukan nukilan aku. Bahasa aku tak cukup hebat utk menulis sebegitu. Tapi entah kenapa tulisannya terasa dekat dengan jiwa. 

Kawan Saya Kawen

Aku ada kawan. Kawan kenal kejap tp dh sayang mcm dh kenal bertahun. Dia nk kawen. Tahun ni. Tapi satu pe pun tak fikir lagi. [tepuk dahi. bukan dahi aku. dahi dia] haih la budak ni. sempoi bebenor sampai tak kena tempat. Tapi dek kerana sayang yang amat dan aku pun gemar berangan, jadi aku tawarkan diri nak carikan idea pelamin utk dia. Cari idea pelamin je patutnya, tapi aku dh fikir overall utk dia. Ha, ko nampak tak sayangnye aku kat ko ni? 

dgn ikhlas hatinya aku nak wat pengakuan, memilih pelamin yg berkonsepkan simple mcm yg ko nak mmg wat aku rambang mata n gedik2 nk kawen cepat. sbb konsep kita sama. a BIG  no for pelamin mcm kawen che' ta sbb ianya sangatlah over n membazir yg amat. Ni bwh ni ade few idea yg aku rasa simple n sweet. 

[warning: aku kalah dgn kaler putih and ak tak ske kaler hijau. so ko blh nampak la bias nye aku dlm pemilihan ni] 



aku suka gila ni. [xke sweet mweet ni weh?] ko nak wat kt dewan kan. ni mcam ok la. bila ak tgk kan, kt dewan tak blh simple sesangat. nanti nampak kosong. so kalo cenggini dh ok kot. 


ni segalanya putih so nampak mcm kosong benor. blh je pakai. dgn syarat baju ko tak blh la kaler krim la mcm yg ko cakap tu. Kalo tak nanti ko tenggelam. ko dah la kecik. Laki ko ummmm.. aku pun tak ingat. tp tak de la besar mana kan? lebih kurang je tak saiz korg? 


ni simple n lain. cantik la kat mata aku. tolak bunga2 kt tepi tu, yg lain ok sume kt mata aku. 


bila aku tgk n pilih yg ni- aku cam jerit sndri. homai, homai! gadisnya mata aku! Pink sgt kan. tapi nth. cantik plak kat mata aku. [jap. aku pilih utk ko ke utk aku ni? haha]


ha. yg ni forever jd pelamin idaman. simple yet ohsem yet beautiful yet perfecto!! jgn amik yg ni. ni aku punya! 

ok. aku rasa mcm tak membantu je ni. kan? ko g kt chentaweddings ni either facebook or blog. Memang cantik gilos idea diorg. terbaik dr ladang. And yang ni:- 


pelamin ni mcm serabut. ko blh je pilih yg lain. tp aku recommend yg ni sbb aku dh penah tgk keje diorg. pakej lengkap siap makeup gambar bagai n mmg puas hati. Make up tak over. Gambar kawen cantik. and yg paling penting- murah! jgn membazir. and lagi satu kan babe, kalo ko xnk mebazir kan, pe kata ko wat reception je. pelamin ni tak payah pun tak pe. cumanya siapkan tempat makan yg cantik2, then masuk je dewan tak yah bersanding bagai, g je tempat makan tu. Nak amik gambr wat je photobooth. jaaaaaaauh lagi murah. Korg kan nikah dulu then hari berikutnya sanding kan? Time nikah wat la pelamin simple cute wat syarat. Kdg2 kita nk simple je,family plak bising. Wat pelamin tym nikah, reception tak yah la pelamin. Save budget nookkss! 

majlis ni tak penting mana. lps kawen yg penting. tp sebabkn aku setuju dgn pilihan ko n aku caye yg bakal laki ko blh kwal perangai gila ko tu, aku xyah risau dah. hehe. 


Betul kan? 

All the best beb. aku doakan yg baik2 utk ko! dpt baby ramai2 n aku blh jd auntie or myb ummi diorg yg pengasih lg penyayang. huehehehe. 

------------

Thursday, February 6, 2014

Kecamuk

2.2.2014. Pukul 2.45 pagi. Atok pergi. Tinggalkan kami

masa adik cakap atok dh tak de, kaki aku terpaku kt pintu wad kecemasan tu. tak boleh gerak. kelu. masa tu. right there and then- aku rasa ditampar2 dgn penyesalan. kenapa ini. kenapa itu. 

selalu dulu dia dtg aku wat tak endah. mungkin sbb selalu sgt jumpa. almost hari2budget dia akan sntiasa ade.
 jadi buat mcm tak tak de pe. 

aku tau dia syg sgt kat aku. aku buat apa pun, dia tetap akan sayang aku. 
jadi buat mcm tak kisah

dia ajak borak. pasl politik, psl keje aku, psl ini, pasal itu. aku tak minat nak cite
jadi aku mcm bolayan je ckp dia

khamis mlm jumaat sebelumnya. dia tanya aku- awok, gmbr ape yg awok tunjuk tu?
aku mls nak layan- aku kata tak de pe. memang tak de ape pun. 

tapi kenapa tak blh jwb elok2?
kenapa tak layan dia borak dulu?
kenapa aku tak peluk dia cium dia banyak2 dulu?

kenapa badan dia dh sejuk baru aku nk pndang dia penuh kasih?
kenapa dia dh ditutup dgn kain putih, baru aku nak usap rambut dia?
kenapa kaki dh terbujur, baru aku nak pegang?

aku rindu nak dgr dia panggil nama aku. no one will call me awok after this. 
no one..
no one.. 

leka mengejar perhatian manusia yang tak pernah peduli psl aku
tapi atok yg sayang kan aku amat2 tu, aku amik enteng. 

manusia. tak pernahnya nak bersyukur. 

#alfatihah buat Hj Tajudin Bin Hj Ayob.. terima kasih utk segalanya, atok..