Sunday, June 29, 2014

Anugerah terindah

[saat aku mengira apa yang aku tidak ada, Tuhan tunjukkan aku wajah-wajah mereka yang sedang tidur lena, untuk aku sedar bahawa adanya mereka bermakna aku telah memiliki segalanya]

Adik-adikku- nyawa aku
Senyum mereka, sedih mereka
itu semua hidup aku- maruah aku
adanya mereka, wujudnya mereka
itu anugerah besar Tuhan buat aku
kerana adik-adikku- nyawa aku

melihat mereka
aku lega
biar bergaduh meninggi suara
biar berselisih pendapat dan rasa
aku tahu merekalah segalanya

aku mohon pada Tuhanku yang satu
dekatkan hati-hati kami selalu
jgn dimomokkan kami dengan fitnah duniawi
dengan rasa tamak meninggi diri
dengan rasa hasad berkira itu ini

aku mohon pada Tuhanku yang Maha Satu
ukhwah ini biar sehingga terbinanya mahligai di syurga
bimbing aku untuk memimpin mereka
bimbing aku jadi kakak yang selayaknya
agar menjadi pewaris legasi kedua org tua
dibawah redha Allah s.w.t yang Maha Esa

kerana
andai adik-adikku- nyawa aku
ibu dan ayahku lah degup jantungku. 
 

Tuesday, June 24, 2014

Tersungkur. Aku.

apa yang kau tahu tentang hatiku?
apa yang kau tahu tentang hidupku?
apa yang kau tahu tentang sakitku?
apa yang kau tahu tentang perjuanganku?

aku sangka semuanya baik-baik sahaja
aku cuba sedaya upaya senyum gembira
mungkin aku berjaya menipu dunia
tapi aku kalah di dalamnya

aku sangka aku mampu hadapi semua ini
rupanya aku jatuh tersungkur sendiri
rupanya air mataku sedang jatuh tidak henti-henti

sandiwara apa yang aku lakunkan
terlalu asyik hingga diri sendiri aku abaikan?
madah cinta apa yang aku aturkan
terlalu indah hingga lupa hati telah jatuh di jalan berserakan?

akuu sangka kau akan faham aku
aku sangka dia akan faham aku
aku sangka orang-orang yang selama ini dengan seboleh daya aku cuba fahami
akan cuba utk fahami aku saat aku lalui apa yang mereka lalui
tapi tidak
mereka tidak lansung mengerti
sedikitpun tidak mahu mengerti
Sedikitpun tidak cuba mengerti
malah mereka- yang aku harapkan akan menemani
lansung tidak ada di sisi

aku jatuh tersuungkur sendiri

Pergi, pergi jauh dari aku
aku tak sanggup menanggungnya lagi
sakit jiwaku, sakit rasaku
pergi, tolonglah pergi
jangan ganggu aku di sini

aku tahu Tuhan sedang pandang aku
tanya aku apa yang aku mahu
menuntut janji yang selama ini aku tuturi
dulu aku janji cukuplah Dia yang menemani
jgn diharapkan selain Dia, Tuhan Rabbul Izzati
tapi aku tewas dengan nafsu sendiri

aku takut mahu mengadu lagi
aku malu mahu merintih pada Dia lagi
aku selalu lupa Dia- walau aku tahu
Dia tak pernah lupa aku
sampai satu ketika aku hampir putus asa pada janjiNya
tapi aku juga tahu
bahawa aku tak punya siapa-siapa selain Dia

Wednesday, June 11, 2014

Tolong Ambil Kisah.

kita terlalu sibuk mengira apa yang kita tak ada. tak ada jodoh, tak ada anak, tak cukup harta, tak cukup bahagia, tak seronok kerja, tak sedap makan, tak itu, tak ini- sampai kita lupa ada satu sudut dalam dunia- yang sembah Tuhan yang sama dengan kita, yang dianggap saudara- sedang mengira berapa saat lagi mereka mampu bertahan dengan ujian hebat dari Tuhan, berapa detik lagi tinggal sebelum mereka di gelar Syuhada'-merindui syurga yang menjanjikan bahagia selamanya. 


Baca lah kisah mereka. Faham situasi mereka. Lihat gambar-gambar mereka. Ketahuilah ia bukannya ada yang rekaan. Selalu sangat google gambar kereta, model, artis etc. Aku cabar korg google gambar konflik di syria. amati satu per satu. lepas tu kita question diri- apa yang dah kita buat untuk membantu??

malas nak google? Ni aku bagi link. Korg blh baca kisah diorg kat sini, sini, sini or sini. infonya sama sbb ianya adalah fakta- tapi aku bagi pilihan supaya lebih kuat pemahaman. 

#SaveTheChildrenOfSyria

Monday, June 2, 2014

Takde tajuk

Mereka kata
Dalam sabar yg paling kuat
Akan dtg nikmat paling hebat

Mereka kata
Dalam tawakal yang paling utuh
Akan tiba kasih paling jitu

Kalau pada diri ini
Hanya Tuhan sahajalah yang mengerti
Betapa lama aku sabar menanti
Hanya Tuhan jualah yang mengetahui
Berapa kali aku menyeka air mata sendiri

Memujuk hati
--agar jangan sesekali putus asa dengan janji Ilahi

Dan kalaulah benar kamu orgnya
Aku merafak syukur pada Dia
Atas janji yg telah dikotakannya
Jadilah yg baik, mka yg trbaik akan tiba

Aku mengeluh kala terkenang kejahilan lalu
Sangsi akan janji Tuhan ke atas ku
Kini aku benar2 yakin dan tahu
Bahawa utk yg trbaik seperti kamu
Aku sememangnya perlu menunggu

Justeru itu sayang ku
Pandang aku.
Lihat dlm mata ini.
Ada cinta pertama buat kamu
Ada hati paling bersih untukmu
Dan aku janji akan setia hingga hujung nyawaku

-Syuhada. Satu tengahri di Bangi-

[sempena musim menerima soalan2 cliche lagi basi tentang calon suami masa orang ramai kawen ni] [kalau aku dah jumpa, puisi ini untuk dia. prepare awal2]