Wednesday, April 10, 2019

USS : Sehari Kembali Menjadi Budak

At this age, aku rasa macam tak macam 32. Maybe sbb masih lagi anak dara, or anak dara tua as other people said it. Yeah, hidup masih lagi macam biasa. Kerja dan keluarga sendiri sahaja tanpa pening pasal keluarga mertua. Ngeh. Tapi dalam senang-senang hidup kurang jenis permasalahan even kuantiti masih sama, jd aku n Tipah decide utk have a day vacation to Universal Studio, Singapore. Sebabkan bajet juga terhad, maka kami p naik bas je. 

 

Kitorg ikut trip CaravanSerai. RM350 include tiket USS n transport ke sana plus sarapan. Jumaat malam, bas amik kami di Hentian Sebelah Senawang then terus ke R&R Gelang Patah, JB untuk solat subuh sebelum masuk imegresen. Ni pengalaman pertama aku masuk negara luar guna kenderaan lain selain flight, and i dont really like it. Imegresen Malaysia ok lagi, tp Singapore punya, Allahuuu.. Que panjang dan memenatkan. Tapi kalau dah namanya bajet, maka banyak songeh is a big no lah. 

 

Sampai ke Singapore dalam pukul 8 macam tu. 1st port kami ke Merlion Park. Sendu tak sendu, time aku p sana lahhhh Merlion tu nak dicuci bagai. Maka impian nk amik gambar acah2 telan air dari Merlion tu terkubur ditelan bumi. Under maintenance sampai bulan 5. Orang ramai mak datuk dan aku pun tak de sgt nk p jenjalan Singapore ni. Kepala duk fikir USS je. 

Group leader adalah nak bawak ke Bugis Street bagai, tp aku n Tipah mintak nk pergi awal ke USS. Diorg bayar teksi then kitorg pun sampai sana dalam pukul 11 gak. Ada sedikit masalah awalnya yang hampir menspoilkan trip aku, tp mujur Tuhan tolong. End up aku masuk USS dekat nak pukul 12 gak. 

 At 1st kami nak amik express pass, tp tour guide kata Singapore tgh cuti sekolah, so harga dia mmg berganda mahal. So dia advice, kalau terlampau ramai org, belilah. but if blh lagi beratur, tak perlu beli. Bergambar sume kami ignore dulu, kitorg p kejar main attraction which were Transformers, Mummy and Cyclon. 

Transformers ade spoil kejap sbb tgh naik2, dia bantai stuck pulakkk. Demi kejar waktu, kitorg naik lain dlu. Then balik baru g sana balik. Dan Alhamdulillah, keputusan utk kembali beratur tu mmg tidak sia2. Best sungguh!

 

Solat blh dekat surau belakang Cyclon. Tempat kecik, and telekung xde [Tipah baru wakafkan telekung kat situ. Moga banyak pahala Tipah] so better siapkan stokin khas untuk solat. Makan, aku google makanan halal dalam USS, so kitorg p yang dekat depan Shrek tu. Makan ok lah, tp mahal mak datuk. So better jgn convert dulu, takut tak tertelan. 

Beratur tak de la teruk sangat. Aku tak berani naik Cyclon, tp naik Human je. Tu yg paling lama la beratur but the system is good. teratur la. Dalam banyak2 pd aku, Mummy paling best n paling kejap. Sayang aku tuitup mata sbb takut sgt. Nanti kalau ada rezeki lagi, mohon diberikan keberanian untuk buka mata tym naik ride. 
 


Dalam pukul 4 lebih, kitorg dah tak larat. Again, atas faktor penuaan maybe. Time tu baru lah nak amik gambar bagai. Habis di USS ke Gardens By The Bay untuk dinner. 

Sana ada persembahan lampu ikut muzik. org ramai gila duk tunggu lampu tu. Pandai diorg create tourist attraction. Mujur tak kena charge. Kalau tak, idokler aku ke sana. Owh before that, sbbkan aku n Tipah g style bujang maka kami tak de la bawak bekal mcm ahli rombongan lain. Kitorg pun bawak diri ke McD and aku rasa McD singapore mmg ohsem la weh!

Tgk sayur dia, tak sia2 RM30 aku! Nenas ada tiga keping ok. Seyes sedap. 

Habis persembahan sume, kitorg gerak balik. Imagine, pkl 8 aku kat imegresen Singapore, pkl 11.30 mlm baru sampai imegresen Malaysia g sepatutnya tak sampai 10 minit pun perjalanan mcm pagi tadi. Sume sbb jammed punya pasal. Duh. Pkl 4 pagi sampai Senawang, and the rest aku tak ingat sbb tdo mati. 
  
Later, kena buat trip khas ke Singapore. Jalan2 cari murtabak plak. Kejap sgt kat sini. tak puas. yang pasti, next time naik flight. aku tak mo dah sakit belakang naik bas. unless mak mertua org JB lah, eh!  

Tuesday, March 12, 2019

Xian; Official Visits

Tujuan utama aku ke Xian was actually an official visit by PGSMNS. Kira adalah pengisian sikit. Ni antara sebab aku suka ikut lawatan PGSMNS sbb kita bukan p jalan semata.So official visit yang pertama adalah ke Grand Mosque Xian. Maybe ada orang kata, ah aku tak yah official, p sendiri pun boleh. Ya, mmg ni salah satu tempat wajib orang p. Tapi kitorg dapatlah jumpa Imam Besar Masjid Xian dan adakan dialog dengan diorg untuk tahu lebih lanjut tentang budaya masyarakat Islam sana. Kitorg punya tourguide pun impressed sebab even dia orang sana, tu first time dia dapat jumpa imam-imam besar tu. 

aku actually dah tulis dengan detail psl official visit ni dalam Laporan aku ke PGSMNS. so aku malas nk tulis dua tiga kali. kita layan gambar je la ek. Hihew. [Kalo nk baca yg rasmi, ada dalam Buku AGM PGSMNS 2019]




Final day, kitorg ke Pejabat Konsulat Kerajaan Malaysia di Xian. Office diorg ade tiga orang je termasuk Tuan Konsulat. Jadi, angan-angan nak dapat nasi lemak di bumi Xian mmg hanya tinggal anagn-angan je la. Jom la sekali lagi layan gambar ye. Kalau dapat lihat pmpuan tudung biru duk poyo mencatat tu, tu namanya menjalankan tugas secara dedikasi.
btw toilet opis diorg bersih!

 


   Xian aku tinggalkan bersama kenangan yang cukup indah. One of the reason aku seronok ke sana sbb this time aku travel dengan Sheera kot, jadi mmg tergelak je la kejenya. Seriously, [travelmate is super important] then aku dapat tgk kebudayaan masyarakat Muslim kat sana. Org pmpuan diorg semayang jemaah juga tapi bukan di masjid. dia ada kawasan asing. sempat juga dgr cara diorg mengaji beramai-ramai dgn cara yg cukup asing di telinga kita. Diorg juga ramah, manis dgn senyum. Yang buruk, kita tgk dan abaikan lah. yg baik, kita hebah-hebahkan. 


Adakah aku akan ke Xian lagi? Mungkin. Tapi tidak lah dalam masa terdekat. kalau duit berlebih baru pergi, kalau tak, kita ziarah tempat lain lah pulak. kalau tak dengan kwn2 dgn laki ke lps ni. Eh!


ok. done hutang Xian! Next!!

Thursday, January 3, 2019

Tiga Puluh Dua

Dulu aku rasa org umur 32 ni dah kira tua sungguh dah. masa pertukaran dari 29 pada 30, aku rasa sayu la juga. tapi aku honestly rasa, i enjoy my 30's better that my 20's. 30's ni aku rasa lagi cantik [gituh] lagi yakin, lagi relax, lagi bestla kalau nak dibandingkan dengan 20s. Tapi dalam seronok tu, rasa juga yang aku makin dekat dengan umur mati. Makin lama makin singkat masa. Humm. 

Apapun! aku still nak ada azam 2019 jugak. Bila cek balik blog rupanya 2018 aku tak buat resolusi pun. just cakap mulut je, which end up mcm tak best. haha. sbb aku suka look back n semak satu2 apa dah jadi tahun tu. [Told u i love sejarah very much]

So this year, my resolutions are:-
  1. Buang 10 kilo berat badan.
  2. Tak tinggal solat sunat subuh even pukul bpe baik lah subuh aku
  3. Mandi sebelum subuh SETIAP pagi even waktu uzur
  4. Prepare diri untuk Umrah Oct 2019
  5. Lebih menyayangi diri sendiri i.e meninggalkan dan melupakan org2 yang tak hargai aku
  6. Lebih banyak bersedekah. Kena kuatkan tawakal yang rezeki tu atas kuasa Tuhan. Jgn lokek!
  7. Tidak bercakap waktu marah. Jgn sekali-kali bercakap waktu marah
aku nak jadi better person. aku nak sayang ramai org. aku nak jadi manusia yang lebih tenang. 

Tu je. simple je this year. Semoga tercapai semuanya. InsyaAllah

Friday, December 28, 2018

Siapalah Xian tanpa Terracotta?

[Aku tak la kata kalo takde Terracotta, Xian tu xde pe. Xian has a lot! Cumanya, no one can deny yang Terracotta plays a huge role in introducing Xian to the world. Kalau tak, xde la kat airport tu awal2 dah terpacak patung terracotta buat hiasan]



Hari kedua adalah hari yang paling aku looking forward dalam trip ni, which is lawatan ke Terracotta Warrior Museum. Gerak awal juga dalam pukul 9 pagi sebab muzium ni dengan hotel agak jauh. sempat la tido tak hengat pe. Mei duk sakan cite psl terracotta segala, aku beria la dgr dengan bersungguh-sungguh, tp tiba-tiba jd sayup je suara Mei. sedar-sedar kena kejut sebab dah sampai ke Daqin Terracotta Furniture Art Factory.



Ni tempat pembuatan barangan seni la. especially patung-patung Terracotta warrior. Imitation je tau. kau jgn ingat yang ni yg real plak [sbb ada ahli rombongan yang tanya. rasa nk terkeluar carutan bila dgr soalan tak fikir panjang gitu. Terracotta tu patung berabad dulu kak oi. skrg org tiru je. adui hai]




Sini banyak jual barangan art yang mahal la. Perabot buatan tangan harga ribu riban kat sini ada jual. Patung terracotta pelbagai saiz dari besar anak gajah sampai besar tapak tangan Umar [Umar Hafiy, anak buah pengarang jantung aku] pun ada jual. Segala jade pun ada. Cuma mahal la. Mei dah pesan awal2 sini mahal, tapi kak, yang datang ni sume bawak ribu riban kecuali aku & sheera, maka mereka pun bershopping tak hengat dunia. Bos aku siap beli gelang weh! while aku & sheera berpusing-pusing ambil gambar igstory segala. Ngeh.


[owh btw, toilet sini bersih diorg ckp. boleh singgah kalau berhajat]

Settle kat sana, kami pun gerak ke Muzium yang ku nanti2 kan. Dlm perjalanan tu, adala lalu Kubur Maharaja [nama aku lupa] yang bertanggungjwb arahkan tentera Terracotta ni dibuat. Dia start arahkan kubur ni dibuat lepas je dia jadi Maharaja weh, n dia jadi Maharaja umur 13 tahun. [aku umur 13 tahun duk nangis tepi phonebox asrama sbb homesick] Tapi kubur dia ni tak leh buka atas beberapa sebab. 1st bahaya, dia p letak mercuri ke sulfur nth dlm bentuk sungai/longkang kecik keliling kubur dia tu, so kalo org ceroboh, confirm mati. 2nd, dunia masih lagi tak de teknologi yang pastikan apa saja yang diorg jumpa dlm kubur tu, boleh dijaga keasliannya i.e dari segi warna dan bentuk asal.



sebelum masuk ke kaunter tiket, ada patung maharaja ni besar diletakkan. Dalam gila dia memerintah, dia ni la yang bertanggungjawab yang susun tulisan cina sama je mana pun kau berada. masa p trip ni aku baru tau, apsl cerita cina ada subtitle bahasa Cina. rupanya, loghat lain2 tapi tulisan sama. tak kira la kantonis ke, mandarin ke, cakap boleh jadi ayam dan itik, tp kalau tulisan, diorg boleh faham sesame diorg. dats y subtitle tu ada. so drama tu boleh ditonton oleh sesiapa jua yang faham tulisan cina.

 ok. back to cerita jenjalan ke sana. mcm yang aku pesan kat awal post pasal Xian, stamina amatlah penting. Sebabnya, nak ke muzium ni, dari parking ke kaunter tiket kau kena berjalan jauh la jugak. pastu, dah sampai kaunter tiket, kau kena jalan lagi, lalu sistem sekuriti pastu naik plak buggy dalam lima minit, pehtu jalannnn lagi. lalu lagi satu security then baru la sampai. muzium ni plak ada beberapa Pit. yang tu kau kena google. aku mls nk taip. dari satu Pit ke satu Pit, tak la jauh cuma dia besar. So masih lagi memerlukan kekuatan kaki.





tapi pada aku, aku tak de la rasa letih sgt. 1st sbb masa tu baru hbis JK n stamina mmg tgh ok. 2nd sbb aku mmg rasa kagum gila dgn terracotta ni. kau imagine ek, diorg boleh buat beribu patung tanah liat yang setiap satu tak sama dengan satu yang lain. style rambut lain, uniform ikut pangkat, siap ada bilik meeting bagai. Kisahnya, si Maharaja ni plan, kalo dia mati, dia nak bawak segala apa yang dia ada kat dunia ni, bawak masuk kubur sekali. Tapi at least dia bawak patung je. zaman sebelum dia, org hidup kebumi sekali, bhai!  Korg jgn tak tahu, Terracotta masa si penggali perigi tu awal2 jumpa, diorg ada kaler2 weh. Selang beberapa minit sbb bercampur dgn udara, maka terus tukar jd warna tanah liat. Kalau tak, meriah kaler diorg.





dalam muzium tu berkesempatan tgk Archeologist buat keje. waaaaa itu adalah cita-cita aku zmn kanak-kanak weh. leka aku tgk diorg buat keje. ish, mmg syok lah. [gambar tak de sbb aku leka buat igstory, duk rakam satu-satu keje diorg]

 


selain dari askar-askar yang ohsem, kau boleh tgk jugak ukiran kuda, babi, anjing yang super real. sayang tak dapat tgk kereta Maharaja yang real. mksud aku dlm bentuk tanah liat, tapi dalam saiz sbnr Diorg tgh repair ke pe nth. Tapi yang dlm saiz kecik utk muzium nye tontonan adalah jugak.



yang ni, bukan imitation. yang ni real lah. amacam? kagum kan?

kat luar muzium banyak kedai-kedai jual makanan dan cenderamata. Buah delima mmg bersepah sbb sini mmg pusat jual beli delima n pisang kaki. belilah sbb murah. tapi hati-hati bila beli banyak2 yg dlm kotak. sbb ada yang terkena, kt atas ok, bwh nya bnyk rosak. jus delima tak bape kena dgn tekak aku. masam. so i tak bape berkenan.


tu je lah utk cite terracotta. aku mcm malas betul nk update blog sejak akhir-akhir ni. Nape nth