Thursday, October 18, 2018

Bukit Melati, Nilai

Aritu JK11 team aku adakan hiking di Bukit Melati. 

Bukit Nilai ni Google ckp adalah buatan seorang doktor untuk pesakit2 dia. Kisahnya setiap peak tu elok utk certain penyakit. Korg boleh google lah untuk detail. Bukit Melati ni letaknya di Nilai. Waze je boleh jumpa. Bila google gambar aku ingat jauh la dari orang ramai, rupanya kat area kawasan perumahan. 

 

Kebanyakan kami tak pernah pergi hiking, jadi Nyda mintak aku duk belakang sbb sblm tu aku kan p naik Gunung Datuk ngan dia. Dia mintak aku n Ain untuk tgk2 kan yg lain. Maka, aku pun menggunakan helah tu utk di belakang sambil tercungap2. Hehe. dalam pukul 7 lebih gitu kami berkumpul di area sebelah tokong tu untuk stretching and warm up sikit. 

Bila hiking ramai-ramai seronoknya lain sikit, dapat pula ada kak lin yang riuh bergurau dan suka ambil gambar sepanjang hiking tu, jadi hiking pun riuh. 


 Bukit Melati ni, kawasannya lebar dan perjalannya lebih kepada jungle trekking berbanding hiking. Trek dia pada aku tak bape nak cantik, tak de feel alam sekitar sgt. Juga tak berapa susah kalau nak banding dengan bukit lain, tp susah skit dari Kepayang Hill. [eh jap. bape banyak bukit je aku panjat? Batu putih dgn Kepayang je pun] Alhamdulillah, kami berjaya jejak ketiga-tiga bukit which were Monkey Hill, Cobra Hill & Centipede Hill. 

 

Yang paling jauh adalah Cobra Hill. Yang sedikit payah pada aku adalah Monkey Hill.

Kesimpulannya, utk beginner, Bukit Melati is a good start i think. utk yang dah power, Bukit Melati ni boleh la buat utk jogging lepas makan kenduri. ^.^ 
 
 
Dulu, aku tak faham apesal orang suka hiking. Its like menyusahkan diri kot? Duk la diam2 kt rumah, tgk wayang etc dari susah payah nak penat2 sume tu. Tapi bila dah try barulah faham apa seronoknya hiking ni. Pada aku, dalam banyak2 bestnya hiking ni, paling best adalah kebanyakan hikers ni diorg ramah. Pada yang bukan muslim, kita akan wish good morning dan pada yg muslim, kita akan bagi salam. Even penat, tapi bila ucap sedemikian, kita akan senyum and that day became better day for us.

No comments:

Post a Comment

senyum <3