Friday, December 28, 2018

Siapalah Xian tanpa Terracotta?

[Aku tak la kata kalo takde Terracotta, Xian tu xde pe. Xian has a lot! Cumanya, no one can deny yang Terracotta plays a huge role in introducing Xian to the world. Kalau tak, xde la kat airport tu awal2 dah terpacak patung terracotta buat hiasan]



Hari kedua adalah hari yang paling aku looking forward dalam trip ni, which is lawatan ke Terracotta Warrior Museum. Gerak awal juga dalam pukul 9 pagi sebab muzium ni dengan hotel agak jauh. sempat la tido tak hengat pe. Mei duk sakan cite psl terracotta segala, aku beria la dgr dengan bersungguh-sungguh, tp tiba-tiba jd sayup je suara Mei. sedar-sedar kena kejut sebab dah sampai ke Daqin Terracotta Furniture Art Factory.



Ni tempat pembuatan barangan seni la. especially patung-patung Terracotta warrior. Imitation je tau. kau jgn ingat yang ni yg real plak [sbb ada ahli rombongan yang tanya. rasa nk terkeluar carutan bila dgr soalan tak fikir panjang gitu. Terracotta tu patung berabad dulu kak oi. skrg org tiru je. adui hai]




Sini banyak jual barangan art yang mahal la. Perabot buatan tangan harga ribu riban kat sini ada jual. Patung terracotta pelbagai saiz dari besar anak gajah sampai besar tapak tangan Umar [Umar Hafiy, anak buah pengarang jantung aku] pun ada jual. Segala jade pun ada. Cuma mahal la. Mei dah pesan awal2 sini mahal, tapi kak, yang datang ni sume bawak ribu riban kecuali aku & sheera, maka mereka pun bershopping tak hengat dunia. Bos aku siap beli gelang weh! while aku & sheera berpusing-pusing ambil gambar igstory segala. Ngeh.


[owh btw, toilet sini bersih diorg ckp. boleh singgah kalau berhajat]

Settle kat sana, kami pun gerak ke Muzium yang ku nanti2 kan. Dlm perjalanan tu, adala lalu Kubur Maharaja [nama aku lupa] yang bertanggungjwb arahkan tentera Terracotta ni dibuat. Dia start arahkan kubur ni dibuat lepas je dia jadi Maharaja weh, n dia jadi Maharaja umur 13 tahun. [aku umur 13 tahun duk nangis tepi phonebox asrama sbb homesick] Tapi kubur dia ni tak leh buka atas beberapa sebab. 1st bahaya, dia p letak mercuri ke sulfur nth dlm bentuk sungai/longkang kecik keliling kubur dia tu, so kalo org ceroboh, confirm mati. 2nd, dunia masih lagi tak de teknologi yang pastikan apa saja yang diorg jumpa dlm kubur tu, boleh dijaga keasliannya i.e dari segi warna dan bentuk asal.



sebelum masuk ke kaunter tiket, ada patung maharaja ni besar diletakkan. Dalam gila dia memerintah, dia ni la yang bertanggungjawab yang susun tulisan cina sama je mana pun kau berada. masa p trip ni aku baru tau, apsl cerita cina ada subtitle bahasa Cina. rupanya, loghat lain2 tapi tulisan sama. tak kira la kantonis ke, mandarin ke, cakap boleh jadi ayam dan itik, tp kalau tulisan, diorg boleh faham sesame diorg. dats y subtitle tu ada. so drama tu boleh ditonton oleh sesiapa jua yang faham tulisan cina.

 ok. back to cerita jenjalan ke sana. mcm yang aku pesan kat awal post pasal Xian, stamina amatlah penting. Sebabnya, nak ke muzium ni, dari parking ke kaunter tiket kau kena berjalan jauh la jugak. pastu, dah sampai kaunter tiket, kau kena jalan lagi, lalu sistem sekuriti pastu naik plak buggy dalam lima minit, pehtu jalannnn lagi. lalu lagi satu security then baru la sampai. muzium ni plak ada beberapa Pit. yang tu kau kena google. aku mls nk taip. dari satu Pit ke satu Pit, tak la jauh cuma dia besar. So masih lagi memerlukan kekuatan kaki.





tapi pada aku, aku tak de la rasa letih sgt. 1st sbb masa tu baru hbis JK n stamina mmg tgh ok. 2nd sbb aku mmg rasa kagum gila dgn terracotta ni. kau imagine ek, diorg boleh buat beribu patung tanah liat yang setiap satu tak sama dengan satu yang lain. style rambut lain, uniform ikut pangkat, siap ada bilik meeting bagai. Kisahnya, si Maharaja ni plan, kalo dia mati, dia nak bawak segala apa yang dia ada kat dunia ni, bawak masuk kubur sekali. Tapi at least dia bawak patung je. zaman sebelum dia, org hidup kebumi sekali, bhai!  Korg jgn tak tahu, Terracotta masa si penggali perigi tu awal2 jumpa, diorg ada kaler2 weh. Selang beberapa minit sbb bercampur dgn udara, maka terus tukar jd warna tanah liat. Kalau tak, meriah kaler diorg.





dalam muzium tu berkesempatan tgk Archeologist buat keje. waaaaa itu adalah cita-cita aku zmn kanak-kanak weh. leka aku tgk diorg buat keje. ish, mmg syok lah. [gambar tak de sbb aku leka buat igstory, duk rakam satu-satu keje diorg]

 


selain dari askar-askar yang ohsem, kau boleh tgk jugak ukiran kuda, babi, anjing yang super real. sayang tak dapat tgk kereta Maharaja yang real. mksud aku dlm bentuk tanah liat, tapi dalam saiz sbnr Diorg tgh repair ke pe nth. Tapi yang dlm saiz kecik utk muzium nye tontonan adalah jugak.



yang ni, bukan imitation. yang ni real lah. amacam? kagum kan?

kat luar muzium banyak kedai-kedai jual makanan dan cenderamata. Buah delima mmg bersepah sbb sini mmg pusat jual beli delima n pisang kaki. belilah sbb murah. tapi hati-hati bila beli banyak2 yg dlm kotak. sbb ada yang terkena, kt atas ok, bwh nya bnyk rosak. jus delima tak bape kena dgn tekak aku. masam. so i tak bape berkenan.


tu je lah utk cite terracotta. aku mcm malas betul nk update blog sejak akhir-akhir ni. Nape nth  

No comments:

Post a Comment

senyum <3