Friday, September 14, 2012

Habeas Corpus.

terjumpa putera idaman hati. manis senyuman, lembut pekerti. *sengih* namanya- IAI. bukan nama insurans tapi initial sj sbb ni kes syok sendiri. belum jd aku punya so tak blh nk petik nama cam gitu je. kena saman dek tuan punya nanti, tak ke naya. antara perkataan2 dia yg aku masih ingat- Habeas Corpus; Criminal in nature, Civil in procedure. Thats y tajuk post kali ni Habeas Corpus. its a law term. nak tahu maksud cari sendiri sbb bos tak bagi aku bg legal advise free. ceh. 

memulakan taipan merapu dgn semangat bersungguh-sungguh nak update blog. macam2 cerita nak strory mory tapi tak tahulah mood ni ada sampai hbis update ke tak

okeh. settle prologue. hello reader/ readers. 

bulan september dah 14 hari. bermakna aku ada kurang 3 bulan untuk habiskan zaman kegelapan i.e zaman pupilage ini. sana sini orang dh tanya- tak retain ke kat sana. nth. aku pun tak tahu apa nak buat lepas habis 9 bulan ni. yang pasti akan dftar amik DLSA tahun depan, insyaAllah :) mendengar kata sheera semalam- rasa macam nk jadi DPP syariah. macam menarik tapi masih belum pasti lagi apa nak buat. nantilah- yang penting kena habiskan 9 bulan ni dulu papehal. 

minggu lepas berita pertunangan kunun2 siti syuhada dah kecoh sekejap kat FB aku bila my beloved BFF mengupload gambar dan meng-tag 'The Lalings'. idea tu mmg idea asal aku- semata2 nak kenakan angah right after tgk gambr yg ditangkap ala2 macam gambar nk bertunang.


tu la gmbrnye. 'pengapit' lagi cun melecun dr 'bakal pengantin'. tak aci sungguh. hah. gurauan 100% tapi sumpah tak sangka orang blh percaya gambar nak g jln raya ni adalah gmbr tunang. *tepuk dahi*















<--- Cikgu Hanafiah pun wish ye Tuan-tuan dan Puan-puan. *double tepuk dahi*






<--------------Noor Diana: main target 





















































gelabah gak aku sebab ramai yang like n komen2. tak la ramai mana utk org lain mungkin tp FB aku bkn feymes mana- kalo dh dpt 14 likes tu mmg triple tepuk dahi la. *adeh* 

pe g nak cite td ek? nth. lupe. owh, btw- exam ethics mcm nth pape. tawakal je la. kalo pass mmg miracle la. huhu. okey lah. dh mgrib. bye2. 

Saturday, September 8, 2012

Mengutip Kenangan

membelek kenangan lama. dah jd sejarah. ada yang best, ada yang sedih. tu sume org pun tahu- lumrah hidup. *owh. cliche sgt* then, tiba2 teringatkan sorg shbat lama. nama dia Norashikin Khairudin. dia lah manusia yang bwk aku ke alam penulisan. ye, aku tahu- sejarah tu tak la important mana kat korg, tp sgt2 bermakna utk aku.. masa tu darjah 3 and aku start buat cerpen2 pendek. cerpen = cerita pendek. so korg bygkan cerpen pendek apa rupanya. 

pastu aku ada tulis blog, cerpen n ada attempt nak tulis novel tp sangkut tgh jalan. ada wat note gak kat FB. so post kali ni aku akan copy paste kan balik segala note2. actually nk delete segala note kat FB. semak. tambah lagi sejak kempen timeline ni mengganggu hidup. 

ni adalah antara note2 yang boleh diguna pakai. heh. 

1. Tajuk : Pekak dan Bisu. 10 Apr 2011. 12.05pm

Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.

Disuruhnya aku diam.
Butakan mata bila melihat.
Pekakkan terlinga bila mendengar.
Kelak- hatiku tidak akan sakit.

Apa yg buta itu tidak punya hati?
Apa yg pekak itu juga tidak punya hati?

Aku harus menjadi serba sempurna.
Terbaik dlm segala segi.
Dahulukan hatinya.
Keperluannya.
Yang pasti- tiada aku.

#

Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.

Dan Dia juga memiliki segalanya.
Masa silam, kini dan hadapan.
Di tangan-Nya ada takdirku.
Yang aku tidak boleh sekali-kali persoalkan.
Kerana aku-
hanya hamba.

Dia takdirkan manusia itu dtg dlm hidup.
Saat aku paling tidak bersedia.
Saat aku paling tidak mahu.
Bila sekali lagi aku diuji.
Sungguh. Aku benci perasaan ini.

Sakit.
Kerana aku tahu- sekali lagi aku akan kalah dlm percaturan ini.
Tidak.
Aku tidak akan kalah.
Kerana sememangnya- aku telah kalah.

Perit

#

Kerana Tuhan Anugarhakan Aku Hati.

Calitan warna setiap hari berbeza.
Atau mungkin sama.
Tp coraknya tidak.

Aku harus memegang kanvas ini.
Supaya warnanya tidak terpalit.
Memegang setiap bucu.
Dan kadangkala aku bertanya-
Mampukah aku memegang nya sendiri?

#

Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.

Yang sangat sukar untuk difahami.


2.  Tajuk: Doaku Untuk Kamu. 19 Jun 2011. 3.49pm. Khas buat Siti Fatimah Razali *Al fatihah buat arwah ibu sahabatku ini* 

kalaulah kesedihan itu blh dibahagi dua..
kalaulah derita itu boleh dikongsi bersama,
berikan separuh dr kesedihan kamu itu padaku, sahabat..
agar kau tidak menangis sebanyak itu,
agar kau masih boleh tersenyum saat diuji sebegini hebat..

aku tidak mampu meminta kau berhenti menangis
kerana aku tahu siapa saja akan begitu jika insan paling disayangi meninggalkan kita

aku tidak mampu utk buat kau tersenyum
kerana tiaada kata yang boleh memujuk kamu saat ini..
kerana derita itu hanya kau yang merasai bebannya..

kami hanya mampu utk cuba memahami..
bersama di belakangmu, menyokong mu sedaya mungkin..

terlalu berat hati utk melepaskan..
tapi redhakan pemergiannya, sahabat..
kerana dia bukan pergi kepada siapa-siapa..
tapi yang menyayanginya lebih dari sesiapapun di dunia ini..
ibu mu pulang kepada pemiliknya..

satu hari, sepertimana janjinya, kita pasti akan bertemu..
doakan pertemuan itu berlaku di syurga yang sangat indah..

jangan sesalkan perpisahan ini
kerana Dia mengetahui segala apa yang terbaik buatmu..

sabarkan hati, sayang..
mungkin kasih syg kami tidak sehebat kasih sayangnya buat mu..
tapi kamu perlu tahu, kami selalu ada di sini..

saya sayang kamu.

Al-Fatihah buat bondamu, sahabatku~

eh. dua je yg blh diguna pakai? 

Sunday, September 2, 2012

Pesan Ayah

Pagi tadi ayah berpesan...
satu pesan yang ringkas, tapi terkesan dalam hati
yang pasti, akan aku ingat sampai mati..

katanya.. 
jangan dihitung rezeki orang, rezeki itu ada di mana-mana

ada orang, bljr bagus, kerja bagus
tiba-tiba jatuh sakit, lansung berhenti kerja.. terlantar di rumah

ada org, bljr bagus, kerja bagus
eksekutif terkemuka di syarikat besar
tiba-tiba ada org aniaya, sekarang kerja bancuh air di gerai

ada org, bljr biasa2 saja, 
tapi sbb rajin, hidup senang sekarang.. 

jadi jgn berhenti berharap dan berdoa..
minta dimurahkan rezeki.. minta dipermudahkan jalan.. 

jgn mengeluh bila hidup diduga
kerana kita takkan pernah tahu apa yg bakal dtg utk kita~