Aneh,
Ada apa dengan namamu,
Setiap kali memulakan hari,
Namamu yang pertama sekali aku ingati
Dan setiap kali mencari lena,
Namamu yang terakhir menyapa minda
Namamu kini makin banyak kusebut dalam doa,
Namamu jua jadi punca sebuah rasa
Rasa yang begitu asing sekali,
Rasa yang tidak pernah aku alami,
Rasa yang cukup meresahkan
Rasa yang tidak pernah terlintas dalam fikiran
Kamu siapa?
Adakah kamu satu lagi ujian dari Tuhan?
atau jawapan kepada semua persoalan?
#syuhada030817
Showing posts with label SyuMerapu~. Show all posts
Showing posts with label SyuMerapu~. Show all posts
Tuesday, August 8, 2017
Thursday, February 16, 2017
Lelah
Perjalanan ini bagai banyak ranjaunya
Payah dan perit,
susah dan sakit
Kadang aku mahu duduk berhenti
Memikir tentang apa yang bakal jadi
Jua apa yg sebenarnya aku cari
Payah dan perit,
susah dan sakit
Kadang aku mahu duduk berhenti
Memikir tentang apa yang bakal jadi
Jua apa yg sebenarnya aku cari
Tapi jalan ini tidak izinkan aku buat sedemikian
Perjalanan perlu aku teruskan
Sampai aku lupa Tuhan selalu memerhatikan
Dgn janji yang tidak akan disia2kan.
Tuhan.
Tidak perlu jaga dia untukku.
Kerana aku tahu kau lebih menyayanginya dariku
Tapi jagalah hatiku Tuhan..
jaga imanku, jaga jiwaku
Jaga aku, duhai Tuhan
Tolong jagakan aku..
Agar aku sentiasa jaga Kamu selamanya dlm imanku
-syuhada, feb 2017
Perjalanan perlu aku teruskan
Sampai aku lupa Tuhan selalu memerhatikan
Dgn janji yang tidak akan disia2kan.
Tuhan.
Tidak perlu jaga dia untukku.
Kerana aku tahu kau lebih menyayanginya dariku
Tapi jagalah hatiku Tuhan..
jaga imanku, jaga jiwaku
Jaga aku, duhai Tuhan
Tolong jagakan aku..
Agar aku sentiasa jaga Kamu selamanya dlm imanku
-syuhada, feb 2017
[siap tulis dlm tiga minit. kt court. sementara tgh tunggu turn]
Saturday, January 23, 2016
Selamat
Selamat aku ucapkan buat kamu
semoga cinta yang kamu ketemu
kekal bahagia hingga ke anak cucu
selamat aku doakan kepada kamu
semoga sentiasa dilimpahkan bahagia
semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya
semoga yang baik-baik sahaja kamu jumpa
pesanku,
jangan sesekali dilupa cerita semalam
biar datangnya hanya membawa hiba
tapi Tuhan ajar kamu ttg kehidupan melaluinya
pesanku,
belajarlah dari kesilapan yang tidak kau sengajakan
agar kelak kau tahu arah mana yang hendak kau jalan
pimpin jemaah makmum mu kuat-kuat,
supaya tiada sesalan bila ditanya Tuhan.
selamat pengantin baru aku ucapkan
semoga cinta yang kamu ketemu
kekal bahagia hingga ke anak cucu
selamat aku doakan kepada kamu
semoga sentiasa dilimpahkan bahagia
semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya
semoga yang baik-baik sahaja kamu jumpa
pesanku,
jangan sesekali dilupa cerita semalam
biar datangnya hanya membawa hiba
tapi Tuhan ajar kamu ttg kehidupan melaluinya
pesanku,
belajarlah dari kesilapan yang tidak kau sengajakan
agar kelak kau tahu arah mana yang hendak kau jalan
pimpin jemaah makmum mu kuat-kuat,
supaya tiada sesalan bila ditanya Tuhan.
selamat pengantin baru aku ucapkan
Monday, October 12, 2015
Buatmu bidadari kecilku
saat aku pandang kamu,
tiba-tiba hatiku jadi sayu,
mengenangkan antara kamu dan aku,
pasti ada akhirnya, bila tiba waktu
tidak tahu siapa dulu antara kita yang akan dipanggil Tuhan,
namun aku sejujurnya berdoa biar engkau yang didahulukan
kelak dapat aku pastikan,
kamu sihat selalu dilimpahi kebahagiaan.
aku sayang kamu seikhlas rasa
Tuhan saja yang tahu tinggi mana takatnya cinta
nyawa sanggup aku korbankan,
harta sanggup aku gadaikan
utk kamu, si cinta hati,
ikhlas aku berjanji
khas buat si Putut sombong
nak peluk xmahu
nak cium xbagi
ceh!
tiba-tiba hatiku jadi sayu,
mengenangkan antara kamu dan aku,
pasti ada akhirnya, bila tiba waktu
tidak tahu siapa dulu antara kita yang akan dipanggil Tuhan,
namun aku sejujurnya berdoa biar engkau yang didahulukan
kelak dapat aku pastikan,
kamu sihat selalu dilimpahi kebahagiaan.
aku sayang kamu seikhlas rasa
Tuhan saja yang tahu tinggi mana takatnya cinta
nyawa sanggup aku korbankan,
harta sanggup aku gadaikan
utk kamu, si cinta hati,
ikhlas aku berjanji
khas buat si Putut sombong
nak peluk xmahu
nak cium xbagi
ceh!
Friday, February 21, 2014
Degil.
Terkadang aku rasa kamu ada
Di sana- lihat aku
Aku mahu ke sana tanya khabar mu
tapi kaki degil tidak mahu melangkah
ego mahu menjengah
Jujurnya
Dari sini aku juga lihat kamu
Aku sudah ingatkan pd hati- jgn pernah peduli lagi
Tapi dia degil-
kasihan aku pada dia.
Rabak lusuh pakaiannya.
Entah apa yang dia tagih sampai begitu sekali dia disisih
Mari sini hati, aku ubatkan.
Aku siram dgn kalam Tuhan
Aku jaga dengan kasih syg
Jadi kelak kamu bisa bangun bangga
-yg kamu tidak akan kalah dengan ujian dariNya
Tapi hati degil lagi
Katanya beri aku masa sedikit lagi
Katanya aku mahu lihat dia bahagia
Katanya aku mahu lihat senyumannya
Agar aku boleh rasa lega
Aku gelakkan hati semahunya
Segala kata caci aku guna untuk tempelak dia
Tapi hati hanya senyum sahaja
dgn ucap yg sama dia berkata
- tolong beri aku masa. Aku mahu lihat dia bahagia.
-syuhada. Jumaat. 21 Februari 2014.
Di sana- lihat aku
Aku mahu ke sana tanya khabar mu
tapi kaki degil tidak mahu melangkah
ego mahu menjengah
Jujurnya
Dari sini aku juga lihat kamu
Aku sudah ingatkan pd hati- jgn pernah peduli lagi
Tapi dia degil-
kasihan aku pada dia.
Rabak lusuh pakaiannya.
Entah apa yang dia tagih sampai begitu sekali dia disisih
Mari sini hati, aku ubatkan.
Aku siram dgn kalam Tuhan
Aku jaga dengan kasih syg
Jadi kelak kamu bisa bangun bangga
-yg kamu tidak akan kalah dengan ujian dariNya
Tapi hati degil lagi
Katanya beri aku masa sedikit lagi
Katanya aku mahu lihat dia bahagia
Katanya aku mahu lihat senyumannya
Agar aku boleh rasa lega
Aku gelakkan hati semahunya
Segala kata caci aku guna untuk tempelak dia
Tapi hati hanya senyum sahaja
dgn ucap yg sama dia berkata
- tolong beri aku masa. Aku mahu lihat dia bahagia.
-syuhada. Jumaat. 21 Februari 2014.
Thursday, February 13, 2014
Hapus Aku
Aku percaya hati manusia itu pada asasnya baik. penuh dgn kasih syg. Ehsan nya lengkap. Tapi menjelang kita sampai pada saat kematian, lps bertahun hidup di bumi Tuhan, ak rasa banyak yg dh hilang. Tambah lg anasir setan berkubang, buatkan hati kita lemah. iman goyah.
Point nya?
Hati manusia ni even asalnya, bentuknya, warnanya sama- tapi isi dalam lain-lain. aku takkan dapat paham kenapa org mendengki pd bsnes org jual goreng pisang tepi jalan. sekalipun laku, kenapa perlu dengki? kalau org tu kaya pun, sbb usaha dia. yang dengki sampai nak menyihir bagai kenapa? unacceptable. Bapa pd salah sorg bff aku meninggal sbb kena penyakit busung- pun buatan org. doktor kata xde pe tp perut makin membesar. sampai pembedahan ketiga, arwah meninggal. sbb dengki khianat. nampak. penyakit hati ni boleh bawa mati. [sigh]
Point nya?
Hati manusia ni even asalnya, bentuknya, warnanya sama- tapi isi dalam lain-lain. aku takkan dapat paham kenapa org mendengki pd bsnes org jual goreng pisang tepi jalan. sekalipun laku, kenapa perlu dengki? kalau org tu kaya pun, sbb usaha dia. yang dengki sampai nak menyihir bagai kenapa? unacceptable. Bapa pd salah sorg bff aku meninggal sbb kena penyakit busung- pun buatan org. doktor kata xde pe tp perut makin membesar. sampai pembedahan ketiga, arwah meninggal. sbb dengki khianat. nampak. penyakit hati ni boleh bawa mati. [sigh]
Tapi tak semua buruk ttg hati. dalam hati la wujud kasih. wujud sayang. wujud ehsan. wujud belas. wujud segala anasir yang boleh buat manusia hidup bersama dan bahagia. Takke lengkap dan sempurna kejadian kita. [Subhanallah][Maha suci Tuhan]
hati juga boleh jd gila dan menggilakan kita. contoh memula sedekah dgn niat baik. tetibe hati pedajal- ah, jatuh riak pulak. akal kata jgn fikir, hati duk terkinja-kinja mengingatkan. Akal kata tak payah sibuk nak tahu perkara2 yg menyakitkan hati- tp hati degil nak tau juga. Bila dh sedih. bila dh sakit? terduduk ats tikar sejadah. pandang langit. mohon kekuatan.
[ok. aku tulis ni pun ikut apa kata hati. apa melintas aku taip]
aku wonder. manusia blh jatuh cinta pndang pertama. Tapi boleh ke manusia jatuh cinta melalui tulisan? contoh macam blog- Angel Pakai Gucci tu kan. Dakwahnya simple. Tapi org faham dan orang mungkin jatuh cinta. kalau bukan pd penulis tp pada ideanya. Matlutfi- manusia kreatif yg rare. tulisannya juga bagus. Fyn Jamal- puisi nya mmg tip top. Mereka adalah manusia yang menyumbang melalui tulisan.
tapi sumbangan apa yang aku beri melalui tulisan aku?
[fikir]
blog ni mcm online diary saje. mcm skrg, apa yang aku fikir, aku taip. aku publish. Sape yg baca, aku pun tak tahu. sape2 yg aku bagi link blog ni je la kot. tu pun lps diorg mintak. nama nak war2 kan mmg tidak sbb blog ni tak sekreatip mana pun. cuma aku punya point of view. adelah ngan angah n timah ak bgtau. lain myb jumpa by accident.
org kata kita dilahirkan istimewa. lain org lain cerita lain istimewanya. Secara jujur ak mahu jd yg teristimewa d mata seseorg. kan ke sweet hidup gitu. ada org risau. dilayan tak sama mcm org lain. ekslusif katanya. [eh jap. ni cite psl cinta n jodoh lg ke pe?][stop][stop][topik lame]
ok. jom sambung wat hujahan.
Monday, October 7, 2013
Jodoh
[ni bukan post jiwang atau jemputan walimatul urus. harap maklum awal2]
Bismillah.. okay, kita direct to the point. rata2 orang bujang umur yang seangkatan dengan aku; yang kata org sedang elok utk mendirikan rumah tangga, agak rimas dan muak bila diajukan soalan pasal kahwin. especially kalo baru saja nak start karier, baru hbis bljr, or yg masih melanjutkan pelajaran macam aku. Actually aku tahu n sedar yang faktor2 mcm tak stabil, nak start karier, nak capai cita2 tu sume adalah faktor sekunder yang boleh saje di adjust. and bila kita tak lagi memandang pd faktor2 yang macam tu, korg akan jumpa main jawapan kepada permasalahan yang seolah-olah menjadi permasalahan seantero dunia- iaitu JODOH yang belum tiba.
kenapa aku bercakap dgn hal ini tetibe hari isnin ni kerana dua sebab. 1st sbb semalam adik aku tanye bila nak kahwin sbb dia teringin nak ada anak buah. Ibu pun menambah dia pun tak sbr nak ada cucu. 2nd, sbb video budak 'bagai pinang dibelah dua' setahun jagung yang boleh tahan juga daring nya. Linknye di sini
bila bagi jawapan jodoh belum tiba- kebanyakan orang pasti akan menempelak dgn kata- ah, kau memilih sangat. lps org kata gitu, aku hanya senyum [sambil tahan bengang] dan berfikir dlm hati- habis, kau ingat kwn2 aku yang kawen awal, anak dah dua tiga tu main bedal je ke kahwin? diorang tak pilih?
pilih tu wajib. ni bukan soal pilih. ni soal jodoh.
Tuhan takkan bagi kerana Dia tahu seseorang tu blm ready.
usaha? ha, ni tempelak yg agak sedikit canggih. kata mereka- jodoh kenalah usaha. Tunggu je mmg takkan sampai. sekali lagi aku akan pndang muka manusia itu dgn penuh 'belas kasihan'. sebagai manusia yang Tuhan anugerahkan aku akal dan kesabaran membuatkan aku hanya berfikir dlm hati- mana kau tahu aku usaha ke tidak? Sebagai perempuan aku adalah usaha aku sendiri. Doa n aku sedang cuba perlahan2 menjadi seseorang yang lebih baik. Better muslimah- sbb aku percaya dgn janji Dia yang lelaki yg baik utk perempuan yang baik. Usaha apa lagi yang diorng nak? nak aku approve sume friend request dlm FB? senyum pd semua lelaki yang aku jumpa?
ni juga bukan sape cantik dia kawen dulu. sape perfect, dia dpt dulu. cer tgk video 'couple-of-the-year' td tu, aku tak pyh nk ckp korg pun tahu. bukan nak mengutuk tapi tu antara contoh, even ko tak berapa sgt pun, kalo dh jumpa org yg suka, maka- adalah. kalo dh tak jumpa- mmg takkan jumpa. Tuhan kata blm sampai masa. Jadi, persiapkanlah diri. Cuba jadi yg terbaik. Aku? aku masih cuba. solat subuh pun pkl 6.40 pagi, ilmu dapur pun hancur, displin diri pun goyah- kawen mende yg nk dibuat?
last but not least, suka aku siapkan jwpn bfore korg nk bertanya- aku mmg nak kahwin. tapi blm sampai masa. terima kasih utk perhatian anda- doakanlah masanya akan cepat tiba.
sekian.
ni juga bukan sape cantik dia kawen dulu. sape perfect, dia dpt dulu. cer tgk video 'couple-of-the-year' td tu, aku tak pyh nk ckp korg pun tahu. bukan nak mengutuk tapi tu antara contoh, even ko tak berapa sgt pun, kalo dh jumpa org yg suka, maka- adalah. kalo dh tak jumpa- mmg takkan jumpa. Tuhan kata blm sampai masa. Jadi, persiapkanlah diri. Cuba jadi yg terbaik. Aku? aku masih cuba. solat subuh pun pkl 6.40 pagi, ilmu dapur pun hancur, displin diri pun goyah- kawen mende yg nk dibuat?
last but not least, suka aku siapkan jwpn bfore korg nk bertanya- aku mmg nak kahwin. tapi blm sampai masa. terima kasih utk perhatian anda- doakanlah masanya akan cepat tiba.
sekian.
Wednesday, September 25, 2013
Alexander Graham Bell punya pasal
Bahana dah lama sangat tak update blog, tajuk nak letak ape pun aku tak tahu. Lepas hampir dua bulan blog ini kutinggalkan. ada juga menyinggah, nafsu pun prnah terarah nk mengupdate blog tp akal tak keluarkan idea utk menaip, jd no update for two months.
Apa yang jadi dalam hidup lately? Ha, beberapa hari sebelum hari raya tahun ni [mak aih, sikit punya berzaman cerita] ak akhirnya menjejakkan kaki ke alam smart phone. ye, sy sgtlah ketinggalan. nak cerita psl phone, ak mmg bukanlah org yg gila mengupdate phone ikut trend terkini. sebagai contoh, first phone yg aku ada adlh tym aku nk masuk Pre Law, Merbok Kedah.
Tym google ni baru aku tau modelnya A200. phone ni mmg comel yang amat. betul2 saiz tapak tangan aku. masa awal2 kebanyakan org ingat phone ni phone permainan [sentap weh] tp ni adalah pemberian dr ibu & ayah sbb aku dpt masuk U. dan ini adalah satu-satunya phone aku yang bukan dari duit poket aku sendiri. Kenapa tak guna lagi? Two reasons. 1st charger phone ni dah rosak n nak dpt charger utk jenis ni punyalah payah sbb jenis ni org mmg tak ramai [or almost takde] yang pakai. 2nd, berkait dgn 1st reason td- org tak pakai. cina jual phone tu pun suruh aku batalkan hasrat nk trade in n simpan je la kat rumah.
Second phone beli masa BLS.
Sony Ericsson w850i. masa aku beli tu harga dekat RM900 lebih. and aku sangatlah sayang phone ni. lama gak aku pakai. tp sepertimana yang ramai maklum, slide sony ericsson susah nak tahan lama. phone ni mula2 speaker rosak. aku kena pakai earphone bru blh ckp. lama gak jd gitu sampai org pndg aku pelik ckp sorg2 sbb org tak nmpk earphone dlm tudung [benda ni betul2 terjadi- jadi masa aku berjogging kat tasik S7 s.alam. ye. syuhada pernah berjogging]
then satu pagi, ajal phone aku pun tiba. sedih yg amat sgt. tp dek kerana keperluan memiliki telefon bimbit pd zaman gini, memaksa aku ke PKNS utk cari phone baru. jadi, aku pun belilah telefon ni
nokia xpress music 5130. harga dlm rm300 kot. terus terang syg aku pd phone ni tak de lah sgt tp sbb dia sbr n bertahan lama jd lama lah aku berkapel dgn dia. jatuh bangun aku dgn phone ni. LLB n Chambering aku wat ditemani phone ni. Nokia kan? campak lah mcm mana, dia tetap bertahan. sumbing juga aku buat phone ni, tp dia tetap ok. terima kasih awak, sbb sbr dgn sy sehingga ke akhirnya. bila org tanye bila nk beli tlfon baru- aku kata blm ada rezeki. sbb mmg tak de keperluan nk beli phone baru sbb dia masih elok. tp aku buat keputusan utk clash slps org ramai memandang enteng pd dia yg kononnya tak setaraf dgnku. the moment klient pndg aku dgn pndgn menghina sbb aku guna tlfon ni, aku tiba2 rasa nk cari bf lain. tambah lg org sibuk ber-insta, wassap bagai tp aku habuk pun tak tahu.
so bila dpt rezeki lebih, aku clash dgn nokia tu [kini dia kapel dgn ateh. dh sampai Gemencheh dah phone tu] and now in a r/ship with Sony Galaxy Grand Duos
org lain dh pakai Note 3 bagai tp aku pakai grand dua je. sebab 1st aku tak mampu nk beli phone ribu riban. 2nd aku mmg nk cari phone dua sim. jd memandang pd budget n keperluan, aku beli ni. ni la bff aku sekarang. teman aku sampai ke tempat beradu. kat court boring2 tak de sape nk borak, aku lepak dgn dia. [owh, betapa pathetic nye lah hidup aku] Alhamdulillah. rezeki. now aku dah blh main candy crush tnpa perlu pnjm phone org or main kt FB. akaun insta pun aku dah ada. wassap aku msih bru bljr nk guna. hehe.
ok. tu je lah. aku nk siapkan hujahan. bye.
Thursday, July 25, 2013
Dream
Korang tahu, dulu family aku tak la susah tapi tak juga senang, Dulu bila tiba musim raya, ibu & ayah akan dahulukan kitorg. baju raya, kasut raya, bunga api raya, segala macam raya la. nothing for them. bertahun macam tu. aku simpati tapi time tu aku pun tak mampu. [sobs] pernah la jugak beli baju raya sehelai utk ibu. jubah warna hijau-yg mampu dek budget kitorg adik beradik kumpul. dia terima tapi aku tahu dia tak berkenan. kesian ibu. kesian ayah. tak pe lah, one day, along pasti akan belikan juga.
thats y bila k.ogy bgtahu dapat bonus raya [terima kasih pd bos yg sudi bg aku bonus even aku baru 5 bulan keje] - automatik- aku fikir utk spend for my parents. segala macam utk diorg. baju kurung ibu, baju melayu ayah, handbag ibu, songkok ayah, kasut ayah n ibu, minyak wangi- anything yg diorg nak lah. aku memang nak spend banyak for them. pilihlah. sume along bayar. and along sgt berbangga kalau along dapat buat ibu dan ayah happy dgn hasil titik peluh along [senyum lebar2]
akhirnya. impian ku jadi nyata. terima kasih Tuhan.
Alhamdulillah
Sebut pasal ibu & ayah, tadi aku di'arahkan' join majlis buka puasa NS Bar dengan anak2 yatim & asnaf. i'm not good with kids. no denial. tapi bila tgk muka diorg, dalam hati duk fikir melampau betul plan2 raya nak beli itu ini tapi ada orang yang duduknya tak jauh pun dari aku, sedang susah. Dari info senior lawyer yang uruskan majlis ini, penjaga anak2 yatim ni siap jual rumah sendiri utk dptkan dana. hebat mereka. [pastu pandang diri sendiri and soal balik kena tepat kat batang hidung- apa kau buat dalam 26 tahun hidup kat bumi ini, syuhada oi?] and tabik hormat kat lawyer2 yang berbilang bangsa sebab tak lokek keluarkan duit utk diberikan pada anak2 itu. [sekali lagi questioning myself soalan yang sama] [sigh] bdw kalo korg nk membantu or kenal sape2 nk bg sumbangan/ menaja anak2 yatim & asnaf ni, blh la bg sumbangan kat akaun Maybank 'Asnaf Murni' 562759105064.
owh. dah masuk 26 julai! terkenang memori lalu. tarikh ni pernah bagi makna besar dalam hidup aku. aku siap berangan nak kawen tarikh ni lagi! [mampoo??] dek sebab mimpi kanak-kanak aku tu, sampai aku janji ngan ibu, 26.7.2013 kalo aku tak dpt kawen ngn si A tu, along serah sume kat ibu la. puhahaha! kanak2 ribena sungguh! #memoriLalu. tak de point pun cite yang last para ni. saje mengimbau sejarah lampau sebab dah terlalu terbiasa mengenang tarikh ini for the past 10 years, mak non oi! dah la. mau titon. moga bermimpi yang indah2
Sebut pasal ibu & ayah, tadi aku di'arahkan' join majlis buka puasa NS Bar dengan anak2 yatim & asnaf. i'm not good with kids. no denial. tapi bila tgk muka diorg, dalam hati duk fikir melampau betul plan2 raya nak beli itu ini tapi ada orang yang duduknya tak jauh pun dari aku, sedang susah. Dari info senior lawyer yang uruskan majlis ini, penjaga anak2 yatim ni siap jual rumah sendiri utk dptkan dana. hebat mereka. [pastu pandang diri sendiri and soal balik kena tepat kat batang hidung- apa kau buat dalam 26 tahun hidup kat bumi ini, syuhada oi?] and tabik hormat kat lawyer2 yang berbilang bangsa sebab tak lokek keluarkan duit utk diberikan pada anak2 itu. [sekali lagi questioning myself soalan yang sama] [sigh] bdw kalo korg nk membantu or kenal sape2 nk bg sumbangan/ menaja anak2 yatim & asnaf ni, blh la bg sumbangan kat akaun Maybank 'Asnaf Murni' 562759105064.
owh. dah masuk 26 julai! terkenang memori lalu. tarikh ni pernah bagi makna besar dalam hidup aku. aku siap berangan nak kawen tarikh ni lagi! [mampoo??] dek sebab mimpi kanak-kanak aku tu, sampai aku janji ngan ibu, 26.7.2013 kalo aku tak dpt kawen ngn si A tu, along serah sume kat ibu la. puhahaha! kanak2 ribena sungguh! #memoriLalu. tak de point pun cite yang last para ni. saje mengimbau sejarah lampau sebab dah terlalu terbiasa mengenang tarikh ini for the past 10 years, mak non oi! dah la. mau titon. moga bermimpi yang indah2
Sunday, February 10, 2013
Seratus.
Owh. Lately segala virus pemalas dah menjahanamkan hampir keseluruhan sistem badan. severe sungguh. memang malas serba serbi. jumpa matahari pun jarang-jarang. lepas 30hb tu, masa banyak dihabiskan dengan duduk rumah menggemukkan badan. Apa buat kat rumah? main mata ngan buah hati pengarang jantung. huehehe [gelak gedik]
gif not mine. credit to the owner.
is this definition for my happiness? jawapanku- definitely! but then dah ada pula rasa bosan tambah lagi isu duit yang selalu mengganggu tidur malamku..cewah! kena keje ni, duit dah tak de. dah la aritu aku bantai rosakkanlah pesona ibu tu. segala mimpi nak beli phone baru, nak g jenjalan hancur lebur sebab accident tu. owh [tepuk dahi]
adela sekali dua keluar, di mahkamah settlekan draf perintah n pergi kenduri kahwin Tiqah & Dino kat Taman Ixora semalam dengan my soul-mate, Cik Effa. [ merangkap juga 'kaki' ku. tak de dia mmg tak berjalan la aku weh] Selamat pengantin baru korang berdua [dua2 ni schoolmate kitorang. Tak ingat ni couple sekolah yg ke berapa kawen same2 batch] sangat la padan berdua. semoga dikurniakan zuriat yg soleh & solehah juga berbahagia hingga ke syurga sana. Amin.
Esok ada kenduri kat rumah. Kenduri kesyukuran & tahlil. Now tengah busy with the preparation. The preparation- i tell u- mengalahkan nak raya! kemas ni, kemas tu. Basuh ni basuh tu. Kenduri simple je tapi disebabkan 'status' my parents dalam kawasan perumahan ni membuatkan kenduri ni jadi macam ala2 aku nak bertunang. [disclaimer: my parents bukanlah dato' or datin. orang biasa, but if u know my parents, then u will understand. heh] n the question pasal bila aku nak kahwin datang bertalu2. Nak marah, well, aku pun tanya orang macam tu juga- so senyum sajo dan berikan jawapan standard lagi cliche- kalau dah sampai jodoh, insyaAllah.
Post kali ni macam tak de point kan? haha. Actually, nk celebrate post yg ke-100 [termasuk beberapa draft yang aku tak publish. kira part of 100 gak tu. heh]. Tak sangka keputusan untuk kembali ber'blogging' setahun lebih dulu akhirnya sampai post yg ke-100. Tahniah syu!
gif not mine. credit to the owner.
adela sekali dua keluar, di mahkamah settlekan draf perintah n pergi kenduri kahwin Tiqah & Dino kat Taman Ixora semalam dengan my soul-mate, Cik Effa. [ merangkap juga 'kaki' ku. tak de dia mmg tak berjalan la aku weh] Selamat pengantin baru korang berdua [dua2 ni schoolmate kitorang. Tak ingat ni couple sekolah yg ke berapa kawen same2 batch] sangat la padan berdua. semoga dikurniakan zuriat yg soleh & solehah juga berbahagia hingga ke syurga sana. Amin.
credit gambar pada FB cik effa
Esok ada kenduri kat rumah. Kenduri kesyukuran & tahlil. Now tengah busy with the preparation. The preparation- i tell u- mengalahkan nak raya! kemas ni, kemas tu. Basuh ni basuh tu. Kenduri simple je tapi disebabkan 'status' my parents dalam kawasan perumahan ni membuatkan kenduri ni jadi macam ala2 aku nak bertunang. [disclaimer: my parents bukanlah dato' or datin. orang biasa, but if u know my parents, then u will understand. heh] n the question pasal bila aku nak kahwin datang bertalu2. Nak marah, well, aku pun tanya orang macam tu juga- so senyum sajo dan berikan jawapan standard lagi cliche- kalau dah sampai jodoh, insyaAllah.
Post kali ni macam tak de point kan? haha. Actually, nk celebrate post yg ke-100 [termasuk beberapa draft yang aku tak publish. kira part of 100 gak tu. heh]. Tak sangka keputusan untuk kembali ber'blogging' setahun lebih dulu akhirnya sampai post yg ke-100. Tahniah syu!
Friday, January 18, 2013
Random Thoughts.
demam.
so my mind macam carca marba. too much things utk dibebelkan [sakit pun rajin membebel. what to do. i love my blog. and this is the only place yang redha sajo kalo aku membebel. heh] but entah relevan entah tidak [heh. mcm la post before ni relevan lah sangat. ah. blog aku. aku decide kerelevanan sesuatu perkara yang aku nak bebelkan] mari membebel. mari. mari.
mari membebel pasal... politik? syuhada?? politik??! nope. sangat tak synchronize. aku tak minat. sbb honestly, bagi yang namanya siti syuhada, asal orang tu politician, he/she cannot be trusted. sesungguhnya aku tidak pro mana-mana pihak, tapi selagi jalan Rembau-Seremban still berlubang-lubang macam tu jugak sampai Persona ibu dua tiga kali masuk berdempung masuk lubang, BN takkan dapat undi aku. huahaha. and please la- stop using cogan kata 'Jasa Kepada Rakyat'. ia sangatlah annoying and semak di mata aku. Jasa-Kepada-Rakyat.. seriously?? for me jasa is something u give tanpa berkira. and tak perlu mengingatkan org yg kau telah berjasa. macam cikgu. they being paid. bergaji. tapi jasanya kepada murid takkan terbalas. same goes to our parents la kan. but politicians nak guna perkataan 'jasa' tu pada aku sangat tidak munasabah. faham. they all sume berkerja siang dan malam utk rakyat- but tu la duty yang u have to do after being voted and appointed by rakyat kot. there is no such things as jasa if tol pun korg tak bayar, jalan pun polis escort, kawen anak wat diva-diva kan. mewah kot korang so kejeje la seikhlas hati. apa point nak ingatkan kt setiap projek baru yg korang 'berjasa' kepada rakyat? owh. sangat menyampah.
dahla. aku tak nak blog aku bertukar menjadi blog politik pulak. letakkan titik noktah di situ. hah
caption: sheera dan si budak hitam on sheera's LC day. tell d truth, my eyes got teary bila tgk en. hanif pakaikan robe pada sheera [since aku sampai lambat n tak dapat dgr LC speech yg dibaca oleh Mover dia. bos tahan aku. menci ah] terkenang segala pahit manis selama 9 bulan. Segala apa yang kitorang mengadu towards each other. Mungkin org lain tak faham but for me, tak terlampau kalo aku katakan she is my strength. sungguh. Since LLB dialah manusia yang bertanggugjawab mempositifkan kepala aku yang selaaaaaaaaaaaaalu negative ni. i admit, i envy her but dlm masa yang sama i adore her [miracle la kalo sheera jumpa blog ni and read. tu yg berani tulis tu. tapi kalo awak baca la benda ni wak, i just u to know that this is sincerely from d bottom of my heart] she is brilliant and definitely she will be a good lawyer. sepanjang 9 bulan berlatih dalam kamar- ada satu perasaan yang lega gila bila nampak dia tak pun nampak kete dia. rasa mcm- ah, i'm not alone. utk segala advice, tunjuk ajar, gelak tawa n being a good listener, terima kasih wak. terima kasih banyak-banyak. sampai mati, saya takkan lupa jasa awak pd saya [ha, ni baru la jasa. takde balasan. seikhlas hati]
dalam minggu lepas ke dua minggu sudah, ibu mengadu kata orang-orang kat taman ni heboh kata aku dah bertunang. i was like.. bwahahahaha! sampaikan sedara angkat kitorg yg duduk area sini merajuk sbb tak diberitahu & tak diajak. ibu jwb- owh, padanlah anak akak tak kena pinang. [aku tepuk dahi] wondering juga apa ground diorang merapu gitu. psl gambar aku dan deary BFF yang dah troll sume orang tu ke? aish. diorang mana ada FB aku. ibu cakap probably sebab kitorang repair bhgian blkg rumah so org fikir we are preparing for a big kenduri. Uwah. Canggih betul pemikiran mereka. Ni baru aku ni, belum artis lagi. So, no comment. heh.
#Random: Teringat pada Uwais Farhan. Si budak comel itu. Kalo Nur Iman Hannan dah lahir, memang aku nikahkan diorg berdua. Its hard to find a guy dgn keturunan yang baik-baik macam gitu. jadi saya akan mempersiapkan Nur Iman Hannan selayaknya. [ni berangan random gila. boleh pulak ke situ]
apa lagi nak merapu ni? ah. btw, i want to take legal action against this guy.
for being unbelievably and sinfully handsome. I see u in court, Park Yuchun-shii.
[goodbye Han Jung Woo & Lee Su Yeon. Both of u will be forever in my heart]
Thursday, January 10, 2013
Mayday Mayday
Tangan gatal nak mengupdate [rasa mcm dh penah guna ayat ni before. adeke?] tp hati lagi exited. Nothing special pun. Just- rasa nak membebel. Okay. Since tak de particular topic nak dibebelkan- so i just tulis what cross my mind la kan.
First: Maria Elena.
she is a blogger. famous one. baru je tahu about her sbb gambar n video kawen yg super cute & selambe gile. but most importantly- i suke dia because she admit yg its a struggle to berhijrah. especially part yg b4 dia berhijab, she did what she thought was right- pegang tangan like what normal couple did. yeah. i use d word normal. ke-bi-a-sa-an. biasa kan couple pegang tgn. kan? but penghijrahan membuatkan dia & the supportive bf nekad utk tidak melakukan perkara2 sebegitu. sehingga mereka selamat diijab kabulkan. jujur. saya suka. honestly- i hate people yg ckp pung pang pung pang- but then- habuk pun tarak. entahlah. malas nak cakap banyak. mana tahu, esok lusa aku plak yg buat.
Second: Chambering & Soon-to-be lawyer
birokrasi. dokumentasi. semuanya meletihkan. ah.and senior lawyer. hmm. yesterday was a tough day. i took d whole day to recover from those insulting & sarcastic words. lets take it as a lesson. so, one day when i become a senior lawyer, i wont insult a pupil like dat. pupil is human. how incompetent they are- they are still human. remember that syu. for d rest of your life.
Third: Park Micky Yoocun
I miss You, Babe. as usual la kan. u know what babe, your future father-in-law kan. dia kan.. aish. how can ayah said- lelaki mata sepet ni yg ko kata ensem? almost perfect what. how could you, ayah. how could you. owh! sedeh!
Fourth: Sheera
sedih tak dpt LC sama. selepas susah senang bersama. we always there for each other. mcm aur dgn tebing org kata. bnyk supportive word n nasihat. still remember what she told me- cik syu, ada dua org manusia yg tak blh dinasihatkan. 1st org bercinta. 2nd org yg kaya. dunno sama ada betul ke tak- but from experience yg 1st tu nampak betul. hah. kenangan sungguh.
Fifth: Kelam kabut
lately sangat messy la hidup si syuhada ni. hari ni worst la. nothing goes according to what i want. print tak blh. purse MIA. phone MIA. almost accident. aisy. takde ubat ke blh control kelam kabut? actually post ni entitled mayday mayday sbb kelam kabut aku ni la. dlm cite korea heroin kelam kabut sgtla cute tp in real life- horrible seh. sometyms menyusahkan org & selalunya menyusahkan diri sendiri. Gelabah mak nenek kata bos. nampak? tak cute lansung. heh!
Last: Lapar.
aku lapar. then jumpa lawak bengong ni. sumpah aku terkikih kikih gelak.

kihkihkih. tp lapar still tak hilang.
dahla. esok nak g KL. menyelesaikan benda yg sepatutnya aku selesaikan sebulan dulu.
wish me luck.
birokrasi. dokumentasi. semuanya meletihkan. ah.
Third: Park Micky Yoocun
I miss You, Babe. as usual la kan. u know what babe, your future father-in-law kan. dia kan.. aish. how can ayah said- lelaki mata sepet ni yg ko kata ensem? almost perfect what. how could you, ayah. how could you. owh! sedeh!
Fourth: Sheera
sedih tak dpt LC sama. selepas susah senang bersama. we always there for each other. mcm aur dgn tebing org kata. bnyk supportive word n nasihat. still remember what she told me- cik syu, ada dua org manusia yg tak blh dinasihatkan. 1st org bercinta. 2nd org yg kaya. dunno sama ada betul ke tak- but from experience yg 1st tu nampak betul. hah. kenangan sungguh.
Fifth: Kelam kabut
lately sangat messy la hidup si syuhada ni. hari ni worst la. nothing goes according to what i want. print tak blh. purse MIA. phone MIA. almost accident. aisy. takde ubat ke blh control kelam kabut? actually post ni entitled mayday mayday sbb kelam kabut aku ni la. dlm cite korea heroin kelam kabut sgtla cute tp in real life- horrible seh. sometyms menyusahkan org & selalunya menyusahkan diri sendiri. Gelabah mak nenek kata bos. nampak? tak cute lansung. heh!
Last: Lapar.
aku lapar. then jumpa lawak bengong ni. sumpah aku terkikih kikih gelak.

kihkihkih. tp lapar still tak hilang.
dahla. esok nak g KL. menyelesaikan benda yg sepatutnya aku selesaikan sebulan dulu.
wish me luck.
Wednesday, December 19, 2012
Lelah Hati Ku [Edited Version]
[post yg lepas perlu dibuang. For certain reason. hah]
Aku mulakan dgn melihatnya.
and lepas tgk senyuman itu
i bet- nothing. NOTHING can ruin my mood for today.
but then i made a mistake
of course something or SOMEONE will ruin my day as usual
getting angry. getting tired.
dan hangin kuskus Gunung Santubong dtg menyerang
hampir pengsan bila dihambat puluhan fail yang entah mana pucuk pangkalnya.
serabut?- nah, disebelah ini ubatnya.
clik YouTube and thats it- all the madness gone and i start giggling.
preparing a stupid yet complicated notice of application plus affidavit seems so easy if i listen to his voice while doing it.
is this what people call fall in love?
kihkihkih.. i guess the answer is yes.
let me scream to the world-
Park Micky Yuchoon-
I'M HELL IN LOVE WITH HIM!!
[post yg lepas rasanya terlalu peribadi. menulis dgn hati dan emosi, tulah yg jadi. being a fangirl is nothing personal. its about me and my gedik-ness of being a fan *wink*wink*]
Wednesday, December 5, 2012
Double S.
"Have u ever been in love? horrible isn't it? it makes you so vulnerable. its open your chest and its opens up your heart and it means that someone can get inside you and messed you up"- Neil Gaiman, The Sandman, Vol 9: The Kindly Ones.
and tell u what, i'm messed up now babe. hah.
gila.
people are stupid when they fall in love. ah, nope. wrong statement. yg betulnya adalah- syuhada is stupid when she fall in love. ini betul.
sebelum nak jumpa punyalah exited. bila dh nampak, menyombong. pandang pun nak tak nak. org tu tegur kau buat endah tak endah. masuk court kau g borak ngan orang lain sampai dia kena tanya kau dulu. ada can nak pandang, kau gi bantai baca notes. last-last bila kes dah habis, kau terus melulu balik office, ada can tunggu lama, tak nak amik. budget bz. dlm kereta kau membebel sorg2, nyesal tak sudah. sebulan lebih lagi baru kau blh jumpa dia. hah. padan muka!
ah. jangan dilayan.
ada jodoh, campak lah ke antartik sekalipun, berjumpa juga.
teringat doa ibu.. doanya:-
"Ya Allah, temukanlah jodoh anak sulungku cepat-cepat.. temukanlah dia dengan seorang lelaki yang bepekerti mulia.. yang dapat menerima anakku seadanya.."
simple dan syahdu. dan aku hanya mampu aminkan
teringat doa ibu.. doanya:-
"Ya Allah, temukanlah jodoh anak sulungku cepat-cepat.. temukanlah dia dengan seorang lelaki yang bepekerti mulia.. yang dapat menerima anakku seadanya.."
simple dan syahdu. dan aku hanya mampu aminkan
p/s: tahniah utk kamu syuhada- 9 bulan latihan dalam kamar lengkap sudah. akan menyusul kemudian, post khas ttg latihan dlm kamar a.k.a chambering life ku
Friday, September 14, 2012
Habeas Corpus.
terjumpa putera idaman hati. manis senyuman, lembut pekerti. *sengih* namanya- IAI. bukan nama insurans tapi initial sj sbb ni kes syok sendiri. belum jd aku punya so tak blh nk petik nama cam gitu je. kena saman dek tuan punya nanti, tak ke naya. antara perkataan2 dia yg aku masih ingat- Habeas Corpus; Criminal in nature, Civil in procedure. Thats y tajuk post kali ni Habeas Corpus. its a law term. nak tahu maksud cari sendiri sbb bos tak bagi aku bg legal advise free. ceh.
memulakan taipan merapu dgn semangat bersungguh-sungguh nak update blog. macam2 cerita nak strory mory tapi tak tahulah mood ni ada sampai hbis update ke tak
okeh. settle prologue. hello reader/ readers.
bulan september dah 14 hari. bermakna aku ada kurang 3 bulan untuk habiskan zaman kegelapan i.e zaman pupilage ini. sana sini orang dh tanya- tak retain ke kat sana. nth. aku pun tak tahu apa nak buat lepas habis 9 bulan ni. yang pasti akan dftar amik DLSA tahun depan, insyaAllah :) mendengar kata sheera semalam- rasa macam nk jadi DPP syariah. macam menarik tapi masih belum pasti lagi apa nak buat. nantilah- yang penting kena habiskan 9 bulan ni dulu papehal.
minggu lepas berita pertunangan kunun2 siti syuhada dah kecoh sekejap kat FB aku bila my beloved BFF mengupload gambar dan meng-tag 'The Lalings'. idea tu mmg idea asal aku- semata2 nak kenakan angah right after tgk gambr yg ditangkap ala2 macam gambar nk bertunang.
tu la gmbrnye. 'pengapit' lagi cun melecun dr 'bakal pengantin'. tak aci sungguh. hah. gurauan 100% tapi sumpah tak sangka orang blh percaya gambar nak g jln raya ni adalah gmbr tunang. *tepuk dahi*
<--- Cikgu Hanafiah pun wish ye Tuan-tuan dan Puan-puan. *double tepuk dahi*
<--------------Noor Diana: main target
gelabah gak aku sebab ramai yang like n komen2. tak la ramai mana utk org lain mungkin tp FB aku bkn feymes mana- kalo dh dpt 14 likes tu mmg triple tepuk dahi la. *adeh*
pe g nak cite td ek? nth. lupe. owh, btw- exam ethics mcm nth pape. tawakal je la. kalo pass mmg miracle la. huhu. okey lah. dh mgrib. bye2.
Saturday, September 8, 2012
Mengutip Kenangan
membelek kenangan lama. dah jd sejarah. ada yang best, ada yang sedih. tu sume org pun tahu- lumrah hidup. *owh. cliche sgt* then, tiba2 teringatkan sorg shbat lama. nama dia Norashikin Khairudin. dia lah manusia yang bwk aku ke alam penulisan. ye, aku tahu- sejarah tu tak la important mana kat korg, tp sgt2 bermakna utk aku.. masa tu darjah 3 and aku start buat cerpen2 pendek. cerpen = cerita pendek. so korg bygkan cerpen pendek apa rupanya.
pastu aku ada tulis blog, cerpen n ada attempt nak tulis novel tp sangkut tgh jalan. ada wat note gak kat FB. so post kali ni aku akan copy paste kan balik segala note2. actually nk delete segala note kat FB. semak. tambah lagi sejak kempen timeline ni mengganggu hidup.
ni adalah antara note2 yang boleh diguna pakai. heh.
1. Tajuk : Pekak dan Bisu. 10 Apr 2011. 12.05pm
Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.
Disuruhnya aku diam.
Butakan mata bila melihat.
Pekakkan terlinga bila mendengar.
Kelak- hatiku tidak akan sakit.
Apa yg buta itu tidak punya hati?
Apa yg pekak itu juga tidak punya hati?
Aku harus menjadi serba sempurna.
Terbaik dlm segala segi.
Dahulukan hatinya.
Keperluannya.
Yang pasti- tiada aku.
#
Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.
Dan Dia juga memiliki segalanya.
Masa silam, kini dan hadapan.
Di tangan-Nya ada takdirku.
Yang aku tidak boleh sekali-kali persoalkan.
Kerana aku-
hanya hamba.
Dia takdirkan manusia itu dtg dlm hidup.
Saat aku paling tidak bersedia.
Saat aku paling tidak mahu.
Bila sekali lagi aku diuji.
Sungguh. Aku benci perasaan ini.
Sakit.
Kerana aku tahu- sekali lagi aku akan kalah dlm percaturan ini.
Tidak.
Aku tidak akan kalah.
Kerana sememangnya- aku telah kalah.
Perit
#
Kerana Tuhan Anugarhakan Aku Hati.
Calitan warna setiap hari berbeza.
Atau mungkin sama.
Tp coraknya tidak.
Aku harus memegang kanvas ini.
Supaya warnanya tidak terpalit.
Memegang setiap bucu.
Dan kadangkala aku bertanya-
Mampukah aku memegang nya sendiri?
#
Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.
Yang sangat sukar untuk difahami.
2. Tajuk: Doaku Untuk Kamu. 19 Jun 2011. 3.49pm. Khas buat Siti Fatimah Razali *Al fatihah buat arwah ibu sahabatku ini*
kalaulah kesedihan itu blh dibahagi dua..
kalaulah derita itu boleh dikongsi bersama,
berikan separuh dr kesedihan kamu itu padaku, sahabat..
agar kau tidak menangis sebanyak itu,
agar kau masih boleh tersenyum saat diuji sebegini hebat..
aku tidak mampu meminta kau berhenti menangis
kerana aku tahu siapa saja akan begitu jika insan paling disayangi meninggalkan kita
aku tidak mampu utk buat kau tersenyum
kerana tiaada kata yang boleh memujuk kamu saat ini..
kerana derita itu hanya kau yang merasai bebannya..
kami hanya mampu utk cuba memahami..
bersama di belakangmu, menyokong mu sedaya mungkin..
terlalu berat hati utk melepaskan..
tapi redhakan pemergiannya, sahabat..
kerana dia bukan pergi kepada siapa-siapa..
tapi yang menyayanginya lebih dari sesiapapun di dunia ini..
ibu mu pulang kepada pemiliknya..
satu hari, sepertimana janjinya, kita pasti akan bertemu..
doakan pertemuan itu berlaku di syurga yang sangat indah..
jangan sesalkan perpisahan ini
kerana Dia mengetahui segala apa yang terbaik buatmu..
sabarkan hati, sayang..
mungkin kasih syg kami tidak sehebat kasih sayangnya buat mu..
tapi kamu perlu tahu, kami selalu ada di sini..
saya sayang kamu.
Al-Fatihah buat bondamu, sahabatku~
eh. dua je yg blh diguna pakai?
Sunday, August 5, 2012
Kentang. Versi Potato Salad
i think by now korang dh blh fhm yang 'KENTANG' aku rujuk sebagai hati aku. alah, mcm puuuujaan hati mr.kwon ji yong yang melabel apel sbagai hatinya. so sbagi isteri mitahli, aku pun nk tritu gak, jadi- i pick potato. chumel bukan? *wink*
ini post Kentang-versi potato salad. but potato salad yang ada mcm2.
Sedar tak sedar, 2012 dah masuk bulan yang ke-8 i.e Ogos dah pun 5 hari bersama kita. Ogos adalah bulan birthday utk mifamilia. Bermula ngan apiz, amri (my cousin brother), ateh n my beloved VVIP- my mum. juga tidak dilupa kekasih hati- Mr.kwon ji yong. ah, isteri mithali nya juga lahir bulan ni. 13hb. siapa? ye, tidak syak lagi- tuan punya blog ni. huehehe.
bila umur dah masuk jubli perak ni, aku fikir macam2 benda. ada juga rasa iri pada orang lain yang dah pun established hidup diorang tym umur macam aku ni. yang dah ada family- yang dah ada anak2. yang dah mula settle down, bukan baru nk try bernafas. hati sape yang tak bengkak bila tgk status2 bahagia orang especially kawan2 newlyweds yang tgh memadu asmara. macam tak boleh blah juga tapi mereka bahagia. itu hak diorang utk mengekspresi kan kebahagiaan itu. aku hanya mampu senyum dan mendoakan kebahagiaan itu kekal hingga ke syurga sambil terfikir bila la turn aku nak tiba. benda n duk bermaik2 dlm pale aku dari aritu.
"macam mana la sy nak nikah makcik2,
rukun nikah yang 1st pun sy blm dpt fulfill lagi"
nak update status tp mcm desperate sgt la plak. huhu
rukun nikah yang 1st pun sy blm dpt fulfill lagi"
nak update status tp mcm desperate sgt la plak. huhu
tapi aku dah nak masuk umur 25 tahun ni. sudah boleh berfikir secara matang. ini adalah aturan Tuhan. hidup aku dh tertulis macam ni, jadi aku kena redha dan bersabar. jangan berhenti berusaha dan bertawakal. insyaAllah, Tuhan akan berikan yang terbaik. *senyum*
sambil menulis blog ni, boleh dengar suara ibu mengaji. Subhanallah. Alhamdulillah. Ya Tuhan, segala puji bagi-Mu yang menganugerahkan aku manusia sehebat itu sebagai ibuku. Ibu adalah satu ciptaan Allah yang sangat ohsem, cool dan terbaik. Batas kasih sayangnya adalah infiniti. Dia sendiri pun tidak tahu sampai mana kasih sayangnya. memeluk dia macam ubat. 100% korang akan rasa tenang. i mean peluk mak sendiri la, bukan peluk mak aku.
ibu adalah kesayangan raaaaamai orang. seyes. kalau korang kenal mak aku, confirm korg jatuh syg punya. dia flexible. ngan sape2 pun dia blh masuk. baik budak, sampai la org tua2. ramai org pnggil mak aku ibu. and frankly speaking- i hate it. ye- syuhada adalah seorang yg possessive. tp hepy la bila org kesayangan kita disayangi ramai org- asal jgn over sudah.
*amende la aku merapek ni*
ah. tak kisahlah. yang penting- moral of the story. i LOVE my MUM.
and my DAD. and my SIBLINGS.
*quote di bwh ini ditujukan kepada gf2 adik2 sy. please remember this*
and my DAD. and my SIBLINGS.
*quote di bwh ini ditujukan kepada gf2 adik2 sy. please remember this*
Tuesday, February 28, 2012
chenta.
I'm getting emotional again so just ignore this post. I'm currently writhing with my heart and slightly guided by my brain- please forgive my words. Baru je lps tgk satu bual bicara kt Korean television. Their guest is a comedian. A famous comedian indeed. they talk about his life, his successful career and of course, the obstacles & hurtful event in his journey. No one live in perfect life without problems i tell u- in case u feel u are d only one who suffer.
Imagine ek. Dia ada good and happy life before. Dia kerja kuat to success in his career as comedian. Dia berjaya and dia berkahwin and dianugerahkan dua anak lelaki. Tapi langit tak selalu cerah, masa wife dia mengandung 2nd baby, doctor ckp buah pinggang wife dia dah rosak. Kena operate asap. kalo operate mestilah akan effect baby dlm perut kan. as a mother, of course- nyawa anak mmg dpt priority so operation tangguh lima hari.
Baby lahir pramatang. tp yg wife dia ni tak blh nk operate lg sbb donor tak de. line panjang tunggu donor so wife dia kena dialisis hari2 la. mcm jatuh ditimpa tangga, brain baby dia ada problem yg mengakibatkan bahagian kanan baby tu tak blh guna especially tgn kanan and kaki kanan. as a husband and a father- imagine mcm mana hancurnya hati comedian tu.
mind u again- keje dia is a comedian k. so he have to smile and make people laugh in order to make money. kalau korg ada kt tempat dia, mampu nak hadapi sume tu? nak gelak2 even family tgh kelam kabut. aku tak mampu. sungguh.
Dia berkerja siang mlm. then g hospital hari2 to spend tym with the wife. mana dgn anak lagi. sampai satu tahap rambut dia gugur and doctor kata tu disebabkan stress yg keterlaluan. then wife dia moody tau lps sakit tu. slalu marah sbb sakit & of course tension yang amat. Lagilah sasau lelaki tu. hebat ujian Tuhan utk ko, bang.
pastu dlm talkshow tu, wife dia bg surat since wife dia tak mampu dtg. its a secret letter. tym tu aku mmg tak blh control la air mata. even MC pun tak dpt nk baca surat tu. MC sume lelaki tau so secara tak lansung, aku tahu lelaki pun lembut hati gak [kwn lelaki aku blh dibilang ye. tu pun tak de yg rapat. even sume adik2 aku lelaki tp i dont really understand man as a whole]
aku tak pernah bercinta. i mean love and be loved. so cerita lelaki tu mcm eye opener. to find someone yang sanggup stay dgn kita susah & senang- mana nk dpt weh? to love u no matter what. to be with u through thick and thin.
marriage nampak indah. u will be ur other half 24/7. bangun pagi2 nmpk dia sampai la nk tdo mlm kemudiannya. masa bahagia, tym sume tgh cantik- everything seems perfect but kalau perkara2 mcm ni jd dkt any marriage- brape ramai yg blh tahan? sape je yang sanggup? especially kalau kahwin sbb cinta yg bukan lillahitaala.
sbb kwin?- sbb dia cntik
sbb kwin?- sbb dia pndai msak
sbb khwin?- sbb dia baik
sbb khwin?- sbb dia romantik
cantik, pndai msk, romantik, ensem or even baik pun blh berubah bila2 masa. people can change anytime. so- am i prepared for this? truthfully- no. maybe sbb i havent met a right guy- my other half yet. love do have some power. u can turn something impossible to possible.
who knows?

kucing adalah satu ciptaan Allah yang mampu menghilangkan stress. tak caye? tgk ni

alololo.
Thursday, February 16, 2012
Entah: Cubaan Pertama
*Backspace*Backspace*Backspace*
Dia mengeluh berat. Di fikirannya punya pelbagai cerita mahu dikongsikan buat si penerima, tapi dia takut email nya akan dipandang sunyi. Sesekali dia tersenyum sinis, berterima kasih pada yang mencipta teknologi ini berpaksikan ilham dari Tuhan. Terima kasih, kalau tidak kerana kamu, entah berapa banyak pokok harus ditebang semata-mata untuk membalas kiriman melalui surat.
Cara lama. Tapi lebih sentimental dari pandangan matanya. Dia senyum lagi, seolah-olah melupakan niat asalnya dia di sini. Dia mengangkat kepala, melihat keindahan tasik; mengharapkan agar ilham diberikan untuk membalas email ini. Email dari Ilham.
Ilham. Ilham Hakim.
Ilham Hakim Hj Murad. Sahabat lamanya.
Dia membaca kembali kandungan email dari Ilham.
Assalamualaikum w.b.t.
Kau sihat? Aku, alhamdulillah.
###
see. crap. total crap. i dont like it. uwahhhh.. i need my groove back~
Subscribe to:
Posts (Atom)











