Showing posts with label fanGIRLing. Show all posts
Showing posts with label fanGIRLing. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

Kdrama Fangirl : Revive

Post-post tentang Aceh buat blog ni jadi macam bundle of submission. Jadi kita loosen up sikit by recommending some good Kdrama that i've watched. Those are my all time fav, so our opinion might differ. Harap maklum yg korg takkan jumpa DOTS, Scarlet Heart etc dlm list ni sbb girl, thats too mainstream. Kdrama ada banyak lagi art work yang worth even better to watch dari drama-drama hebat tu. Link aku dah carikan siap2 kt every title drama. Tinggal klik je.
Happy watching!



this is the first drama that crossed my mind masa fikirkan idea utk post baru di blog. Rasanya xramai yg tahu pasal cite ni sbb cite ni tak la sepopular DOTS or Scarlet Heart di Malaysia. But rating cite ni tinggi di Korea and tell u what, if u are looking for something not cliche, this drama is perfect for u. it is not the usual kdrama where heroine asyik kena buli, sesikit nangis and relying too much dgn hero. The heroine named Oh Hae Yeong tu dibayangkan sebagai perempuan typical tp fighter.  xmudah mengalah. Seo Hyun Jin lakonkan watak Oh Hae Yeong mmg first class. Hence, i've started following her work. Synopsis korg blh dapat bila klik link yang aku bagi tu.

2. Reply 1997


everytime bila orang tanya apa fav kdrama aku, Reply 1997 akan jadi jawapan utama. This drama is really good. So good. Hell good. there was no mak mertua jahat, no bos jahat even tak de org jahat pun. cite ni psl family bonding, friendship and pure first love. Seo In Guk and Jang Eun Ji enter stardom sbb cite ni la. They did perfectly well untuk idol-turned-actor.

3. Reply 1994


sebabkan Reply 1997 jd fenomena kt korea, Reply turned into a series. Diorg buat Reply 1994. Power tak power Reply series ni, they managed to find or remake all brg2 lama pada era tu. keje yang detail and sangat memuaskan hati. Masih lagi meneruskan game teka siapa suami but this time was a little bit harder.

4. Reply 1988


this was the only reply series yang aku refuse nak tgk ending nya sampai hari ni. sbb i lose the teka-siapa-suami game. but the work still good infact ramai yang kata reply 1988 is the best installment of reply series. thus daripada cite ni nama-nama mcm Park Bo Gum, Ryu Joon Yeol, Ko Gyung Pyo and Lee Dong Hwi mula dikenali ramai. [Reply series is a good platform utk popular. thats why everytime ada audition utk siri yang baru, ramai gilaaa yg dtg] dan paling penting, ramai dh mula acknowledge bakat Hyeri dlm lakonan. Good Job!

[the best part about reply series watak mak ayah pd heroine dilakonkan oleh pasangan yang sama which were Sung Dong Il & Lee Il Hwa. As expected from senior actors, they are really really good. aku rasa yang banyak hidupkan lagi cite ni ada supporting actors yang super saiya mcm diorg. highly recommended]

5. W-The Two Worlds 


as u might noticed by now, cite yang aku suka bukan typical cite korea mcm The Heirs sume tu. tp dlm banyak2 cite yang aku tgk, W-The Two Workds adalah cite yang paling tak masuk akal, tapi boleh diterima yang aku pernah tgk. Unexpected gila. Kalau kau rasa ilmu Kdrama ko banyak and ko biasanya dpt predict pe jd, u would never succeed dlm cite ni.

6. Oh My Ghost


one word- cute. Park Bo Young tu mmg girl crush sungguh la. cute yang amat but dalam kecik2 dia tu, dia blh bwk character hantu tu dgn perfectnya. kalau nak tgk relax-relax boleh la tgk cite ni.

7. Emergency Couple



aku xbape suka sgt tgk cite mainly pasal doctors ni sbb aku rasa cite sume lebih kurang jalan ceritanya. tapi myb sbb suka Ji Hyo. and lagi satu sbb Gary buat cameo [tym tu mmg aku hardcore fan Monday Couple] tapi tu tak bermakna aku tak kisah psl jln cite. jln cite dia seronok lah. tak de la air mata sgt.

Rasanya cukup tu je kot. yang lain2 sume cite feymes mcm Master's sun, Its Okay Its Love, DOTS etc which korg sume pun dah tgk. so happy watching lah.


baby did really well in his 1st drama. I cried when watching Wangeun dying. Baby executed his character perfectly. Noona is so proud of u, Baekhyun-ah!
[lovessss and hugsss] 

Saturday, January 23, 2016

Syuhada in Seoul- Part III

Day 3

9.30 pagi dh gerak. Hari ni kitorg dh plan sejak dr Malaysia lg utk pakai jubah. sbb hari ni nak p istana paling feymes lah kt seoul which is Gyeongbukgong. bagus gila idea kak as, sbb last2 kitorg plak org duk panggil utk amik gambar sama2. masa p sini, ingat cite Rooftop Price. Scene yg heroine tu mati dlm kolam lps mkn pisang kaki beracun tu. badan actuallynye dh penat. so stakat amik2 gambar je. tak larat nk jalan banyak. Pastu p King Sejong statute and King sejong museum. main tulis2 nama dlm Hangul. Habis tu, kitorg gerak p lunch kt insadong and shopping sikit. kat sini aku beli beg utk adik2 and ayah. murah la, 10,000 won satu. kira dlm rm40 kita [tym aku pergi tu duit malaysia tgh gila punya jatuh] btw Insadong mcm art street. cantik ade mural bagai. oh btw, kitorg kena dakwah dengan pendakwah yahudi kt sini. pengalaman sungguh kena dakwah camni. kitorg pun try gak pakai hanbok instant. sewa. mahal gak.[kedekut betul pmpuan ni] 


Lps balik hostel jap, kitorg sambung p Ewha Women University. Lawa mak datok university dia. ade la shopping street bagai, tapi utk yg pergi bajet2 je, tak yah nk pandang sgt baju2 situ. huhu. habis kat situ, p Hongdae plak. Hongdae totally not my cup of tea. ko blh caye tak, aku duduk kat satu bangku tu pastu aku psg earphone, dgr surah al-kahfi. seyes weh, aku rindu gila ngan Malaysia time tu and rasa nak balik dan2 tu gak. bengong kan? Malam tu kitorg dinner kat Sincheon. 

Day 4

Ni hari last nak berjalan. Pagi tu kitorg gerak p Namsangol Hanok Village. Korg tgk tak Infinity Challenge yang episode Yoo Jae Suk, Eric Nam n Kwanghee bawak tourist p tgk culture korea kan, ha, kt sini la diorg bawak diorg. letaknye atas bukit kecik tapi separuh pengsan gak aku menapak. 


mcm mini malaysia kt melaka tu, sini ade la rumah2 traditional diorg. yg bestnye kt sini aku ngn k.ety merasa pengalamn dpt rawatan secara tradisional diorg. best gila okeh. [aku mmg suka culture- so ni pengalamn yg agak ohsem pd aku] diorg bg la beberapa herba especially utk mslh jerawat aku [aku tak tahu pehal, subur plak jerawat ak masa p seoul tu. haih] 

pastu kitorg p lunch kat namdaemun skali ngan shopping menghabiskan duit. mmg duit aku hbis teruk dek sbbkan kena beli extra beg [jd sape2 nk g seoul, bawa lah beg lebih.spare siap2. xyah kata korg nk backpakers je xnk shopping, sbb tu la ayat aku pd asalnya] beli keronsang kt sana utk ibu, bibik, mksu dan bos. juga fridge magnet utk staffs. 

mlm. p myeondong. dinner kt sana, duit dh hbis so nganga je la. betul2 beli hand sanitize je kt Nature Republic. tu pun sbb nk tgk baekhyun nye standee lg. haha. 

Day 5

Sesudah subuh dh kuar nak amik bas sbb dr hostel kitorg nak ke Incheon makan masa sejam gak. Flight pkl 8 pagi. dh settle sume, even terlebih luggage [mujur lepas] kitorg pun gerak la utk pulang. Its time to say good bye, Baekhyun-ah.. Noona will go back home.. take care my byunbabybaek


so konklusinye, seoul is beautiful country. travel kan, mcm2 bnda ko dpt observe.. org korea dlm moden2 diorg tu, culture masih lagi dijaga. diorg pun agak open and vocal dalam menyuarakan apa yg diorg rasa. nak datang lagi, insyaAllah kalo ada rzki sbb bnyk lg tempat tak pergi. 

So. jumpa lagi di lain entry. ewah. 

Wednesday, December 24, 2014

Musafir Di Aidilfitri

[Ye. Aku tau ni baru Rabiulawal]

Huyeah! akhirnya aku dh jumpa target dh nk wat pe tahun depan. adalah ini aku declare bahawa azam Siti Syuhada tahun depan adalah bercuti tiga kali setahun! weeeehuuuuuuu~~ now everyone can fly ma so aku kenalah berkerja dengan lebih gigih sambil berjimat cermat mengumpul duit demi mencapai impian ohsem itu. Apakah tempat menjadi idaman kalbu? Muehehehe. Swonok nye la hai kalo bab berangan ni. 

First- Greece!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Cantiknya Subhanallah. Ada both things yang aku cari kalo berjalan- history n scenery. oh-so-ohsem



Second- Macau 
 bnda wajib aku nak wat- bungee jumping. wishlist. kena buat at least sekali dlm hidup.  InsyaAllah. 

Third- Japan, preferably Osaka
 

Fourth- Korea. 
Nape Japan dulu baru Korea? Sbb aku jatuh cinta dgn Arashi dulu baru BigBang. Hihu 
 


 naaahh.. niat sbnr nk p korea nk amik gambar ngan standee Baekhyun n Kai je. Kyungsoo pun boleh lah. Chanyeol pun. Hanbin skali. Kalo ada Jiyong pun xpe. Muehehehe.


Jadinya- marilah kita berkerja bersungguh2 bagi memenuhi nafsu berjalan ni. Wooot wooooott. Bye guys. Selamat bercuti. dah hujung2 tahun ni, smngt keje tu mcm teratai layu di tasik madu pula. 

btw doakan aku lepas interview n9. cuak nih! 

Thursday, October 9, 2014

Burrrrrnnnnnnn!!!!

Kau pandang dia. Tak pandang aku
Kau suka dia. Tak suka aku.
Kau puja dia. Kau sisihkan aku.
dan sekarang siapa yang gila kau tanya?
aku- aku lah yang gila.

masa kau pandang dia. aku tenung kau.
masa kau suka dia. aku cintakan kau.
masa kau puja dia- masa tu la aku naik gila.
dan sekarang aku tak salahkan siapa-siapa.
malah aku tak salahkan aku.

karma kata orang. kerja Tuhan kata aku
apa nak dihadap apa kata org. aku percaya apa kata Tuhan aku.

p/s: before this Baekhyun, now GD! why all my bias are declared to be in relationship this year? there goes my fangirl fragile heart

Sunday, March 17, 2013

Arashi For Dream

I miss them; bunch of dorky princes who used to be one of my main reason to smile. 
They are awesome- it is understatement.


Hmimitsu No Arashi. Arashi No Shiagare. Kokuritsu.
..The Pride of being an Arashian.. Gahhhh.. I miss those moments


 I'm sorry for not being a fan anymore but all of u will always be the most special idol i ever knew.

Friday, February 22, 2013

Pukul Tiga Pagi.


That pair of eyes. Those eyes. Owhhh.. aku terpesona terkeciwa [versi R. Azmi.heh]

Oookayyy, now pe motif pkl 2.30 pagi tak tidur lagi ni? Esok keje kot. Mata duk kelip-kelip. adeh. Then tetiba nampak tarikh- owh, hari ni 22 Feb. Aku senyum sinis bila teringat kisah satu masa dulu. Actually 22 Feb used to be very important date for me for certain reason yg tak manis kalau diungkit semula. But then bila nowadays there is nothing new [termasuk lagu frust cinta bertepuk sblh tgn] yang boleh aku relate dgn 'memori' itu, i realized yg i've already get rid of him from this fragile heart. cewah! perasaannya- lega. Lega la wei. Kalo watnya aku masih ada hati kat dia yg dh nak jadi ayah orang tu, parah la jwbnya. but anyway, Happy Birthday lah. Semoga yang baik-baik sahaja utk kamu, isteri & anak. [doa sajo. as sedara seislam. no hal kan?] 


Even gigi mamat ni elok putih tersusun, apa jadah ko menganga kat blog aku ni bang? Niat aku letak video ni sbb aku suka lagu ni. Simple and make me remember my friends. Jadi macam tak de pilihan lain selain membiarkan abang ni nganga kat blog aku. [semak] Sebut pasal kawan, tomorrow which already dah jadi hari ni the closest BFFs to me akan bergerak jalan-jalan ke Melaka. Melaka lagi. Haha. Dah tu je tempat yang terlintas kat kepala berdasarkan pada budget & masa. My first holiday with BFFs tapi tak mau excited sangat. takut tak jadi. Nanti frust. heh. 

Korang tahu- Syuhada adalah seorang yang pro-ibu. [even i always claim yang i didnt believe her but of coz la tidak. She is my mother la. All-in aku ni ada dalam poket baju kurung dia tu]  Ibu salah ke ibu betul ke- i'll take her side. No matter what. Err. Actually saje je cakap pasal ni. Just want to remind u if u forget bu- even along selalu melawan cakap and selalu fail nak jadi anak yang perfect for u, I love u bu, from the bottom of my heart. and about searching your soon-to-be son-in-law, thank u for extending the period and let me do what i want. As expected, u are my beloved partner in crime and my sweetheart dunia akhirat. Looking forward to our next pillow-talk session. heh. 

Okay. Pukul 3 sudah. Selamat Malam. Aku kena tidur dah ni. Takut tergolek membuta dalam ofice time lunch hour macam siang tadi. Sungguh tidak professional. 


Goodnight babe. I miss u. #sayang

Sunday, February 10, 2013

Seratus.

Owh. Lately segala virus pemalas dah menjahanamkan hampir keseluruhan sistem badan. severe sungguh. memang malas serba serbi. jumpa matahari pun jarang-jarang. lepas 30hb tu, masa banyak dihabiskan dengan duduk rumah menggemukkan badan. Apa buat kat rumah? main mata ngan buah hati pengarang jantung. huehehe [gelak gedik]


gif not mine. credit to the owner.

is this definition for my happiness? jawapanku- definitely! but then dah ada pula rasa bosan tambah lagi isu duit yang selalu mengganggu tidur malamku..cewah! kena keje ni, duit dah tak de. dah la aritu aku bantai rosakkanlah pesona ibu tu. segala mimpi nak beli phone baru, nak g jenjalan hancur lebur sebab accident tu. owh [tepuk dahi] 

adela sekali dua keluar, di mahkamah settlekan draf perintah n pergi kenduri kahwin Tiqah & Dino kat Taman Ixora semalam dengan my soul-mate, Cik Effa. [ merangkap juga 'kaki' ku. tak de dia mmg tak berjalan la aku weh] Selamat pengantin baru korang berdua [dua2 ni schoolmate kitorang. Tak ingat ni couple sekolah yg ke berapa kawen same2 batch] sangat la padan berdua. semoga dikurniakan zuriat yg soleh & solehah juga berbahagia hingga ke syurga sana. Amin.


credit gambar pada FB cik effa

Esok ada kenduri kat rumah. Kenduri kesyukuran & tahlil. Now tengah busy with the preparation. The preparation- i tell u- mengalahkan nak raya! kemas ni, kemas tu. Basuh ni basuh tu. Kenduri simple je tapi disebabkan 'status' my parents dalam kawasan perumahan ni membuatkan kenduri ni jadi macam ala2 aku nak bertunang. [disclaimer: my parents bukanlah dato' or datin. orang biasa, but if u know my parents, then u will understand. heh] n the question pasal bila aku nak kahwin datang bertalu2. Nak marah, well, aku pun tanya orang macam tu juga- so senyum sajo dan berikan jawapan standard lagi cliche- kalau dah sampai jodoh, insyaAllah.

Post kali ni macam tak de point kan? haha. Actually, nk celebrate post yg ke-100 [termasuk beberapa draft yang aku tak publish. kira part of 100 gak tu. heh]. Tak sangka keputusan untuk kembali ber'blogging' setahun lebih dulu akhirnya sampai post yg ke-100. Tahniah syu! 

Friday, January 18, 2013

Random Thoughts.

demam. 
so my mind macam carca marba. too much things utk dibebelkan [sakit pun rajin membebel. what to do. i love my blog. and this is the only place yang redha sajo kalo aku membebel. heh] but entah relevan entah tidak [heh. mcm la post before ni relevan lah sangat. ah. blog aku. aku decide kerelevanan sesuatu perkara yang aku nak bebelkan] mari membebel. mari. mari. 

mari membebel pasal... politik? syuhada?? politik??! nope. sangat tak synchronize. aku tak minat. sbb honestly, bagi yang namanya siti syuhada, asal orang tu politician, he/she cannot be trusted. sesungguhnya aku tidak pro mana-mana pihak, tapi selagi jalan Rembau-Seremban still berlubang-lubang macam tu jugak sampai Persona ibu dua tiga kali masuk berdempung masuk lubang,  BN takkan dapat undi aku. huahaha. and please la- stop using cogan kata 'Jasa Kepada Rakyat'. ia sangatlah annoying and semak di mata aku. Jasa-Kepada-Rakyat.. seriously?? for me jasa is something u give tanpa berkira. and tak perlu mengingatkan org yg kau telah berjasa. macam cikgu. they being paid. bergaji. tapi jasanya kepada murid takkan terbalas. same goes to our parents la kan. but politicians nak guna perkataan 'jasa' tu pada aku sangat tidak munasabah. faham. they all sume berkerja siang dan malam utk rakyat- but tu la duty yang u have to do after being voted and appointed by rakyat kot. there is no such things as jasa if tol pun korg tak bayar, jalan pun polis escort, kawen anak wat diva-diva kan. mewah kot korang so kejeje la seikhlas hati. apa point nak ingatkan kt setiap projek baru yg korang 'berjasa' kepada rakyat? owh. sangat menyampah. 

dahla. aku tak nak blog aku bertukar menjadi blog politik pulak. letakkan titik noktah di situ. hah


caption: sheera dan si budak hitam on sheera's LC day. tell d truth, my eyes got teary bila tgk en. hanif pakaikan robe pada sheera [since aku sampai lambat n tak dapat dgr LC speech yg dibaca oleh Mover dia. bos tahan aku. menci ah] terkenang segala pahit manis selama 9 bulan. Segala apa yang kitorang mengadu towards each other. Mungkin org lain tak faham but for me, tak terlampau kalo aku katakan she is my strength. sungguh. Since LLB dialah manusia yang bertanggugjawab mempositifkan kepala aku yang selaaaaaaaaaaaaalu negative ni. i admit, i envy her but dlm masa yang sama i adore her [miracle la kalo sheera jumpa blog ni and read. tu yg berani tulis tu. tapi kalo awak baca la benda ni wak, i just u to know that this is sincerely from d bottom of my heart] she is brilliant and definitely she will be a good lawyer. sepanjang 9 bulan berlatih dalam kamar- ada satu perasaan yang lega gila bila nampak dia  tak pun nampak kete dia. rasa mcm- ah, i'm not alone. utk segala advice, tunjuk ajar, gelak tawa n being a good listener, terima kasih wak. terima kasih banyak-banyak. sampai mati, saya takkan lupa jasa awak pd saya [ha, ni baru la jasa. takde balasan. seikhlas hati] 

dalam minggu lepas ke dua minggu sudah, ibu mengadu kata orang-orang kat taman ni heboh kata aku dah bertunang. i was like.. bwahahahaha! sampaikan sedara angkat kitorg yg duduk area sini merajuk sbb tak diberitahu & tak diajak. ibu jwb- owh, padanlah anak akak tak kena pinang. [aku tepuk dahi] wondering juga apa ground diorang merapu gitu. psl gambar aku dan deary BFF yang dah troll sume orang tu ke? aish. diorang mana ada FB aku. ibu cakap probably sebab kitorang repair bhgian blkg rumah so org fikir we are preparing for a big kenduri. Uwah. Canggih betul pemikiran mereka. Ni baru aku ni, belum artis lagi. So, no comment. heh.  

#Random: Teringat pada Uwais Farhan. Si budak comel itu. Kalo Nur Iman Hannan dah lahir, memang aku nikahkan diorg berdua. Its hard to find a guy dgn keturunan yang baik-baik macam gitu. jadi saya akan mempersiapkan Nur Iman Hannan selayaknya. [ni berangan random gila. boleh pulak ke situ]

apa lagi nak merapu ni? ah. btw, i want to take legal action against this guy. 


for being unbelievably and sinfully handsome.  I see u in court, Park Yuchun-shii. 
[goodbye Han Jung Woo & Lee Su Yeon. Both of u will be forever in my heart] 

Wednesday, January 16, 2013

Healing.

messed up again. again and again. and i hope i can see u- just to see u.
to heal myself.  


credit to the rightful owner. 

Thursday, January 10, 2013

Mayday Mayday

Tangan gatal nak mengupdate [rasa mcm dh penah guna ayat ni before. adeke?] tp hati lagi exited. Nothing special pun. Just- rasa nak membebel. Okay. Since tak de particular topic nak dibebelkan- so i just tulis what cross my mind la kan. 

First: Maria Elena. 
she is a blogger. famous one. baru je tahu about her sbb gambar n video kawen yg super cute & selambe gile. but most importantly- i suke dia because she admit yg its a struggle to berhijrah. especially part yg b4 dia berhijab, she did what she thought was right- pegang tangan like what normal couple did. yeah. i use d word normal. ke-bi-a-sa-an. biasa kan couple pegang tgn. kan? but penghijrahan membuatkan dia & the supportive bf nekad utk tidak melakukan perkara2 sebegitu. sehingga mereka selamat diijab kabulkan. jujur. saya suka. honestly- i hate people yg ckp pung pang pung pang- but then- habuk pun tarak. entahlah. malas nak cakap banyak. mana tahu, esok lusa aku plak yg buat. 

Second: Chambering & Soon-to-be lawyer
birokrasi. dokumentasi. semuanya meletihkan. ah. and senior lawyer. hmm. yesterday was a tough day. i took d whole day to recover from those insulting & sarcastic words. lets take it as a lesson. so, one day when i become a senior lawyer, i wont insult a pupil like dat. pupil is human. how incompetent they are- they are still human. remember that syu. for d rest of your life.

Third: Park Micky Yoocun
I miss You, Babe. as usual la kan. u know what babe, your future father-in-law kan. dia kan.. aish. how can ayah said- lelaki mata sepet ni yg ko kata ensem? almost perfect what. how could you, ayah. how could you. owh! sedeh!

Fourth: Sheera
sedih tak dpt LC sama. selepas susah senang bersama. we always there for each other. mcm aur dgn tebing org kata. bnyk supportive word n nasihat. still remember what she told me- cik syu, ada dua org manusia yg tak blh dinasihatkan. 1st org bercinta. 2nd org yg kaya. dunno sama ada betul ke tak- but from experience yg 1st tu nampak betul. hah. kenangan sungguh.

Fifth: Kelam kabut
lately sangat messy la hidup si syuhada ni. hari ni worst la. nothing goes according to what i want. print tak blh. purse MIA. phone MIA. almost accident. aisy. takde ubat ke blh control kelam kabut? actually post ni entitled mayday mayday sbb kelam kabut aku ni la. dlm cite korea heroin kelam kabut sgtla cute tp in real life- horrible seh. sometyms menyusahkan org & selalunya menyusahkan diri sendiri. Gelabah mak nenek kata bos. nampak? tak cute lansung. heh!

Last: Lapar.
aku lapar. then jumpa lawak bengong ni. sumpah aku terkikih kikih gelak.

kihkihkih. tp lapar still tak hilang.

dahla. esok nak g KL. menyelesaikan benda yg sepatutnya aku selesaikan sebulan dulu.
wish me luck.

Monday, January 7, 2013

Love Note: Missing You

To my dearie- Park Micky Yoochun. 
Babe, u know that I love U right? and all Chunsa knew that u r definitely the best in acting but babe, i have some issues regarding your current drama with the goddess Yoon Eun Hye- 



but most importantly-



all over again??! wholeheartedly pulak tu
[gif not mine. credit to the owner].

Wednesday, December 19, 2012

Lelah Hati Ku [Edited Version]

[post yg lepas perlu dibuang. For certain reason. hah]


Satu hari di pejabat-
Aku mulakan dgn melihatnya.
and lepas tgk senyuman itu
i bet- nothing. NOTHING can ruin my mood for today.

but then i made a mistake
of course something or SOMEONE will ruin my day as usual
getting angry. getting tired.
dan hangin kuskus Gunung Santubong dtg menyerang
hampir pengsan bila dihambat puluhan fail yang entah mana pucuk pangkalnya.
serabut?- nah, disebelah ini ubatnya.
clik YouTube and thats it- all the madness gone and i start giggling.

preparing a stupid yet complicated notice of application plus affidavit seems so easy if i listen to his voice while doing it.

is this what people call fall in love?
kihkihkih.. i guess the answer is yes.

let me scream to the world-
Park Micky Yuchoon-
I'M HELL IN LOVE WITH HIM!!


[post yg lepas rasanya terlalu peribadi. menulis dgn hati dan emosi, tulah yg jadi. being a fangirl is nothing personal. its about me and my gedik-ness of being a fan *wink*wink*] 

Saturday, November 10, 2012

Good Day. Nice People. Awesome Memories.

hati, akal dan juga jari malas sungguh nak mengupdate blod even banyak benda nak dishare. tapi mengenangkan tarikh hari ni agak best- which is 10.11.12- last utk abd ni dpt tarikh macam ni aku gagahkan diri dan paksa kemahuan utk mengupdate blog ini
[eh. jap. tahun depan blh dpt 11.12.13 pe]

ibu & ayah ke langkawi. rombongan skolah ayah. so tinggallah kitorg adik beradik hidup membujang. aku mulakan tarikh cun ini agak awal. sbb solat isya' lambat. aku tertido awal so bangun 4 pagi solat isya' then terus on9. tup tup terbaca K-POP'S BIG SCANDAL 2012 for me- bukan stupid-accusation to Seungri tp IU & EUNHYUK. wow owh wow! as what netizens labeled it- the long awaiting scandal. good for entertainment tp tak mendatangkan faedah pun. huhu.

10.11.12
ramai orang kawen tarikh cun2 gini. sebut pasal kawen, minggu lepas another BFF melangkah ke alam baru perkahwinan. Barakallah utk az dan suami. korag berdua mmg sangat2 padan. kata org panjang jodohnya.. insyaAllah~ semoga perkahwinan dan perhubungan suci ini diredhai Allah selalu. dipenuhi barakah hendaknya, dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. dilimpahkan dengan kebahagiaan & kebaikan dunia akhirat. AMINN 


d best part about az's wedding is all my lalings gathered. ALL okay. kelapan2 sahabat kesayangan dapat berkumpul kali ini. selepas 8 tahun. sungguh sangat-sangat happy dapat jumpa semua sekali. kesempatan di ambil untuk ber-camwhore sakan. tu yg sampai 347 keping gambar dr kamera aku shj. yg lain tak kira lagi. happiness is understatement. sungguh. 




nash. ina. angah. effa. me
gambar ni sangat lah cute. yellow is our theme color. dh permintaan pengantin gitu jd kami yg oevr exited ini pun menurut perintah.


 


 gmbr ats ni, mak buyung blm sampai lagi. dgn adik angah- nadia yg sgt lah sporting. my k-pop colleague. huhu




gmbr sebelah : the lalings. 
I LOVE U BFFS


atas: gambar dr official photographer yg awesome. sgt lah bahagia tgk kawan2 dh bertemu dgn cinta hati masing2 [sambil hati terfikir, bila la turn aku plak kan- tipu besar la kalo tak terfikir] yanti dah dekat 8 months pregnant. masing2 berebut nak suruh anak yanti panggil kitog pe. yanti myb dia panggil umi kot, so rasanya aku nak anak ynti panggil aku mummy.. ke ibu? ke bonda?? haha. tak kisahlah, janji semuanya selamat. insyaAllah. ina pun dh bwk cik abg jumpa kitorg. tak kisahlah siapa pilihan korg, janji korg bahagia. so lps ni turn ina. looking forward to gather like this again *wink* 

sempena tarikh yg cun ni juga- aku mahu perkenalkan buah hati baru yg tersangatlah charming. presenting: Park Micky Yoochun. 


ni adalah 1st tym aku jatuh cinta sbb suara. dlm mirotic- micky's voice melting me. stand by you by TVXQ juga terbaek dr ladang. then seperti fangirl biasa, aku mula men-stalker mereka & keluarga mereka. stalker sikit2 je- blm tahap saseng fans lagi. heh. 

kadang2 sampai lupa dia ni penyanyi sbb acting dia mmg lah ohsem teramat. 1st leading role dlm sungkyunkwan scandal then miss replay. pastu rooftop prince n now sgt tak sbr menanti his new drama- I MISS YOU. [yeah. i miss u too, baby.. huehehe] drama tu dijangkakan akn jd blockbuster sbb rooftop PRINCE jumpa PRINCESS hour. Eun Hye jd lead actress. aku berani kerat jari yg rating drama ni akan tinggi mencanak. sungguh. 

currently i'm seriously considering whether nk beli dvd rooftop prince or not since aku agak menggagau nak cari rooftop prince kt mane2 sources member yg available. tp jauh dr kelompok manusia yg melayan k-pop & k-drama, misi utk menonton rooftop princa beribu kali agak mustahil untuk dilakukan. so pilihan terakhir mungkin akan ke Speedy yg dh lama tak dpt duit aku. 

Park Yoochun- mamat ni boleh buat aku sengih sorg2 kat court weh. even tgh sangkut dlm jem pun aku blh senyum. he made me head over heels for him. total damage. i tell u. even how bad the weather is- remembering his face will make my day. tell me how can u resist this face? 


yoochun-ah, saranghae *love & kisses* 

Friday, October 19, 2012

Innocent Man

“아버지 어느 날 한 여자가 저에게 걸어왔습니다
내가 할수있는 가장 모진 말로 상처를 주고
내가 할수있는 모든 힘을 다해 밀어냈던 그 여자가
다시 저에게 걸어왔습니다
이 여자는 나와 참 많이 닮았습니다
저는 꽤 자주 이 여자를 보며 나를 봅니다
내 몸에있는 상처가 이 여자에게도 있습니다 내 모리속을 꽉 채운 눈물도 이 여자 가슴속에 똑같이 흐르고있습니다 내가 준 상처구 내가 준 눈믈입니다 

Father, one day a woman walked into my life
that woman whom I hurt with all bitter words I am able to say
that woman whom I pushed away from me with all my strength
has come back to me
this woman and I are very alike 
very often, I look at this woman and see myself
the scars in my body; this woman also has them
the tears that completely filled up my mind; they also flow in her heart
it’s the scars and tears I gave her
”
—Kang Ma Ru (The nice guy never seen anywhere in the world)

Saturday, October 6, 2012

Arumdawoon Geudaeege

Fangirl Mode On!!


1. Your favorite character? Why?
-Tae Joon definitely. Its not that hard to love someone like him. 

2. Your least favorite character? Why?
-the reporter. annoying. 

3. Tae joon or Eun gyeol? 
-Tae Joon!!!

4. Your OTP?
-Tae Joon Jae Hee. Minsul *love*love*

5. A character you didn’t expect to like?
-Han Na

6. Favorite cameo
-No one. Or maybe Jae Hee's brother..? 

7. Favorite OST
-Its me.



8.Your favorite scene
-credit to the owner

9.Favorite Tae joon and Jae hee moment




9. Jae hee and Eun gyeol moment
- at the Han River. 

10. Han na and Tae joon moment
- when she told TJ about Canada and she sincerely hope that TJ will not leave

11.Your first thoughts about the drama
- Hana Kimi original version is d first J-Drama that i watched and made me completely in love and became a fangirl. so I'm kinda exited with korean version of hana kimi.  I did expect that this version is not as funny as original version but the love line between OTP is much better.  

12. Favorite episode
- ep.16. 

13. Favorite BTS



14.Fav. Seung-ri and Han na moment
- all hospital scenes 

15. Favorite scene with Sangchu



16. Favorite scene of Jong-min or Hyeon-jae
- Tae Joon Uncle Style! LOL

17. Cute moment of Tae joon 
- Ice crushing scene

18. Cute moment of Eun gyeol
- orange juice scene

19.Fav. advertised product
- TJ's white camera. 

20.Fav. scene between Min woo, So jeong, and Gwang-min
- ......

21.A scene that made you cry
-JH hugs TJ before she left him w/out him knowing anything. 

22. Favorite quote
- "Kang Tae Joon, because you are my miracle. Because I was with u- everyday was like a miracle to me.."- Goo Jae Hee. Cheesy, I know but I got goosebumps when I listened to that. wooo wooot~ 


23.Final thoughts/feels about the drama
-a good version of hana kimi. nice couples. TTBY has ended- ok. what's next?

-credit to Google Image & rightful owner-

Friday, August 31, 2012

Till we meet again, August

August will leaving us less than half an hour.. goodbye August, i'll definitely miss u~

mcm2 perkara jadi dlm bulan Ogos, banyak nak cerita tapi tidak mampu. mampu sbnrnya, tp mls yang amat.  malas nak taip, malas nak berfikir. sampaikan saya tak terluah betapa happynya perasaan sy utk birthday tahun ni.. my ayah nangis tau bila dia peluk sy pgi isnin tu- his daughter is now a big girl. rasa disayangi yang amat sangat.. *terharu* cerita raya lagi lah tak cite. post khas utk birthday ibu juga tak terbuat. ish, ish. pemalas sungguh. owh, btw-

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 
..semoga keamanan, keharmonian dan keselamatan ini berkekalan~ insyaAllah..

menghabiskan cuti merdeka dengan tido dan tgk drama & filem dari penjajah. tak patriotik sungguh. ok. nk chow dulu. nak berehat serehat-rehatnya sbb bln depan dah masuk bulan ke-6 syuhada berlatih dlm kamar i.e pupil reading in chamber. doakan semoga sy terus tabah. sy tahu jln ini bukan jln yg mudah. tp sy harus tabah. okeh. mari tersenyum bersama GD. ensem sungguh mamat ni. baik utk dibawa di dalam mimpi tidur 



oyasuminasai. moga bermimpi yang indah-indah *tata* owh. sblm titon, sy perkenalkan my current obsession. I get to know another guy with beautiful pair of eyes. cantik!


betul-betul punya tata. gudnite!! 

Friday, May 4, 2012

Fangirling. Fandom. Fav Man.

Hola hui hui. *sapaan budget cute* ceh! 

letih. mmg exhausted sgt hari ni. drained. sehari suntuk kt court. balik office pkl 4.45 ptg. balik umah pkl 6.30 ptg. balik umah mintak tlg ibu urutkan kepala. banyak sgt dose caffien aku dh sumbat dalam bdn. so ala2 ding dong skit. tp aku dh simpan bnda ni dh seminggu. duk plan nk cite bnda ni. therefore, ding dong ke bdn nk jatuh segala skru ke aku tolak tepi skrg..
ni tgh mode fangirl. 

disclaimer: please ignore kegedikan saya selepas ini. 

aku nk cite psl d latest cite yg aku follow. yg aku follow ek.
bukan yg latest kt tv Malaysia ataupun Korea. 



I'm not a fan of JYJ mahupun DBSK so Jaejong tidak menarik perhatian saya sama sekali dlm cite ni. but tak blh ckp lebih2. brdsrkan dari pengalaman lampau, mana yg aku tak bape suke tu lah yg akhirnya aku akan jd fan diorg. aish. so- berbalik kpd cite ni- cite ni pd aku agak best. sbb cite ni simple. tak membebankn kepala n i had fun watching it. cite ni not so cheesy. n heroine dia tak budget cute mcm typical cite korea biasa. huhu. tgk lah. best wo. 
but please move aside- Ji Sung is mine!! huehehe

 

sumpah lelaki ni ensem. tak la ensem bebenor tp charming. dia punya senyuman yang bisa mencairkan hati ku mcm glasier. hehe. lelaki yg ada senyuman charming. owh! new condition for my dream guy. hehe. ah. ni lagi sorang lelaki ensem yg baru aku discover.


enchong dee. bak kata Joanne, he always act with enrich (girl yg kt ats yg cun yg amat ni). ala2 mcm kristine hermosa n jericho rosales dlu. ensem but then bila google, i think lg bagus they being together. perfect in a picture.


Subhanallah. Indahnya ciptaan Tuhan~ 

ok. dahla. dh dkt pkl 12. jam biology aku blh pecah kalo slh wktu tido. lewat sgt dh ni. 
gud nyte people. n good nyte lelaki2 kacak ku.. hehe 

p/s: despite being gedik, i'm a grandmother now. my baby a.k.a oyo the kucing dh ada babies. 5 ekor trmasuk Louie, ank angkat dia. hehe. i love u oyo santek <3