Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Overprotective

[Writing this while humming Britney Spears' Overprotected] so last night, after dinner, Putut keluar la. Aku agak ni mesti kuar dating ni. Sbb before this, dia dh pernah bawak bf dia balik rumah- [konon nak tunjuk kat aku la bf tua dia tu. like i will redha la dgn relationship dia tu?] aku bagi gak la dia kuar sbb dia dh merengek kt tepi pintu tu. pastu pkl 9 lebih mcm tu, aku panggil dia balik. 

tau dia kt mana? 

ats tembok pagar rumah jiran depan rumah. tgh dating ngadap2 dgn bf dia tu. eh. bila aku panggil dia balik, steady je bf dia hantar dia balik. panjang juga la aku bebel kan dia. masuk rumah jap, mkn ikan sikit pastu nk kuar balik. jatuh cinta sungguh la kot. tak kisahla jantan tu tua n tak ensem, asal gentleman ye tut? #tepukdahi 

lambat gak hati aku nak sejuk bila tgk dia asyik kuar je tu. dh la malam kelmarin xbalik rumah. nanti dh bunting, jantan tu blah aku gak nk jaga sume. marah betul aku, sampai aku hampir lupa yang Putut ni kucing- dh mmg lifestyle dia gitu. 

baru kucing. agaknya kalo anak aku dh ade bf nanti, tak tahula camne aku react. agak camne la ibu hadam semua cite aku psl sume crush aku dulu. semoga aku dpt jd ibu yang cool mcm ibu.


damn. lagu britney spears dh kira lagu oldies weh. i have this love-hate relationship dgn umur yg baru. apapun, hello 2016!

Monday, October 12, 2015

Buatmu bidadari kecilku

saat aku pandang kamu,
tiba-tiba hatiku jadi sayu,
mengenangkan antara kamu dan aku,
pasti ada akhirnya, bila tiba waktu

tidak tahu siapa dulu antara kita yang akan dipanggil Tuhan,
namun aku sejujurnya berdoa biar engkau yang didahulukan
kelak dapat aku pastikan,
kamu sihat selalu dilimpahi kebahagiaan.

aku sayang kamu seikhlas rasa
Tuhan saja yang tahu tinggi mana takatnya cinta

nyawa sanggup aku korbankan,
harta sanggup aku gadaikan

utk kamu, si cinta hati,
ikhlas aku berjanji




khas buat si Putut sombong
nak peluk xmahu
nak cium xbagi
ceh!

Wednesday, March 26, 2014

SBB- The Crime Archives

SBB kali ni patutnya aku cerita pasal buku bertajuk- A Woman with Worm in Her Head. Buku tu aku beli sbb cerita ttg how a woman faced a fatal disease. But then main character cite tu doktor so there are lots of medical term being used. Aku- yang amatlah lemah bila berhadapan dengan science subject ni- terpaksa la tukar buku lain. sbb kalo paksa ngadap buku tu, alamat xde SBB la for 6 months. Heh. So! Hari ni aku nak cite buku super cool- super best- super ohsem especially yg ske subjek criminal & evidence [even tak dpt A] mcm aku. 

Buku utk sesi SBB kali ini adalah The Crime Archives.


buku ni mmg terbaik. Antara buku yang aku borong kat Big Bad Wolf aritu. Harga tak ingat bape tapi kat tanda harga tulis RM25. Murah gila kalau nak dibandingkan dengan kualitinya. Buku ni adalah compilation 30 cerita penjenayah. Penceritaannya details tapi mudah faham. Setiap cerita guna dua pages je. Cool tak cool buku ni, dia siap sekali lampiran tentang bukti yang ada dalam kes tu. Tak la semua tapi masa tengok evidence tu meremang gak la sbb rasa macam real je. 


Gambar yang dia guna tak de la se-horror fail kes2 bunuh yang aku pernah tengok. Gambar nye mild je. Contohnya macam ni. 


Boleh sakit kepala gak dibuatnya especially cite pasal penculikan dan penderaan seksual kanak-kanak yang membawa kepada pembunuhan diorang akirnya. Teringat fail kes Arwah Nurin Jazlin. [Al-Fatihah buat rohnya] Macam mana jari Arwah merengkot menahan sakit, belakang kepalanya lebam dek kerana menahan seksa. At some point bila baca cerita ni buat aku realized yang dont be too innocent, syuhada. There are peoples yang sanggup buat apa yang tak terlintas kat kepala kita pun. Jadi berhati-hatilah dan selalulah berdoa agar kita dan sesiapa jua selalu dalam lindungan-Nya. 


Ni pun mangsa kekejaman gak ni. Kecik2 lagi orang dah buang, kesian tak de ibu masa umur sekecik ni. Presenting- my new family member- TumBin. 

Tuesday, July 16, 2013

Gumbira

Salam Ramadhan [senyum] [senyum lebar-lebar]
sahur hari ini adalah sahur yang sangat membahagiakan. adik beradik tinggal fifi je tak balik lagi. jadi pagi-pagi lagi dah bergelak ketawa sambil mem'bahan' masing-masing. kasar pada org lain mungkin. tapi inilah keluarga kami. kesayangan ku. even berebut nak ke toilet pun boleh jadi perkara yang membahagiakan. subhanallah. nikmat keluarga bahagia Allah anugerahkan kepadaku. Alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih utk anugerah yang tidak ternilai. Alhamdulillah. 

DLSA part 1 dah pun habis final examnya. i.e azab pertama dah pun dilalui. samada dengan jaya atau tidak, tunggulah result nanti [ok. senyumanku jadi tawar] utk final 2 paper kehakiman n usul fiqh aku dilanda virus mengantuk yang super kuat. padahal satu pe aku tak study, aku blh lelap kaw kaw. drive dr rembau ke shah alam bulan2 puasa mmg menguji mata ni, tp lps mandi sume pun, aku still blh lelap lg. adoi. kena banyak2 doa agar result aku ada ampunnya. lulus pun jadilah. aku tak larat nak mengulang. semoga Syuhada lulus sume subjek DLSA. amin. [terima kasih utk doa anda] [senyum balik]

terima kasih kpd aimi, zaf n kawan-kawan yang banyak membantu tym bljr. juga tak lupa pada k.amal utk segala pertolongan termasuk nota & kesudian memungut aku agar blh aku menumpang kat biliknya. terima kasih bagi aku tumpang mandi, tidur, sahur, berbuka etc etc. dah lama tak rasa berbuka style rumah sewa ats surat khabar cam gini 


bwh ni style berbuka org bermusafir. buka dlm kete. tp still mkn dgn kelahapnya. heh. bantal kt sblh tu sbagi bukti aku manusia yg bermusafir, menumpang teduh di bumi Allah 


lps habis exam usul fiqh aritu, member tegur muka aku sembab, letih & tak cukup tidur katanya. tu yg niat nk g spa terus confirm. tanya aimi mana spa blh potong rambut bagai kat s.alam. dia kata D'Bali kat seksyen 9. aku ngan k.amal pun pergilah [rupa2nya itu spa bos dia. ceh! aku terpengaruh promosi si aimi. aimi, kalo ko baca ni, ko patut minta komisyen dr bos ko. dekat dua ratus gak kitorg habis kat situ] spa dia ok. pekerja pun baik. cuma syg radio rosak. kalo tak blh aku dgr lagu. blh feeling2 Bali lebih skit. 


pe lagi nak cite ek. ha, kerja! kerja ok. nothing yg unusual pun. cuma aku dapat rasa ada perubahan sikit dalam plan hidup aku. ingat nak stay kat sini dalam setahun je. tp mungkin plan berubah sikit. apa yang berubah? blm confirm apa pun lagi. kalo dah confirm akan ku khabarkan. btw, komputer dah dapat utk bilik aku. tu yg asyik on9 sampai mata bengkak. teruk mata aku lately. 


ni gambar awal2 bilik aku. sebelum. then bwh ini yg selepasnya pulak. tak la cantik mana tp jadilahhh. ada bilik pun dah cukup alhamdulillah. 


mata bengkak. ingat sabtu ni aku nak jadi beruang polar. berhibernasi sakan. tak baik utk puasa kalo tidur lama2. so akan tidur sekadar mencukupi tp berkualiti. kunci pintu so para kucing takkan mengganggu puteri ini berhibernasi. heh. oh. btw, meet my new baby. namanya Putut. nama korea nya Baek Yi-Tut. si jantung hati. [senyum lebar] 


maaf. gambar2nya tidak senonoh. perlu diajar adab susila lagi. 
selamat menuanikan ibadah puasa. solat jgn lupa! 

Friday, April 5, 2013

Ehsan dan Kemanusiaan

lamo gilo tak update blog! [update yg ada keciput-keciput. copy paste tazkirah sajo] DLSA classes memang boleh membunuh setiap sel tenaga dlm badan. Everyweek berulang ke S.alam utk clz yg dr pagi sampai ke magrib- selalu juga aku terlelap dalam kelas. Badan mcm nenek tua. cepat gila letih [senaman mmg tak buat, ni lah padahnya] Tapi sebab aku yang nak sangat sambung Syariah- ni jalan yang aku pilih- jadi - face it!

I read blogs. Ada few yang aku follow. Maria Elena contohnya. She is good. Simple yet inspiring. Kagum dengan bloggers yang boleh memberikan inspirasi. Berangan juga nak jadi mcm gitu satu hari nanti. Those yg inspirational tu mesti banyak baca kan? tak pun banyak pengalaman. Takpun, they see the world in different way. Menjumpai blog sebegitu adalah sgt bagus.

If aku ada kelapangan dan peluang dan bakat dan kelebihan [hamboi] teringin nak post tentang certain-certain topik. One of the topic yang tangan aku gatal nak taip is about animal abuse. Tapi macam tak mampu. Hati aku tak terbawak [ye. hati syuhada hati kecik. mcm lagu 150 juta. muka singa hati cengeng. syuhada la tu] Pengalaman tgk anak kucing merangkak2 kat lebuh raya dalam bulan lepas buat hati aku tak keruan and i definitely will cry bila ingat. Tambah lagi dua tiga hari lepas org post kt FB gambar org utan dibakar sebab makan banyak ke pe nth. aku tak baca detail sbb tak sanggup. And aku pun tak sanggup nak letak gambar kat sini. I'm not a vegetarian. Apa yang Allah izinkan utk manusia makan, aku tak ada mslh sbb aku percaya yang binatang-binatang itu dicipta oleh Allah s.w.t dengan purpose yg sebegitu. Tapi utk binatang-binatang lain yang fungsinya untuk menyepurnakan kitar hidupan alam ni, kenapa manusia sanggup mendera? Ibu kata sbb mereka tak ada ehsan. Yup. Ehsan. Satu sifat belas yg perlu ada dlm diri yg namanya manusia. kalo tak de, itu sy sifatkan sbgai syaitan.

Aku menyimpan impian nak buat rumah kebajikan kucing satu hari nanti. kalo aku dh cukup dana utk tanggung semuanya termasuklah byran doktor haiwan yg kena dtg at least dua minggu sekali, akan aku usahakan insyaAllah. tu mmg impian besar tu.

Moga Allah s.w.t makbulkan.. amin~ 

Wednesday, February 13, 2013

Catwalk. Meoww.

Keletihan berkenduri Tuhan sahajalah yang tahu. Jadi, bagi melegakan segala keletihan dan ketegangan jiwa, aku nak cerita tentang kucing. Setelah membuat 'kajian' dengan merujuk kepada Prof.Google selama setengah jam, aku terjumpa fakta di sini  bahawa- kucing mempunyai effect penenang; saat seseorang mengangkat kucing tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil. Wow. Ohsem bukan? 

Seperti yang kebanyakan umat Islam sedia maklum, kucing adalah binatang kesayangan Rasullah s.a.w. Kat sini ada menceritakan perihal Baginda dan kucing kesayangan Baginda bernama Muezza. Hadith Rasullah s.a.w juga pernah menyebut tentang kucing:-

Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Ada seorang perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga kucing itu mati. Wanita itu masuk ke dalam neraka. Dia tidak memberi makanan dan minuman ketika ia mengurung kucing itu. Dia juga tidak suka melepaskan kucing itu untuk bebas memakan serangga kecil yang melata di bumi” (HR Bukhari dan Muslim)

[Tak suke orang copy-paste blog ini, but aku duk copy-paste blog orang. Action not based on mala-fide. hanya menyebarkan ilmu semata] I have found several facts about cats on Google:- 
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. 
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) 
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. 
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. 
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, 

I love cats. Aku chenta kucing-kucingku. and aku cepat kesian kat kucing-kucing bersepah di atas muka bumi ni. I treat my cats as if they are my children even aku bahasakan diri as along kat diorang. Sejarahnya dulu macam fobia juga dengan kucing lepas kucing yang aku bela masa drjah 3 hilang. tak la fobia, tapi macam tak suka and takut pun ada. But everything changed lepas amoi datang. Bila amoi mati, sedihnya hanya Tuhan sahajalah yang tahu. 



my note that i wrote bila amoi pergi. tiga hari babe air mata tak stop turun. Tapi patah tumbuh hilang berganti, past is past, now Tuhan anugerahkan keluarga aku dengan tujuh ahli syurga yang chumel-chumel. even kadang-kadang menguji kesabaran, i love them with all my heart. Bak kata Hanis Zalikha [blogger sempoi lagi feymes itu] Dog is human's besfriend but cat is family seh. 


the sexy ladeyhhh! Ayong sesantek


Oshin. Mewarisi kecantikan bondanya- si ayong sesantek. 


nama scientific kutiha d hui hui. nama manje- kuti d tum-bam


my fav micky. yup. aku yang bagi nama. and yup. di inspirasikan dari nama suami- Park Micky Yuchun. Di sudut gambar tu, Ien. Alien sbb dia sekor yang warna oren. Yang lain sume putih. 


Micky memetik bunga di taman larangan tapi ibu takkan marah. heh. Gambar Maru, Mui and Ien yang full tak de la plak. Soon aku post. huhu. Pernah question tak nape orang amik gambar kucing. aku pernah. dulu, aku penah jumpa orang amik gambar kucing penuh satu album and aku pelik- apahal la nak membazir kodak [ha, time orang amik gambar pakai filem lagi]. now aku baru tahu yang jawapannya korang takkan jumpa kalau tak bela kucing sendiri. 

Saturday, May 12, 2012

Selamat Malam Sayang

Ini adalah Kompleks Mahkamah Seremban.


kredit gambar dari Google- sahabat baik student mahupun ex-student. Mahkamah ini masih baru, bentuk ala2 minang kabau, cantik n nmpak gah.tp siang td masuk magistrate court jenayah 1, air-cond rosak. cit!  but, mmg saya akui bila berjln ke arah mahkamah dgn baju black n white plus blazer sangkut kt lengan- blazer  je baru ye, blm robe lagi- tym tu mmg kna istighfar sbb riak mula naik dan2. huhu. owh, kenapa saya cilok gambar mahkamah ini dari Google? 

sebab Isnin saya tak yah g Mahakamah ni. SAYA CUTI!! : D



Okay... Selamat Malam Dunia.. Moga Bermimpi yang Indah-Indah~~ 

Friday, May 4, 2012

Fangirling. Fandom. Fav Man.

Hola hui hui. *sapaan budget cute* ceh! 

letih. mmg exhausted sgt hari ni. drained. sehari suntuk kt court. balik office pkl 4.45 ptg. balik umah pkl 6.30 ptg. balik umah mintak tlg ibu urutkan kepala. banyak sgt dose caffien aku dh sumbat dalam bdn. so ala2 ding dong skit. tp aku dh simpan bnda ni dh seminggu. duk plan nk cite bnda ni. therefore, ding dong ke bdn nk jatuh segala skru ke aku tolak tepi skrg..
ni tgh mode fangirl. 

disclaimer: please ignore kegedikan saya selepas ini

aku nk cite psl d latest cite yg aku follow. yg aku follow ek.
bukan yg latest kt tv Malaysia ataupun Korea. 



I'm not a fan of JYJ mahupun DBSK so Jaejong tidak menarik perhatian saya sama sekali dlm cite ni. but tak blh ckp lebih2. brdsrkan dari pengalaman lampau, mana yg aku tak bape suke tu lah yg akhirnya aku akan jd fan diorg. aish. so- berbalik kpd cite ni- cite ni pd aku agak best. sbb cite ni simple. tak membebankn kepala n i had fun watching it. cite ni not so cheesy. n heroine dia tak budget cute mcm typical cite korea biasa. huhu. tgk lah. best wo. 
but please move aside- Ji Sung is mine!! huehehe

 

sumpah lelaki ni ensem. tak la ensem bebenor tp charming. dia punya senyuman yang bisa mencairkan hati ku mcm glasier. hehe. lelaki yg ada senyuman charming. owh! new condition for my dream guy. hehe. ah. ni lagi sorang lelaki ensem yg baru aku discover.


enchong dee. bak kata Joanne, he always act with enrich (girl yg kt ats yg cun yg amat ni). ala2 mcm kristine hermosa n jericho rosales dlu. ensem but then bila google, i think lg bagus they being together. perfect in a picture.


Subhanallah. Indahnya ciptaan Tuhan~ 

ok. dahla. dh dkt pkl 12. jam biology aku blh pecah kalo slh wktu tido. lewat sgt dh ni. 
gud nyte people. n good nyte lelaki2 kacak ku.. hehe 

p/s: despite being gedik, i'm a grandmother now. my baby a.k.a oyo the kucing dh ada babies. 5 ekor trmasuk Louie, ank angkat dia. hehe. i love u oyo santek <3 

Sunday, October 2, 2011

Bercerita Tentang Hidup

tgk blog orang ada gmbar banyak2, baru sedar yg saya dh lama tak ber-camwhore. umur dh lanjut, malu mungkin. or maybe satu lagi alasan yg paling cool- handset tak canggih. tak ribu riban. tak blh access internet. tak blh BBM. cam tak cun.

ini adalah oyo a.k.a yong [singkatan dr buyung; panggilan mnja msa dia tgh bunting] with her babies; putih tu meiling n lagi sekor tu, oyen. bday: subuh, 15 julai 2011. meiling lahir dlu, then 10 minit lbh kurang, oyen lahir. oyo is a great mother though she didnt have a real mother since the day she born. i'm proud of u, yong <3

.. God knows how much i love them. and because of them, i think in future i'll be a over-protactive mother. anak tak blh kena usik. tp itu hanya jangkaan sahaja la merujuk pd layanan utk bdk bertiga ni termasuk si kunyit; big bos/ abg long kwsan taman ak ni.

pening buat xcymnt CYC. nth pe ak nk meraban psl corporate law ak pun tak tahu.. i'm not good with civil matters. exited tunggu xciment criminal n evi sbb tak sbr nk perasan jd dewi [konon la. utk apply jwtn dewi subjek, test n exam kena power. sorry- application anda di reject ye syu]

okeh. kes dh tunggu. bukan kena handle.
tapi kena baca. enough for now.

tata.titi.tutu