Showing posts with label dari kaca mata. Show all posts
Showing posts with label dari kaca mata. Show all posts

Monday, March 13, 2017

A day at Skytrex Melaka

Umum mengetahui aku adalah manusia indoor yang lebih suka staying at home, doing nothing but the usual routine like kemas rumah, borak ngan family, online etc. Then one day Tipah post pasal Skytrex and tell me that she want to do it. Aku tiba-tiba rasa nak try, and we booked 25th Feb 2017 utk kami pergi. Book secara online dengan bayaran RM65.00 termasuk glove [glove RM10 tu super penting. Rabak jari jemari mulus kau nanti kalau tak pakai] Kitorg amik yg intermediate [memula nak amik yang beginner. tp org skytrex kata beginner utk kanak-kanak] Book tu boleh pilih korg nak main yang pukul berapa. kitorg amik pkl 10.30 pagi. tak de la awal sangat, xde la lambat sangat. sebabkan Tipah kata tak best gi berdua je, kami manage cari kawan-kawan yang senang dibawa bincang seramai 3 org. aku bawa Mek. Tipah bawa another 2 of her friends.

Memandangkan lokasi di Ayer Keroh, maka org2 seremban pun datang park kereta kat rumah aku. dalam pukul 8 lebih nearly 9 am kitorg gerak. Lokasi di Taman Botanikal Ayer Keroh, sebelum McD and berhadapan Zoo Melaka. Guna Waze kalau nak senang. Sampai je, kita daftar, sign doc pe yang patut, dapat glove and peralatan etc, kitorg diberikan taklimat keselamatan. Taklimat bagus, senang faham. Instructor tu bg korg time biasakan dgn peralatan tu dgn mock trail yang tersedia.

Bila sampai turn, maka kami dengan tidak sabarnya memulakan proses panjat memanjat ni and that was where we went wrong-me, especially. kitorg tak buat warmup dulu. main redah saja. Baru 1st part panjat guina jaring-jaring tu aku dah mengah. Teruk betul stamina. [ni yang tipah nk ajak aku hiking ni? xpayah] Pastu ada flying fox. Flying fox bukanlah kali pertama aku buat sbb pernah buat masa KESAT dulu. tapi yang ini agak jauh dan tinggi gila. debar gak jantung, tapi aku lawan and Alhamdulillah, berjaya utk flying fox yang jauh itu. ingatkan dah settle cabaran, tapi tidak! ada lagi yang gila menunggu.


jalan atas tali satu ni. Ketiak, lengan n tangan sume sakit okeh. and jantung aku jangan tanyala lajunya. lama gak aku amik masa. but Alhamdulillah, i managed to do it [senyum riak] I thought that was the end of my misery, but damn,  i was totally wrong. i met the scariest thing ever invented in this world.

THIS-



I was nearly died. its hella creepy and scary and at that particular moment,  i almost end up my friendship with Latifah Harun, the one who badly wanted to this sh**. I didnt cry. but like just what i said, i almost died. after, there was this part where its still using rope but with a small besi kt tgh2 tu. mcm buai. takut juga, tapi tidak setakut tali-tali berhantu tu.

Standing ovation utk kesemua instructor yang ada kat situ. diorg sangat sabar, dan tak de nak push2 kita. ada sekali where we have to jump using a rope, then bergayut n panjat tangga utk naik ke atas.


i lost my energy and i almost fainted. mujur instructor yang baik itu, tarik aku ke atas. terima kasih atas bantuan awak, baru je nak ngurat tapi tgk2 pakai cincin [sobs sobs]

lepas habis semua tu, last2 banyak flying fox. so tak de la seksa mana. habis dalam pukul 1 juga, kami bergerak ke Banda Hilir utk makan, solat dan jalan2 sekitar melaka.


My review utk Skytrex Melaka, tempat ni bagus utk team building. Instructor sangat membantu dan ramah juga tidak cepat marah even diorg semua lelaki. Sabar je melayan makcik-makcik macam aku ngan tipah ni. hehe. sesuai utk dijadikan aktiviti hujung minggu sekeluarga sebab benda ni dalam hutan so oksigen banyak. Berbaloi la bayar RM65 itu untuk pengalaman baru. yang dh mmg aktif, better korg try yang extreme. aku belum mampu la nak sampai ke tahap tu. Hehe.

ok. tu je. b4 that, say hi to my new squad. Me, Tipah, Mek, Trex and Sharifah.

Thursday, February 4, 2016

S.A stand for secret admirer

so siang td aku hadir satu seminar di salah satu hotel kt seremban. suddenly sorg hamba Allah ni tegur aku- eh, syu! and i was like- sapa plak ni. [dlm hati la] then sbbkan aku ni mmg muka direct i.e ko blh tahu apa ade dlm hati aku through muka aku [open book istilah omputihnya] so dia tanya- kenal tak. i pun direct la ckp sambil paut bahu dia- maafla, saya ni mmg pelupa. kita juma kt mana ek? Mujur dia gelak and explained yg kitorg sama2 amik tauliah utk Peguam Syarie Negeri Sembilan last year. Sharifah namanya. comel je. thanks sharifah sbb tegur. and i'm truly sorry for that. mmg cpt lupa org. lupa nama. hari ni jumpa, lusa dah tak ingat dah. bos selalu marah. sbb penyakit ni tak bagus utk buar PR. aku sengih je. aku cpt lupa nama org. jarang nak ingat dgn org yang aku jarang jumpa or dh lama tak jumpa.. except one... 

....and guess what? I met him today. 

after like almost 12 years- i met him again. 

aku pernah terfikir- what will happen if i meet him oneday. but hari ni jawapannya- nothing happen. there was no butterfly, no heart fluttering, no rainbows, no goosebumps, no shaky hands and even my knees did not turned jelly. nothing like what i used to feel before. 

there was no dilwale nor kuch kuch hota hai. 

it was simply feeling nostalgic. [smirks] was he the same person who made me bawling like there is no tomorrow when he got married four years ago? 

Thursday, December 10, 2015

Dari sisi kehidupan mereka

Last Sunday, me and Tipah [my current bff- tempat mencurah segala rasa juga dibawak kehulu kehilir. heh] berpeluang join satu program yang dianjurkan oleh Nisa' Negeri Sembilan di Mydin Seremban 2. Program yang namanya "Back to School" yang mana golongan anak2 yatim dan juga asnaf dibantu dr segi keperluan sekolah termasuk beg dan juga alat tulis. aku n tipah yang mmg xbercampur org ni, alhamdulillah dipilih utk jd sukarelawan bantu adik2 ni g shopping baju sekolah satu set dgn budget Rm100 seorang. 



adik2 yang aku kena jaga dua org [mmg setiap sukarelawan dpt 2 org] nama diorg Megat dan Din. nama full aku lupa. [banyak nau tgk bnda lagha, ni la jdnya. pelupa sungguh lately] memula nervous gak, sbb aku mmg la jahil melayan budak. mmg xpandai. awl2 dh bgtau committee yang aku xreti handle bdk2. tp diorg kata, relax je. program start dlm pkl 10.00 pagi. lps srpn and introduce para sukarelawan, kitorg pun mula gerak shopping. 



tapi taula, syuhada ngan shopping tu tak la bape nk ngam. apa nak beli- trus je g cari brg tu then balik. xde nk window shopping, berjalan tak tentu hala. tambah lagi Megat n Din tak banyak songeh. Aku tanya diorg jwb, xde la diam je. Suruh pilih, diorg pilih. sbb aku dh dekat 11 tahun jugak meninggalkan sekolah. tahun dpn diorg drjh 6, so mestilah nk ensem2 sikit kan. hehe. start pukul 10, pukul 10.35 aku dh settle cari baju sekolah, seluar skolah, kasut skolah sekali ngan stokin utk diorg berdua.sbbkan rezeki ada lebih, jd aku ngan tipah pun bwk adik2 kitorg g mkn. ingtkn nk bwk p makan western kt food court tu, tp xbukak lg. so bwk la p mkn A&W. sedap tgk diorg mkn. seronok. 

masa tgk diorg mkn tu, aku tarbiah diri sendiri. Din dah tak de ayah, Megat dah tak de mak. Dua2 hidup xsenang mana. aku tanya pernah mkn A&W tak, diorg kata xpernah. ni first time dpt mkn kentang pusing, hotdog ngan rootbeer float. masa pilih baju and kasut pun tak memilih2. tak de la nak kain jenis licin, nak kasut bawah nye hitam ke pe.. aku tanya nak ni ke tak, diorg ok je. diorg sedar diorg sape, and they live as it is. 

aku ni, selalu lupa utk bersyukur. ade jerawat dh mengeluh. nak kulit licin xde parut. padahal ade org lansung xde muka. selalu melawat ckp mak ayah, padahal ade org xmerasa pun family bahagia mcm yang aku ada. selalu risau psl xckup gaji tgh bulan, pdhal ade org lansung xde keje. 

aku lupa nak melihat dunia, dr sisi kehidupan yang berbeza.

Friday, October 30, 2015

Syuhada in Seoul - Part 1

Sepertimana yang pernah aku post sblm ni, mmg ade dlm hajat nak ke Seoul, Korea Selatan. Bila k.etty [my travel buddy] texted me and tanya- nk p korea tak, i was like- haruslah nak! So cpt2 tanya ibu blh g ke tak. once dh dpt green light, iols pun terus minta k.etty book. yg kitorg book ni under BucketListAbroad- i've been following this ig dh lama dh and Alhamdulillah, Tuhan bagi rezeki yang ini. 


Pakej diorg utk ground je- maksudnye tak de flight. hanya include meals, dorm, subway, entrance fee & group leader = RM 1299. flight campur luggage masa balik, campur mkn dlm flight [sbb flight 6 jam ye. kebulur ko nanti], sume skali jd rm2100 lebih.quite cheap juga la kalo nk dibandingkan dgn pakej2 lain yg org lain offer. utk rakyat marhaen yang hanya bergantung dgn duit bonus utk berjalan, kira orait la ni. btw pakej tu utk 5 hari 4 malam. tp aku ngan k.etty decide utk amik flight awal sehari sbb lagi murah. utk day 1 tu kitorg kena buat itenary sndri la. yg lain, org tu dh susunkan. jdnya tarikh kitorg pergi will be 20-25 Oktober 2015. musim luruh.

book nye bulan 7. tym raya. perginya dekat 3 bulan lebih lps tu. azab nye menunggu, Tuhan je la yang tahu. mcm2 dugaan. yg paling terasa, of course kajatuhan nilai ringgit. nak nangis masa tukar duit. pastu ade plak berita korea utara nak serang korea selatan. even news tu mmg normal, tp dek sebabkan akan ke sana, jd terasa gak la. punyalah cuak kalo2 tak dpt g. pastu malaysia jerebu teruk sampai flight ade yang ditangguh or dibatalkan di kuching [k.etty org srwk, so kerisauan aku ni ade basis nye] tak berhenti doa, semoga Tuhan beri rezeki dpt penuhi impian ke sana.

tempoh 3 bulan tu diisi dengan wat preparation sesikit. cari balik sport shoes yang last aku guna masa p vienna dulu. cek pasport kot2 dh tamat tempoh. beli tshirt [sbb mmg aku xde tshirt berjalan. bila nk kuar sarung jubah sajo. simple and easy] g cari jeans [same alasan dgn tshirt td] anddd yang paling penting kumpul duit. mcm yg dibagitahu, aku book tiket sume guna duit bonus, so personal expenses kena kumpul sendiri la. bukan anak org kaya juga bukan org kaya- jd kena sedar diri. duit gaji yang selalunya habis sbb makan, aku hadkan penggunaan. takde tetibe-teringin-then-p-beli mcm biasa. tahan nafsu, tahan keinginan. demi seoul punya pasal.

Akhirnya, 20 Oktober pun tiba. Flight pkl 8.30 pagi. Subuh2 lagi aku dah sampai di KLIA2 tunggu k.ety [btw this will be our 2nd vacation together] pkl 8 boarding. lps menahan kebosanan, sakit kepala, mabuk flight etc selama 6 jam, akhirnya kami safely landed at Incheon International Airport. Perasaanya mcm- biar betik?? Bila dgr perbualan diorg, tgk mini mart diorg, aku rasa mcm tak percaya. selama ni duk tgk kdrama, layan kpop etc tiba2 hari ni aku dgr sendiri, tgk sendiri dan rasa sendiri culture tu.




lps jumpa member yang pakej skali ngan kitorg- i.e fitrah and fazirah, kitorg pun gerak p guesthouse. airport transfer guna bus tu harganya 10,000won. dlm hati mcm dh dapat jangka plan nk naik cruise ptg tu mcm tak dpt sbb mcm xsempat je. pukul 6 dah gelap. pakcik driver tu plak punya lah sopan bwk bus tak mcm driver bus malaysia [bwk bus mcm berlumba kat third lane] kitorg sampai dlm pkl 7 lebih, lps sesat sikit nak cari guesthouse. letak beg then terus jalan balik nak cari makanan.


sbbkan first day, jd kami sesat sampai ke Myundong. As expected from one of the famous shopping place in Korea especially with cosmetics, org mmg sgt ramai. Malaysian pun ramai. toleh kanan ade, toleh kiri ade. yg lawaknya wat dunno je msg2. tp ade gak yg ramah. mcm diorg.

tapi yang penting skali, bucket list nak bergambar ngan standee Baekhyun sepertimana yang aku dah mentioned dlm post yang ni, akhirnya- AKHIRNYA! tercapai :)))) [senyum lebar-lebar] 


 aku nak peluk je standee ni tp ade minah korean duk pndang pelik je kan. so aku batalkan niat. takpelah. standee pun jd. mihihihi.

ok. lepas dah berjawa memenuhi impian, juga perut telah dilapik- kami pun ambil subway pulang. sebab esok, our official journey will begin. simpan tenaga sbb banyak nak menapak.

[tidur bermimpikan byunbabybaek] [senyum]

Friday, May 29, 2015

Ini Bukan Drama

 [harap maklum ini adalah tulisan seorang junior lawyer yang baru mengenali dunia kepeguaman selama 2 tahun 4 bulan dan termasuklah 9 bulan berlatih dalam kamar] 

  • Peguam sama peguam itu kebanyakkan berkawan. Jadi jgn terkejut kalau lps bicara, peguam pf sama peguam df lepak mamak sama2. 
  • there is no such things as benda terkejut2 dlm mahkamah yg mcm dlm drama tu. kalau ada evidence baru, n mahkamah allow utk tender maknanya saksi yang dh bg keterangan akan dipanggil balik utk bg keterangan ttg bukti baru tu. 
  • dlm mahkamah org tak jerit2, tak berdebat ikut emosi mcm dlm drama. kitorg dididik dgn etika mahkamah. kalo x passed paper ethic msa chambering, jgn mimpi blh long call. 
  • jd lawyer tak semestinya kena serius slalu.. lawyer pun manusia biasa. 
  • memenangkan org slh tu mcm dh lali dilabel sebegitu. ingat- semua org berhak bersuara dan sekalipun dia buat, dia pasti punya cerita kenapa perkara sedemikian terjadi dan dia masih manusia yang punya hak utuk dipertahankan. itulah kerja kami. 
  • saidina ali r.a pernah mewakili org dlm satu kes tuduhan rogol. kalau tak de la saidina ali waktu tu, dan org tu tak tahu mcm mana nak pertahankan diri dia- tak ke dh kes menganiaya namanya tu? 
  • selangkah kaki di neraka? well. bagi lah aku satu jenis pekerjaan yang korg tak tertakluk dgn hukum Tuhan.
  • kalau rasa byr lawyer ni mhl sgt, apa kata hntr ank korg bljr law? pastu tgk lps hbis study, chambering sume- bape dia nk charge org. atau minta dia buat charity- insyaAllah, panjang pahala korg.
  • tell your lawyer the truth. yang sebetulnya. salah cakap salah. kitorg tahula apa nak buat. bukan nak membela org yg salah, cuma nak bagi jalan pd yang dh bertaubat.
  • kalau kes kau kalah lps lawyer ko dh usaha, silalah bayar mereka. banyak masa weh habis dlm usaha menyelesaikan mslh ko. kalo dia buat mcm nth pape, report kan saja pd disciplinary board kt kl tu. Apatah lagi kalau kau dh menang- BAYAR LA WEI FEES AKU!
  • Jangan selalu harap lawyer ko akan bgtau bape percent kes ko blh menang- sbb we never know. yang aku tau- kalau kau benar, Tuhan akan selalu dgn ko. kami boleh usaha tapi hujung cerita, kita serah pd Dia. 
  • last but not least, kalau namanya lawyer makan gaji especially junior lawyer luar KL mcm aku ni, gaji kitorg tak la semeriah yg korg bygkan. full stop

Friday, February 6, 2015

Food-hunting : Hatyai

Ubat mujarab bagi overloaded stress? makan!! Lupakan kata-kata nista orang duk question nape badan ko naik or fakta bahawa ko kena jd pengapit hujung bulan ni. amik beg, siapkan pasport-- lets go to Hatyai, bebeh!! 

haram weh perempuan bermusafir tak de mahram, jd haruslah aku menghangkut adik2 ku sekali. hehe. senyum lebar fifi- first tym keluar malaysia. 

utk pakej tiket n hotel murah, kitog dpt di AirAsiaGo. Tiket pergi balik plus penginapan di Centara Hotel utk 3 hari 2 malam kitorg dpt harga RM360.00. Flight pkl 12.15 tghari dan selamat sampai di Hatyai pkl 1.15 ptg waktu diorg. [2.15 waktu Malaysia. Diorg lambat sejam] Sampai saja, member adik aku, Abdullah dtg amik. Kitorg book dia utk 3 hari. senang cite. [btw harga standard transport dr airport ke tgh pekan adalah 800 bath. hotel charge gitu. si Abdullah ni pun charge gitu] 



kitorg direct g cari tempat makan sbb kadar kelaparan agak tidak terkawal di situ. Kami dibawa ke restoren mkanan halal- Kai Tod Decha & Seafood. Nasi putih lima, tomyam seafood, ayam goreng gajus and somtam plus air minum. Balun punya balun, sorg kena 230 bath sorg. Dammit, budget ari di situ tapi tak pe lah, makan sedap! nasi wangi gila weh. [aish. terbayang2 la plak] 


perut kenyang, badan letih sikit so kitorg shoot ke hotel. senyum girang bila tgk hotel sebijik mcm dlm gambar di internet :))) 


pkl 3, kitorg dibawa ke Magic Eye 3D museum. ada magic show [songkla version of magic show, agak2 korg blh agak tak apa pengisiannya? xbagus utk tontonan seisi keluarga. tak best pun, mual lg ade] and of course 3D drawing. Ada kt Malaysia, tapi aku tak pernah p pun. Fee masuk 400 bath. kalo ada gambr diorg jual n ko rasa mcm lg cun dr gmbr ko amik, beli lah. harga 150 bath







habis bergambar sakan, kitorg decide uk balik hotel sbb Centara Hotel ni sblh Le Plaza Hotel. mmg tgh2 pekan. kalo korg naik bas, mmg situ la berhenti basnya. [konsortium bas express yg kaler merah tu 4, 5 bijik aku jumpa] singgah kt gerai2 area situ and haruslah aku mencari Pulut ayam yang digembar gemburkan sebagai enak tak terkata. harga 80 bath. somtam 50 bath. portion blh makan utk 2 org sbb dia pulut so cepat kenyang. rasa? terbaik dari ladang [please makan masa panas2, kalo dh sejuk agak mual skit] 




malam, jalan2 pusing cari Asean Market. rupanya sblh hotel sajo. makan lagi! aku amik air suam, kueh teow plus ayam goreng. ateh nak rasa udang besar goreng tu, jd sebagai kakak yang baek lg berhati luhur pun ckp ngan dia- amiklah, along belanja. at the end, sumenye berjumlah 480 bath. [nanges] bengngang juga sbb servis lambat tapi tak pelah, dh jd darah daging. 

 

esoknya, pagi2 kami dibawa ke Nora Plaza yang kononnya di khabarkan barang murah. sblm masuk kami dibagi satu kad discount 20% [aku mmg tak de niat nk dtg shopping so tak de la bernafsu sgt] apa yang meranapkan lagi nafsu, harga barang tak de la murah mana. first myb sbb currency Malaysia agak rendah, second- barang yang sama ko blh jumpa kat Malaysia. Harga xjauh beza or super cheap yang menyebabkan ko rasa mesti beli. biasa2 sajo. owh btw, aku jumpa 2 biji bas dari Taiping kt situ. sakan jugak pakcik makcik dr Taiping memborong kat situ. 



Kitorg ke Chang Puak Camp, Hatyai. Thailand kan synonym dgn gajah, jd tempat ni mcm must go jugalah. actually nya tempat ni aku tak nak pergi. aku tak sampai hati. kesian gila tgk gajah2 tu. [and being over dramatic siti syuhada, i literally cried. yes. call me emo, but i did cried] but then terfikir yang ni adalah tempat cam menjaga diorg gak, and activity ni adalah cara utk cari duit bagi jaga diorg jd aku mcm redha sikitlah. sblm naik aku minta maaf dlm hati kalo aku sakitkan Abeng-gajah kecik umur 15 tahun tu. aku request ngan si penjaga gajah, please dont hurt her. [kalo tak aku sepak kau!!!!] utk pengalaman naik gajah, tgh gajah bernyah tinja, tgk cara mkn diorg harga ko kena bayar adalah 500bath. jgn terperanjat kalo si penjaga gajah mintak tips dgn cara paling lembut-- tulis kt topi ek- tips for me 200 bath please. n diorg dgn beraninya nak jual gelang guna gigi n gading gajah kt kami! aku ban xmo beli.  





Then kami ke Municipal Park, utk naik kereta kabel. kat situ ada Ice Dome tapi slps rasa tertipu semasa masuk Icity dulu, aku taubat takkan masuk lagi tempat2 yang sama waktu dengannya. dari tempat parking, kita kena bayar 20 bath utk naik ke atas puncak bukit. and utk naik cabel car ko kena bayar lagi 200 bath. [tips: err. kalo tak naik pun xpe. atas tu hanya ada kuil diorg. for penganut agama diorg, its nice to go la, but for muslim, tak payah kot. mcm blur tak tau nak buat pe. nak bergambar takut juga kalo2 tak menghormati tempat ibadat org, jd cam jalan2 sesikit then tutun balik. lgpun dekat je. best lg langkawi] kt depan sikit ada patung budha tinggi gila n the view there was fascinating. santek weh bandar hatyai dr atas bukit. 





then kami dibawa ke satu plaza. tanya org apa nama diorg sebut plaza je. bila google dpt nama Local Markets sajo [tak membantu lansung] tak cantik sgt la brg2 kt sana. mcm brg lama. lambakan barang tanpa pembeli. so barang yg diorg claim as design baru tu aku dh jumpa 3-4 bulan lepas kt ig shop. aku tak beli pape. Fifi je beli beg 220 bath. btw dlm tu ada gak jual makanan. sila tawar menawar di sini. kalo korg xdpt harga yg korg nak, try blah dr kedai tu, diorg akan kejar ko balik punya. cayolah. 


kalo lapar, g cari makcik ni. dia punya ikan patin masak tempoyak plus kerabu mangga mmg ohsem! sume 40 bath. air kosong n ulam cecah sambal free of charge.gambar makanan tak de. aku lapar tak hengat. balik hotel, lepak2 ptg pkl 6 sambung cari makanan. sblm tu g thai massage dulu. sbnrnya perempuan muslim tak boleh buat bnda ni. even org pmpuan yg urut ko, aurat kita kan sama dgn lelaki ajnabi. tapi dh separuh jalan baru aku teringat. duh, mudah gila teredaya pujukan setan.. for guys yang nk try, harga foot massage dlm 250 bath tp diorg bg discount 200 bath


ps urut, perut lapar. dpn kedai urut tu, kitorg try tiram goreng, nasi goreng seafood, charkueh teow, air laicheekang (50bath) n roti pisang (30bath) yg lain aku tak tau harga sbb bukan aku bayar. [ni order utk sorg satu tau. so blh try mcm2 mkanan. pastu g cari cenderamata murah2 utk rumah n opis. dpt la keychain n fridge magnet dlm 280 bath






esoknya, lps dh kemas barag sesikit, aku turun ngan k.ety n fifi utk cari tshirt utk ijam, abang n adik. dpt la 5 helai dlm 400 bath. jadilah.. then lps apis turun, kitorg  g cari sarapan di Salma Restaurant [terima kasih kt sorg makcik dr malaysia yg maklumkn ttg restaurant ni bila nmpk kitorg mcm blur tak tau nk p mana] makanan sedap! nasi lemak singora yang paling diingati sbb sambal hijau tu sebijik rasa rendang minang mak aku.srpan pagi tu aku kena 58bath. 



 

lps makan dgn kenyang dan bahagia, tym to say bye bye to Hatyai.



flight pkl 12.15 tghari waktu thailand n kitorg sampai dalam pukul 2.50 ptg waktu malaysia. Alhamdulillah, safely landed. :) 


kesimpulan utk hatyai. ttg kebersihan, macam malaysia la.. ade tempat bersih, ada tempat yang erk. rakyat thailand tak bpe ske nk senyum even cakap lembut mcm kapas. holiday kt hatyai aku rasa sesuai la utk short holiday dgn kwn2. bahasa pun mudah sbb diorg banyak yg tau ckp melayu. nak dtg lagi ke tak? err.. tak kot. kita g tgk tempat lain pulak lah. 

so, next nak ke mana?