Friday, February 6, 2015

Food-hunting : Hatyai

Ubat mujarab bagi overloaded stress? makan!! Lupakan kata-kata nista orang duk question nape badan ko naik or fakta bahawa ko kena jd pengapit hujung bulan ni. amik beg, siapkan pasport-- lets go to Hatyai, bebeh!! 

haram weh perempuan bermusafir tak de mahram, jd haruslah aku menghangkut adik2 ku sekali. hehe. senyum lebar fifi- first tym keluar malaysia. 

utk pakej tiket n hotel murah, kitog dpt di AirAsiaGo. Tiket pergi balik plus penginapan di Centara Hotel utk 3 hari 2 malam kitorg dpt harga RM360.00. Flight pkl 12.15 tghari dan selamat sampai di Hatyai pkl 1.15 ptg waktu diorg. [2.15 waktu Malaysia. Diorg lambat sejam] Sampai saja, member adik aku, Abdullah dtg amik. Kitorg book dia utk 3 hari. senang cite. [btw harga standard transport dr airport ke tgh pekan adalah 800 bath. hotel charge gitu. si Abdullah ni pun charge gitu] 



kitorg direct g cari tempat makan sbb kadar kelaparan agak tidak terkawal di situ. Kami dibawa ke restoren mkanan halal- Kai Tod Decha & Seafood. Nasi putih lima, tomyam seafood, ayam goreng gajus and somtam plus air minum. Balun punya balun, sorg kena 230 bath sorg. Dammit, budget ari di situ tapi tak pe lah, makan sedap! nasi wangi gila weh. [aish. terbayang2 la plak] 


perut kenyang, badan letih sikit so kitorg shoot ke hotel. senyum girang bila tgk hotel sebijik mcm dlm gambar di internet :))) 


pkl 3, kitorg dibawa ke Magic Eye 3D museum. ada magic show [songkla version of magic show, agak2 korg blh agak tak apa pengisiannya? xbagus utk tontonan seisi keluarga. tak best pun, mual lg ade] and of course 3D drawing. Ada kt Malaysia, tapi aku tak pernah p pun. Fee masuk 400 bath. kalo ada gambr diorg jual n ko rasa mcm lg cun dr gmbr ko amik, beli lah. harga 150 bath







habis bergambar sakan, kitorg decide uk balik hotel sbb Centara Hotel ni sblh Le Plaza Hotel. mmg tgh2 pekan. kalo korg naik bas, mmg situ la berhenti basnya. [konsortium bas express yg kaler merah tu 4, 5 bijik aku jumpa] singgah kt gerai2 area situ and haruslah aku mencari Pulut ayam yang digembar gemburkan sebagai enak tak terkata. harga 80 bath. somtam 50 bath. portion blh makan utk 2 org sbb dia pulut so cepat kenyang. rasa? terbaik dari ladang [please makan masa panas2, kalo dh sejuk agak mual skit] 




malam, jalan2 pusing cari Asean Market. rupanya sblh hotel sajo. makan lagi! aku amik air suam, kueh teow plus ayam goreng. ateh nak rasa udang besar goreng tu, jd sebagai kakak yang baek lg berhati luhur pun ckp ngan dia- amiklah, along belanja. at the end, sumenye berjumlah 480 bath. [nanges] bengngang juga sbb servis lambat tapi tak pelah, dh jd darah daging. 

 

esoknya, pagi2 kami dibawa ke Nora Plaza yang kononnya di khabarkan barang murah. sblm masuk kami dibagi satu kad discount 20% [aku mmg tak de niat nk dtg shopping so tak de la bernafsu sgt] apa yang meranapkan lagi nafsu, harga barang tak de la murah mana. first myb sbb currency Malaysia agak rendah, second- barang yang sama ko blh jumpa kat Malaysia. Harga xjauh beza or super cheap yang menyebabkan ko rasa mesti beli. biasa2 sajo. owh btw, aku jumpa 2 biji bas dari Taiping kt situ. sakan jugak pakcik makcik dr Taiping memborong kat situ. 



Kitorg ke Chang Puak Camp, Hatyai. Thailand kan synonym dgn gajah, jd tempat ni mcm must go jugalah. actually nya tempat ni aku tak nak pergi. aku tak sampai hati. kesian gila tgk gajah2 tu. [and being over dramatic siti syuhada, i literally cried. yes. call me emo, but i did cried] but then terfikir yang ni adalah tempat cam menjaga diorg gak, and activity ni adalah cara utk cari duit bagi jaga diorg jd aku mcm redha sikitlah. sblm naik aku minta maaf dlm hati kalo aku sakitkan Abeng-gajah kecik umur 15 tahun tu. aku request ngan si penjaga gajah, please dont hurt her. [kalo tak aku sepak kau!!!!] utk pengalaman naik gajah, tgh gajah bernyah tinja, tgk cara mkn diorg harga ko kena bayar adalah 500bath. jgn terperanjat kalo si penjaga gajah mintak tips dgn cara paling lembut-- tulis kt topi ek- tips for me 200 bath please. n diorg dgn beraninya nak jual gelang guna gigi n gading gajah kt kami! aku ban xmo beli.  





Then kami ke Municipal Park, utk naik kereta kabel. kat situ ada Ice Dome tapi slps rasa tertipu semasa masuk Icity dulu, aku taubat takkan masuk lagi tempat2 yang sama waktu dengannya. dari tempat parking, kita kena bayar 20 bath utk naik ke atas puncak bukit. and utk naik cabel car ko kena bayar lagi 200 bath. [tips: err. kalo tak naik pun xpe. atas tu hanya ada kuil diorg. for penganut agama diorg, its nice to go la, but for muslim, tak payah kot. mcm blur tak tau nak buat pe. nak bergambar takut juga kalo2 tak menghormati tempat ibadat org, jd cam jalan2 sesikit then tutun balik. lgpun dekat je. best lg langkawi] kt depan sikit ada patung budha tinggi gila n the view there was fascinating. santek weh bandar hatyai dr atas bukit. 





then kami dibawa ke satu plaza. tanya org apa nama diorg sebut plaza je. bila google dpt nama Local Markets sajo [tak membantu lansung] tak cantik sgt la brg2 kt sana. mcm brg lama. lambakan barang tanpa pembeli. so barang yg diorg claim as design baru tu aku dh jumpa 3-4 bulan lepas kt ig shop. aku tak beli pape. Fifi je beli beg 220 bath. btw dlm tu ada gak jual makanan. sila tawar menawar di sini. kalo korg xdpt harga yg korg nak, try blah dr kedai tu, diorg akan kejar ko balik punya. cayolah. 


kalo lapar, g cari makcik ni. dia punya ikan patin masak tempoyak plus kerabu mangga mmg ohsem! sume 40 bath. air kosong n ulam cecah sambal free of charge.gambar makanan tak de. aku lapar tak hengat. balik hotel, lepak2 ptg pkl 6 sambung cari makanan. sblm tu g thai massage dulu. sbnrnya perempuan muslim tak boleh buat bnda ni. even org pmpuan yg urut ko, aurat kita kan sama dgn lelaki ajnabi. tapi dh separuh jalan baru aku teringat. duh, mudah gila teredaya pujukan setan.. for guys yang nk try, harga foot massage dlm 250 bath tp diorg bg discount 200 bath


ps urut, perut lapar. dpn kedai urut tu, kitorg try tiram goreng, nasi goreng seafood, charkueh teow, air laicheekang (50bath) n roti pisang (30bath) yg lain aku tak tau harga sbb bukan aku bayar. [ni order utk sorg satu tau. so blh try mcm2 mkanan. pastu g cari cenderamata murah2 utk rumah n opis. dpt la keychain n fridge magnet dlm 280 bath






esoknya, lps dh kemas barag sesikit, aku turun ngan k.ety n fifi utk cari tshirt utk ijam, abang n adik. dpt la 5 helai dlm 400 bath. jadilah.. then lps apis turun, kitorg  g cari sarapan di Salma Restaurant [terima kasih kt sorg makcik dr malaysia yg maklumkn ttg restaurant ni bila nmpk kitorg mcm blur tak tau nk p mana] makanan sedap! nasi lemak singora yang paling diingati sbb sambal hijau tu sebijik rasa rendang minang mak aku.srpan pagi tu aku kena 58bath. 



 

lps makan dgn kenyang dan bahagia, tym to say bye bye to Hatyai.



flight pkl 12.15 tghari waktu thailand n kitorg sampai dalam pukul 2.50 ptg waktu malaysia. Alhamdulillah, safely landed. :) 


kesimpulan utk hatyai. ttg kebersihan, macam malaysia la.. ade tempat bersih, ada tempat yang erk. rakyat thailand tak bpe ske nk senyum even cakap lembut mcm kapas. holiday kt hatyai aku rasa sesuai la utk short holiday dgn kwn2. bahasa pun mudah sbb diorg banyak yg tau ckp melayu. nak dtg lagi ke tak? err.. tak kot. kita g tgk tempat lain pulak lah. 

so, next nak ke mana? 

No comments:

Post a Comment

senyum <3