Tuesday, November 25, 2014

Vienna: Bila Tuhan Kata Kun Fayakun (Bahagian Kedua)

Hari ni marked sebulan dah cerita Vienna ni. Sebulan lepas tym ni mungkin aku tgh sarapan kat bumi Eropah sana. [sampai skrg mcm tak caye je aku dh jejak kaki ke sana. heh] aish. rindu lah plak. #viennainmemories

Schonbrunn Palace
[alolo. comey Hjh Liza. cenonit je nmpknye dia nk dibandingkn dgn istana tu]. 
 
tempat ni kira tempat wajib singgah la kt sana. mcm dtg melaka tapi tak p a'famosa, mcm- ko biar betik tak p sana?! nak details tentang tempat dan sejarahnya, p lah google. sbb stakat ilmu seminggu aku ni mmg tak dapek la den nk nolong. but mmg seriously besar n luas gila kawasannya. siap ada zoo bagai. Aku difahamkan ni istana musim panas raja diorg dulu.

 diorg banyak buat persembahan muzikal gini. sayang tak dpt tgk even satu pun. btw dlm istana ni ada muzium actually. aku teringin gila nak masuk tp disebabkan main reason aku dtg Vienna bukan utk melancong, jd org yg bwk kitorg tu tak de la provide masa & duit utk masuk tgk muzium ni. sayang kan? [satu hari aku kena dtg lagi. as a traveler] sigh.

 dtg masa autumn. mmg sehelai dua je la bunga kot ada. imagine kalo dtg masa spring. mesti cantik gila sbb diorg mmg ada taman luas utk bunga mcm2 ni. [silalah dtg utk honeymoon. as cheesy as it sound, this place is breathtakingly beautiful]



ok. binaan atas bukit tu namanya Gloritte. Difahamkan tempat tu adalah utk tempat makan diraja la. dlm kawasan istana tapi sblh blkg. aku tak faham cane diorg blh terdaya nak tinggal tempat lain , n mkn kt tempat bapakla jauh. jauhnya tempat ni dr istana mcm.. umm.. trafic light pintu blkg uitm s7 dgn DC tp ikut pagar blkg mawar. [haha. paham tak kekdahnya tu]

Stadtpark
Taman. Taman yang cantik gila. [kalo nak tgk gambr, kt FB aku dh upload. tp fb mmg aku letak gambar yang takde org. scenery je. yg nak tgk orgnye, spesel kt blog ni je lah. hihu]



 
 
pokok stok-stok masuk majalah mmg banyak kat sini and autumn's view was beyond words. kalo kt album fb aku banyak tgk pokok2 cantik tu, ha tu gambar kt sini la. subhanallah :)

 [even aku mmg acknowledge mak aku cantik, but she is is extra beautiful in this pic. kan? kan? ]

Setphansplatz
 

kalo duit ribu riban dtg Vienna, korg blh la habiskan kat sini sbb sini la tempat segala brg branded dijual secara ekslusif. tapi kalo ko dtg Vienna hanya ada 500 Euro dlm tgn mcm aku, blh la dtg cuci mata n tambah ilmu ttg brand yang ko xpernah tahu pun sblm ni.

Hundertwasserhaus
rumah pelik. takde garisan lurus- adalah main objective org yg buat bangunan ni. sekali lagi aku gigit jari sbb tak dpt masuk ke dlm rumah yang kisahnye ade mcm2 bnda tunggang tebalik. so dpt g kawasan beli cenderamata je lah gamaknya.



dia mcm ala-ala pasar seni gak. mcm2 jenis cenderamata ada kt sini. cuma pasar seni takde jamban yang ada water fountain mcm kt sini. dats y aku amik gambr kt situ. [bukan sesaje gayat p europe sampai gambr jamban pun aku nk amik gmbr] 

Designer Shopping Outlet- Parndorf


aku tak pernah p JPO. tapi ni mcm JPO la. tapi lagi banyak brg branded berhrga mampu milik [kerana aku berjaya memiliki 2 handbag dengan harga rm240 or 60 euro lebih kurg]
 kalo korg tertanya2 kenapa aku solehah sgt sampai nak berjubah bagai- fyi, dlm jubah tu ada dua tshirt, jeans n long john. reason: sejuk nak mati wey.

ok. aku rasa sampai sini je la kot. kalo aku sambung pun myb secara keseluruhan Vienna pd mata aku. damn. i miss travelling. tu je. bye.

Friday, November 14, 2014

He's Just Not That Into You

 

Girls are taught a lot of stuff growing up.
If a guy punches you he likes you.
Never try to trim your own bangs and someday you will meet a wonderful guy and get your very own happy ending.
Every movie we see, Every story we're told implores us to wait for it, the third act twist, the unexpected declaration of love, the exception to the rule.

But sometimes we're so focused on finding our happy ending we don't learn how to read the signs. How to tell from the ones who want us and the ones who don't, the ones who will stay and the ones who will leave.

And maybe a happy ending doesn't include a guy, maybe... it's you, on your own, picking up the pieces and starting over, freeing yourself up for something better in the future. Maybe the happy ending is... just... moving on. Or maybe the happy ending is this, knowing after all the unreturned phone calls, broken-hearts, through the blunders and misread signals, through all the pain and embarrassment you never gave up hope.

-Gigi

Tuesday, November 11, 2014

Vienna: Bila Tuhan Kata Kun Fayakun (Bahagian Pertama)


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Tuah ayam nampak di kaki [ye ke] tuah manusia siapa yg tahu. dpt ke Vienna ni betul2 hadiah besar Tuhan untuk aku. so utk first part ni,aku citelah asal kejadian keberangkatan aku ke bumi eropah tu. sblm pape, meh tgk map utk sape2 tak tahu mana letaknya vienna ni.


9. Oktober 2014.
Aku kat office, dpt call dari ibu. Katanya dpt jemputan untuk mengaji. Okaylah. perkara biasa lah tu. aku tanya kat mana. Di Vienna, Austria katanya. and i was like.. what?? dan2 tu p google tempat yang aku tak pernah dgr pun [ok. pernah dgr. Vienna Treaty. International Law. tp tak pernah apik pun mana letaknya Vienna ni] n d best part about that phone conversation bila ibu tanya- along nak ikut x?. owh, mak. apakah perlu ditanya? haruslah mahu! lps tu juga g jumpa pn.mai n explain about the invitation and my leave application approved okeh. [see. kalo Tuhan kata ko punya, Dia akan permudahkan jlannya] [lompat-lompat kegembiraan]

14 Oktober 2014.
Cerita nak ke Vienna ni mcm mimpi. macam ye tak ye. mcm tipuuuu je. mcm scam je. mcm.. biar betul? sbb masih belum ada surat hitam putih. masih belum confirm. masih belum ada pape pun lg. but jd ke tidak, aku p gak buat pasport sbb ni first tym aku nak p luar negara. takpelah, kalo xjd pun p vienna, mungkin ada nk guna p tempat lain la kot. [ayat pasrah memujuk hati]

17 Oktober 2014.
buat pertama kalinya sejak 130887, siti syuhada ni menaiki kapal terbang. ke perlis je pun. turun alor star. leka pandang luar tingkap. mujur bos bagi can aku duk tepi tingkap. cantiknya lah awan. subhanallah. mcm padang penuh snow. dlm hati duk fikir, mcm ni ke agaknya rupa padang maysar? teringat juga ttg MH370 & MH17. [alfatihah] hari jumaat tu first tym naik kapal terbang, selasa depan nak p jalan jauh? naahhh.. tipulah! 

20 Oktober 2014
Cerita nak ke Vienna masih belum confirm. selagi tak tgk email utk tempahan tiket sampai ke sudah aku tak caye. btw ni tak berkaitan dgn Vienna but on dat day, aku first tym buat cross exam sorg2 tak de bos. aku tak pernah buat re exam pun, tetibe kena buat cross. kt Plaintif pulak tu. kaki gigil, muka cool. steady, steady. Alhamdulillah, it went well. masih duk berkira, kalo tak jd p vienna, cane aku nk handle sedih kt muka?

21 Oktober 2014
email tempahan tiket akhirnya sampai. patutnya pergi malam ni. tapi ibu wasap kata flight 23hb malam. ok. sempat nak buat last preparation sbb even jaket tebal pun kitorg tak de. in fact aku ada banyak keje yg perlu disettlekan sblm pergi. cuti start 23.


23 Oktober 2014
pagi sempat lagi aku p seremban naik opis. dah sign few documents, maka bermula lah cuti seminggu terkejut aku ni. akhirnya. flight pukul 11.30 malam. naik KLM. Dutch Airways. ok. kitorg lambat naik flight. org KLIA dah banyak kali annouce, n sampai panggil baru notice kitorg dah kena naik dh pun. siap kena marah. pe lagi, lari2 la sambil mencungap2. naik flight duk row tgh. aku duduk between ibu n kak lin... and our 14 hours journey began

24 Oktober 2014



pukul 6 pagi waktu Amsterdam, kitorg sampai di Amsterdam Airport Schiphol utk transit. and again, kitorg lambat sbb between gate sampai n gate flight ke vienna adalah sgt jauh. terlepas flight. pergi jumpa org airportn diorg letakkan kitorg dlm waiting list utk flight pkl 11 pagi. tp xde rzki, next flight yg confirm ada tempat adalah pkl 5 ptg. 10 hours stranded. tak mandi, tak hape. sumpah muka sememeh gila. mknan halal amatlah susah nak cari n all our food pun dlm luggage yg berkemungkinan dah sampai vienna. g la cari ape2 mkanan yg dirasa confident nak telan. toilet- tu lg satu masalah. owh serius, tym ni aku betul2 rasa nak balik malaysia.

[nmpk tak muka kitorg separuh nyawa je tinggal ni?]
 
lps bertabah hati selama berbelas jam tu, kitorg pun akhirnya berlepas ke vienna utk 2 jam flight. dlm flight tak fikir pe, tdo je. tau2 dh sampai. i still cannot forget the very 1st moment aku melangkah kuar dr flight [sbb dia mcm ko kena naik bas n g ke gate masuk. mcm air asia tu] windy and sejuk gila! no. not gila. its gilosss. aku mmg tak tahan sejuk. aircond dlm blik opis aku ni pun aku letak 27 drjh celcius. mulut bergetar mcm baby bru lps mndi tu. n rasa nk nangis sbb sejuk yg amat. damn weather apps! kata 17 darjah celcius! tipah tertipu. 



keluar dr international arrival tu [btw luggage kitorg sampai sama dgn kitorg. alhamdulillah] kitorg dijemput oleh org yg menganjurkan program ni termasuk suami kat balqis, ustz maulud.dibawa ke Restoren Tulpe; restoren Turki utk mkn sbb utk berbelas jam tu yg ada dlm perut aku hanyalah roti dan air hot choco. dan masa itulah aku mengakui bahawa aku mmg anak rembau, tekak org melayu. mmg tak boleh masuk segala pe yg diorg bg mkn and ada satu bau [ustz amir kata bau minyak zaitun] yg aku mmg tak blh blah. dlm hati duk doa cpt la check in hotel. aku nk mkn maggi malaysia. hukhuk


 
 [tu Aisyah. dia tgh ajar k.lin cane nk mkn lauk turki ni. nasi yg penuh daging ni, dia blh habis sorg2 mkn. plus the sup. sup perut. nmpk tak beza mangkuk sup aku ngan mangkuk sup dia]

lps mkn, kitorg dibawa check in hotel. Hotel Kaffeemuhle namenye. hotel biasa je tp cantik lah jugak.


 

cantik kan? okeh. aku sambung lagi nanti. utk 7 hari aku di sana. :)