Tuesday, May 21, 2013

Sheera & Ibu

Jumaat lepas lunch date nggan sheera. Sebelum jumpa hati berbunga riang sbb dh lama gila tak bersua muka n mengadu nasib masing-masing. 

But then- bila dah berjumpa macam tak de apa nak cite. Topik perbualan asyik-asyik pasal office, mahkamah, study & colleague.[see. betapa tak de life nye hidup aku] Adeh. Gambar pun tak de, mungkin sebab dua-dua bukan kaki cam whore [and telefon aku camera tak cun] Jadi dapat dirumuskan bahawa, utk menjadikan perbualan lebih rancak, dua-dua kena ada boyfriend, baru blh bnyk benda nak cerita. Tak boleh one side je. 

since, aku tak berapa agree dengan idea boyfriend bagai ni, jadi dua-dua kena nikah dulu, baru perbualan jadi hangat. heh. 

ibu naik ambulance lagi tadi. suspect batu karang n sampai 2,3 shot amik ubat tahan sakit kat Spital Tampin. Meletop lagi jantung aku. Even this time tak la teruk mana cuma sbb tekanan darah dia terlampau tinggi dats y doktor suruh naik ambulance, ibu still ibu weh. Mana ada 2,3. Dalam sakit-sakit tu ibu sempat lagi cakap kat aku- tak blh jadi ni, along kena kawen cepat. 

kawen lagi? [garu kepala] 

Wednesday, May 1, 2013

Buruh Pelupa.

Selamat hari buruh kepada semua buruh-buruh makan gaji seperti aku. Selamat bercuti [senyum] Kerja ade je tapi malas. lately cepat penat. badan letih-letih. keadaan yang memang boleh dijangka bagi manusia malas bersenam macam aku. Supplement tak makan. Kalo dibelah bdan ni, mungkin usia sume organ dalaman macam umur orang 70 tahun mungkin. Well. Tuhan takkan mengubah hambanya kalau sendiri tak berubah. Titik noktah disitu. huhu

Lepas dapat PC, kerja dah mula banyak. Tapi tak le bz mana cuma kesilapan mengatur masa watkan banyak keje tertangguh. Assignment, nk study utk test, baca fail- sume aku asyik tangguh. Nak basuh kete pun asyik tangguh. sampai ibu dh start kecik hati aku tak jaga kete dia. haih. syuhada, syuhada.. Redha Allah letak pd redha seorang mak, syuhada oiii.. 

Ibu. 


Aku takkan lupa tym dia rebah kat pusat dakwah last two weeks. Jantung aku rasa macam nak gugur bila bayangkan bila-bila masa Tuhan boleh ambil balik kepunyaan-Nya. Masa naik ambulance, aku rasa separuh nyawa aku melayang [bukan sebab takut ambulance tu laju gila] tapi bila tgk ibu pucat lesi gitu. Letih badan sehari suntuk kat Shah Alam lansung hilang sbb main focus mmg dekat ibu time tu. Syuhada si budak cengeng punya mata macam tiub air pecah. Air mata tak stop-stop. Berdoa panjang supaya semuanya selamat. 

Pastu bila ibu suruh basuh kete, asyik tangguh. Ceh! Melayu mudah lupa.

Aku merindui ramai orang. Tapi orang tak ingat kat aku pun. Cemburu juga tgk org ramai kawan-kawan yang selalu ada dgn diorang. Hang out together. G holiday bagai. Aku? Duk kat rumah. Tak de live. Haha. Salah aku juga tak suka bercampur. Malas nak keluar. Padan la muka.  

Dahla. Post tak best. Owh btw, selamat mengundi juga utk rakyat Malaysia. Solat Istikarah dulu sebelum mengundi. Moga pilihan kita betul bagi menjamin masa depan. InsyaAllah. 


tgk la video ni. aku jatuh chenta dek idea mamat ni. ohsem!