Showing posts with label memoriDaunPisang. Show all posts
Showing posts with label memoriDaunPisang. Show all posts

Wednesday, September 12, 2018

Gunung Datuk- Otot Peha Ku Rabak

Sejak join JK1M 11 ni, aku macam ketagih nak jadi aktif, tu yang aku sendiri gatal mulut ajak Tipah p hiking Gunung Datuk. Yes, aku sendiri yang tak sedar diri. Badan tak fit mana, hiking pun pernah naik Batu Putih n Kepayang je, ada hati nak tawan Gunung Datuk. Ceh! 

Cuti panjang time orang sume p jenjalan, aku yang mereput dalam rumah ni pun mula la tanya kwn2 kot2 nk join hiking Datuk ni. Dah habis ajak segala kawan-kawan, end up yang setuju nak naik is Tipah, Kak Fiza n Nyda [coach aku untuk JK1M merangkap junir sekolah] budak SMKAP sume, beza batch je. 

Malam before naik, aku duk msg Tipah, boleh ke aku buat? Sampai ke puncak? dan segala soalan tentang kemampuan diri sendiri. Tapi jauh dari dalam hati, i know, i am not a quitter. Maka esoknya sebelum subuh aku dah bangun sbb tipah kata nak amik kat rumah jam 7 pagi [last2 dia yang lewat. Double ceh!]  rumah aku dengan Gunung Datuk tak sampai 10 minit drive. Masuk simpang ke Kampung Bongek tu, jalan terus, simpang belah kiri. Waze je senang. Kalau parking penuh kat atas tu, mmg ko akan kena parking bawah la. sekian hal plak nk menapak ke atas. tapi kalau jiwa kental boleh double park, n byr rm3 kat pakcik tu sambil tinggalkan kunci... 

...macam tipah! 

Detail tentang sejarah etc korg blh baca kat sini. Untuk masuk, kena daftar dan bayar RM5. 


along the way masa aku mendaki memang macam tak ada kesudahan. Mujur, mujur dan mujur ada Nyda teman aku sebab Tipah cover kak fiza. Dia la yang duk bagi kata semangat, bagi 100plus, bagi fitness bar, bagi livita untuk aku bertenaga. Ajar aku tentang breathing, how to take a better steps, and even ajar aku tentang how nak minum air dalam keadaan mencungap. Kena sips je uolls. jangan kau habiskan setangah botol sekali teguk. Mati kau nanti! 

Nyda. Coach aku. Jangan try! anak dia dah tiga, okeh! even mcm anak dara. 

Yang paling seksa adalah part batu2 tu. Ya Allah, i keep questioning why i want to do this at the 1st place. Nyesal sungguh rasanya... ...but once kau dah sampai puncak, Subhanallah.... 

 

A day before kitorang naik, hari hujan so kabus memang tebal. That is why bila kat atas tu kau rasa sejuk tapi mata tak leh nak buka sebab rasa matahari terik balik kabus tu. Gambar pun mata kenyit2 je. Alhamdulillah, selepas hampir 3 jam, akhirnya anak Rembau ni boleh mengatakan dengan bangga dia dah pernah sampai ke puncak landmark penting Rembau i.e Gunung Datuk.
I am so proud!  

 

tapi dalam proud-proud tu, aku boleh lupa azab nk turun. Fuh, memang rabak peha sebab memang guna kekuatan kaki nak tahan since curam gila and jalan agak licin sebab lumpur and batu. Rosak kasut baru aku! turun amik masa dalam sejam lebih juga, even lutut kiri aku dah mula buat hal. 

Overall sume okay, Alhamdulillah. Walaupun dua hari gak aku seksa gila nak berdiri and end up aku terpaksa solat duduk, ini adalah pengalaman berharga. terima kasih Tuhan untuk pengalaman dan kiriman rakan-rakan yang ada waktu susah senang masa hiking ni. [senyum lebar] 


Bye korg! Moga aku akan kembali rajin update blog. lama betul dah tak menulis. 
p/s aku tak sabar tunggu November. dah lama tak bau airport.

Thursday, February 4, 2016

S.A stand for secret admirer

so siang td aku hadir satu seminar di salah satu hotel kt seremban. suddenly sorg hamba Allah ni tegur aku- eh, syu! and i was like- sapa plak ni. [dlm hati la] then sbbkan aku ni mmg muka direct i.e ko blh tahu apa ade dlm hati aku through muka aku [open book istilah omputihnya] so dia tanya- kenal tak. i pun direct la ckp sambil paut bahu dia- maafla, saya ni mmg pelupa. kita juma kt mana ek? Mujur dia gelak and explained yg kitorg sama2 amik tauliah utk Peguam Syarie Negeri Sembilan last year. Sharifah namanya. comel je. thanks sharifah sbb tegur. and i'm truly sorry for that. mmg cpt lupa org. lupa nama. hari ni jumpa, lusa dah tak ingat dah. bos selalu marah. sbb penyakit ni tak bagus utk buar PR. aku sengih je. aku cpt lupa nama org. jarang nak ingat dgn org yang aku jarang jumpa or dh lama tak jumpa.. except one... 

....and guess what? I met him today. 

after like almost 12 years- i met him again. 

aku pernah terfikir- what will happen if i meet him oneday. but hari ni jawapannya- nothing happen. there was no butterfly, no heart fluttering, no rainbows, no goosebumps, no shaky hands and even my knees did not turned jelly. nothing like what i used to feel before. 

there was no dilwale nor kuch kuch hota hai. 

it was simply feeling nostalgic. [smirks] was he the same person who made me bawling like there is no tomorrow when he got married four years ago? 

Monday, December 29, 2014

Mimpi

malam tadi
aku mimpi kamu
entah kenapa dlm banyak2 org- kamu pula yg dtg
dan itu adalah mimpi paling sweet yang pernah aku rasa
ah- kalau tentang kamu, semuanya pun sweet
haha

we back to 2003
baju sekolah, suasana sekolah- mudanya masa tu
we arguing about something
and she- yes, the one whom i thought u have crushed with suddenly blurted out
"korg ni suka sama suka!"
damn. masa aku taip ni pun aku masih senyum yg sama

i remember seeing the letters- the notes- the cards
everything that i've sent for u years ago
i received it back in that dream
but the differences were- u were the one who sent it
and those lovely words were dedicated for me- only me
i remember your neat handwriting
yes- i still remember it until today
senyum. senyum lagi.

tapi sayang- itu semua hanya mimpi
kamu tahu betapa sedihnya aku masa aku terjaga dari tidur
rasa mahu menangis sbb aku tak mahu bangun
aku mahu terus berada dlm mimpi itu
sebab aku tahu- apa yang jadi dlm mimpi itu
tidak akan pernah terjadi di alam reality

senyum.
senyum malu.
sigh. after 12 years. kamu masih ada dlm ingatan
biarpun bukan dlm hati tapi sentiasa dlm doa
sebab kamu adalah org yang buat aku bahagia tanpa perlu kamu berbuat apa-apa
cukup aku tahu kamu sihat seadanya

semoga kamu berbahagia dgn anak-anak dan isteri tercinta

ikhlas- alongsyuhada 

Thursday, December 4, 2014

#demimuchewan

demi kenduri kawen che wan- yang aku tak naik kenderaan air je. Kalo x mmg segala transport udara, air n darat aku ngan sheera harung sbb nk tgk dia naik pelamin. I am such a good friend. yeah. i know. i know. hewhew. 

me and sheera. sesudah subuh. KLIA2.

slps menempuh onak dan duri. rasa worth it gila sbb dpt mkn cendol sedap


i cant describe d feeling masa tgk cikwan bersanding. i almost get teary-eyed. apapun, she looks extremely stunning on her big day. doa aku utk kebahagiaan hg, cik wan. insyaAllah sampai bila-bila

 lps pekena laksa mengadap pulau jerjak. fakta ttg syuhada- tu first tym aku tau mana letaknye lah pulau jerjak. 

 
 our superheroes yg menyelamatkan kami lps kereta Faiza problem. Terima kasih bnyk2 sbb sudi hulurkan bantuan utk ringankan beban. siap bawak kami p pesta penang lagi. aku doakan perkahwinan korg yang bermula hujung minggu ni sentiasa dibawah lindungan rahmat Tuhan. InsyaAllah. :) :)

and not to forget- my sedara Sheera. Terima kasih sbb bersusah sng bersama utk 24jam tu. I wont forget that day. kalo tak de awak, lagi gelabah la sy rasanya. kenangan naik bas gila tu harapnya akan jd kenangan manis kita. ngeh ngeh. 

wani tak dtg kawen aku- siaplah!

Wednesday, February 19, 2014

Memoir- #2 (Teratai)

Orang kata, kalo tgh stress, jgn fikir sgt. Fikirkan yg perkara2 yg indah. Yang seronok. dan menenangkan. Macam muka mak, pelangi, sungai dan- rerakan!!

It reminds me of them. Teratai!

  Apakah teratai? Teratai dalam definisi aku adalah sejumlah empat orang gadis lemah lembut lagi pemalu yang tak pandai cakap kasar-kasar or x pernah membuta dalam clz. teratai consists of four different type of girls who end up being close throughout the year. Agak segan and malu nak mengakui bahawa they are one of my strength sepanjang nk wat dlsa dlu. Tapi tu lah hakikatnya. [Gelak? Siap!]

 

mana dapat nama teratai? tanya memi. sbb ni nama grup wasap kitorg. dia admin so dia letak nama. Memula cam tak blh blah gak. Bapak panjang nama grup- Teratai Layu Di Tasik Madu. But at the end rasa cam comey gak nama tu.Memi n ke'comey'lan: mmg forte dia la kaaann.

 


 Aku n memi mmg kenal dr prelaw. so memandangkan kitorg wat dlsa ni sesame n tak kenal org lain, jd kami pun duduk la sekali. tetibe dtg gadis lemah lembut grad usim, stok ustazah dtg duduk sblh memi. Memi dgn penuh beradab tanye- name sape? zafirah katanya. aku amik masa lama gak la nk hafal nama dia. asyik zarifah sajo. nota pkai tulisan jawi beb- ketaq lutut aku ngan memi. aku ingat lg memi bisik tanye aku- syu, Mal ni pe? Aku dgn confident jwb- family kot. sahlah jahilnya kan. jd zafirah aka zaf ni membetulkan. Mal ni kes selain drpd jenayah. Family is one of it la- terang Zaf secara lemah lembut [budak usim la katakan] sengih beruk aku ngan memi. hihu.

memandangkan mcm boleh blah keje ngan diorg, jd part 2 kitorg decide utk masih kerja bersama. tetibe dtg seorang kanak-kanak riang [yg asalnya nmpk mcm ustazah sbb dia geng ustzah usim gak dlu, tp rupa-rupanya lg ganaz dr aku] nak join grup kitorg. Nama ustzah nya Husna tp dah kitorg rosakkan jd cuna.secara jujur aku hanya tahu nama dia masa part 2. [i'm not good in memorizing names and facts. bnyk makan semut mungkin] memula cam awkward skit aku ngan dia. sbb aku mati2 ingat dia ni lemah lembut alim warak n skali lg, ak xblh skit dgn pmpuan ckp lembut2 ni. aku jd kesian kt diorg. mesti diorg 'ngeri' nak ckp ngan ak. aku kn ganas. haha. tetapi! ceh. cuna lg gila dr aku rupanya. selamba badak dia je ngumpat ngata kutuk org depan2. sbgai contoh, kt Seoul Garden aritu. budak tu sejengkal je jarak ngan dia, selamba je dia gelakkan.


 

  Cuna n Zaf mmg ade ilmu agama yg jauuuuh lg banyak dn bagus dr aku n memi. Study usulfiqh pkai kitab arab diorg, aku ngn memi nganga tak tahu pe. mujur baik hati sudi terang. kalo x, double nganga la jwbnya. Aku rasa d only tym yang aku blh tlg bab bljr ni tym advocacy. tu pun tak jugak. sbb diorg lg power. Memi banyak tlg kalo aku blur. dia la duk cuit aku ke pe tym aku dh hilang tumpuan dh bljr. terima kasih banyk2 utk suluhan lampu knowledge saat2 aku gelap buta tak tahu pe.

banyak memori ngan diorg ni. potluck [sbb ak teringin nk makan chicken butter milk thai asam fish, memi belikan. awalnya mcm tu je. eh, tetibe bawak lauk bagai plak] pastu tym clz cancel g tgk movie kt jusco bukit raja, lepas opis mohaji, sesat g cari istana budaya [yg akhirnya takdpt nk g sbb dh lmbt gila n tak juga jumpa mana celahnya istana budaya ni], karok sampai sakit tekak, trip ke melaka n recently kuar jimba mgu lps. tu aktiviti major la. yg kecik2 mcm gelakkan org dlm grup wasap tym org present, plan psl nk mkn mane utk dinner lps clz, ngadu psl mooting xpuas hati, etc etc.. tu sume pun memori mahal tak dpt nak jumpa tempat lain. [aku syg korg. sungguh]




 

Nora and k.amal slalu join g makan. rindu diorg jugak. alahai best nye lah tym tu. Apa lagi nak cite ek. cuna suggest sruh cite psl perangai masing2. haha. ok gak. so ni dari POV aku.

[belum taip dah senyum. Allahhh.. rindunya kt korg]


Aimi Shazwani Yaakob

 
Memi:- kekadang aku rasa dia ni mcm hidden leader. kitorg bukan kongsi gelap nk ade abang long tok long ke pe, tp dia ni ade kekuatan memimpin yg bagus. contoh aku tak bape ingat tp salah satu perkara yg aku ingat psl dia, ttg ni la. leader. tp leader yg penuh dgn perkara2 comel. kalo presentation kitorg yg ade katun comel ke pe, tu memi la yg wat [aku punya kalo nmpk plain. simple yg amat- tu keje aku] Fakta lain psl memi adelah- workaholic! g kelas bwk keje mohaji. padan mohaji syg siap bg bantal. risau plak aku tgk balik sampai malam. mujur hjg minngu tahu berjimba. dpt mcm aku ske duk rmh, alamat tua dlm opis la ko mi. ibu ckp memi cantik. dlm gambr biase je nampak. luar lain. [aku- tgn ke bahu mata ke ats. haha dengki!] memi pemurah. tak lokek beli nasi lemak bnyk2 bg kitorg makan. 

 
saaayng ko mi! psl mkn ni aku mmg sayang ko double! tp aku syg ko triple ats segala nasihat n ingatan ko bila aku hampir2 mencampakkan dri dlm kancah kehancuran [gitew] ingat lagi ko nasihat aku panjang yg amat. Caring ko ni mi. agakanya sbb naluri anak sulung kot- so i understand it. eh. aku dah kata aku syg ko kan? even dlm court kita tak sehaluan, luar court ko dh mcm adik beradik dah. [hamboi. kipas!] huehehe

Zafirah Md Dzaki


zaf:- dlm blik ni, mata aku duk nmpk pmpuan lemah lembut, keibuan n solehah yg amat bila aku sebut nama ko zaf. but then bila nmpk tiket teater tak jd pergi yg aku lekat kt dinding ni ha, aku nmpk dgn jelas pmpuan garang, tegas dan menakutkan. [hahahaha. jalan tumbuhan tu akan kekal dlm ingatan sampai mati weh] zaf kekadang aku rasa mcm aku, muka garang tp hati sensitip. kalo dia dh diam tu korg leklok la. tp dia guru yg bagus. eloook je ajar aku one by one especially terms dlm usul fiqh. aku kan tak bape bagus nk hafal so aku kena faham word by word, baru blh faham konteks ayat sbnr. zaf yg ade kt sblh la ku rujuk. faraid bila ustz dh ajar pnjg2, and sebutir pun ak tak faham, dia explain kt aku balik. huhu. mekasih zaf ats tunjuk ajar. rindunya dgn pipi gebu ko. huhu. [laga pipi je. bukan cium. maluu! hihik] ko banyakshare susah sng ngan aku kan zaf. especially tym mooting, ko bnyak cool down kan aku tym2 kepala angin aku dh start menggila. bila aku panik kat depan tu tambah stress, sbb ko ade, aku ok skit. mekasih zaf. meh sini sayang skit! hihik.

Husna Hamdan

[aku purposely amik gambar epik ni. cerita d sbalik gambar ni akan ku kng hingga ke akhir hayat. hahahaha] and of course cuna:- dlm kitorg berempat, dia yg paling muda. tp dia panggil zaf je akak. aku ngan memi mengharamkan perkataan itu disebut di awal nama kami. [budget muda] alahai. setahun je pun beza. ko jgn nk perasan muda sgt cuna. bukan umur fizikal yg penting tp mental age yg kena kira. and ko jaaaaauh lg tua dari aku. makcik ni slalu gak bebel ngan aku. ingat lg tym aku frust dgn org mahkamah srmbn, dia siap bg doa pelupa kt aku. ganaz. tp caring. n op coz, sweet. peramah n hyper gak kekadang. myb dats y ramai kwn lelaki. sampai aku nk berguru mandi ais ngan dia. ustz firdaus; lelaki idaman malaya tu pun call dia weh tanye psl bljr. punyalah ramai org lain yg dia blh tanye, cuna gak dia tanye. [jeles] ilmu pe ntah dipakai budak ni. Gila. tp mujur bab cari laki tak gila. itu mmg aku bg 100% markah. aku bg restu! haha. pandai menilai. tak macam aku. hihu. Babe, utk nasihat, gurau senda dan semuanya, terima kasih banyak2. sayang ko ketat2.

korg banyak gila tolong aku dalam setahun ni. tlg kejut bila ak tersengguk dlm clz, tlg bg nasihat, tunjuk ajar dan op coz tlg gelak kan aku dan gelak bersama aku. tym aku down, korg ade. tym aku panik tak tentu arah, korg tlg cool kan aku. Bila aku sedih or ade mslh keciput keciput, korg dgr n bagi solution... hukhuk.. lama dah tak rasa ukhwah kuat camni. seyes. tym wat LLB dlu seksa gila aku rasa, but DLSA ni lg bermakna sbb ade korg. terima kasih bnyk2. utk semua dan sekaliannya. aku sayang korg. selalu ingat itu.



 

memi kata blog aku jujur. ha. ni nak jujur. korg ingat aku taip ni sesaje je? haha. aku nk request ni utk konvo. bagi penuh katil, sedap peluk bwk tdo. huhu! provided bakal tunang aku tak dtg la tym konvo. kalo dia datang, korg tak yah bg pun tak pe [miang]


agaknya kalo korg baca bnda ni tym aku dh tak de kat muka bumi ni, agak2 korg nangis x? huehehe

[aku dh lama taip bnda ni. ansur2. jgn cop aku ponteng keje plak!]

Wednesday, September 25, 2013

Alexander Graham Bell punya pasal

Bahana dah lama sangat tak update blog, tajuk nak letak ape pun aku tak tahu. Lepas hampir dua bulan blog ini kutinggalkan. ada juga menyinggah, nafsu pun prnah terarah nk mengupdate blog tp akal tak keluarkan idea utk menaip, jd no update for two months. 

Apa yang jadi dalam hidup lately? Ha, beberapa hari sebelum hari raya tahun ni [mak aih, sikit punya berzaman cerita] ak akhirnya menjejakkan kaki ke alam smart phone. ye, sy sgtlah ketinggalan. nak cerita psl phone, ak mmg bukanlah org yg gila mengupdate phone ikut trend terkini. sebagai contoh, first phone yg aku ada adlh tym aku nk masuk Pre Law, Merbok Kedah.  


Tym google ni baru aku tau modelnya A200. phone ni mmg comel yang amat. betul2 saiz tapak tangan aku. masa awal2 kebanyakan org ingat phone ni phone permainan [sentap weh] tp ni adalah pemberian dr ibu & ayah sbb aku dpt masuk U. dan ini adalah satu-satunya phone aku yang bukan dari duit poket aku sendiri. Kenapa tak guna lagi? Two reasons. 1st charger phone ni dah rosak n nak dpt charger utk jenis ni punyalah payah sbb jenis ni org mmg tak ramai [or almost takde] yang pakai. 2nd, berkait dgn 1st reason td- org tak pakai. cina jual phone tu pun suruh aku batalkan hasrat nk trade in n simpan je la kat rumah. 

Second phone beli masa BLS. 


Sony Ericsson w850i. masa aku beli tu harga dekat RM900 lebih. and aku sangatlah sayang phone ni. lama gak aku pakai. tp sepertimana yang ramai maklum, slide sony ericsson susah nak tahan lama. phone ni mula2 speaker rosak. aku kena pakai earphone bru blh ckp. lama gak jd gitu sampai org pndg aku pelik ckp sorg2 sbb org tak nmpk earphone dlm tudung [benda ni betul2 terjadi- jadi masa aku berjogging kat tasik S7 s.alam. ye. syuhada pernah berjogging] 

then satu pagi, ajal phone aku pun tiba. sedih yg amat sgt. tp dek kerana keperluan memiliki telefon bimbit pd zaman gini, memaksa aku ke PKNS utk cari phone baru. jadi, aku pun belilah telefon ni 


nokia xpress music 5130. harga dlm rm300 kot. terus terang syg aku pd phone ni tak de lah sgt tp sbb dia sbr n bertahan lama jd lama lah aku berkapel dgn dia. jatuh bangun aku dgn phone ni. LLB n Chambering aku wat ditemani phone ni. Nokia kan? campak lah mcm mana, dia tetap bertahan. sumbing juga aku buat phone ni, tp dia tetap ok. terima kasih awak, sbb sbr dgn sy sehingga ke akhirnya. bila org tanye bila nk beli tlfon baru- aku kata blm ada rezeki. sbb mmg tak de keperluan nk beli phone baru sbb dia masih elok.  tp aku buat keputusan utk clash slps org ramai memandang enteng pd dia yg kononnya tak setaraf dgnku. the moment klient pndg aku dgn pndgn menghina sbb aku guna tlfon ni, aku tiba2 rasa nk cari bf lain. tambah lg org sibuk ber-insta, wassap bagai tp aku habuk pun tak tahu. 

so bila dpt rezeki lebih, aku clash dgn nokia tu [kini dia kapel dgn ateh. dh sampai Gemencheh dah phone tu] and now in a r/ship with Sony Galaxy Grand Duos


org lain dh pakai Note 3 bagai tp aku pakai grand dua je. sebab 1st aku tak mampu nk beli phone ribu riban. 2nd aku mmg nk cari phone dua sim. jd memandang pd budget n keperluan, aku beli ni. ni la bff aku sekarang. teman aku sampai ke tempat beradu. kat court boring2 tak de sape nk borak, aku lepak dgn dia. [owh, betapa pathetic nye lah hidup aku]  Alhamdulillah. rezeki. now aku dah blh main candy crush tnpa perlu pnjm phone org or main kt FB. akaun insta pun aku dah ada. wassap aku msih bru bljr nk guna. hehe. 

ok. tu je lah. aku nk siapkan hujahan. bye.  

Thursday, July 25, 2013

Dream

Korang tahu, dulu family aku tak la susah tapi tak juga senang, Dulu bila tiba musim raya, ibu & ayah akan dahulukan kitorg. baju raya, kasut raya, bunga api raya, segala macam raya la. nothing for them. bertahun macam tu. aku simpati tapi time tu aku pun tak mampu. [sobs] pernah la jugak beli baju raya sehelai utk ibu. jubah warna hijau-yg mampu dek budget kitorg adik beradik kumpul. dia terima tapi aku tahu dia tak berkenan. kesian ibu. kesian ayah.  tak pe lah, one day, along pasti akan belikan juga.

thats y bila k.ogy bgtahu dapat bonus raya [terima kasih pd bos yg sudi bg aku bonus even aku baru 5 bulan keje] - automatik- aku fikir utk spend for my parents. segala macam utk diorg. baju kurung ibu, baju melayu ayah, handbag ibu, songkok ayah, kasut ayah n ibu, minyak wangi- anything yg diorg nak lah. aku memang nak spend banyak for them. pilihlah. sume along bayar. and along sgt berbangga kalau along dapat buat ibu dan ayah happy dgn hasil titik peluh along [senyum lebar2]

akhirnya. impian ku jadi nyata. terima kasih Tuhan. 
Alhamdulillah

Sebut pasal ibu & ayah, tadi aku di'arahkan' join majlis buka puasa NS Bar dengan anak2 yatim & asnaf. i'm not good with kids. no denial. tapi bila tgk muka diorg, dalam hati duk fikir melampau betul plan2 raya nak beli itu ini tapi ada orang yang duduknya tak jauh pun dari aku, sedang susah. Dari info senior lawyer yang uruskan majlis ini, penjaga anak2 yatim ni siap jual rumah sendiri utk dptkan dana. hebat mereka. [pastu pandang diri sendiri and soal balik kena tepat kat batang hidung- apa kau buat dalam 26 tahun hidup kat bumi ini, syuhada oi?] and tabik hormat kat lawyer2 yang berbilang bangsa sebab tak lokek keluarkan duit utk diberikan pada anak2 itu. [sekali lagi questioning myself soalan yang sama] [sigh] bdw kalo korg nk membantu or kenal sape2 nk bg sumbangan/ menaja anak2 yatim & asnaf ni, blh la bg sumbangan kat akaun Maybank 'Asnaf Murni' 562759105064.

owh. dah masuk 26 julai! terkenang memori lalu. tarikh ni pernah bagi makna besar dalam hidup aku. aku siap berangan nak kawen tarikh ni lagi! [mampoo??] dek sebab mimpi kanak-kanak aku tu, sampai aku janji ngan ibu, 26.7.2013 kalo aku tak dpt kawen ngn si A tu, along serah sume kat ibu la. puhahaha! kanak2 ribena sungguh! #memoriLalu. tak de point pun cite yang last para ni. saje mengimbau sejarah lampau sebab dah terlalu terbiasa mengenang tarikh ini for the past 10 years, mak non oi! dah la. mau titon. moga bermimpi yang indah2

Friday, February 22, 2013

Pukul Tiga Pagi.


That pair of eyes. Those eyes. Owhhh.. aku terpesona terkeciwa [versi R. Azmi.heh]

Oookayyy, now pe motif pkl 2.30 pagi tak tidur lagi ni? Esok keje kot. Mata duk kelip-kelip. adeh. Then tetiba nampak tarikh- owh, hari ni 22 Feb. Aku senyum sinis bila teringat kisah satu masa dulu. Actually 22 Feb used to be very important date for me for certain reason yg tak manis kalau diungkit semula. But then bila nowadays there is nothing new [termasuk lagu frust cinta bertepuk sblh tgn] yang boleh aku relate dgn 'memori' itu, i realized yg i've already get rid of him from this fragile heart. cewah! perasaannya- lega. Lega la wei. Kalo watnya aku masih ada hati kat dia yg dh nak jadi ayah orang tu, parah la jwbnya. but anyway, Happy Birthday lah. Semoga yang baik-baik sahaja utk kamu, isteri & anak. [doa sajo. as sedara seislam. no hal kan?] 


Even gigi mamat ni elok putih tersusun, apa jadah ko menganga kat blog aku ni bang? Niat aku letak video ni sbb aku suka lagu ni. Simple and make me remember my friends. Jadi macam tak de pilihan lain selain membiarkan abang ni nganga kat blog aku. [semak] Sebut pasal kawan, tomorrow which already dah jadi hari ni the closest BFFs to me akan bergerak jalan-jalan ke Melaka. Melaka lagi. Haha. Dah tu je tempat yang terlintas kat kepala berdasarkan pada budget & masa. My first holiday with BFFs tapi tak mau excited sangat. takut tak jadi. Nanti frust. heh. 

Korang tahu- Syuhada adalah seorang yang pro-ibu. [even i always claim yang i didnt believe her but of coz la tidak. She is my mother la. All-in aku ni ada dalam poket baju kurung dia tu]  Ibu salah ke ibu betul ke- i'll take her side. No matter what. Err. Actually saje je cakap pasal ni. Just want to remind u if u forget bu- even along selalu melawan cakap and selalu fail nak jadi anak yang perfect for u, I love u bu, from the bottom of my heart. and about searching your soon-to-be son-in-law, thank u for extending the period and let me do what i want. As expected, u are my beloved partner in crime and my sweetheart dunia akhirat. Looking forward to our next pillow-talk session. heh. 

Okay. Pukul 3 sudah. Selamat Malam. Aku kena tidur dah ni. Takut tergolek membuta dalam ofice time lunch hour macam siang tadi. Sungguh tidak professional. 


Goodnight babe. I miss u. #sayang