Showing posts with label kisah hati. Show all posts
Showing posts with label kisah hati. Show all posts

Friday, June 8, 2018

Masih Degil

[post kembali sbb bila aku membaca kali ini, ia bukan berkisarkan org yang sama]

Terkadang aku rasa kamu ada
Di sana- lihat aku
Aku mahu ke sana tanya khabar mu
tapi kaki degil tidak mahu melangkah
ego mahu menjengah

Jujurnya
Dari sini aku juga lihat kamu
Aku sudah ingatkan pd hati- jgn pernah peduli lagi
Tapi dia degil-

kasihan aku pada dia. 
Rabak lusuh pakaiannya.
Entah apa yang dia tagih sampai begitu sekali dia disisih
Mari sini hati, aku ubatkan.
Aku siram dgn kalam Tuhan
Aku jaga dengan kasih syg
Jadi kelak kamu bisa bangun bangga
-yg kamu tidak akan kalah dengan ujian dariNya

Tapi hati degil lagi
Katanya beri aku masa sedikit lagi
Katanya aku mahu lihat dia bahagia
Katanya aku mahu lihat senyumannya
Agar aku boleh rasa lega

Aku gelakkan hati semahunya
Segala kata caci aku guna untuk tempelak dia
Tapi hati hanya senyum sahaja
dgn ucap yg sama dia berkata
- tolong beri aku masa. Aku mahu lihat dia bahagia. 

-syuhada. Jumaat. 21 Februari 2014.

Thursday, February 4, 2016

S.A stand for secret admirer

so siang td aku hadir satu seminar di salah satu hotel kt seremban. suddenly sorg hamba Allah ni tegur aku- eh, syu! and i was like- sapa plak ni. [dlm hati la] then sbbkan aku ni mmg muka direct i.e ko blh tahu apa ade dlm hati aku through muka aku [open book istilah omputihnya] so dia tanya- kenal tak. i pun direct la ckp sambil paut bahu dia- maafla, saya ni mmg pelupa. kita juma kt mana ek? Mujur dia gelak and explained yg kitorg sama2 amik tauliah utk Peguam Syarie Negeri Sembilan last year. Sharifah namanya. comel je. thanks sharifah sbb tegur. and i'm truly sorry for that. mmg cpt lupa org. lupa nama. hari ni jumpa, lusa dah tak ingat dah. bos selalu marah. sbb penyakit ni tak bagus utk buar PR. aku sengih je. aku cpt lupa nama org. jarang nak ingat dgn org yang aku jarang jumpa or dh lama tak jumpa.. except one... 

....and guess what? I met him today. 

after like almost 12 years- i met him again. 

aku pernah terfikir- what will happen if i meet him oneday. but hari ni jawapannya- nothing happen. there was no butterfly, no heart fluttering, no rainbows, no goosebumps, no shaky hands and even my knees did not turned jelly. nothing like what i used to feel before. 

there was no dilwale nor kuch kuch hota hai. 

it was simply feeling nostalgic. [smirks] was he the same person who made me bawling like there is no tomorrow when he got married four years ago? 

Thursday, January 7, 2016

Overprotective

[Writing this while humming Britney Spears' Overprotected] so last night, after dinner, Putut keluar la. Aku agak ni mesti kuar dating ni. Sbb before this, dia dh pernah bawak bf dia balik rumah- [konon nak tunjuk kat aku la bf tua dia tu. like i will redha la dgn relationship dia tu?] aku bagi gak la dia kuar sbb dia dh merengek kt tepi pintu tu. pastu pkl 9 lebih mcm tu, aku panggil dia balik. 

tau dia kt mana? 

ats tembok pagar rumah jiran depan rumah. tgh dating ngadap2 dgn bf dia tu. eh. bila aku panggil dia balik, steady je bf dia hantar dia balik. panjang juga la aku bebel kan dia. masuk rumah jap, mkn ikan sikit pastu nk kuar balik. jatuh cinta sungguh la kot. tak kisahla jantan tu tua n tak ensem, asal gentleman ye tut? #tepukdahi 

lambat gak hati aku nak sejuk bila tgk dia asyik kuar je tu. dh la malam kelmarin xbalik rumah. nanti dh bunting, jantan tu blah aku gak nk jaga sume. marah betul aku, sampai aku hampir lupa yang Putut ni kucing- dh mmg lifestyle dia gitu. 

baru kucing. agaknya kalo anak aku dh ade bf nanti, tak tahula camne aku react. agak camne la ibu hadam semua cite aku psl sume crush aku dulu. semoga aku dpt jd ibu yang cool mcm ibu.


damn. lagu britney spears dh kira lagu oldies weh. i have this love-hate relationship dgn umur yg baru. apapun, hello 2016!

Monday, December 29, 2014

Mimpi

malam tadi
aku mimpi kamu
entah kenapa dlm banyak2 org- kamu pula yg dtg
dan itu adalah mimpi paling sweet yang pernah aku rasa
ah- kalau tentang kamu, semuanya pun sweet
haha

we back to 2003
baju sekolah, suasana sekolah- mudanya masa tu
we arguing about something
and she- yes, the one whom i thought u have crushed with suddenly blurted out
"korg ni suka sama suka!"
damn. masa aku taip ni pun aku masih senyum yg sama

i remember seeing the letters- the notes- the cards
everything that i've sent for u years ago
i received it back in that dream
but the differences were- u were the one who sent it
and those lovely words were dedicated for me- only me
i remember your neat handwriting
yes- i still remember it until today
senyum. senyum lagi.

tapi sayang- itu semua hanya mimpi
kamu tahu betapa sedihnya aku masa aku terjaga dari tidur
rasa mahu menangis sbb aku tak mahu bangun
aku mahu terus berada dlm mimpi itu
sebab aku tahu- apa yang jadi dlm mimpi itu
tidak akan pernah terjadi di alam reality

senyum.
senyum malu.
sigh. after 12 years. kamu masih ada dlm ingatan
biarpun bukan dlm hati tapi sentiasa dlm doa
sebab kamu adalah org yang buat aku bahagia tanpa perlu kamu berbuat apa-apa
cukup aku tahu kamu sihat seadanya

semoga kamu berbahagia dgn anak-anak dan isteri tercinta

ikhlas- alongsyuhada 

Thursday, December 11, 2014

MeToDay.MeTomorrow.

2015 dah mengintai2 nak dtg. tahun depan umur aku dh nak masuk 28 tahun. dlm pada duk teringat umur, aku still tak dpt figure out apa aku nak buat dlm hidup.aku kena ada target la dlm hidup. Seingat aku, satu-satunya cita2 yang aku pernah ada adalah untuk menjadi seorang peguam. Ok. So now cita-cita tu dh achived, aku nak buat apa sekarang? Apa aku nak buat dengan hidup aku?Apa tujuan hidup aku lepas ni? Apa aim aku seterusnya?

Seriously, aku tak ada idea.

Ada plan nak buat master. No bukan plan tapi ada hasrat nak menyambung sampai ke master. Tapi aku nak buat apa dengan master aku? Keje sebagai peguam ni tak pandang master kau, tapi pengalaman keje. Master ni for me nampak macam pelengkap belajar. Mcm ko dh ada PMR so ko nk kena ada SPM. Macam tu lah Ijazah Sarjana ni kat aku. Aku tak pernah berhasrat sedikit pun nak jadi pensyarah. Sebab dulu aku pernah tempelak seorang cikgu- kalau tak reti mengajar, jgn mengajar sbb nanti menganiaya org lain. Since aku mmg tak de kesabaran untuk mendidik org sehingga pandai, jd mengajar ni tak pernah ada dlm pilihan hidup. Ok then, kalo dh camtu, nape ak blh berhasrat nak buat master-ko tanya? Sbb aku teringin nak konvo lagi. Hahaha. Dengki tgk org konvo ada dua line kt tangan. ;) 

 1st konvo: BLS
 2nd konvo: LLB
3rd konvo: DLSA 

[nk cukupkan empat kali- pastu tak mo dah. nk p konvo tadika anak plak. hehe] 

Lepas merasa seronoknya berjalan ke negara org, aku aim nak travel banyak2 pulak. Tempat first dlm angan-angan aku skrg- Jepun. Then aku termimpi2 nak pergi Greece. Cumanya masalah aku skrg, mak aku tak bagi aku travel sorg or dgn member berdua je. Isu ni dh timbul masa aku ngan k.ety nk p perhentian lagi. Mmg aku tak puas hati lansung, but then bila dia raise isu hukum perempuan keluar rumah tanpa mahram ni aku mmg tak dpt nak kata apa la. Since kwn2 sume dh ada laki memasing, aku mcm gatal kepala gak nk ngajak sape berjalan same ramai2 ni. 

[jaejong was there a week after aku balik Malaysia. Why jaejong, whyyyy?? akan ku kirimkn slm rindu utk yoochun kalo kita bertemu.. huhu]

Ok. Apa lagi choice ada?

Aku nak try cari kerja lain. Aku nak try buat bnda lain plak. Aku nak kerja as.. entah. Aku tak pasti. Tapi aku rasa betul la kata sheera. Aku kena berhijrah. Aku dh selesa sgt kt sini. I have to challange myself. Bukan ke hijrah tu satu tuntutan? Kan? Aku nak try join company. Tapi sblm pape- aku nak habiskan syariah ni dulu. At least aku nak ada sijil praktis kt n9. Kalo tak, membazir pulak DLSA aku tu nanti.

Aku ada teringin nk join org buat bantuan kemanusiaan. Apa-apa lah. Pergi selamatkan kucing jalanan pun aku tak de masalah. Sbb sampai satu point, aku question- apa lah kejadahnya aku dkt dunia ni? Sumbangan apa aku dh bagi pd dunia. Apa aku dh buat as khalifah Tuhan? Takde la aim nk jd glamer mcm Heliza Helmi, tapi sekadar nak menyumbang. Pergi Syria aku mcm takut [nampak tak iman aku tahap mana kat situ] satu hari mmg aku kena mula buat sesuatu. Mesti.

Selain travel, aku mmg dh berhasrat nak tunaikan umrah. Nak buat haji turn aku 2070 bape nth nanti. In fact bulan2 aku blm pernah tambah pun duit simpan nak p haji. Tahun dpn ayah nk g. Bwk abg, ateh n ijam kot. Takpelah. Gilir-gilir. insyaAllah kalo ada rezeki nanti, turn aku plak.. aminnn..

Lagi? 

kawen? ok. tu tak blh buat sorg. 

next!!!

Wednesday, August 13, 2014

Dua Puluh Tujuh

Happy birthday Siti Syuhada :)
Nape post pasal birthday sendiri? Pertama-- eh, blog aku, sukati aku lah! Kedua-- because i'm independent bebeh! and most importantly-- nak tunggu org post pasal aku, mcm tunggu durian gugur la kan. So here I am, opening myself again to let ME and u know how i feel on my 27th year of living.


Dear Siti Syuhada-- first and foremost I want u to know dat I'm soooo proud of being u. Jatuh bangun, sedih suka, jatuh hati patah hati, gagal berjaya.. u made through it. Tahniah, siti syuhada! I want u to know dat dont be afraid to make mistakes. Its a process of learning and it is part of life. U have made thousands of them but u still survive, right? Do not change, but learned. U might know this, but I want to remind u again dat things might be hard and u may not get what u want, but Allah knows better and of course, things will get better even it is not the path u want to get through. Be kind to others, jgn sombong because at the one of the day, kita hanya hamba yg satu masa pasti akan jumpa Tuan kita.  so, on this 13th of august 2014, dont forget to be thankful and grateful.Especially to Allah. Terima kasih pada Tuhan, kerana menyayangi kau dgn kasih syg yang tak dapat dibayangkan banyaknya.Dahla solat selalu lambat, tahajud dah lama tak buat. Masa sng slalu lupa. Tapi Dia tak pernah lupakan kau.Ingat, makin banyak kau kira umur, makin dekat kau dengan mati. Iman turun naik. buatnya mati masa iman nth pape, apa nak jwb masa depan Dia nanti? [gulp]

Terima kasih juga pada ibu, ayah, adik2, sahabat handai, saudara mara- yang masih ada dengan kau even tahu betapa tak perfectnya lah kau ni syuhada. Perangai, emosi, disiplin-- semua yg nth pape tu, diorg blh terima n masih mengaku kau as part of them. Macam mana hidup kau kalau tak de diorg. Jadinya, jgn lupa appreciate masa tgh ada. Selalu-selalu tunjuk sayang. Cubalah jadi pendengar terbaik, along terbaik, anak yang baik. Be the best for them so dat u can let them know how much u love them. [hugs and kisses]

and pasal.. duh. pasal kahwin ni, kuatkanlah sabar bila ditanya banyak2 kali. senyum je la bila org tempelak ko tak berusaha. cool saja kalau ada yang buat bahan ketawa. Allah tahu. Kau pun tahu, He is the best planner. Jadi, serahakan je semuanya. Sampai masa nanti jumpalah. kalaupun tidak di dunia, akhirat nanti pun akan ada. Umur kita ni kan ada dua fasanya. Dia dah bagi kau keluarga terbaik, jadi jgn tamak. jgn compare diri ko dgn org lain. Yang bagi rezeki tu Tuhan. Kena selalu ingat tu. Bila patah hati, relax sudah. tak payah nak sedih utk lelaki yang tak tentu mana pun. percayalah, Allah sedang lindungi kau. Dia mmg xbg sesape pun yang bukan mahram kau utk dekati kau kalau org tu bukan jodoh kau. Teruskan saja dengan hidup and jgn stop tawakal.


"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan kesenangan itu. Kurniaan Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal."

(Surah Taha, ayat 131)

Be strong, Siti Syuhada. life will get harder- just bare with it. Allah takkan sia-siakan kita.

Friday, April 11, 2014

Sekolah Kawen

Salam Jumaat. Moga kita sentiasa di bawah lindungan dan keredhaan-Nya
[Jumaat weh, behave sikit]

Kuiz! Kat ne korg akan jumpa orang bercakap pasal kawen tak habis-habis? Group Wasap DLSA? Erk. Macam betul tapi kurang tepat. Jawapannya adalah- kursus kawen! Yelah, sbb those who attended the course kebanyakkannya adalah orang yang dtg sbb nakkan sijil yang merupakan pra syarat utk menikah. I attended one. Tapi dgn mindset yang lain which is mengisi masa lapang. That was why masa nak isi borang ada part tarikh akad nikah, aku cam nak isi- rahsia Allah tapi kotak tak cukup. Hehe. Ramai yang datang dengan pasangan. Aku pun. Tapi bukan bf, tapi bff. [soulmate seh. dunia akhirat] 

[bukan dgn sume org aku blh jd gila mcm ni. ngeh]

kursus ni dianjurkan oleh Darul Dedikasi Management, buat kat Taman Tasik Jaya, Seremban. Penceramah kebanyakan dari Majlis Agama N9. Experienced. Harga RM80, dapat buku, sijil dapat, makan pun diorg sediakan [even day one aku tak dpt lunch. day two aku tak dpt srpn. sume sbb diorg msk betul2 ikut budget n wujudnya manusia2 yang makan lebih dr apa yg sepatutnya diorg mkn. Management patut take note ni]


Day one pengisiannya adalah- Aqidah, ibadah, akhlaq suami isteri, hubungan keluarga dan prosedur perkahwinan. Day two: pengurusan kesihatan, pengurusan masa dan kewangan, komunikasi suami isteri, pengurusan tekanan dan konflik, perkhidmatan rundingcara dan pembubaran perkahwinan. Secara konklusinya kursus ni mmg bagi basic se-basic basic nya knowledge utk melangkah ke alam perkahwinan. 

And I realized dat I am totally not prepared for that. [sigh] 

Dalam kegairahan seronok tgk member2 dah ramai yang kawen dan duk post gambar keletah anak masing-masing, jauh dari sudut hati aku sedar kawen bukan perkara main-main. 95% komposisi nya adalah berkaitan tanggungjawab. Semalam aku tanya best buddy aku- macam mana nak kuatkan hati. Dia jawab- kawen. Hang akan selalu makan hati then lama2 hati hg akan kuat. [pergh] Tu blm sampai setahun kawen tu. Gigil lutut dengar. 

Allah Maha Baik. Dia tahu aku blm bersedia, sbb tu masih blm jumpa. 

Dalam masa yang sama aku mengkagumi ciptaan Tuhan yang namanya cinta. Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang mengurniakan rasa kasih syg pada lelaki dan perempuan yang tidak punya pertalian darah utk merasa kasih sehingga sanggup menempuhi dugaan rumah tangga itu bersama. Kalaulah rasa itu tak pernah ada- aku tak tahu dari mana akan timbulnya kekuatan utk menghadapi perkahwinan for the rest of your life. Biarpun orang kata- kita tak kahwin dengan org yang kita cinta, tapi kita kahwin dengan orang yang dijodohnya utk kita- still, rasa cinta tu lah ubat utk segala kesusahan dlm hidup yang bakal ditempuh.Semua orang pun tahu kawen tu susah. Sapa kata senang? duit, emosi, anak, mertua, keluarga, masa depan, hidup, mati- semuanya kena hadapi bersama & saling menyokong. Teori nya manis la. Hakikat? Kalau tak de rasa cinta tu, ada ke yang nak terjun lombong penuh kepayahan tu? Xde maknanya der. Kata lah hanya sebab toleransi- berapa lama sangat lah boleh tahan. Entahlah. This is just my two cents.


 Konklusinya- pada aku perkahwinan itu adalah tanggungjawab yang berpaksikan iman dan taqwa.  Bahan utama adalah cinta, toleransi dan kesabaran. Diadun dgn keredhaan Tuhan, ibu dan bapa. Hadiahnya adalah ketenangan dan kebahagiaan berupa cahaya mata yang soleh & solehah.

Aku nak kawen. Tapi aku blm puas jadi daddy's little girl



[sobs][sobs]  

Thursday, March 20, 2014

Heartbroken? Meh Sini Meh.

Lunch hour dah jadi waktu aku update blog. Nampak tak betapa cinta nya aku kat blog aku ni. Tapi sebenarnya aku nak hempok diri sendiri. Tym aku tengah meeting la, dalam court la idea sampai. Time keje tengah menimbun, time tu idea datang hegeh2 cuit aku. Ok, fine! Aku catat mana2, so now here I am- updating my Little Hut again.

Macam yang aku kata selalu- faktanya tentang Syuhada- aku tak pernah bercinta ni. I mean having mutual feeling. Syok sendri selalu. Alah, kan aku dah penah kaborkan before ni. Time selalu clash. Bila org suka, aku tak berkenan. Bila aku suka, orang tak layan. Acaner? Haruslah mengubat hati lara.. eceeeewah! Lately cam ramai plak orang di keliling aku patah hati. Memandangkan aku baru je recover dari sakit sebab patah hati ni, aku nak share how I cope with it. Ni bukanlah nasihat pro. Hanya melalui pengalaman aku dan kawan2. Aku share ngan korg, manalah tau berkesan plak ngan korg- boleh aku start wat buku then jual bagi kaya! Hihu.

Ok. Meh sini. Duk sini. Aku bagitahu cara acaner nak wat bila hati korang terkopak.

Pertamanya- banyakkan solat sunat. Nature nya kita manusia, dah terhantuk baru nak terngadah. Mana tahu, mungkin kejadian ni buatkan kita mula selalu wat tahajud, lama2 boleh jadi kebiasaan. InsyaAllah. Mengadulah dengan Dia. Remember, nobody understand the system better than the creator. Then kan, lps solat hajat amik Quran yang siap terjemahan kan, then 'berbual' lah dengan Allah. Korang akan jumpa ayat2 yang seolah2 Allah tujukan untuk kita untuk situasi tu. Get my point tak? Memang la Quran tu untuk kita tapi bila jumpa ayat-ayat yang berkait dengan situasi kita, korang akan rasa ketenangan yang subhanallah.. Tuhan sahajalah yang tahu. 

Second- jangan duduk sorang2. Never ever. Dont! Gi la keluar ke, call la sesape tak pun kalo mcm mmg tak de orang sangat, meh wasap aku. I can be your crying shoulder. Sungguh. Aku faham sgt rasa sesak- nak luah kat org tapi xtahu kat sape. Kalo x, online tgk running man ke Maharaja lawak ke anything yang akan avoid korg teringat psl perkara2 yang tak perlu korg ingat.

Third- cut all connection! ingat pun tak boleh, inikan pulak la any connection. Anything yang boleh buat korg teringat or tahu tentang dia, better avoid. tapi kekadang, yang korg nak avoid tu la yang tetibe datang. Pergh, dugaan sungguh! Benda ni jadi kat aku. Tepuk dahi weh. Hati jangan cite la. Tapi usahala dan doa, insyaAllah Tuhan tolong. yang penting usaha! Nekad. Stop talking about manusia yang ko nak lupa tu. If ade orang buka cerita pasal dia, layan nak tak nak je. Ubah topik kalo dapat. Talking about him will make u think about him. Nanti lagi parah luka ko.

Fourth- harooooomkan telinga korg dengar lagu sedih, tgk cerita sedih and any benda sedih. In all means!  Its ok to cry but only within 24 hours after korg decide utk putuskan semuanya. Jangan melayan rasa! hidup ni bukan sekadar hal cinta. Tugas khalifah korg lagi besar menunggu. Bangkit! 

Fifth- ignore. Orang yang korg nak lupakan tu dahulunya adalah orang pertama yang korg ingat lps korang bangun tidur and last person u think about before going to sleep. Yang selalu ada dalam doa korang setiap kali solat. Nak lupa automatik mmg takkan boleh kecuali korg kena amnesia dan2.

ingatan ttg dia akan dtg. kdg2 through lagu, bau, tempat- any memories yang related la. so ignore! banyakkan istighfar. Setan duk cucuk hati korg tu. Bila jadi gitu kan, apa kata korang selawat. Selawat banyak2 and ingat, Rasullah s.a.w lagi banyak ingat ttg korg dari korg ingat dkt si dia tu.

 Sixth- STOP baca quote sedih2 tu. stop save segala quote yang konon2 nak naikkan semangat korg tp dalam situasi aku- ia sama sekali tak membantu. Delete segala quote melayan rasa tu. Cuba cari bnda2 lawak, kelakar dan anything yang tak membuatkan korg fikir banyak. 

Seventh- admit. Ni nasihat ibu pada aku. Admit yang korg mmg frust, admit yang hati korg mmg terluka, admit yang jauh dari sudut hati mmg korg letak harapan. Surrender and admit semua. Korang kalah dalam game kali ni. then lepas tu bangkit- dan melangkah dengan lebih kuat, gagah lagi macho. Even kalah, korg kalah bermaruah. Korg dah usaha cuma dia bukan orangnya. At some point korg kena faham, frust tergolek camne pun, if he is not for u, he is not for u. Jealous camne pun dengan orang lain, kalau dah bukan kita punya, mmg takkan jadi kita punya. 

Eight- enjoy your life then u will appreciate yourself better. Gi mingle ngan kawan2, lepak selalu ngan family, cari hobi baru and do any sorts of thing yang boleh buat korg happy. Buat kerja sukarelawan. Helping others can made u feel better.

Ninth- sabar. Ok dalam banyak-banyak point, point ni paling payah nak cite sebab ni based on kekuatan ko sendri. Tapi bila korg slalu bangun tahajud, insyaAllah, Allah akan bagi kekuatan tu. Minta la diberi kekuatan, keteguhan iman untuk ko hadapi situasi ni. Sedih wei. Sakitnya tak terkata. Aku tahu and ramai lagi yang tahu sbb kalau dah baya aku tak pernah rasa gitu, aku wonder ilmu apa korg pakai- blh aku datang jadikan korg mahaguru aku. Hehe. 

Last but not least- senyumlah banyak2. Masa aku berdepan dengan situasi ni aku juga jadi crying shoulder org. Bila kita nasihat orang dalam senyum, kita pun tgh pujuk hati kita dlam sendu [ayat teater lagi aku] Biarlah org tak nampak apa kita rasa, tapi percayalah Dia sentiasa ada.Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita rasa. Its okay to lie that u are fine even u are not because there is no point pun telling others how bad you feel sbb macam yang aku cakap tadi, orang takkan faham completely apa yang korg rasa except Dia. Smile and spread happiness.

Tarik nafas panjang-panjang. Lepas. Ingatlah, Tuhan bagi ko chance hidup lagi sebab Dia nak bagi ko peluang tambah pahala mengagungkan Dia, bukan menangis bersedih untuk hamba yang Dia cipta.[pergh, ayat aku! Awie ats motor pun boleh nanges. haha]


p/s- ini keji. camne ko hangin makcik-makcik kepochi tanya ko nak kawen bila- jgn wat gini.

Monday, March 3, 2014

True Happiness

Mulakan bulan baru dgn sudut positif yang baru. Ayuh!!

Hari ni nak ckp psl happiness. [senyum lebar-lebar]

faham tak satu rasa bila kita buat seseorang happy even just by simple thing we made? Macam ada satu happy virus yang boleh buat kita bahagia. Lately aku banyak dgr masalh org and they listen to mine as well. I'm not a good listener- cik soulmate made me realized that [and dats what a true-best-friend did; telling u what is wrong but stay with u through thick & thin. i love u cik soulmate. i sincerely do] but aku suka dgr masalah org. First sbb aku rasa they trust me and i appreciate dat. Second- their problems made me realized masalah aku tak de lah sebesar mana. Syuhada selalu over thinking about certain things so bila dgr masalah mereka, aku akan back on tract- guna akal selesai masalah- bukan hati dan emosi

Hanis Zalikha pernah post psl random act of kindness just to make people happy kat sini and its inspiring. In fact kan Islam dah ajar, do good to others and expect nothing but believe that Allah will grant u something in unexpected way. If buat baik dgn org, jgn expect org tu akan bls pd kita sbb takut nanti niat kita bertukar. Jadi tak ikhlas- so pahala sia2. And dats happened to me. Sungguh.

[ok. lps ni aku nk cite psl aku. so sape2 rasa cite lps ni berbaur masuk bakul angkat sndri, butang pangkah kecik kt hujung belah kanan tu sangat membantu]

last few days sheera wsap katanya sgt down psl few problems. and i couldn't say anything to comfort her because i knew how much it hurts. dgn esok nak bicaranya lagi. So aku decide utk cheer her up. I sent this to her house.


hehe. sweet kan aku? aku ingat aku buat dia sorg je happy. but bila dpt ni 



those messages made me happy gila. ye la kalo tak tak de la aku post psl bnda ni. [petua utk lelaki yg nak usha awek- most girls yang aku kenal or aku tahu tak expect pun candle light dinner bagai. even pensel kayu ko bg pun blh wat dia happy sbb yg penting bukan harga barang but ingatan] Aku rasa happy sbb at least blh wat dia happy and tak rasa lonely sbb selalunya bla tgh ada msalah, setan mula hasut, kita akan rsa lonely gila. Sampai lupa Allah kan selalu ada.

ingatan utk dri sndri 
[and my dear readers. kunun budget blog org ramai baca sbb guna plural. hah] 
lps ni, jom buat org happy! Ia bg kita kepuasan n kebahagiaan yang tak dijangka banyaknya.

tgk muka kenyang n happy diorg- buat aku terfikir- oh, ni la mkna bahagia. Tapi rupanya tak. makna bahagia  yg sbnr adalah ini

muahahahahaha.. bahagianya la hai dpt membahan! hahahahha

Dapat belanja diorg dgn hasil titik peluh sendiri, nikmatnya Tuhan sahaja lah yang tahu. Aku tak de abang kakak yg blh buat mcm ni kat aku, but diorg ade. Rezeki yg Allah bagi ni share je dgn org syuhada. Tak yah pikir banyak. Nanti Allah balas. confirm

sebagai contoh- hari ni aku menang kes!! [lompat lompat]
even tak de la menang mana- tuntutan balas kitorg ditolak, tapi klien  kata tak pe. janji main claim ditolak. n most importantly, klien janji nak bagi fail lagi. Alhamdulillah :))))))

sebelum say babai- ni nak share quote best dari keknis:-
you have to let go what u think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST  for you until it has arrived

stay positive rerakan!!

Friday, February 21, 2014

Degil.

Terkadang aku rasa kamu ada
Di sana- lihat aku
Aku mahu ke sana tanya khabar mu
tapi kaki degil tidak mahu melangkah
ego mahu menjengah

Jujurnya
Dari sini aku juga lihat kamu
Aku sudah ingatkan pd hati- jgn pernah peduli lagi
Tapi dia degil-

kasihan aku pada dia. 
Rabak lusuh pakaiannya.
Entah apa yang dia tagih sampai begitu sekali dia disisih
Mari sini hati, aku ubatkan.
Aku siram dgn kalam Tuhan
Aku jaga dengan kasih syg
Jadi kelak kamu bisa bangun bangga
-yg kamu tidak akan kalah dengan ujian dariNya

Tapi hati degil lagi
Katanya beri aku masa sedikit lagi
Katanya aku mahu lihat dia bahagia
Katanya aku mahu lihat senyumannya
Agar aku boleh rasa lega

Aku gelakkan hati semahunya
Segala kata caci aku guna untuk tempelak dia
Tapi hati hanya senyum sahaja
dgn ucap yg sama dia berkata
- tolong beri aku masa. Aku mahu lihat dia bahagia. 

-syuhada. Jumaat. 21 Februari 2014.

Thursday, February 13, 2014

Hapus Aku

Aku percaya hati manusia itu pada asasnya baik. penuh dgn kasih syg. Ehsan nya lengkap. Tapi menjelang kita sampai pada saat kematian, lps bertahun hidup di bumi Tuhan, ak rasa banyak yg dh hilang. Tambah lg anasir setan berkubang, buatkan hati kita lemah. iman goyah.

Point nya?

Hati manusia ni even asalnya, bentuknya, warnanya sama- tapi isi dalam lain-lain. aku takkan dapat paham kenapa org mendengki pd bsnes org jual goreng pisang tepi jalan. sekalipun laku, kenapa perlu dengki? kalau org tu kaya pun, sbb usaha dia. yang dengki sampai nak menyihir bagai kenapa? unacceptable. Bapa pd salah sorg bff aku meninggal sbb kena penyakit busung- pun buatan org. doktor kata xde pe tp perut makin membesar. sampai pembedahan ketiga, arwah meninggal. sbb dengki khianat. nampak. penyakit hati ni boleh bawa mati. [sigh]

Tapi tak semua buruk ttg hati. dalam hati la wujud kasih. wujud sayang. wujud ehsan. wujud belas. wujud segala anasir yang boleh buat manusia hidup bersama dan bahagia. Takke lengkap dan sempurna kejadian kita. [Subhanallah][Maha suci Tuhan] 

hati juga boleh jd gila dan menggilakan kita. contoh memula sedekah dgn niat baik. tetibe hati pedajal- ah, jatuh riak pulak. akal kata jgn fikir, hati duk terkinja-kinja mengingatkan. Akal kata tak payah sibuk nak tahu perkara2 yg menyakitkan hati- tp hati degil nak tau juga. Bila dh sedih. bila dh sakit? terduduk ats tikar sejadah. pandang langit. mohon kekuatan. 

[ok. aku tulis ni pun ikut apa kata hati. apa melintas aku taip]

aku wonder. manusia blh jatuh cinta pndang pertama. Tapi boleh ke manusia jatuh cinta melalui tulisan? contoh macam blog- Angel Pakai Gucci tu kan. Dakwahnya simple. Tapi org faham dan orang mungkin jatuh cinta. kalau bukan pd penulis tp pada ideanya. Matlutfi- manusia kreatif yg rare. tulisannya juga bagus. Fyn Jamal- puisi nya mmg tip top. Mereka adalah manusia yang menyumbang melalui tulisan.

tapi sumbangan apa yang aku beri melalui tulisan aku?

[fikir]

blog ni mcm online diary saje. mcm skrg, apa yang aku fikir, aku taip. aku publish. Sape yg baca, aku pun tak tahu. sape2 yg aku bagi link blog ni je la kot. tu pun lps diorg mintak. nama nak war2 kan mmg tidak sbb blog ni tak sekreatip mana pun. cuma aku punya point of view. adelah ngan angah n timah ak bgtau. lain myb jumpa by accident.

org kata kita dilahirkan istimewa. lain org lain cerita lain istimewanya. Secara jujur ak mahu jd yg teristimewa d mata seseorg. kan ke sweet hidup gitu. ada org risau. dilayan tak sama mcm org lain. ekslusif katanya.  [eh jap. ni cite psl cinta n jodoh lg ke pe?][stop][stop][topik lame]

ok. jom sambung wat hujahan.

Sunday, February 9, 2014

Andai Bisa

Bisakah ku pujuk jangan?
Andai aku lekatkan lutut
bersama tanah keras jalan?

Bisakah ku rangkul erat?
Andai aku korekkan rusuk
menunjuk degup hati sarat?

Bisakah ku luah cinta?
andai aku tutupkan alis
sekadar cuma ku bersuara?

Bisakah ku sentuh bibir?
andai aku serpihkan mimpi
demi senyuman itu mampir?

Bisakah kamu faham aku?
andai aku khabar mustahil
untuk aku buangkan rasa itu?

-- 
bukan nukilan aku. Bahasa aku tak cukup hebat utk menulis sebegitu. Tapi entah kenapa tulisannya terasa dekat dengan jiwa. 

Wednesday, January 22, 2014

Memoir - #1 (general)

Aku dapat rasakan this is goint to be a looooong post sbb post kali ini adalah berkenaan dgn collection of memories i.e memoir tentang DLSA. cuna mintak ak post benda ni. bagi dia ingat katanya. okay bebeh!

[tarik nafas panjang-panjang] [bgm: cuba teka by tasha manshahar & syed syamim]

Kenapa aku wat DLSA, DLSA part one sume ak dah penah cite before ni. so dis tym aku more focus on DLSA part 2 yg aku kira much-much better n best dari part one. in term of subjects or lecturers best lg part one. Itu fakta betul dari kacamata aku la. tapi in term of ukhwah sesame classmate, part 2 especially lps mooting, kitorg jd rapat. even ada la pertelingkahan secara perang dingin mahupun direct tp bila masing2 dh terdedah dgn dunia professional, masing2 dh blh handle dh. Mooting jd ice breaker sbb group2 kecil yang selama ni duk kawan n bincang sesama sendri dah pecah n we start talking, discussing and working as a team. Bukan aku sorg yg terkesan dgn berakhirnya DLSA ni.. bawah ni beberapa screen cap dr fb kwn2 yg kena DLSA-post effect. hehe.






 ni luahan rasa dari syamir. syahdu gak ah. tp d fact dat dia tak ingat lempeng yg aku wat utk dia, lansung tak jd syahdu. huehehe. xde ah. gurau sajo. bila org lelaki wat luahan rasa gini, feeling nye tu lain skit. hehe.

 

ni dari cuna. n bwh ni dari tyra, husna, shikin shaarani, effa and abg ngah- si jejai skmm





 as aku penah mentioned before, prelaw ke BLS ke LLB ke tak penah meninggalkan effect mcm ni punya hebat kat hati. odw ke shah alam for the last tym hati aku cukup berat. sebak pun ada. even duit, masa dan penat lelah mmg banyak habis dek DLSA ni, seriously aku rasa tak cukup masa bersama diorg. [sobs]


 
 




presentation adalah masa discussion yang menggila. apa yg aku respect dgn clz ni, we are open for discussion. letak la topik pe pun, masing2 blh contribute idea masing2. sembelih penguin, taklik, poligami etc etc walaupun org2 yg berckp adalah dari kalangan manusia yg sama at least clz tu x boring n meriah jugak. yelah, dr pkl 8 pagi sampai 8 malam clz. lunch hour sejam cuma, kalo clz boring mcm zmn BLS dlu, ko blh muntah weh.


confession: sampai la ni aku tak faham faraid aku bljr pe

Food! ah. ini best. mostly girls akan angkut segala benda yg boleh. especially yg rajin masak mcm husna kokdiang, yana, dn gadis2 rajin masak yg lain. Mana yg pemalas [macam aku] n tak sempat akan bawak roti ke pe yg sempat dibeli. and segala makanan tu akan dipas kan ke meja2 lain. duh, indahnya ukhwah. Biasenye tak denye sempat pas jauh. dapat kat bebudak lelaki yg kelahap tu, makanan tu pupus mcm dinosaur kena hentam komet. Heh. Cite psl makanan takkan blh left cite psl potluck. Potluck mmg syok. [cite psl potluck teratai tak dicite kt post ni. teratai ada post khas. heh] Macam2 makanan ade. 2 kali potluck ats sebab teknikal. Things happened for reason. Tuhan bg mslh skit tp Tuhan balas dgn double happiness. Alhamdulillah.

 
 
 
 
 



Mooting!!!!
mcm yg aku ckp awl2, mooting ni ice breaker. perempuan kan assobiyah nye tinggi. nak berkawan tp mcm awkward skit. tu aku nye POV la. side bebudak wing kiri tu [cikpah & the geng] awal2 aku rasa diorg mcm kekwat gila. u know, darah LLB UiTM masih fresh. bdk LLB UiTM kan org ckp kekwat, so mcm tu la aku pndg diorg. But serously aku dan sume org silap. bebudak LLB tak kekwat, diorg just 'rare' bak kata cikpah. haha. [gila aku rindu nk peluk effa si budak empuk] aku ingat nama diorg pun lps mooting. teruk kan? bisik2 ngan cuna or aimi- weh, bdk tu nama sape? sbb aku mmg cepat lupa nama. Imagine aku amik masa 3 pertemuan nk hafal nama zafirah dzaki tu. tu yg duk sblh tu, inikan pulak la yg berselisih stkat senyum sipi je.

Mooting msa DLSA tak de lah sekecoh zmn BLS or LLB. myb masing2 dh ada pengalaman, so mcm cool je sume. tak blh blah group aku OKT siap tukar skrip. hahaha. penik gak cari ayat cover. Alhamdulillah, everything went well. Terima kasih rerakan especially k.amal n yazid sbb banyak ajar. Tuan Rushdan pun! terima kasih sbb bg idea n tunjuk ajar.

 



 
 

 


Lagi pe ek? ha. wasap group!
wasap group ni ak blh calonkan antra wasap paling aktif dlm semenanjung malaysia. Sakan masing2 bercerita. Aku ada gak la mencelah sekali sekala. Tapi tak la seaktif tira, abu dzar, tn.rushdan, k.zura, fizo n beberapa nama lain. Kau tak tgk dlm dua jam, tuuuu dia- almost 400 msg unread. Aku perati group makin aktif sejak ada meor n jejai. Haha. [peace!] bagus gak. at least tak de la hilang kemeriahan bile dh hbis DLSA ni.. hukhuk.

[ni xde gambr. sbb seriously, banyak gila kot] 

okeh. tu je. even aku tak rasa korg akan jumpa post ni sbb blog ni takkan di war2kan sbb too many private things aku sumbat kt blog ni but if one day korg terjumpa link ke pe, i just want to say thank u. for everything. u guys beautifully colored my life. i will miss u. all.

sincerely- syuhada