[post kembali sbb bila aku membaca kali ini, ia bukan berkisarkan org yang sama]
Di sana- lihat aku
Aku mahu ke sana tanya khabar mu
tapi kaki degil tidak mahu melangkah
ego mahu menjengah
Jujurnya
Dari sini aku juga lihat kamu
Aku sudah ingatkan pd hati- jgn pernah peduli lagi
Tapi dia degil-
kasihan aku pada dia.
Rabak lusuh pakaiannya.
Entah apa yang dia tagih sampai begitu sekali dia disisih
Mari sini hati, aku ubatkan.
Aku siram dgn kalam Tuhan
Aku jaga dengan kasih syg
Jadi kelak kamu bisa bangun bangga
-yg kamu tidak akan kalah dengan ujian dariNya
Tapi hati degil lagi
Katanya beri aku masa sedikit lagi
Katanya aku mahu lihat dia bahagia
Katanya aku mahu lihat senyumannya
Agar aku boleh rasa lega
Aku gelakkan hati semahunya
Segala kata caci aku guna untuk tempelak dia
Tapi hati hanya senyum sahaja
dgn ucap yg sama dia berkata
- tolong beri aku masa. Aku mahu lihat dia bahagia.
-syuhada. Jumaat. 21 Februari 2014.
No comments:
Post a Comment
senyum <3