Thursday, February 13, 2014

Hapus Aku

Aku percaya hati manusia itu pada asasnya baik. penuh dgn kasih syg. Ehsan nya lengkap. Tapi menjelang kita sampai pada saat kematian, lps bertahun hidup di bumi Tuhan, ak rasa banyak yg dh hilang. Tambah lg anasir setan berkubang, buatkan hati kita lemah. iman goyah.

Point nya?

Hati manusia ni even asalnya, bentuknya, warnanya sama- tapi isi dalam lain-lain. aku takkan dapat paham kenapa org mendengki pd bsnes org jual goreng pisang tepi jalan. sekalipun laku, kenapa perlu dengki? kalau org tu kaya pun, sbb usaha dia. yang dengki sampai nak menyihir bagai kenapa? unacceptable. Bapa pd salah sorg bff aku meninggal sbb kena penyakit busung- pun buatan org. doktor kata xde pe tp perut makin membesar. sampai pembedahan ketiga, arwah meninggal. sbb dengki khianat. nampak. penyakit hati ni boleh bawa mati. [sigh]

Tapi tak semua buruk ttg hati. dalam hati la wujud kasih. wujud sayang. wujud ehsan. wujud belas. wujud segala anasir yang boleh buat manusia hidup bersama dan bahagia. Takke lengkap dan sempurna kejadian kita. [Subhanallah][Maha suci Tuhan] 

hati juga boleh jd gila dan menggilakan kita. contoh memula sedekah dgn niat baik. tetibe hati pedajal- ah, jatuh riak pulak. akal kata jgn fikir, hati duk terkinja-kinja mengingatkan. Akal kata tak payah sibuk nak tahu perkara2 yg menyakitkan hati- tp hati degil nak tau juga. Bila dh sedih. bila dh sakit? terduduk ats tikar sejadah. pandang langit. mohon kekuatan. 

[ok. aku tulis ni pun ikut apa kata hati. apa melintas aku taip]

aku wonder. manusia blh jatuh cinta pndang pertama. Tapi boleh ke manusia jatuh cinta melalui tulisan? contoh macam blog- Angel Pakai Gucci tu kan. Dakwahnya simple. Tapi org faham dan orang mungkin jatuh cinta. kalau bukan pd penulis tp pada ideanya. Matlutfi- manusia kreatif yg rare. tulisannya juga bagus. Fyn Jamal- puisi nya mmg tip top. Mereka adalah manusia yang menyumbang melalui tulisan.

tapi sumbangan apa yang aku beri melalui tulisan aku?

[fikir]

blog ni mcm online diary saje. mcm skrg, apa yang aku fikir, aku taip. aku publish. Sape yg baca, aku pun tak tahu. sape2 yg aku bagi link blog ni je la kot. tu pun lps diorg mintak. nama nak war2 kan mmg tidak sbb blog ni tak sekreatip mana pun. cuma aku punya point of view. adelah ngan angah n timah ak bgtau. lain myb jumpa by accident.

org kata kita dilahirkan istimewa. lain org lain cerita lain istimewanya. Secara jujur ak mahu jd yg teristimewa d mata seseorg. kan ke sweet hidup gitu. ada org risau. dilayan tak sama mcm org lain. ekslusif katanya.  [eh jap. ni cite psl cinta n jodoh lg ke pe?][stop][stop][topik lame]

ok. jom sambung wat hujahan.

No comments:

Post a Comment

senyum <3