Ateh baru nak keluar rumah g tlg Abang n Adik kat gerai. Tetibe ayah jerkah dari dalam rumah. "Semayang la dulu!" Ateh jawab elok-elok "Jap lagi ateh balik semula". "4.30 dah ni!" kata Ayah lagi. Aku pandang ayah. "Semayang pe, yah? Asar blm masuk lagi" tanyaku [sbb aku rasa betul la kata ateh. Masuk waktu karang, dia balik la semula. gerai bukan jauh pun] "Zohor la" jawab ayah selamba. Sambil sengih. Aku dgn ateh tym tu speechless. "4.30 dah kot yah. agak-agak ah.." kata kami.
moral of d story: Bapak aku kekadang drama queen jugak. [sigh]
Okeh. Certified jiwang. Tu adelah gelaran aku bg Jejai skmm. And masa melepak mamak sabtu aritu, dia suruh aku baca satu puisi dari Usman Awang tajuknya 'Kekasih'. Terbaik katanya. And of course, i'm interested. [dats y cuna kata aku pun certified jiwang. well. aku tak pernah deny dat. kuikuikui] Dan puisinya berbunyi mcm ni:-
Kekasih ~ Usman Awang
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
Bagus bahasanya bukan? Ini yang org kata terbaik dari ladang. Tapi actually aku lagi suka yang ini:-
Anjing itu~ Usman Awang
Anjing itu kurus kelabu
Lidah terjelir nafas termengah-mengah
Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah
Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu
Bukan kerana ada musuh
Tetapi minta makanan, perutnya lapar
Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.
Anjing itu, tidak dibebaskan
Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.
Anjing itu, bila perlu, diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Menjadi binatang lindungan desakan luar
Dan himpitan dalam
Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.
Siapa anjing
Hanya binatang setia.
Patut dicetak puisi ni then lekt kat dahi semua manusia biadab yang ada kebolehan menyeksa binatang ni. Actually aku baru lepas tgk gambar2 yang Fedtri Yahya post kat insta. Aduuuh.. [insta tak blh nk hide ke unfollow ke sbb once unfollow, mmg sume tak blh tgk. FB lain. Fb kalo rasa mcm post yang mengandungi freedom of speech yang agak melampau or tak boleh blah, kita blh unfollow even still dalam friend list] Sesak kepala aku tgk. Bukan gambar seksa binatang, tapi kes kekejaman di Syria. Rasa macam tak betul je semua tu. Manusia ke yang buat semua tu? Ke setan? Ke alien dh sampai ke bumi n start hapuskan populasi manusia mcm yang kena kat rakyat rohignya?
Aku wonder- By d tym Nabi Isa mengepalai tentera islam nanti, apa rupa peperangan tu nanti ntah.
No comments:
Post a Comment
senyum <3