Showing posts with label SyuhadainSeoul. Show all posts
Showing posts with label SyuhadainSeoul. Show all posts

Friday, April 14, 2017

#SeoulSistersReunion- Part 1

Had another vacation, so here I am, writing another Travel Notes

Hello everyone! [akak suka acah2 peminat banyak. Rasa lebih bersemangat nak tulis. Heh] On 30th Mac-4th April, Alhamdulillah Tuhan rezekikan dgn satu lagi vacation. dan syukur sangat-sangat, vacation kali ini adalah yang paling enjoy yang pernah aku rasa. Probably sebab i'm with my #SeoulSisters.


 My dear reader might ask- why 'Seoul' Sisters?
okay, first, let me tell you about this beautiful relationship that we share
 

In Autumn 2015, my #SeoulSisters met as strangers in Seoul, South Korea. biarpun 1st time jumpa, we clicked instantly. During five days there, we became friends and thanks to whatsapp application, we stay closer walaupun after almost two years tak jumpa [Owh. except for tiqah. kami ke Bali sesama] Cadangan untuk reunion dah disebut even sejak balik dari Seoul lagi. From that day, kitorg kerap mencadangkan few potential places. Banyak yang kena consider sbb we came from different background. Ada yang masih student, yang dah kerja, yang dah bekeluarga etc. Masalah masa dan budget adalah benda yang paling utama yang perlu di consider. Payah, yes. Tapi. Hendak seribu daya, kan? Mujur mereka-mereka ini mudah dibawa berbincang and i considered them as great travel buddies 

[good travel buddies are gold. bukan senang nak jumpa. appreciate if u already found one]  

Selepas berbulan punya perbincangan, we finally chose tempat untuk our reunion which is Yogyakarta, Indonesia. Alhamdulillah, the long awaited #SeoulSistersReunion was successfully happened..

Kami beli tiket masa promotion AirAsia in September 2016. Tiket dapat dalam harga RM194.00 return. Cheap. Sbb biasanya harga atas RM300. Tapi bahana nya tiket murah ni kau kena tunggu enam bulan sebelum fly oi! dalam tempoh tu kitorg study mana nak gi, cari accommodation, supir etc. [Full perbelanjaan segala akan aku kongsikan secara detail dalam next post] 30th March finally came. Atas sebab-sebab tertentu, daripada 9 org, kami dapat pergi 8 orang sahaja. Tu pun hampir-hampir jadi 7. Berkat doa agaknya, Allah izinkan kami berangkat ke Yogyakarta. Tapi kenangan kak as, MAS dan travel beg terpaksa tinggal akan ku kenang sampai mati [ngeh] [Tuhan je lah tahu feeling nya masa dpt peluk k.as masa tu. one word- lega] [tp still terkilan sbb tak dapat buat drama Korea dgn Fit]


dari Kuala Lumpr ke Yogyakarta, ambil waktu dalam tempoh 2 jam lebih. dalam pukul 5 lebih, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto. Comel je bandara nya. Imegresen pun senang. Sini tak de org yang berebut amik upah angkat beg macam di Aceh, so dont worry. Sampai saja kami dijemput oleh Mas Denny. Destinasi pertama, kami ke Rumah Makan Ayam Penyet Suroboyo.


dua bintang utk kedai ni. quite pricey and the taste is not that good. Ayam kecik. sedap lagi wang solo. gambar makan tak ada sebab masing-masing dah lapar. Usai makan, kami dibawa ke Alun-alun spede i.e kereta yang perlu dikayuh mcam basikal and penuh lampu warna warni. alah, macam beca di melaka.



yang lebih menarik perhatian adalah gerai-gerai makan yang simple je bentang tikar, dan kita makan berbumbungkan bintang. ada org main muzik. mmg layan la kalau nak lepak-lepak. tapi sbb kami baru je makan, maka Alun-Alun Spede ditinggalkan lepas selesai tawaf sekali kawasan tu. Next ke tempat yang tetibe meletup lps AADC2- Sellie Coffee.


Sellie Coffee punya konsep adalah kafe hipster yang bersepah wujudnya di negara kita. Tapi best ada live band yang nanyi lagu2 mereka la. Kecik je kafe nya. i ordered air nama 'Wedang Oewoh' just sbb nak rasa local coffee yang tak pernah aku dengar before this. Tapi impianku hancurrr berkecai sbb yang sampai adalah teh halia yang halia nya mmg pedas gila. salah aku gak, duk biar halia tu lama2 dlm air. mujur dibagi biskut sedap dua keping. boleh la celup-celup. [gambar seperti di atas. nampak tak tuuuuu dia besar halia dia taruh!] Hehe.

Sebabkan badan semua dah busuk, maka kami pun bergerak lah ke homestay yang dah k.hetty book through Air BnB. Details ttg homestay akan ku khabarkan dlm post ttg itenary dan cost. pulang awal. sbb esok nya kena ke Merapi mengejar sunrise. yg tu pun cite next post okeh.

moga ketemu lagi di lain post, mbak-mbak semua.

p/s: if my #SeoulSisters reading this, ketahuilah yang aku amat merindui memori kita di Jogja saat ini

Saturday, January 23, 2016

Syuhada in Seoul- Part III

Day 3

9.30 pagi dh gerak. Hari ni kitorg dh plan sejak dr Malaysia lg utk pakai jubah. sbb hari ni nak p istana paling feymes lah kt seoul which is Gyeongbukgong. bagus gila idea kak as, sbb last2 kitorg plak org duk panggil utk amik gambar sama2. masa p sini, ingat cite Rooftop Price. Scene yg heroine tu mati dlm kolam lps mkn pisang kaki beracun tu. badan actuallynye dh penat. so stakat amik2 gambar je. tak larat nk jalan banyak. Pastu p King Sejong statute and King sejong museum. main tulis2 nama dlm Hangul. Habis tu, kitorg gerak p lunch kt insadong and shopping sikit. kat sini aku beli beg utk adik2 and ayah. murah la, 10,000 won satu. kira dlm rm40 kita [tym aku pergi tu duit malaysia tgh gila punya jatuh] btw Insadong mcm art street. cantik ade mural bagai. oh btw, kitorg kena dakwah dengan pendakwah yahudi kt sini. pengalaman sungguh kena dakwah camni. kitorg pun try gak pakai hanbok instant. sewa. mahal gak.[kedekut betul pmpuan ni] 


Lps balik hostel jap, kitorg sambung p Ewha Women University. Lawa mak datok university dia. ade la shopping street bagai, tapi utk yg pergi bajet2 je, tak yah nk pandang sgt baju2 situ. huhu. habis kat situ, p Hongdae plak. Hongdae totally not my cup of tea. ko blh caye tak, aku duduk kat satu bangku tu pastu aku psg earphone, dgr surah al-kahfi. seyes weh, aku rindu gila ngan Malaysia time tu and rasa nak balik dan2 tu gak. bengong kan? Malam tu kitorg dinner kat Sincheon. 

Day 4

Ni hari last nak berjalan. Pagi tu kitorg gerak p Namsangol Hanok Village. Korg tgk tak Infinity Challenge yang episode Yoo Jae Suk, Eric Nam n Kwanghee bawak tourist p tgk culture korea kan, ha, kt sini la diorg bawak diorg. letaknye atas bukit kecik tapi separuh pengsan gak aku menapak. 


mcm mini malaysia kt melaka tu, sini ade la rumah2 traditional diorg. yg bestnye kt sini aku ngn k.ety merasa pengalamn dpt rawatan secara tradisional diorg. best gila okeh. [aku mmg suka culture- so ni pengalamn yg agak ohsem pd aku] diorg bg la beberapa herba especially utk mslh jerawat aku [aku tak tahu pehal, subur plak jerawat ak masa p seoul tu. haih] 

pastu kitorg p lunch kat namdaemun skali ngan shopping menghabiskan duit. mmg duit aku hbis teruk dek sbbkan kena beli extra beg [jd sape2 nk g seoul, bawa lah beg lebih.spare siap2. xyah kata korg nk backpakers je xnk shopping, sbb tu la ayat aku pd asalnya] beli keronsang kt sana utk ibu, bibik, mksu dan bos. juga fridge magnet utk staffs. 

mlm. p myeondong. dinner kt sana, duit dh hbis so nganga je la. betul2 beli hand sanitize je kt Nature Republic. tu pun sbb nk tgk baekhyun nye standee lg. haha. 

Day 5

Sesudah subuh dh kuar nak amik bas sbb dr hostel kitorg nak ke Incheon makan masa sejam gak. Flight pkl 8 pagi. dh settle sume, even terlebih luggage [mujur lepas] kitorg pun gerak la utk pulang. Its time to say good bye, Baekhyun-ah.. Noona will go back home.. take care my byunbabybaek


so konklusinye, seoul is beautiful country. travel kan, mcm2 bnda ko dpt observe.. org korea dlm moden2 diorg tu, culture masih lagi dijaga. diorg pun agak open and vocal dalam menyuarakan apa yg diorg rasa. nak datang lagi, insyaAllah kalo ada rzki sbb bnyk lg tempat tak pergi. 

So. jumpa lagi di lain entry. ewah. 

Monday, January 18, 2016

Syuhada in Seoul- Part II

Sbb kena update dah sblm start nk p travel tempat baru. weiiiiiihihi [muka girang] memandangkan aku sbnrnya mls nk taip panjang-panjang, jd info aku letak ciput je ek. ah korg pun bukan rajin nak baca. ingat lagi tak post aku psl seoul yang lps? 


ok. ingat dh? ni cite Day 1 plak.


pagi-pagi semetara tunggu member2 travel yang flight sampai pkl 7 pg, kitorg jalan2 sekitar kawasan. pergi Changgyeonggung palace, near SKKU. SKKU tu pe? Sungkyunghwn scandal pernah tgk? ha, tu university zaman tok adam kan? ni version baru plak. tapi yang bestnye, kitorg dpt tgk upacara sembahyang/puja dewa dewi diorg. pakai hanbok mcm cite lama2 tu. power seh, still jaga culture tak kira berapa pantas internet diorg. [tabik hormat] kat palace tu plak, org tgh wat renovation. so tak banyak tempat blh p. tp merasa la tgk dandelion. ngeh.  


lps jemaah travel lengkap, kitorg gerak p Itaewon untuk lunch kat restoren Eid yang feymes tu. [oh mai. aku teringat bulgogi yang sedap juga indah itu] lps mkn dgn sedapnya, kita p masjid itaewon. tak masuk sbb teruzur plak tym tu. aku ingtkan masjid iatewon tu cam masjid kita tau, tepi jln, easy access sbb tgk dlm gambar mcm besar gila. tapi tidak ye. dia kt atas bukit kt jalan2 kt itaewon tu ek. [sblm p korea, sila bersenam. sbb jalan mmg bukit bukau. blh patah kaki] masjid tu besar la. n kat sana ko blh jumpa bersepah org malaysia yg singgah solat. 

Then kita p la Namsan Tower- ikon penting dlm pelancongan kat korea ni. namsan juga tidak seperti aku bayangkan. aku bygkn dia mcm KLCC or KL Tower. yang sama sbb atas bukit tapi bukit yang ko kena daki untuk naik namsan ni condongnye nearly 45 darjah. [kesian kaki aku] ade cable car, tapi dh nama pun travel jimat- jd kenala bersusah payah. Kat sana naik tower utk g menara tinjau diorg. pergi juga 3D museum [walaupun rasa menyesal gila masuk museum tu. tp pengalaman kan. hadap sajalah] sbbkn kitorg g musim autumn, so ade gak kabus2 jad tak nampak sgt satu seoul. Namsan kecik je. mcm mini menara. tp sbb letaknya dia ats bukit and dia seketul je kt ats tu, so dia nampak gah tersegam. bila malam cantik ade lampu2. 

habis kat namsan, gerak balik. tapi sebb jammed, kita terlewat lah sikit nk dinner.. dinner mkn nasi goreng masak dpn kita dan2 tu gak. ingatkan sempat nak naik cruise Hangang tapi tak de rezeki, jd kita jalan2 je area hostel. pastu balik hostel- urut kaki.

Day 2

Its Nami's day, bebeh!! pagi-pagi kitorg naik subway ke Namdaemun pastu jln kaki utk amik bas utk ke Nami. boleh tahan jauh gak si Nami ni. dekat 2 jam gak. 2, 3 round gak tido dlm bas. org lain la. aku duk leka baca buku psl Nami island. Tajuknya: 'All about Nami Island' [tahukah anda nami adalah pulau recycle? tahukah anda bahawa daun2 kat nami tu pun actually bukan asal kt sana? tahukah anda pokok2 kt sami tu sbnrnya diatanam dan bukannya natural? tahukah anda bahawa asal nama nami ni sbnrnya dr jeneral yang dibunuh dan dikebumikan kat sana?] best bukunya. and wording nye sgt sedap. ok. berbalik psl nami ni, jaraknya mcm n9 nak ke shah alam. dah dekat sana, tepi2 jalan ko blh tgk sepah2 je bunga daisy tumbuh liar. subhanallah, sgt cantik. sampai nami, beratur jap, then naik ferry ke sana. akhirnya, sampailah daku ke Nami Island- pulau winter sonata tu.lunch nasi goncang ngan lempeng sayur.

Nami sgt cantik. dulu masa autumn kt Vienna, daun dh banyak gugur.. so tak merasa nak tgk pokok tukar kaler. kali ni Tuhan bg rezeki dpt tgk pokok kaler kuning, pink, merah and the scenery was breathtakingly beautiful. and korg akan lebih hargai Nami kalo korg baca buku psl Nami tu. Cayolah cakap acik. Aku bawak basikat kat sana weh! selepas aku rasa dekat 20 tahun tak bawak basikal, apa mcm gila aku bawak. kalo cite korea, pmpuan tak pndai bwk basikal tu cute, hakikatnya tidak ye. aku kelihatan seperti alien gila bru jumpa basikal 



 Kat nami lama gila. hbis tu kita gerak ke Dongdaemun. dinner kt sana, mkn ikan bakar n sotong sambal tu. then jalan2 sekitar tu. ha. nampak tak lampu2 bentuk bunga tu? cantik gila weh. sepanjang2 jalan tu, diorg wat lampu bentuk bunga ros banyak2. kalo g bercinta mmg feeling habislah! hehe. pastu gi Cheinggyecheon stream, dongdaemun history and culture park and dongdaemun design plaza. amik2 gambar, habis sume, bdn rasa nk pengsan dh, kita pun gerak balik naik subway. 

ok. dh pnjg sgt. sambung lg nanti. kalo rajin.

Friday, October 30, 2015

Syuhada in Seoul - Part 1

Sepertimana yang pernah aku post sblm ni, mmg ade dlm hajat nak ke Seoul, Korea Selatan. Bila k.etty [my travel buddy] texted me and tanya- nk p korea tak, i was like- haruslah nak! So cpt2 tanya ibu blh g ke tak. once dh dpt green light, iols pun terus minta k.etty book. yg kitorg book ni under BucketListAbroad- i've been following this ig dh lama dh and Alhamdulillah, Tuhan bagi rezeki yang ini. 


Pakej diorg utk ground je- maksudnye tak de flight. hanya include meals, dorm, subway, entrance fee & group leader = RM 1299. flight campur luggage masa balik, campur mkn dlm flight [sbb flight 6 jam ye. kebulur ko nanti], sume skali jd rm2100 lebih.quite cheap juga la kalo nk dibandingkan dgn pakej2 lain yg org lain offer. utk rakyat marhaen yang hanya bergantung dgn duit bonus utk berjalan, kira orait la ni. btw pakej tu utk 5 hari 4 malam. tp aku ngan k.etty decide utk amik flight awal sehari sbb lagi murah. utk day 1 tu kitorg kena buat itenary sndri la. yg lain, org tu dh susunkan. jdnya tarikh kitorg pergi will be 20-25 Oktober 2015. musim luruh.

book nye bulan 7. tym raya. perginya dekat 3 bulan lebih lps tu. azab nye menunggu, Tuhan je la yang tahu. mcm2 dugaan. yg paling terasa, of course kajatuhan nilai ringgit. nak nangis masa tukar duit. pastu ade plak berita korea utara nak serang korea selatan. even news tu mmg normal, tp dek sebabkan akan ke sana, jd terasa gak la. punyalah cuak kalo2 tak dpt g. pastu malaysia jerebu teruk sampai flight ade yang ditangguh or dibatalkan di kuching [k.etty org srwk, so kerisauan aku ni ade basis nye] tak berhenti doa, semoga Tuhan beri rezeki dpt penuhi impian ke sana.

tempoh 3 bulan tu diisi dengan wat preparation sesikit. cari balik sport shoes yang last aku guna masa p vienna dulu. cek pasport kot2 dh tamat tempoh. beli tshirt [sbb mmg aku xde tshirt berjalan. bila nk kuar sarung jubah sajo. simple and easy] g cari jeans [same alasan dgn tshirt td] anddd yang paling penting kumpul duit. mcm yg dibagitahu, aku book tiket sume guna duit bonus, so personal expenses kena kumpul sendiri la. bukan anak org kaya juga bukan org kaya- jd kena sedar diri. duit gaji yang selalunya habis sbb makan, aku hadkan penggunaan. takde tetibe-teringin-then-p-beli mcm biasa. tahan nafsu, tahan keinginan. demi seoul punya pasal.

Akhirnya, 20 Oktober pun tiba. Flight pkl 8.30 pagi. Subuh2 lagi aku dah sampai di KLIA2 tunggu k.ety [btw this will be our 2nd vacation together] pkl 8 boarding. lps menahan kebosanan, sakit kepala, mabuk flight etc selama 6 jam, akhirnya kami safely landed at Incheon International Airport. Perasaanya mcm- biar betik?? Bila dgr perbualan diorg, tgk mini mart diorg, aku rasa mcm tak percaya. selama ni duk tgk kdrama, layan kpop etc tiba2 hari ni aku dgr sendiri, tgk sendiri dan rasa sendiri culture tu.




lps jumpa member yang pakej skali ngan kitorg- i.e fitrah and fazirah, kitorg pun gerak p guesthouse. airport transfer guna bus tu harganya 10,000won. dlm hati mcm dh dapat jangka plan nk naik cruise ptg tu mcm tak dpt sbb mcm xsempat je. pukul 6 dah gelap. pakcik driver tu plak punya lah sopan bwk bus tak mcm driver bus malaysia [bwk bus mcm berlumba kat third lane] kitorg sampai dlm pkl 7 lebih, lps sesat sikit nak cari guesthouse. letak beg then terus jalan balik nak cari makanan.


sbbkan first day, jd kami sesat sampai ke Myundong. As expected from one of the famous shopping place in Korea especially with cosmetics, org mmg sgt ramai. Malaysian pun ramai. toleh kanan ade, toleh kiri ade. yg lawaknya wat dunno je msg2. tp ade gak yg ramah. mcm diorg.

tapi yang penting skali, bucket list nak bergambar ngan standee Baekhyun sepertimana yang aku dah mentioned dlm post yang ni, akhirnya- AKHIRNYA! tercapai :)))) [senyum lebar-lebar] 


 aku nak peluk je standee ni tp ade minah korean duk pndang pelik je kan. so aku batalkan niat. takpelah. standee pun jd. mihihihi.

ok. lepas dah berjawa memenuhi impian, juga perut telah dilapik- kami pun ambil subway pulang. sebab esok, our official journey will begin. simpan tenaga sbb banyak nak menapak.

[tidur bermimpikan byunbabybaek] [senyum]