Monday, January 18, 2016

Syuhada in Seoul- Part II

Sbb kena update dah sblm start nk p travel tempat baru. weiiiiiihihi [muka girang] memandangkan aku sbnrnya mls nk taip panjang-panjang, jd info aku letak ciput je ek. ah korg pun bukan rajin nak baca. ingat lagi tak post aku psl seoul yang lps? 


ok. ingat dh? ni cite Day 1 plak.


pagi-pagi semetara tunggu member2 travel yang flight sampai pkl 7 pg, kitorg jalan2 sekitar kawasan. pergi Changgyeonggung palace, near SKKU. SKKU tu pe? Sungkyunghwn scandal pernah tgk? ha, tu university zaman tok adam kan? ni version baru plak. tapi yang bestnye, kitorg dpt tgk upacara sembahyang/puja dewa dewi diorg. pakai hanbok mcm cite lama2 tu. power seh, still jaga culture tak kira berapa pantas internet diorg. [tabik hormat] kat palace tu plak, org tgh wat renovation. so tak banyak tempat blh p. tp merasa la tgk dandelion. ngeh.  


lps jemaah travel lengkap, kitorg gerak p Itaewon untuk lunch kat restoren Eid yang feymes tu. [oh mai. aku teringat bulgogi yang sedap juga indah itu] lps mkn dgn sedapnya, kita p masjid itaewon. tak masuk sbb teruzur plak tym tu. aku ingtkan masjid iatewon tu cam masjid kita tau, tepi jln, easy access sbb tgk dlm gambar mcm besar gila. tapi tidak ye. dia kt atas bukit kt jalan2 kt itaewon tu ek. [sblm p korea, sila bersenam. sbb jalan mmg bukit bukau. blh patah kaki] masjid tu besar la. n kat sana ko blh jumpa bersepah org malaysia yg singgah solat. 

Then kita p la Namsan Tower- ikon penting dlm pelancongan kat korea ni. namsan juga tidak seperti aku bayangkan. aku bygkn dia mcm KLCC or KL Tower. yang sama sbb atas bukit tapi bukit yang ko kena daki untuk naik namsan ni condongnye nearly 45 darjah. [kesian kaki aku] ade cable car, tapi dh nama pun travel jimat- jd kenala bersusah payah. Kat sana naik tower utk g menara tinjau diorg. pergi juga 3D museum [walaupun rasa menyesal gila masuk museum tu. tp pengalaman kan. hadap sajalah] sbbkn kitorg g musim autumn, so ade gak kabus2 jad tak nampak sgt satu seoul. Namsan kecik je. mcm mini menara. tp sbb letaknya dia ats bukit and dia seketul je kt ats tu, so dia nampak gah tersegam. bila malam cantik ade lampu2. 

habis kat namsan, gerak balik. tapi sebb jammed, kita terlewat lah sikit nk dinner.. dinner mkn nasi goreng masak dpn kita dan2 tu gak. ingatkan sempat nak naik cruise Hangang tapi tak de rezeki, jd kita jalan2 je area hostel. pastu balik hostel- urut kaki.

Day 2

Its Nami's day, bebeh!! pagi-pagi kitorg naik subway ke Namdaemun pastu jln kaki utk amik bas utk ke Nami. boleh tahan jauh gak si Nami ni. dekat 2 jam gak. 2, 3 round gak tido dlm bas. org lain la. aku duk leka baca buku psl Nami island. Tajuknya: 'All about Nami Island' [tahukah anda nami adalah pulau recycle? tahukah anda bahawa daun2 kat nami tu pun actually bukan asal kt sana? tahukah anda pokok2 kt sami tu sbnrnya diatanam dan bukannya natural? tahukah anda bahawa asal nama nami ni sbnrnya dr jeneral yang dibunuh dan dikebumikan kat sana?] best bukunya. and wording nye sgt sedap. ok. berbalik psl nami ni, jaraknya mcm n9 nak ke shah alam. dah dekat sana, tepi2 jalan ko blh tgk sepah2 je bunga daisy tumbuh liar. subhanallah, sgt cantik. sampai nami, beratur jap, then naik ferry ke sana. akhirnya, sampailah daku ke Nami Island- pulau winter sonata tu.lunch nasi goncang ngan lempeng sayur.

Nami sgt cantik. dulu masa autumn kt Vienna, daun dh banyak gugur.. so tak merasa nak tgk pokok tukar kaler. kali ni Tuhan bg rezeki dpt tgk pokok kaler kuning, pink, merah and the scenery was breathtakingly beautiful. and korg akan lebih hargai Nami kalo korg baca buku psl Nami tu. Cayolah cakap acik. Aku bawak basikat kat sana weh! selepas aku rasa dekat 20 tahun tak bawak basikal, apa mcm gila aku bawak. kalo cite korea, pmpuan tak pndai bwk basikal tu cute, hakikatnya tidak ye. aku kelihatan seperti alien gila bru jumpa basikal 



 Kat nami lama gila. hbis tu kita gerak ke Dongdaemun. dinner kt sana, mkn ikan bakar n sotong sambal tu. then jalan2 sekitar tu. ha. nampak tak lampu2 bentuk bunga tu? cantik gila weh. sepanjang2 jalan tu, diorg wat lampu bentuk bunga ros banyak2. kalo g bercinta mmg feeling habislah! hehe. pastu gi Cheinggyecheon stream, dongdaemun history and culture park and dongdaemun design plaza. amik2 gambar, habis sume, bdn rasa nk pengsan dh, kita pun gerak balik naik subway. 

ok. dh pnjg sgt. sambung lg nanti. kalo rajin.

No comments:

Post a Comment

senyum <3