Selamat aku ucapkan buat kamu
semoga cinta yang kamu ketemu
kekal bahagia hingga ke anak cucu
selamat aku doakan kepada kamu
semoga sentiasa dilimpahkan bahagia
semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya
semoga yang baik-baik sahaja kamu jumpa
pesanku,
jangan sesekali dilupa cerita semalam
biar datangnya hanya membawa hiba
tapi Tuhan ajar kamu ttg kehidupan melaluinya
pesanku,
belajarlah dari kesilapan yang tidak kau sengajakan
agar kelak kau tahu arah mana yang hendak kau jalan
pimpin jemaah makmum mu kuat-kuat,
supaya tiada sesalan bila ditanya Tuhan.
selamat pengantin baru aku ucapkan
No comments:
Post a Comment
senyum <3