Showing posts with label SyuhadaBacaBuku. Show all posts
Showing posts with label SyuhadaBacaBuku. Show all posts

Saturday, June 20, 2015

SBB- DIAgnosis

Ohoi! The last time aku tulis SBB adalah setahun lepas. Baaapak lah lama. Alhamdulillah, Tuhan bagi kesempatan utk aku update lagi siri SBB. Kali ni, kita cerita pasal buku yang agak hot di pasaran. err.. suam sikit kot sbb DIAgnosis dah masuk buku ke 2 dah. aku baru hegeh nk baca yang pertama. Tu pun orang bagi pinjam [tq Izzati bagi akak pinjam buku ni] 


So DIAgnosis mcm sume boleh agak, ni cerita tentang doktor-doktor, jenisan manusia yang aku anggap paling pandai, paling genius. dan lepas aku baca buku ni, aku sedar yang manusia jenisan aku ni mmg tidak boleh jadi doktor. daya ingatan aku tidak sehebat mereka yang boleh ingat all those medical terms, apa nak dibuat bila berdepan waktu kecemasan etc. aku ni, baru pn.mai tanya- Syuhada, kalau husband dia menginggal, anak perempuan sorg, ade mak ayah, ade adik beradik, berapa bahagian faraid adik lelaki dia dapat? dan jawapan aku-err., yang tu saya kena cek balik pn.mai. [ni cerita lawyer kecik ni je. lawyer lain hebat2. petik jari, terus jawab- owh, dia tak de hak pn.mai. dan perjalanan aku jauuuh lagi nak sampai tahap gitu] 

okay. back to hal DIAgnosis ni. 

Ditulis oleh Dr. Anwar Fazal Abu Bakar, Dr. Azah Isa dan Dr. Muhammad Aizat Othman. ada 142 pages. Harga RM20.00. Kecik comel je bukunya. mudah bawa kemana-mana. kecuali toilet. DIAgnosis ni adalah kompilasi 21 cerita-cerita pendek yang berlatang belakangkan dunia kedoktoran dan ada banyak unsur dakwah yang disampaikan secara santai. senang faham, mudah hadam! Buku ni bukan buku karya picisan, ianya dari manusia-manusia yang berilmu dan semua itu kau boleh tahu bila kau baca buku ni. ada cerita yang matang, ada visi, ada isi, ada semua. Buku ni bagus untuk dihadiahkan pada budak-budak sekolah yang bercita-cita nak jadi doktor [sbb aku mcm guarantee 99.9% medical student dah ada/pernah baca buku ni. doktor apatah lagi] 

secara jujur, the very first thing yang buat aku nak baca habis buku ni sbb aku jatuh cinta dengan ayat ni- Akhir sekali, bakal suami (jika diizinkan dan disempatkan Ilahi) pada bidadari yang akan dicemburui semua bidadari di syurga nanti, InsyaAllah. [lemah. longlai. lutut goyang. hati cair] Bila aku baca cerita Yang Halal Itu Indah, aku rasa mcm nak jerit je- nak jugakkkk!!! [to find a man that gentleman enough mcm tu, mcm nak cari anak Putut baru beranak dalam setor. seksa] owh btw, tahniah buat Dr. Anwar Fazal & Dr. Fatin Liayana atas pernikahan mereka. Alahai, sejuk hati dengar Dr Anwar mengaji sebelum bersanding tu. sekali lagi nak kata- yang ni pun nak jugakkkk!!! 

My fav story adalah cerita Adrenaline by Dr. Muhammad Aizat. Suspense, drama, dakwah, knowledge dan takdir, dia simpulkan dalam satu cerita. Part dia call his wife after patient dia meninggal tu buat aku rasa sebak [i'm helplessly romantic. yes. i know] Dia sempat solat dalam curi-curi masa juga buat aku terfikir betapa untungnya aku. Sigh. betapa pelupanya aku. 

lawyer patut tulis cerita macam ni. bagi orang faham apa sebenarnya kerja kita dan aku dah letih dipandang serong oleh manusia-manusia yang melebelkan pekerjaan kita ni keji- lidah bercabang. Maybe aku, aku yang patut tulis cerita yang berorientasikan cerita macam ni. Tapi aku kena kutip ilmu banyak-banyak dulu. Biar kukuh. Biar teguh. Biar sampai apa yang aku ingin sampaikan. 

Doakan ye. InsyaAllah.

p/s- aku ada buat satu research [google sajo] tentang - why i cant stop tinking about him. Jawapan paling menarik yang aku jumpa adalah- It’s not him you want, but the feeling you think you’re going to get from being with them. Menarik kan? 

Wednesday, May 21, 2014

SBB- Kisah Cinta Rasulullah (s.a.w)

[hampir nak angkat bendera putih. Tapi letak balik] Serious la wey. Nak start rajin baca buku ni bapak la seksa. Dulu ibu cite aku pantang nampak benda yang boleh dibaca, sampai kertas surat khabar balut roti canai pun aku kirap utk dibaca. Buku text sejarah sekolah menengah form 1 sampai form 5, aku khatam lebih sekali [kang kalo kata lebih tiga kali karang, over benor plak nampaknya] macam mana boleh stop hobby yang sangatlah bermanfaat ni? [sigh] 

aku amik masa lama gak nak habiskan buku utk SBB kali ni. Tajuknya Kisah Cinta Rasulullah (s.a.w) terbitan S.A.Majeed & Co. Sdn Bhd. Tebal 264 muka. Buku ni aku beli masa dapat voucher buku RM250 aritu. Sekali masuk je kedai, zappp habis sume. [sayang ni last aku dpt voucher. lps ni kena tgu amik master baru blh dapat balik] 


Buku ni compilation pada tujuh orang wanita dalam hidup Rasulullah s.a.w namely Ummul Mukminin Khadijah Binti Khuwalid, Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq, Fatimah Az-Zahra, Hafshah Binti Umar Bin Khattab, Ramlah Binti Abu Sufyan, Sahlah Binti Milhan dan Ummu Kalthum Binti Uqbah. Awal-awal buku ni, cite tentang konsep tugas wanita dalam Islam, kenapa Islam dikatakan menaikkan martabat wanita, role seorang isteri ikut syariat Islam etc.

Yang best pasal buku ini ia bukan saja cite pasal sejarah tau, tapi at the end of each chapter diorg aplikasikan dengan dunia la ni. So nampak la arah camne nak praktikkan apa yang dah kita belajar daripada srikandi-srikandi Islam tu dalam hidup seharian.

Yang tak bestnya pasal buku ni, penceritaan nya macam style old school skit. susah nak faham and boleh buat kita bosan. and part cerita Saidatina Aisyah r.a melebih-lebih sampai aku question ni fakta ke tak ni. Jdnya jgn terima bulat-bulat. Buat kajian lanjut sbb ni sumber sekunder yang nth mana di ambil primer nya. Then buku ni aku ingatkan tentang Rasulullah s.a.w handle rumahtangga Baginda since dh ada dlm siri konsep perkahwinan islam kan. Tapi tak, buku ni more pasal cerita wanita-wanita kesayangan Rasulullah s.a.w tersebut. Adelah cerita pasal rumahtangga tapi tak detail. Fokus buku ni banyak pada cerita individu itu sendiri.

Konklusinya buku ni ok. tapi kurang sesuai untuk dibaca oleh orang-orang yang baru nak mula baca sejarah Islam balik sbb susah nak faham lenggok bahasa dan penerangannya.

Sekian- jumpa lagi! :)

p/s: mohon didoakan seorang sahabat. Adik dia operate mata. Sebak jantung bila mengenangkan.

Wednesday, March 26, 2014

SBB- The Crime Archives

SBB kali ni patutnya aku cerita pasal buku bertajuk- A Woman with Worm in Her Head. Buku tu aku beli sbb cerita ttg how a woman faced a fatal disease. But then main character cite tu doktor so there are lots of medical term being used. Aku- yang amatlah lemah bila berhadapan dengan science subject ni- terpaksa la tukar buku lain. sbb kalo paksa ngadap buku tu, alamat xde SBB la for 6 months. Heh. So! Hari ni aku nak cite buku super cool- super best- super ohsem especially yg ske subjek criminal & evidence [even tak dpt A] mcm aku. 

Buku utk sesi SBB kali ini adalah The Crime Archives.


buku ni mmg terbaik. Antara buku yang aku borong kat Big Bad Wolf aritu. Harga tak ingat bape tapi kat tanda harga tulis RM25. Murah gila kalau nak dibandingkan dengan kualitinya. Buku ni adalah compilation 30 cerita penjenayah. Penceritaannya details tapi mudah faham. Setiap cerita guna dua pages je. Cool tak cool buku ni, dia siap sekali lampiran tentang bukti yang ada dalam kes tu. Tak la semua tapi masa tengok evidence tu meremang gak la sbb rasa macam real je. 


Gambar yang dia guna tak de la se-horror fail kes2 bunuh yang aku pernah tengok. Gambar nye mild je. Contohnya macam ni. 


Boleh sakit kepala gak dibuatnya especially cite pasal penculikan dan penderaan seksual kanak-kanak yang membawa kepada pembunuhan diorang akirnya. Teringat fail kes Arwah Nurin Jazlin. [Al-Fatihah buat rohnya] Macam mana jari Arwah merengkot menahan sakit, belakang kepalanya lebam dek kerana menahan seksa. At some point bila baca cerita ni buat aku realized yang dont be too innocent, syuhada. There are peoples yang sanggup buat apa yang tak terlintas kat kepala kita pun. Jadi berhati-hatilah dan selalulah berdoa agar kita dan sesiapa jua selalu dalam lindungan-Nya. 


Ni pun mangsa kekejaman gak ni. Kecik2 lagi orang dah buang, kesian tak de ibu masa umur sekecik ni. Presenting- my new family member- TumBin. 

Sunday, March 16, 2014

SBB- Cerita Cinta Ahmad Ammar

Masih ingat video GPTD Ahmad Ammar yang pernah aku share before ni? Viral kot. Mustahil la korg tak pernah tgk kan? Ni aku baru cek, video tu dah ditonton sebanyak 1, 658,919 kali. Aku adalah antara manusia yang tgk video tu more than 20 times. Masa tgk video tu insaf kejap, bila jiwa mula goyah, aku tgk balik video tu. Insafff balik. Macam tu la duk ulang-ulang. Harapnya kekal abadi dalam hati.

Ok. SBB this time aku nak cerita pasal buku Cerita Cinta Ahmad Ammar terbitan Karangkraf susunan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).


Melihat kepada kualiti buku ni, aku rasa ni lah buku paling murah untuk kualiti sebegitu baik. Harga RM23.00 but i bought it for RM18.00. [sekalung perhargaan kpd Memi & Cuna yang sanggup berbasah peluh cari buku ni utk aku. Jasamu dikenang] The moment aku dgr psl buku ni terus minta memi belikan kt shah alam since ada pameran buku karangkraf kat sana. Dats y dapat harga murah sikit. And aku sangat sayang buku ni. Sepupu aku nak pinjam bawak balik UPSI pun aku tak bagi. Nanti along belikan yang lain- jawab aku. simple.

Buku ni compilation of story telling by those yang rapat dengan As-Syahid Ammar. Those yang follow cerita dia akan rasa buku ni tak de apa yang baru except gambar comel yang amat Allahyarham pada waktu kecil. Tapi still meruntun jiwa.[syuhada dan air mata. seiring sejalan weh] Aku rasa gitu untuk beberapa page yang awal. Sbb story-teller yang pertama adalah bonda Ammar, Puan Norazlina. Then buku ni menceritakan dengan detail keperibadian Ahmad Ammar samada sebagai seorang anak, pelajar, kawan, pemikir etc sehingga buat aku rasa- ah, kalau macam ni lah orangnya, mmg layaklah kematian dia diraikan langit dan bumi. Kalau diberikan izin Tuhan untuk aku bertemu dia di alam lain, tak tahulah samada boleh ke tak aku pandang muka dia sbb tgk kulit buku ni lebih lima saat pun aku segan. [haha. over gedik tak aku?] tapi sungguh aku malu. Sebab apa? Sebab dia. keperibadian dia. Sebab even dia jauh lagi muda dari aku, dia dahpun fikir untuk ummah, aku ni sekali pun tak pernah. [baru Ammar, kalo Rasullullah s.a.w?][selawat jap tiga kali]

Aku pernah baca somewhere [sumpah aku tak ingat mana aku jumpa] yang dia ni sangatlah pemalu dengan perempuan, even adik beradik dia sume perempuan [eh, sama situasi!] Punyalah pemalu sampai bila nak bercakap dengan perempuan yang ada betul-betul depan dia ttg aktiviti pe nth, dia boleh g call sorg kawan lain and kawan tu gi call perempuan tu untuk bgtau apa yang As-Syahid Ammar nak bgtau. Pergh! Mana nak cari lelaki 'mahal' yang teramat rare macam ni lagi wei? [aku tak tahulah betul ke tak cerita ni. kalau tak betul, mohon maklumkan]

Dalam banyak2 cerita, aku kagum cerita dia sebagai sahabat. Dia manusia biasa, lenggok gaya bahasa pun macam budak2 seusia dgn dia [tapi tak de la guna bahasa sampah yang pakai 'w' banyak mcm ittew gunew tu] dia tak lokek membantu and sangat positive bila faced problem dalam hidup. Bila kena buli di RMC, diceritakan dia tak pernah mengadu dengan parents, tapi dengan member2 dia cerita. Just nak berkongsi. Teringat zaman homesick kat SMKAP dulu. Kena gak buli tapi aku percaya, tak la sehebat RMC. Baru kena sikit gitu pun aku dah leweh dah.

Did i tell u yang aku adore orang yang berfikir? Pemikir adalah kelompok manusia cukup hebat di pandangan mata aku. and Ammar was one of them. Idea dan kesungguhan dia memikirkan tentang Islam memang patut dapat tabik hormat. Aku rasa family background pun mempengaruhi jugak. Sejak lahir parents dia dah wakafkan dia untuk Islam wei. Aku tak rasa mak ayah aku fikir gitu gak 26 tahun lebih dulu. Nanti kalau aku ada anak, mampu tak nak fikir macam parents Ammar?

Buku ni bagus especially for those yang masih mencari-cari apa hakikat sebenar hidup macam aku. Kerja, keluarga, impian, cita-cita, masalah- entah mana yang nak didahulukan. Then at some point aku duduk termenung sendiri bila fikir once nyawa ditarik keluar dari badan, apalah gunanya semua ni? Cukupke bekal aku nak dibawa ke sana nanti? [sigh]

Dunia hanya jambatan akhirat. Bukan satu matlamat. 

Sunday, March 9, 2014

SBB- Kalam Cinta Daripada Tuhan

Blog ini semakin lama jadi semakin peribadi. Dan bila umur tinggal beberapa langkah untuk masuk three series ni, rasanya tak berapa sesuai nak menulis ala kanak-kanak riang selalu. Ah, umur sekadar angka, asal muda di hati- Betul, tapi entah. Rasanya tiba masa untuk tulis sesuatu yang harapnya memberi manfaat pada sejagat. Moga boleh jadi saham akhirat, sebab mati bukan kenal tempat. 

Jadi aku decide untuk start buat review buku-buku yang aku sudah 'habis' baca. Sharing ilmu yang aku dapat dgn niat moga ilmu tambah berkat. Maka terhasil lah SBB- singkatan bagi #SyuhadaBacaBuku. Mohon memahami segala kekurangan ini sbb aku baru nak pupuk balik minat membaca dalam diri yang dah sekian lama aku tinggalkan sejak ada FB bagai ni. Aku hanya mahu kongsi apa yang aku faham, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Macam yang aku kata tadi, dengan harapan ia boleh dijadikan manfaat. InsyaAllah.

Dan buku yang aku nak review malam adalah Novel Indonesia karya Ali Sobirin El-Muannatsy tajuknya 'Kalam Cinta Daripada Tuhan'. 


Buku ini aku beli dari BigBadWolf beberapa minggu lepas dengan harga RM5 cuma. 480 muka. dan aku ambil masa hampir dua minggu mahu menghabiskan buku kecil ini. [kan sudah aku kata aku baru nak merangkak mahu minat membaca] Kalau korg minat baca buku yang santai, mudah faham dan seronok- buku ini secara jujurnya bukan untuk korg. Buku ini bosan. Dalam dua tiga bab yang awal, aku as melayu malaysia ini agak sukar nak faham culture dan visualize apa main point buku ini. 

Selepas beberapa ketika, baru aku dapat grab apa yang nak disampaikan oleh penulis buku ini. Sini baru datang seronoknya. Ceritanya tentang Alim a.k.a Jony, 25 pelajar tahun akhir fakulti tarbiyah, Universiti Islam Negeri. Seorang penyanjung Gus Dur, penceramah berilmu, bakal guru, yang nampak tegas dan berperinsip tapi dalaman ada goyahnya. Keluarganya bukan orang senang dan sebagai anak yang sulung, lelaki pula, Jony struggle utk habiskan ijazah pertamanya sehinggakan dia menolak cinta tiga wanita- Revy, Betty dan Cik Rita. Alasannya, dia belum bersedia- dia perlu fokus pada pengajian dan prioritynya adalah keluarga dan adik-adik. Tapi sebenarnya dia sudahpun punya pilihan hati- Yani, seorang teman yang dia senangi. 

Betty, Rita dan Yani datang macam angin lalu tapi bukan Revy. Revy@ Tari, 22, datang memberi cinta dengan penuh kesungguhan. Gadis tulus, keanak-anakan namun serius dalam cerita hatinya. Anak tunggal dalam keluarga kaya, jadi aku tidak hairan sikapnya begitu. Bila Jony menolak, Revy pergi bawa diri. Jony jadi sasau bila Revy putuskan hubungan termasuk tukar no telefon. [tym ni aku teringat lagu Let her Go, Passenger. Baru padan dengan muka!]  Tapi jodoh telah tertulis, rupanya bapa Revy dan Jony adalah bersahabat dan mahu menjodohkan mereka. Happy ending. Mungkin. [Sebab bernikah tak bermakna happy ending. Pernikahan adalah new beginning. Tak gitu?] 

Komen aku- macam yang aku kata, korang myb akan pening utk visualized setting novel ni. Katanya novel islam, jurusan agama islam- fakulti tarbiyah lagi- tapi perempuan keluar masuk bilik Jony, siap menumpang tidur. Revy dan Jony macam tidak ada batasnya sampai boleh tidur di pangku, boleh berpujuk rayu. masa baca, i was like- apaa niii?? But then myb tu budaya diorg. Buku ini adalah karya seorang pemikir, yang ada ilmu. Yang menulis guna pengetahuan bukan hanya guna hati. Segala fakta yang dia bentang, segala hadis yang dia quote, dia olah dengan baik. Cara dia mengkritik pemimpin, menegur masyarakat guna cara yang mudah tapi ohsem wei. Dan penulis aku sifatkan sebagai seorang yang perfectionist. Setting dia explain dengan amatlah teliti sampai aku; being someone yang straight forward, melangkau part-part tu. [haha] ceritanya mudah sahaja tapi penceritaan dan wording nya baik. Banyak ayat-ayat penulis yang buat aku kagum and rasa- macam mana kau boleh karang ayat begini bagus? Jawapannya- Iqra'! Melalui pembacaan nanti Allah akan bagi ilham. There are few things yang terkesan kt aku

First, Aku suka bila kawan-kawan menyifatkan hobi Jony sebagai- Suka menghantar orang ke langit tujuh [pada pemahaman aku ia macam sweet talker. Owh aku benci spesis lelaki begini. Sungguh] 

Second:  Analogi ttgh kehidupan- "Dany, ada banyak jenis lampu. Ada lampu picit, ada pelita. Ada lampu elektrik, ada neon. Orang memilih untuk menggunakan salah satunya. Kita tidak boleh memaksa orang menggunakan lampu yang kita suka. Begitu juga dalam menentukan kehidupan. Ada orang puas dengan lampu elektrik. Walaupun tidak terlalu terang, tetapi sinarnya membias luas. Ada orang puas dengan lampu picit. Walaupun tidak membias luas, tetapi terang pada satu titik. Kita tidak boleh memaksa orang yang telah memilik elektrik untuk menggunakan pelita. Begitu juga sebalinya"

Third: kata2 Jony bilamana dia menyifatkan Gus Dur" Ilmu tauhid Gus Dur luar biasa, umi. beliau menganggap segala sesuatu itu nisbi. Termasuk jawatan presiden. Bagi Gus Dur jawatan Presiden atau kekuasaan itu hina dan kerdil. Ia hanya alat untuk berbakti kepada Allah. Oleh itu apabila beliau dilucutkan jawatan presiden, beliau tidak kisah. Tidak tertekan seperti yang lain. Beliau masih menemui masyarakat tanpa beban..." 

Banyak lagi. Korg g la cari buku ni. Bila baca buku ni part mereka berbahas mengenai Ibnu Sina, aku teringat tentang teman-teman DLSA. [tak sabar tunggu konvo- betapa la aku merindu mereka semua] dan sepanjang aku membaca buku ni aku cuba untuk faham stand Jony sebagai lelaki yang sedang struggle untuk masa depan. Teringat pada status adik aku dua tiga hari lepas bila dia terpaksa menolak hasrat hati seorang awek yg nak dkt dia [laku juga adik aku tu rupanya]. As perempuan, we tend to be impatient about it. Kepastian yang dimahukan. Nak kata nak, Tak kata tak. But lelaki lain. Jony sedar dia siapa, anak kampung yang masih belum punya apa-apa. Jadi dia banyak berdiam diri dan being reserved. Entah. Orang kata 'If someone actually wanted you in their life, they would make a continuous effort by showing it'. Probably, Jony species rare. 

Entah. Aku sendiri tak berapa familiar dgn pemikiran seorang lelaki. Even tough I have five brothers, i could only understand them as my brother, not as a man.