Sunday, March 9, 2014

SBB- Kalam Cinta Daripada Tuhan

Blog ini semakin lama jadi semakin peribadi. Dan bila umur tinggal beberapa langkah untuk masuk three series ni, rasanya tak berapa sesuai nak menulis ala kanak-kanak riang selalu. Ah, umur sekadar angka, asal muda di hati- Betul, tapi entah. Rasanya tiba masa untuk tulis sesuatu yang harapnya memberi manfaat pada sejagat. Moga boleh jadi saham akhirat, sebab mati bukan kenal tempat. 

Jadi aku decide untuk start buat review buku-buku yang aku sudah 'habis' baca. Sharing ilmu yang aku dapat dgn niat moga ilmu tambah berkat. Maka terhasil lah SBB- singkatan bagi #SyuhadaBacaBuku. Mohon memahami segala kekurangan ini sbb aku baru nak pupuk balik minat membaca dalam diri yang dah sekian lama aku tinggalkan sejak ada FB bagai ni. Aku hanya mahu kongsi apa yang aku faham, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Macam yang aku kata tadi, dengan harapan ia boleh dijadikan manfaat. InsyaAllah.

Dan buku yang aku nak review malam adalah Novel Indonesia karya Ali Sobirin El-Muannatsy tajuknya 'Kalam Cinta Daripada Tuhan'. 


Buku ini aku beli dari BigBadWolf beberapa minggu lepas dengan harga RM5 cuma. 480 muka. dan aku ambil masa hampir dua minggu mahu menghabiskan buku kecil ini. [kan sudah aku kata aku baru nak merangkak mahu minat membaca] Kalau korg minat baca buku yang santai, mudah faham dan seronok- buku ini secara jujurnya bukan untuk korg. Buku ini bosan. Dalam dua tiga bab yang awal, aku as melayu malaysia ini agak sukar nak faham culture dan visualize apa main point buku ini. 

Selepas beberapa ketika, baru aku dapat grab apa yang nak disampaikan oleh penulis buku ini. Sini baru datang seronoknya. Ceritanya tentang Alim a.k.a Jony, 25 pelajar tahun akhir fakulti tarbiyah, Universiti Islam Negeri. Seorang penyanjung Gus Dur, penceramah berilmu, bakal guru, yang nampak tegas dan berperinsip tapi dalaman ada goyahnya. Keluarganya bukan orang senang dan sebagai anak yang sulung, lelaki pula, Jony struggle utk habiskan ijazah pertamanya sehinggakan dia menolak cinta tiga wanita- Revy, Betty dan Cik Rita. Alasannya, dia belum bersedia- dia perlu fokus pada pengajian dan prioritynya adalah keluarga dan adik-adik. Tapi sebenarnya dia sudahpun punya pilihan hati- Yani, seorang teman yang dia senangi. 

Betty, Rita dan Yani datang macam angin lalu tapi bukan Revy. Revy@ Tari, 22, datang memberi cinta dengan penuh kesungguhan. Gadis tulus, keanak-anakan namun serius dalam cerita hatinya. Anak tunggal dalam keluarga kaya, jadi aku tidak hairan sikapnya begitu. Bila Jony menolak, Revy pergi bawa diri. Jony jadi sasau bila Revy putuskan hubungan termasuk tukar no telefon. [tym ni aku teringat lagu Let her Go, Passenger. Baru padan dengan muka!]  Tapi jodoh telah tertulis, rupanya bapa Revy dan Jony adalah bersahabat dan mahu menjodohkan mereka. Happy ending. Mungkin. [Sebab bernikah tak bermakna happy ending. Pernikahan adalah new beginning. Tak gitu?] 

Komen aku- macam yang aku kata, korang myb akan pening utk visualized setting novel ni. Katanya novel islam, jurusan agama islam- fakulti tarbiyah lagi- tapi perempuan keluar masuk bilik Jony, siap menumpang tidur. Revy dan Jony macam tidak ada batasnya sampai boleh tidur di pangku, boleh berpujuk rayu. masa baca, i was like- apaa niii?? But then myb tu budaya diorg. Buku ini adalah karya seorang pemikir, yang ada ilmu. Yang menulis guna pengetahuan bukan hanya guna hati. Segala fakta yang dia bentang, segala hadis yang dia quote, dia olah dengan baik. Cara dia mengkritik pemimpin, menegur masyarakat guna cara yang mudah tapi ohsem wei. Dan penulis aku sifatkan sebagai seorang yang perfectionist. Setting dia explain dengan amatlah teliti sampai aku; being someone yang straight forward, melangkau part-part tu. [haha] ceritanya mudah sahaja tapi penceritaan dan wording nya baik. Banyak ayat-ayat penulis yang buat aku kagum and rasa- macam mana kau boleh karang ayat begini bagus? Jawapannya- Iqra'! Melalui pembacaan nanti Allah akan bagi ilham. There are few things yang terkesan kt aku

First, Aku suka bila kawan-kawan menyifatkan hobi Jony sebagai- Suka menghantar orang ke langit tujuh [pada pemahaman aku ia macam sweet talker. Owh aku benci spesis lelaki begini. Sungguh] 

Second:  Analogi ttgh kehidupan- "Dany, ada banyak jenis lampu. Ada lampu picit, ada pelita. Ada lampu elektrik, ada neon. Orang memilih untuk menggunakan salah satunya. Kita tidak boleh memaksa orang menggunakan lampu yang kita suka. Begitu juga dalam menentukan kehidupan. Ada orang puas dengan lampu elektrik. Walaupun tidak terlalu terang, tetapi sinarnya membias luas. Ada orang puas dengan lampu picit. Walaupun tidak membias luas, tetapi terang pada satu titik. Kita tidak boleh memaksa orang yang telah memilik elektrik untuk menggunakan pelita. Begitu juga sebalinya"

Third: kata2 Jony bilamana dia menyifatkan Gus Dur" Ilmu tauhid Gus Dur luar biasa, umi. beliau menganggap segala sesuatu itu nisbi. Termasuk jawatan presiden. Bagi Gus Dur jawatan Presiden atau kekuasaan itu hina dan kerdil. Ia hanya alat untuk berbakti kepada Allah. Oleh itu apabila beliau dilucutkan jawatan presiden, beliau tidak kisah. Tidak tertekan seperti yang lain. Beliau masih menemui masyarakat tanpa beban..." 

Banyak lagi. Korg g la cari buku ni. Bila baca buku ni part mereka berbahas mengenai Ibnu Sina, aku teringat tentang teman-teman DLSA. [tak sabar tunggu konvo- betapa la aku merindu mereka semua] dan sepanjang aku membaca buku ni aku cuba untuk faham stand Jony sebagai lelaki yang sedang struggle untuk masa depan. Teringat pada status adik aku dua tiga hari lepas bila dia terpaksa menolak hasrat hati seorang awek yg nak dkt dia [laku juga adik aku tu rupanya]. As perempuan, we tend to be impatient about it. Kepastian yang dimahukan. Nak kata nak, Tak kata tak. But lelaki lain. Jony sedar dia siapa, anak kampung yang masih belum punya apa-apa. Jadi dia banyak berdiam diri dan being reserved. Entah. Orang kata 'If someone actually wanted you in their life, they would make a continuous effort by showing it'. Probably, Jony species rare. 

Entah. Aku sendiri tak berapa familiar dgn pemikiran seorang lelaki. Even tough I have five brothers, i could only understand them as my brother, not as a man. 

1 comment:

senyum <3