Wednesday, March 19, 2014

Throwing tantrum

Budget nak buat title post canggih manggih la konon. Tapi bila cek definition tantrum, which is-an emotional outbreak, usually associated with children or those in emotional distress, that is typically characterized by stubbornness, crying, screaming, defiance, angry ranting, a resistance to attempts at pacification and, in some cases, hitting - maakk aih. aku mungkin garang plus serius tapi bukan ganas. Mak ratu air mata dek non, takdenye sampai nak memukul bagai.But post kali ni cadangnya nak bercakap panjang isu semasa. Probably post ni akan jadi panjang. So kalo tak mahu baca, g main jauh2 sana. shuh shuhhh

Pernah tak rasa betapa bertuahnya kita jadi rakyat Malaysia? Negara jiran diuji dengan tsunami dasyat, perang saudara, dan sebagainya, kita elokkk je beb. Sekarang ni aku rasa ujian demi ujian Allah bagi pada kita. Aku rasa korang pun nampak kan? Bermula dengan hilangnya MH370 dan kita jadi tumpuan dunia. Allahurabbi. Tak terbayang aku nasib sesape pun dalam kapal terbang tu. Sampai dua kali aku tulis ala-ala puisi tentang mereka. Tentang ujian yang Allah berikan ni. Aku rasa hilangnya MH370 dari pengetahuan kita adalah sebab salah kita sendiri. Ingat tak kes Hanes Suraya then Anwar Ibrahim esoknya? Dunia maya macam berperang. Kita [aku guna kita sebab tak de guna nak tuding jari kat orang lain sekarang ni] mengutuk, mengumpat, mengata, memfitnah and did all sort of things yang kita tahu salah tapi kita buat sebab nafsu. Nafsu nak mengata. Khamis and Jumaat tu FB macam battlefield. Perempuan berperang hari khamis atas sentimen dan sensitivity isu rampas laki. Yang lelaki bercakaran tentang politik sebaik sahaja judges bagi verdict petang jumaat tu. Things yang tak tahu betul ke tak, being said- being mentioned, being told. Tak de boundaries. Dosa pahala tolak tepi- ha, nah! Sabtu kapal terbang kita hilang. Maruah tanah air kita dipijak dan dipertikai dek orang. Baru hegeh cari sejadah?

Lepas tu sekali lagi Allah uji kita dengan memberi izin bomoh entah dari mana asalnya datang buat show kat KLIA yang pastinya macam lempar najis di muka kita yang tengah dalam state sedih dan risau pasal MH370- state yang kita semua tahu bahawa syaitan laknatullah paling suka sbb time tu kita paling fragile. Satu dunia gelakkan kita lepas kononnya bersimpati pada kita. Salah siapa? Salah kita! Bomoh ni bukan baru ni wujudnya. Dah memang sinonim dengan kita tak mengira agama. Semua ada. Tapi paling terkesan pada yang muslim sampai negara arab sana tuduh kita guna ilmu syirik. Salah ke diorang? Tak. benda tu betul. Syirik dah lama jadi makan pakai rakyat Malaysia. kenapa aku guna rakyat Malaysia? Sebab even aku- yang setakat ni tak pernah dan harapnya tidak akan sekali-kali terlibat dalam isu sebegitu- pun diamkan diri pada keadaan sekeliling yang memang ada benda begitu. Buka balik sejarah mona fendy- dia didakwa atas kesalahan membunuh sahaja- ade dituduh atas kesalahan akidah? Tidak ade sama sekali, bukan? Nah. Padan la muka kita!

Dalam pada itu, jerebu teruk didatangkan pada kita. bumi Rembau yang masih penuh dengan hutan yang menghijau pun merajuk dengan kita weh. Seremban jangan kata la. Aritu ade meeting kt KL, so nak tak nak aku kena gak g KL [aku bukan anti KL cuma aku yakin dan pasti KL bukan untuk org kampung mcm aku. hectic yang amat] and as expected, jerebu tahap KL mmg 'terbaik dari ladang'. Lepas buat pembenihan awan [nampak? Betapa sayangnya Allah dgn kita, dia bg kita ilmu camne nk turunkan hujan] hujan turun dgn lebat, Alhamdulillah.. tapi bila dah banyak sangat, mula resah. Takut banjir pula negara kita. Dugaan lagi melanda kita. Mengeluh? Berani kau mengeluh? Berani buat la.

Di sebalik ujian demi ujian Allah bagi, ada juga yang buat aku senyum. Aku nampak betapa unite nya Malaysian tak kira bangsa dan agama bila kita mula doa bersama2 untuk MH370 dan jerebu [yang part bomoh tu pun kita unite jugak. unite menyumpah sambil rasa nak menampar dia] member aku update status menyatakan betapa gembiranya dia bila dalam doa kita tak guna 'aku' but dah mula guna 'kami'.Indah sebenarnya perpaduan ni weh. Accept d differences and live peacefully. Dalam ujian demi ujian ni, Allah bagi kita peluang ni. Suruh bersatu. Dalam doa, dalam solat, dalam harapan- semuanya.
 

aku ingat dah boleh tarik nafas lega- alih alih satu lagi 'bala' Allah bagi pada kita- kes budak mati sbb dadah dlm konsert tu. Ade tgk video pasal konsert tu? Der, ko rasa ko kat barat sana. Kemain sakan lagi mereka2 berhibur dan berjimba. Then bila dah ade yang mati- datang pulak post2 yang minta jgn diaibkan bla bla bla. Pandang dari sudut postive- aku rasa bila kematiannya begitu, bila org mengata- pahala akan bagi pada si mati. Who knows, melalui cara tu lah Allah nak permudahkan urusan budak tu ke syurga. Pahala dosa rahsia Dia kan? Tapi, dari satu sudut lain- Kita yang hidup ni mmg tak boleh menghukum tapi kita berhak menilai. Mana baik, mana buruk. Allah bagi akal, fikir! Allah dah bagi amaran keras- jangan hampiri zina. Pakaian diorg, percampuran lelaki perempuan, dadah, arak- tu sume mendekati zina la tu kan?  Allah dah pesan jangan buat, ko buat jugak. Bila dah mati aib macam tu, kita hanya mampu geleng kepala. Bersangka baik? Bak kata Saiful Nang- Sangka baik untuk yang wajar, bukan segalanya perlu disangka baik walaupun jelas keburukannya. Yang dah mati, kita doakan sahajalah. Sedekahkan fatihah. Yang masih hidup ni, beringatlah. Ajal boleh jemput kita tak kira masa. Kalau tak nak mati kita diaibkan, elak lah dari perkara yang boleh mengaibkan. InsyaAllah, Allah Maha Pengasih.

carca marba nya tulisan aku kali ni membayangkan betapa carca marba nya state of mind aku sekarang. Baru aku- imagine orang2 yang tengah sibuk cari MH370, para tentera sume- diorg mesti lagi serabut dari aku. Semoga Allah balas budi baik korg dengan rahmat yang tidak henti, InsyaAllah

#keeppraying #janganberhentidoa #doauntukMH370 #prayforMH370


awesome as usual. 

No comments:

Post a Comment

senyum <3