[last part. confirm]
3rd April
pagi last nak enjoy habis-habis di Jogja. supposedly mencari sunrise di Jurang Tembelan, Mangunan, tp supir tiba lambat, so tak de rezeki kami. Selepas tidur, bangun, tidur balik then bangun, kitorg sampai la ke Jurang Tembelan or dikenali sebagai Negeri Atas Awan. sekali lagi bukan rezeki sbb awan tak banyak. semalam hujan, jd awan yg ade mcm malu-malu je nak muncul. but the view was still breathtakingly beautiful. no doubt. Btw masuk free. amik gambar pun free. cuma ada la situ letak tabung, kot2 nak sedekah untuk memajukan tempat tu kot.
kami breakfast di sini je. cappuccino panas [paket segera la] dgn cucur tepung, makan pulak dgn cili api. [note- sila makan yg kaler hijau, amik yg merah, menangis nanti] sedap. sungguh. try ah.
tips utk bakal kaki jalan, sila pergi ke tempat2 yang best2 di awal2 trip korg. sbb kalau korg mcm aku, bila dh hujung2 ni, nafsu bergambar dah kurang.Thats why di Puncak Becici dan Hutan Pinus, gambar mcm ala2 je. but aku respect kak as n kak D. diorg punya stamina lg bagus dr kitorg. [syuhada, sila amalkan pesan kak as. berjoging la selalu] Puncak becici dan Hutan Pinus pada aku tak de pun. Cuma hutan pinus reminds me of Bamboo Groove, Osaka. Oksigen banyak, nyaman je rasa. Sesuai untuk membuang segala stress keje, masalah2 nth pape yang dah menjadi toksik dalam kepala. Hik.
kitorg tak nak ke muzium. masing-masing duk fikir nak shopping utk cover segala yang tak cukup. maka kami berangkat ke Pasar Beringharjo, yang terletak di Malioboro. kami berlapan setuju nak naik beca. 10k seorg, dlm rm3. mula-mula dibawa jauh, cuak juga hati, kot2 la kena tipu sbb jauh n mustahil hrga semurah itu. banyak kali tanya, tp diorg ckp 'tenang aja buk'. lebih kurg 3,4 stop gak kitorg jalan. and alhamdulillah, tak kena byr lebih. [detail aku dah kongsi dlm itenary] aku sempat beli wardah lagi, baju kelawar dan kain batik 3 helai. [suruh org bukan kaki shopping bershopping mmg tu je la yg dpt]
[beca guna motor. so tak rasa bersalah sgt kalo bdn overweight]
settle di malioboro, kami bersungguh-sungguh pujuk supir makan di Warong SS lagi. kali ni tak yah beratur dan kami dapat duduk dgn selesa. Kalau dtg ke Jogja, please singgah. super sedap. sambal dia blh bawak ke mimpi. dan bau ayam bakar dia, pergh. terbaik dari ladang. owh yang paling penting, ianya murah. kalau tak salah, makan 9 org gini, tak sampai rm100.
malamnya kami stuck tak dapat packing barang sbb jogja blackout. jd, khairi, seperti biasa dijadikan tahanan bilik, tak boleh keluar- kami yang gegadis ni pun melepak bercerita, menghabiskan masa bersama. [sobs. rindu] lepas dah sampai balik elektrik, sambung packing barang yang masing2 dah beranak-ranak beg nya. [kak D boleh beli langsir 9 panel dgn hrga rm100 okeh. sumpah kagum]
4th April
humm. masa untuk berangkat pulang. meninggalkan homestay lps bergambar dgn Mbak Menik dan Mas Denny. memandangkan duit makan ada lagi, jd kami pun bersarapan dahulu sebelum singgah di Parambanan untuk membeli oleh-oleh especially fridge magnet sbb kat malioboro tak jumpa. Owh btw. Sebelum lupa. dtg indonesia sila cuba sup buah. sedap.
urusan di bandara alhamdulillah dipermudhkan Tuhan. tepat jam 11, kami pun meninggalkan Yogyakarta dengan ribuaan kenangan indah. semoga bertemu lagi, Jogja. terima kasih untuk segalanya.
[rezeki flight balik xde org sebelah. maka, apa lagi- sakan la aku meluruskan kaki. muahaha]
so Yogyakarta pada pandangan mata aku secara konklusinya:-
- sesuai untuk pergi dgn kawan-kawan especially masa muda2 ni. sbb jogja has everything dari kebudayaan, makanan, aktiviti lasak sampailah tapak warisan dunia.
- rakyatnya gigih. setiap perkara yang jadi, diorg tak bazirkan. oportunist. respect!
- warong ss patut buka cawangan di malaysia.
- setiap musibah itu pasti ada hikmah. just put your trust in Allah.
but bnda yang paling aku belajar sekali dlm trip Jogja ni adalah- "its not where you go, its who you travel with"
terima kasih Allah, kerana mempertemukan aku dengan mereka. terima kasih untuk ukhwah ini. terima kasih kerana menerima aku sebagai teman. terima kasih pada izzah & ecah, who treated me with respect and love. for being lovely sisters whom ive never had before. to tiqah n khairi yang tak henti mengusik dan bergurau. even akak buat2 marah, but trust me, i appreciate those jokes, it shows how comfortable both of u with me. to kak as n kak D, yang selalu beralah, guide kami like little sisters, untuk nasihat dan cerita yang mengiburkan. juga untuk gambar yang cantik-cantik [hehe] terima kasih. utk yang tak dapat join trip kali ni,- Yaya n Fit. semoga ada rezeki dan jodoh kita utk berjumpa di trip yng lain. and last but not least, my travel buddy, my sister- kak ety. thank you. for every single thing you did.
sayang. sungguh. i'm looking forward for our next reunion. Melbourne 2018, moga Tuhan rezekikan.
No comments:
Post a Comment
senyum <3