Tuesday, November 11, 2014

Vienna: Bila Tuhan Kata Kun Fayakun (Bahagian Pertama)


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Tuah ayam nampak di kaki [ye ke] tuah manusia siapa yg tahu. dpt ke Vienna ni betul2 hadiah besar Tuhan untuk aku. so utk first part ni,aku citelah asal kejadian keberangkatan aku ke bumi eropah tu. sblm pape, meh tgk map utk sape2 tak tahu mana letaknya vienna ni.


9. Oktober 2014.
Aku kat office, dpt call dari ibu. Katanya dpt jemputan untuk mengaji. Okaylah. perkara biasa lah tu. aku tanya kat mana. Di Vienna, Austria katanya. and i was like.. what?? dan2 tu p google tempat yang aku tak pernah dgr pun [ok. pernah dgr. Vienna Treaty. International Law. tp tak pernah apik pun mana letaknya Vienna ni] n d best part about that phone conversation bila ibu tanya- along nak ikut x?. owh, mak. apakah perlu ditanya? haruslah mahu! lps tu juga g jumpa pn.mai n explain about the invitation and my leave application approved okeh. [see. kalo Tuhan kata ko punya, Dia akan permudahkan jlannya] [lompat-lompat kegembiraan]

14 Oktober 2014.
Cerita nak ke Vienna ni mcm mimpi. macam ye tak ye. mcm tipuuuu je. mcm scam je. mcm.. biar betul? sbb masih belum ada surat hitam putih. masih belum confirm. masih belum ada pape pun lg. but jd ke tidak, aku p gak buat pasport sbb ni first tym aku nak p luar negara. takpelah, kalo xjd pun p vienna, mungkin ada nk guna p tempat lain la kot. [ayat pasrah memujuk hati]

17 Oktober 2014.
buat pertama kalinya sejak 130887, siti syuhada ni menaiki kapal terbang. ke perlis je pun. turun alor star. leka pandang luar tingkap. mujur bos bagi can aku duk tepi tingkap. cantiknya lah awan. subhanallah. mcm padang penuh snow. dlm hati duk fikir, mcm ni ke agaknya rupa padang maysar? teringat juga ttg MH370 & MH17. [alfatihah] hari jumaat tu first tym naik kapal terbang, selasa depan nak p jalan jauh? naahhh.. tipulah! 

20 Oktober 2014
Cerita nak ke Vienna masih belum confirm. selagi tak tgk email utk tempahan tiket sampai ke sudah aku tak caye. btw ni tak berkaitan dgn Vienna but on dat day, aku first tym buat cross exam sorg2 tak de bos. aku tak pernah buat re exam pun, tetibe kena buat cross. kt Plaintif pulak tu. kaki gigil, muka cool. steady, steady. Alhamdulillah, it went well. masih duk berkira, kalo tak jd p vienna, cane aku nk handle sedih kt muka?

21 Oktober 2014
email tempahan tiket akhirnya sampai. patutnya pergi malam ni. tapi ibu wasap kata flight 23hb malam. ok. sempat nak buat last preparation sbb even jaket tebal pun kitorg tak de. in fact aku ada banyak keje yg perlu disettlekan sblm pergi. cuti start 23.


23 Oktober 2014
pagi sempat lagi aku p seremban naik opis. dah sign few documents, maka bermula lah cuti seminggu terkejut aku ni. akhirnya. flight pukul 11.30 malam. naik KLM. Dutch Airways. ok. kitorg lambat naik flight. org KLIA dah banyak kali annouce, n sampai panggil baru notice kitorg dah kena naik dh pun. siap kena marah. pe lagi, lari2 la sambil mencungap2. naik flight duk row tgh. aku duduk between ibu n kak lin... and our 14 hours journey began

24 Oktober 2014



pukul 6 pagi waktu Amsterdam, kitorg sampai di Amsterdam Airport Schiphol utk transit. and again, kitorg lambat sbb between gate sampai n gate flight ke vienna adalah sgt jauh. terlepas flight. pergi jumpa org airportn diorg letakkan kitorg dlm waiting list utk flight pkl 11 pagi. tp xde rzki, next flight yg confirm ada tempat adalah pkl 5 ptg. 10 hours stranded. tak mandi, tak hape. sumpah muka sememeh gila. mknan halal amatlah susah nak cari n all our food pun dlm luggage yg berkemungkinan dah sampai vienna. g la cari ape2 mkanan yg dirasa confident nak telan. toilet- tu lg satu masalah. owh serius, tym ni aku betul2 rasa nak balik malaysia.

[nmpk tak muka kitorg separuh nyawa je tinggal ni?]
 
lps bertabah hati selama berbelas jam tu, kitorg pun akhirnya berlepas ke vienna utk 2 jam flight. dlm flight tak fikir pe, tdo je. tau2 dh sampai. i still cannot forget the very 1st moment aku melangkah kuar dr flight [sbb dia mcm ko kena naik bas n g ke gate masuk. mcm air asia tu] windy and sejuk gila! no. not gila. its gilosss. aku mmg tak tahan sejuk. aircond dlm blik opis aku ni pun aku letak 27 drjh celcius. mulut bergetar mcm baby bru lps mndi tu. n rasa nk nangis sbb sejuk yg amat. damn weather apps! kata 17 darjah celcius! tipah tertipu. 



keluar dr international arrival tu [btw luggage kitorg sampai sama dgn kitorg. alhamdulillah] kitorg dijemput oleh org yg menganjurkan program ni termasuk suami kat balqis, ustz maulud.dibawa ke Restoren Tulpe; restoren Turki utk mkn sbb utk berbelas jam tu yg ada dlm perut aku hanyalah roti dan air hot choco. dan masa itulah aku mengakui bahawa aku mmg anak rembau, tekak org melayu. mmg tak boleh masuk segala pe yg diorg bg mkn and ada satu bau [ustz amir kata bau minyak zaitun] yg aku mmg tak blh blah. dlm hati duk doa cpt la check in hotel. aku nk mkn maggi malaysia. hukhuk


 
 [tu Aisyah. dia tgh ajar k.lin cane nk mkn lauk turki ni. nasi yg penuh daging ni, dia blh habis sorg2 mkn. plus the sup. sup perut. nmpk tak beza mangkuk sup aku ngan mangkuk sup dia]

lps mkn, kitorg dibawa check in hotel. Hotel Kaffeemuhle namenye. hotel biasa je tp cantik lah jugak.


 

cantik kan? okeh. aku sambung lagi nanti. utk 7 hari aku di sana. :)

Friday, October 31, 2014

Kota Cinta Mereka

Aku lihat cinta
yg berbeza maksud dari mata mereka
aku lihat cinta mereka
cinta yang bersungguh rasa kasihnya

aku rasa cinta
dari mata mereka yang sama
merantau meninggalkan semua
demi cinta yang mereka rasa
terkorban segala yang mereka pernah ada

aku hidu ikhlasnya rasa
harum sewangi syurga dunia
menusuk terus ke dlm jiwa
dan terus kekal dalam hatiku buat selamanya

Aku mula belajar rindu utk melihat mereka. 

- dedikasi buat kak balqis, mak jah, kak wan & abg asrul yang berjuang utk cinta mereka di Vienna sana (Syuhada.31Okt2014. Seremban)

Thursday, October 9, 2014

Burrrrrnnnnnnn!!!!

Kau pandang dia. Tak pandang aku
Kau suka dia. Tak suka aku.
Kau puja dia. Kau sisihkan aku.
dan sekarang siapa yang gila kau tanya?
aku- aku lah yang gila.

masa kau pandang dia. aku tenung kau.
masa kau suka dia. aku cintakan kau.
masa kau puja dia- masa tu la aku naik gila.
dan sekarang aku tak salahkan siapa-siapa.
malah aku tak salahkan aku.

karma kata orang. kerja Tuhan kata aku
apa nak dihadap apa kata org. aku percaya apa kata Tuhan aku.

p/s: before this Baekhyun, now GD! why all my bias are declared to be in relationship this year? there goes my fangirl fragile heart

Tuesday, October 7, 2014

Ohana

Having a place to go is : Home
Having someone to love is: Family
Having both is a Blessing

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha to fellow muslims. This year probably is the simplest yet meaningful aidiladha celebration for my family. No lemang, no rendang, no ketupat apatah lagi kuih raya-- but everything feels so great because I have everyone around me. We laughed, we talked. Tak tahu nak explain macam mana but seriously, rsa bersyukur n bahagia yang amat sangat bila ibu ayah and adik beradik ada. 

Lepas teman ibu ayah buka puasa, usai solat maghrib kitorg buat tahlil skit utk ahli keluarga yang dah pergi especially buat wan & atok & solat isya' berjemaah [alfatihah] dia ada satu rasa tenang yang susah aku nak gambarkan bila aku- as org yg duduk paling belakang dlm jemaah n tgk satu keluarga solat bersama. rasa terharu, rasa secure, rasa bersyukur, rasa macam2. that moment-- its a treasure that i will keep it safe in my heart till d day i die. Sempoi tak sempoi, family aku malam raya makan pizza and lepas tu tgk conjuring ramai-ramai [except me and ayah. ayh dah tido awl. aku? aku ada je duduk belakang ibu. tp mata pndg phone, telinga cucuk headset. mati hidup balik aku tak mo tgk cite tu. seram seh] 

esok pagi p smyg raya. org ramai gila sampai aku & ibu kena solat kt laman masjid- berbumbungkn langit Tuhan.. cewah! tp best. cuaca redup and sejuk. tghari g jasin, makcik ajak dtg mkn. lps mkn, kitorg adik beradik gerak balik dlu while ibu n ayah stay sbb ada hal nk bincang. [perjalanan balik yg memori gila. sampai mati tak lupa. Hehe] lps asar, start bbq sampai malam. esoknya kitorg sarapan sampai ke tghari.
 

 

 simple bukan? simple je keluarga aku. takde benda yg exiting pun. takde benda yang bermewah2 juga. but aku catatkan balik semua ni sbb aku tak mahu lupa-- especially andai satu masa kami diuji-- bahawa aku punya keluarga yang sanggup aku lindungi dgn nyawa aku sendiri. aku tak mahu lupa bahawa aku pernah rasa gembira hanya dgn senyuman adik2 aku. aku tak mahu lupa yang keluarga aku adalah harta aku paling mahal yang pernah aku ada. sume tu aku tak mahu lupa. sbb keluarga aku, nyawa aku. 

Thursday, October 2, 2014

Hello, Sepoloh!

Amik ko. Sebulan aku tak update blog. Tahu-tahu dah bulan Oktober. Nth, myb life cenggitu je. Tak de travel mana2, takde heartbroken, takde jatuh cinta. eh. Kesimpulan tak de benda yang aku rasa best nak cite. Writer block sgt lah kononnya. 

so. apa yang aku nak bebel dis tym? ok. i've been tagged by my beloved 'twin' utk yg 20 facts about me tu kt fb. tp rasa mcm fb ni terlampau open la plak nak cite psl diri sndri. blog ni mcm private sket n tak ramai org tau jdnya, sini lah aku skrg. Writing about myself. 

20 facts about me. sitisyuhadamohdisa's version:-

1. I dont like selfie/selca sorg2. Dulu selalu la buat. zmn2 baru nk hidup dlu. But now tak faham dgn idea senyum2 sorg2 kt camera phone sndri. Then upload. Motif? [honestly pernah buat skali masa umu2 dh gini but then kena gelakkan ngan adik aku. tobat tak buat lagi]
2. I've known an angle. Kenal rapat. and i called her- ibu. 
3. Kpop has turned me into pedo.
4. I dont understand haters. They are weird. Kalo dah tak suka-unfollow je la. why must being sooo vocal about other's life? 
5. I dont like issue. Benda boleh settle, settle kan je. Minta maaf and move on. No point nak pertahankan ego kalo tidur mlm pun tak lena. 
6. Sebelum mati kena try bungee jumping and para gliding
7. people defined me as garang. but i defined myself as straightforward
8. muka aku sebijik salin muka ayah. sikap pun. dats y aku syg gila kat mak aku
9. i have five younger brothers- they are my pride
10. and i care A LOT about my pride. 
11. d last tym i fall in love was in 2002. yeah. 12 years ago. crush bersepah 
12. being a lawyer was my childhood ambition and i'm proud to say dat i've reached my ambition
13. aku mudah nak syg org. org myb susah nak syg aku
14. i have a limited circle of friend. 
15. my real, true and one and only bff is my mother. she know me inside out. 
16. I have things with anything white in color. Target nak beli warna lain but selalu end up dgn benda warna putih.
17. ..but i dont like lelaki kulit cerah2 ni. jambu gilos
18. did i told u my mother is my other half? even mcm mana pun, we have totally different taste in everything. Guys contohnya. I like Remy Ishak, she doesn't. She likes Fahrin Ahmad, and he is a BIG no no to me.
19. aku ada high interest dgn puisi. tp kdg2 susah nk faham apa yg org ckp kan which means i'm not that good with poems 
20. i'm a morning person. aku boleh nyanyi right after bangun tidur. 

so? entah. apa motif tag2 ni pun aku tak tahu. Heh.