Friday, January 24, 2014

Future

Aku benci subject LRM masa BLS dlu. Opinion writing pun. even lecturer opi tu best, tp still- takkan mengubah persepsi aku bahawa wat research psl law itu membosankan. 

akibatnya- ni lah akibatnya. 
bila buat hujahan, aku rasa nk muntah. dlu tym blajar blh la pinjam research org lain if tetibe kena present. Ni bila klien duk tanye, nganga la nk jwb. Bahana tak ske baca buku. Tak patut ada sikap ni pada seorang lawyer. 

and sikap ni jugalah yg membuatkan ku fikir nak resign. 
aku nak cari kerja lain. Janji aku pada ibu, setahun je aku jd lawyer then aku dh blh pilih keje lain. 30hb 1 ni genap setahun aku jadi lawyer and now aku pun tak tahu apa aku nak buat. 

ada terfikir nak masuk kelas jahitan. lps ni keje jahit baju. blh duduk rmh. tak payah iron baju segala nak g keje. tak yah nk spend duit minyak. lagipun baju nak tempah skrg ni mak datok nye mahal. buleh kaye kalo rajin. Maybe aku tak tahu betapa susahnya nak jahit baju, dats y aku pertikaikan. [samelah mcm org question legal fees mahal gila. ko buat la weh, tgk bape fees ko nak mintak] [campur skali struggle bertahun bljr. tgk. ko blh tak buat fees ala2 charity] 

DLSA dah habis, aku ada mcm2 plan dlm kepala. antaranya nk join kelas perbandingan agama yg sgt lah mengujakan. aku tak tahu pe hal ak ske sgt tajuk gitu. ingat lagi buku yg arwah wan beli utk aku masa aku dalam 10 or 11 tahun kot. tajuknya- 7 malam debat islam kristian. cenggitu la lebih kurang tajuknya. [amacam? cool tak budak baya aku baca buku cenggitu?] so point nye kt sini, aku nk kata mmg aku teramatlah minat bnda gini. insyaAllah akan join course tu kalo ada chance. 

future. 
seikhlasnya sbb aku asyik duk fikir psl mati, aku rasa mcm tak de point gak nk plan utk masa depan. tp ada satu hadith cite- kejelah macam nk hidup 1000 tahun tp beribadatlah mcm nak mati esok. camtu lah bunyi nya. sape perawi aku tak tahu. tak de lah aku kata ak warak ke pe sampai nk duk surau je [g surau aritu pun aku sesat] tp aku rasa tak yah sgt nak fikir psl future. yg penting la ni. tahun ni azam nk jd manusia aktif. tiap2 minggu kena ada aktiviti. harus! 

apa nk jd in future, either masih jd lawyer ke tak, bak kata cuna [kot] just follow the flow.

Thursday, January 23, 2014

Mata

Aku pandang wajah ibu,
Ada sayu mahal harganya

aku lihat wajah ayah,
Ada kasih tak terucap banyaknya

aku renung wajah saudara,
ada ukhwah syurga bandingannya

aku jeling pada cermin
ada aku-
berdiri di situ
yang mencari hala tujuanku
teraba-raba dalam terang
terpandang-pandang dalam gelap.
buta.

sesekali pandang pada langit di atas
atau tikar sejadah di bawah
terasa pandangan Tuhan dgn penuh kasih melindungiku
biar selalu aku lupa Dia
Dia tak pernha lupa aku.

Terima kasih Tuhan
utk segala

Wednesday, January 22, 2014

Memoir - #1 (general)

Aku dapat rasakan this is goint to be a looooong post sbb post kali ini adalah berkenaan dgn collection of memories i.e memoir tentang DLSA. cuna mintak ak post benda ni. bagi dia ingat katanya. okay bebeh!

[tarik nafas panjang-panjang] [bgm: cuba teka by tasha manshahar & syed syamim]

Kenapa aku wat DLSA, DLSA part one sume ak dah penah cite before ni. so dis tym aku more focus on DLSA part 2 yg aku kira much-much better n best dari part one. in term of subjects or lecturers best lg part one. Itu fakta betul dari kacamata aku la. tapi in term of ukhwah sesame classmate, part 2 especially lps mooting, kitorg jd rapat. even ada la pertelingkahan secara perang dingin mahupun direct tp bila masing2 dh terdedah dgn dunia professional, masing2 dh blh handle dh. Mooting jd ice breaker sbb group2 kecil yang selama ni duk kawan n bincang sesama sendri dah pecah n we start talking, discussing and working as a team. Bukan aku sorg yg terkesan dgn berakhirnya DLSA ni.. bawah ni beberapa screen cap dr fb kwn2 yg kena DLSA-post effect. hehe.






 ni luahan rasa dari syamir. syahdu gak ah. tp d fact dat dia tak ingat lempeng yg aku wat utk dia, lansung tak jd syahdu. huehehe. xde ah. gurau sajo. bila org lelaki wat luahan rasa gini, feeling nye tu lain skit. hehe.

 

ni dari cuna. n bwh ni dari tyra, husna, shikin shaarani, effa and abg ngah- si jejai skmm





 as aku penah mentioned before, prelaw ke BLS ke LLB ke tak penah meninggalkan effect mcm ni punya hebat kat hati. odw ke shah alam for the last tym hati aku cukup berat. sebak pun ada. even duit, masa dan penat lelah mmg banyak habis dek DLSA ni, seriously aku rasa tak cukup masa bersama diorg. [sobs]


 
 




presentation adalah masa discussion yang menggila. apa yg aku respect dgn clz ni, we are open for discussion. letak la topik pe pun, masing2 blh contribute idea masing2. sembelih penguin, taklik, poligami etc etc walaupun org2 yg berckp adalah dari kalangan manusia yg sama at least clz tu x boring n meriah jugak. yelah, dr pkl 8 pagi sampai 8 malam clz. lunch hour sejam cuma, kalo clz boring mcm zmn BLS dlu, ko blh muntah weh.


confession: sampai la ni aku tak faham faraid aku bljr pe

Food! ah. ini best. mostly girls akan angkut segala benda yg boleh. especially yg rajin masak mcm husna kokdiang, yana, dn gadis2 rajin masak yg lain. Mana yg pemalas [macam aku] n tak sempat akan bawak roti ke pe yg sempat dibeli. and segala makanan tu akan dipas kan ke meja2 lain. duh, indahnya ukhwah. Biasenye tak denye sempat pas jauh. dapat kat bebudak lelaki yg kelahap tu, makanan tu pupus mcm dinosaur kena hentam komet. Heh. Cite psl makanan takkan blh left cite psl potluck. Potluck mmg syok. [cite psl potluck teratai tak dicite kt post ni. teratai ada post khas. heh] Macam2 makanan ade. 2 kali potluck ats sebab teknikal. Things happened for reason. Tuhan bg mslh skit tp Tuhan balas dgn double happiness. Alhamdulillah.

 
 
 
 
 



Mooting!!!!
mcm yg aku ckp awl2, mooting ni ice breaker. perempuan kan assobiyah nye tinggi. nak berkawan tp mcm awkward skit. tu aku nye POV la. side bebudak wing kiri tu [cikpah & the geng] awal2 aku rasa diorg mcm kekwat gila. u know, darah LLB UiTM masih fresh. bdk LLB UiTM kan org ckp kekwat, so mcm tu la aku pndg diorg. But serously aku dan sume org silap. bebudak LLB tak kekwat, diorg just 'rare' bak kata cikpah. haha. [gila aku rindu nk peluk effa si budak empuk] aku ingat nama diorg pun lps mooting. teruk kan? bisik2 ngan cuna or aimi- weh, bdk tu nama sape? sbb aku mmg cepat lupa nama. Imagine aku amik masa 3 pertemuan nk hafal nama zafirah dzaki tu. tu yg duk sblh tu, inikan pulak la yg berselisih stkat senyum sipi je.

Mooting msa DLSA tak de lah sekecoh zmn BLS or LLB. myb masing2 dh ada pengalaman, so mcm cool je sume. tak blh blah group aku OKT siap tukar skrip. hahaha. penik gak cari ayat cover. Alhamdulillah, everything went well. Terima kasih rerakan especially k.amal n yazid sbb banyak ajar. Tuan Rushdan pun! terima kasih sbb bg idea n tunjuk ajar.

 



 
 

 


Lagi pe ek? ha. wasap group!
wasap group ni ak blh calonkan antra wasap paling aktif dlm semenanjung malaysia. Sakan masing2 bercerita. Aku ada gak la mencelah sekali sekala. Tapi tak la seaktif tira, abu dzar, tn.rushdan, k.zura, fizo n beberapa nama lain. Kau tak tgk dlm dua jam, tuuuu dia- almost 400 msg unread. Aku perati group makin aktif sejak ada meor n jejai. Haha. [peace!] bagus gak. at least tak de la hilang kemeriahan bile dh hbis DLSA ni.. hukhuk.

[ni xde gambr. sbb seriously, banyak gila kot] 

okeh. tu je. even aku tak rasa korg akan jumpa post ni sbb blog ni takkan di war2kan sbb too many private things aku sumbat kt blog ni but if one day korg terjumpa link ke pe, i just want to say thank u. for everything. u guys beautifully colored my life. i will miss u. all.

sincerely- syuhada

Monday, January 13, 2014

Ibu

malam tu tak mampu nak tgk. asyik tawaf bilik tidur ke bilik air. cool gak ada youtube ni. benda ohsem gini blh tgk berkali-kali. Teringat ibu. Masa aku sakit tu, org yg ada nangis sama2 adalah ibu. Risaunye dia, Tuhan je lah tahu. Terima kasih bu utk kasih syg yg terlampau banyak tu. *pelukcium*