Friday, April 18, 2014

Lost World of Tambun: Catatan Perjalanan

Cases. Courts. Boss. Colleague. Filesssssss!!!!

Hectic. isn't it?

So. Lets have a short trip to the Lost World of Tambun!!!
[ok. sampai situ je aku ckp oomputih. nanti lps aku dh passed kursus english aku bln 5 onwards ni, i'll try to write in proper English. Wish me luck!]

Basically basic info pasal Lost World of Tambun korg blh dapat kat website or FB page diorg [p carik. aku mls nk cari link] Segala butir pasal tiket etc korg blh dapat kat sana. Aku g dulu pakai pakej yang cuti.com bagi. Since letaknya dekat je lps kuar persimpangan Ipoh tu, so senang la nak cari especially lps wujudnya benda alah nama GPS ni.


Sampai dalam pukul 11, tapi boleh check in hotel pukul 3. Bapak la lama jadi g la mandi dlu. Between hotel ngan theme park tak jauh. jalan kaki tak sampai tujuh minit. Since time tu adalah cuti sekolah, orang mmg la ramai yang amat. Masuk mandi, korg akan diberikan tag gini.



tips: jgn pakai ketat bnda alah ni. darah tak blh jalan nanti 


odway nak masuk tu ade diorg susun patung2 kucing ala2 firaun. kucing firaun ni mcm treadmark Lost World ni. Kiranya kalo korg g Tambun but tak amik gambar ngan kucing ni, kira tak sah la. Ha. Cenggitu.[gambar aku ada gak. cuma tak sesuai letak kt sini. Heh]

Kod pakaian takde. Cumanya kalo nak naik gelongsor air yang nampak cam best giler tu, korg tak blh pkai trek yang ade getah kat hujung. Kena pakai legging. Jadi aku dan kawan2 pandang je la gelongsor tu dgn harapan yang punah. Lagi satu tips: pelampung biru yang diorang sewakan tu tak payahlah sewa. Gelongsor air tu ade pelampung khas. Buat menyusahkan korg je kalo dah baya kita nak guna pelampung bagai unless korg mmg nak lepak ats pelampung n menelusuri [ceeeewah] sungai buatan terpanjang di asean tu [eh ye ke. terpanjang la. tapi tak ingat peringkat pe] kat dalam tu jugak ada mcm2 prmainan mcm merry go around, buaian yg blh naik tinggi tu, viking boat etc. Tips: prmaian2 tu mmg blh bg korg sakit kepala. Seyes, nak try boleh tp make sure korg ada standby panadol dlm poket. 

Lps mandi sampai kecut, balik la hotel. Solat sume, siap2 masuk la balik. Tips lagi: kalo nak kuar kejap make sure korg bgtau dgn clear org tu yg korg nak masuk balik so they wont cut korg nye tag putih tu. Kalo dah cut, nasi sudah menjadi bubur- korg takkan dapat masuk balik without paying a new ticket. Tu yang jadi pada aku & kawan2. Jadinya petang tu duk je la bilik. Lepas maghrib, kuar balik then mandi air panas plak.. wooot wooottt

Actually nye tempat nye situ jugak. Just air panas ni kat kawasan kecik skit. Tips: korg wajib try jakuzi air panas yg ade kat situ. tempat dia mmg kecik cekonit je. muat dalam lima enam org je. Tapi mmg best weh. Macam mandi dalam gurung berapi sbb effect lampu sume tu. Ohsem, ohsemm.. Orang kata ada tukang urut bagai, puas aku cari tak jumpa punn.. SPA ade tapi tak include dlm pakej. kalo nk, bayar sendiri. Member aku cakap, paling murah RM80.kt dlm tu ada little ipoh street. Jual makanan and minuman ipoh mali. siang ade gak but mlm lg menyerlah sbb lampu sume tu. Sejuk2 lps berendam, then pekena plak kopi panas, mmg layannn weh..



Habis mandi balik bilik. Pi makan. Sila on GPS kalo nak cari tempat best. Tapi kat depan tu pun ade gerai makan. Murah and rasa dia boleh laaa..perut kenyang, hati happy, jd nya boleh la merangkak naik atas katil, kasi rehat sama itu mata. [dah macam ular sawa]

Esoknye, breakfast kt Golden Terrace! Okeh. Yg ni aku suka sbb tempat nk bekpes mmg terbeak. Nyaman gila. Tempat mkn pun kemas, bersih and makanan dia sedap! Org mmg sgt ramai tapi nmpak x sesak sbb susun atur ruang mkn dia bagus. 
kat balik pokok tu la letaknya Golden Terrace. Dekat sgt ngan hutan. 

Since ada banyak lg tempat dlm lost world yg blm di explore natijah dripada duk leka berendam dlm air smlm, jd kitorg beli lg tiket baru since dlm pakej ade discount 10% untuk pembelian tiket bru. Pakai tag baru then start exploring!!

Nenek kebayan ni duk ajak org p masuk rmh hantu. Kalau dua puluh tahun dulu, mahu menjerit aku kalo dia dtg dekat. La ni, wat macho  je la bila nmpak dia. [even teringat2 gak bila sorg2] Ada lupe'adventure- actually nya mcm roller coaster. Mini roller coaster to be exact. First tym naik. Since dia mini je tak de la ngeri sangat nak naik.


 Then ade gak cam harimau la, landak la kat area situ. Kesian gak pandang kena kurung gitu. But since diorg lebih dijaga, makan ade org tgkkn, sakit ada org yang ubatkan so I think this maybe the best for them. Hukhuk.

 [dlm jantung hati teringat kat putut je. Baru kucing, blm anak lagi ni. Heh. Kan best kalo blh bawak putut g sini] [ye. sila hempok aku]

Then ade Dulang Tea House. Masa kitorg dtg, mcm tak bukak je tea house ni. Tapi dalam nye ade mcm mini muzium psl mendulang timah & industri perlombongan timah satu ketika dulu. Diorg psang lagu2 lama zaman p.ramlee kat susur tu. So blh la nyanyi2 sambil menimkati keindahan alam. Ececeh. 






 Aku dah letih bercerita actually nya ni. Korg tgk gambar je la ek.


ni area kat tempat mining tu. Dia ade letak replika dulang so korg blh rasa camne sakitnya pinggang bila mendulang tu weh. Dats y makcik2 tu perut tak buncit. Hihik.




Binatang2 ni ade kat petting zoo. Tak de haiwan bahaya except ular dats y binatang2 ni cam bebas je. Mmg terasa dekat la dengan nature. Kesimpulannya psl Lost World ni mmg agak best la utk short trip and family gathering. Bawak anak2 best sbb tempat ni mmg family oriented. Tempat ni best sbb dekat ngan nature. Dah lama duk sedut karbon monoksida, sesekali dpt oksigen pure mmg kepala rasa lega. Tapi jgn plak korg question Tambun ni ade kat Malaysia ke kat Bangladesh since aku rasa 70% pekerja kt sana stok2 abg jual karpet je. Heh.

Ok. Bye korg. Nanti2 kita jumpa lagi, InsyaAllah. Tata

No comments:

Post a Comment

senyum <3