Sunday, April 20, 2014

Sampah.

Kau tahu rasa itu
Bila dunia seolah tak perlukan kamu
Ditendang ke tepi-- tak ada siapa yang peduli
Duduk kamu termanggu sendiri.

Kamu tahu rasa itu
Bila jantung rasa berat-- bagai mahu pecah
Menanggung rasa sedih dan marah
Tapi mulut tak mampu berkata walau sepatah
meluah rasa dipendam tak sudah.

Kamu tahu rasa itu
Bila semuanya tidak lagi seperti biasa
Kamu sedar ada yang tidak kena
Jurang makin luas--jarak makin jelas
Hanya menunggu kamu melangkah
pergi jauh dari hidup mereka

Kamu tahu rasa itu
Rasa seperti sendiri
Satu--seorang cuma menongkah dugaan dunia
Pada siapa nak diadu sakit--pada siapa nak dikhabarkan suka
Tiada. Tiada.

Kamu tahu rasa itu
Bila kamu tidak lain hanya pilihan
Dicari bila susah-- ditinggal bila sudah

kamu seperti hampas tebu
terlonggok tepi tong-- mungkin masih dipanggil tebu
cuma sudah jadi sampah

Kamu tahu rasa itu?

No comments:

Post a Comment

senyum <3