Tuesday, February 7, 2012

mari berangan

[berangan org kata tak bagus. tapi dari angan-angan lah timbulnya impian. angan-angan bercampur dengan usaha akan menjadi cita-cita. oh. ini dh mcm try nk berfalsafah. tapi mcm yg u guys nmpk- ia falsafah tak jadi]

sana-sini org kawen. dulu banyak jugak org kawen tapi lately bnyk kwn2 yang aku kenal masuk alam rumahtangga. tidak jeles, dengki apatah lagi malah hepy sbb diorg jumpa their other half. moga jodoh mereka diberkati.. insyaAllah.

bila dh banyak org kawen, lately perbualan dgn ibu pun banyak berkisar ttg kahwin. dia banyak bagitahu impian dia utk perkahwinan aku. i dont mind at all sbb masa dia kawen dlu, dia tak rasa, so untuk anak pmpuan sorg dia ni, biarlah dia aturkan semuanya as long as dia tak wat bnda2 yang aku tak berkenan. as example guna theme wedding color hijau. a BIG no for that. please. so slagi masih on track, wat la mak.. [ceh. mcm la dh nk wat sgt kan?]

yanti guna peach sebagai theme. peach campur baby pink. angah guna gold bln 6 ni. yang lain idok le aku tahu. aku? well. utk wedding impian, biarlah guna putih. aku sgt2 la suke putih. obses mungkin dengan putih. ibu pun kata tym nikah dia nk aku guna putih. n tym lansung n putih kuning cair. mcm mana? aku pun tak tahu. kalo blh serba serbi aku nk kaler putih. mungkin tak berseri tapi nanti bubuhle kristal ke bunga ke kasi naik seri kan.. tu keje wedding planner la. tapi basicnye biorle- putih. hehe

style? malay nye wedding. not too traditional tp tidak english style ke pe not my taste. ikut adat melayu la. adat n9. ibu kata kalo bukan kita yg wat, sape lagi? baju, khemah, plamin segala sume kena ada ciri2 melayu. tu mmg op coz

bercakap psl pelamin. aku ske yg simple. jgn crowded sgt, jgn terlalu simple sgt. just elegant. elegant pun tak jugak. simple but nice.

ni adalah contoh pelamin yg too simple for me but subhanaAllah sgt la cantik dn menawan hati. santek sgt2. sungguh.

ni style putih yg aku impikan.. tidak ke nmpk bersih putih suci gitu? huehehe

okeh. ini cantik. suit my taste. simple tp indah. full stop.

hantaran aku nk faiza yg buat. inai pun. dia manusia plg artistik yg pernah aku jumpa. make-up al-mun. hasil kerja dia utk yanti n ummu sgt la bagus. lagipun aku knl diorg so lebih selesa. gitew!

nikah di rumah. tak mo nikah di masjid. org tak respect masuk masjid. ada yang tak bertudung proper (padahal islam- nth ape la mslh nk pkai tdung elok2. masuk msjid kot. hormat la skit) so dari hati aku n mak ayah aku mcm menjurus ke acara penyumpahan secara diam-diam, baikla buat di rumah.. rumah pun cdgnye nk di renovate.. biar besar skit. sng nk kenduri. lagipun adik beradik aku nk merasa blik sndri.. so tambah skit memandangkan ada tanah skit..

goodies bag. bnda petama kena pegang- kena sederhana. jgn membazir. tak pyh beli gelas kecik2, atau bekas kaca mhl2. org tak guna pun. campak lagi ade. yasin mathurat pun aku tak nk sbb org tak pndai nk jaga. main campak2. so myb bg kek gulung chumel mcm k.lin penah tunjuk kt k.ogy msa anak dia nk kawen dlu. simple and simple.

ibu kata jemputan mesti ramai sbb ayah cikgu, ibu pun ramai org kenal.. utk anak sulung mesti la kena jemput ramai org sbb nanti org kecik hati. ni mmg kampung kitorg so aku tak blh bygkan bape banyak khemah nk pasang. imagine ek. kata la aku yg 1st kawen dlm family. tetamu yg hadir adalah sedara mara jauh dekat. kawan2 ayah (same mengajar, kwn skolah etc etc). kwn2 ibu (skolah, mengajar, qari qariah yang dia rapat etc. etc) org2 taman. kwn adik2 aku. kwn2 family aku. kwn2 aku lagi (skc, smkap, sdsr,sham, uitm merbok, BLS, LLB, kwn2 pejabat) fuih. kena wat kat dewan ke pe ni?

destinasi bulan madu- sipadan. yup. aku teringin sgt nk g pulau yang org kata sgt le indah itu. teringin nk jln2 bersama2 en.future hubby yang tym tu dh sah jd suami. menabur cinta di sana.. huehehehe.. syiok tuuu.. hihi

owh. terckp psl suami. berangan bagai nk rak psl kahwin, calonnye bayang pun tak nmpak.. aku ingat nk biar ibu n ayah carikan la. aku tgk cara mcm tu lagi berkat. dari kapel2 ni. mmg la best kapel tp tak de jaminan lagi lama ko kapel lagi bahagia ko. aku tgk lgi bercerai berai ade. so biarla ikut cara islam.. mcm yanti, mcm ally iskandar.. cool pe gitu.. kan?

got to go. nk tgk vanilla coklat. aish. encem plak si hero itu

Bonda. Ibu. Mak. Juga Segalanya



13 Ogos 1987; pn.noorliza hj tajudin menjadi seorang ibu buat kali pertama buat anaknya bernama.. hehe.. ye, saya. siti syuhada bt hj mohd isa. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan wanita ini sebagai ibuku, kekasihku, nyawaku.

ibu adalah bakal ahli syurga. saya pasti tentang itu.
mengapa?

kerana dia adalah anak yang solehah.
tidak melawan ckp wan & atok, tidak meninggi suara. biar dia akan meluahkan rasa dgn saya ataupun dgn ayah, tp tetap di depan ibu bapanya, dia adalah anak yg taat.

kerana dia menjaga maruah suaminya.


ibu menjaga tertib lakunya. ibu menjaga air muka ayah sebagai suami. dia mungkin bukan isteri yang sempurna; ayah juga bukan suami yang sempurna tapi mereka melengkapi antara satu sama lain. mereka membina sebuah rumah tangga sehingga saya sangat2 bangga menjadi anak mereka berdua. ibu menjaga batas pergaulannya. auratnya. tutur katanya. makan pakai ayah, segalanya ibu jaga. ibu adalah isteri yang cemerlang di mataku.

kerana ibu adalah muslimah yang unggul.
suara yang indah digunakan untuk membaca ayat2 suci al-Quran. dia menjadi pendidik; menyampaikan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada ramai orang. Dia juga gigih menimba ilmu Al-Quran seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dia menjaga aurat dengan sempurna. Solatnya tidak tinggal. Ibu wanita contoh yang saya sangat banggakan.

kerana dia dikasihi ramai orang
ibu menjadi tempat rujukan ramai orang.. sikap keterbukaannya membuatkan ramai orang senang berbual dgnnya.. sanak saudara amalah sahabat2 ku juga ada mengadu nasib dengannya.. dia memuliakan tetamunya.. tidak akan ada tetamu yang dtg yang tidak dijamu.. walaupun dia letih dan penat, dia akan pastikan tetamu nya senang berada di rumah kami.. biar lauk yang dihidangkan cukup sederhana, tapi dia akan pastikan mereka selesa.. dia kasihkan binatang.. takkan bergerak walau seincipun kaki ibu kalau binatang peliharaannya tidur di pangku nya.. dia ahli masyarakat yang disegani ramai..

dan kerana ibu adalah ibu terbaik buat anak-anaknya..
ibu adalah ibu impian. dia memahami anak2nya, dia mendampingi anak2nya seperti sahabat. menasihati juga bergurau senda seperti teman2 sepermainan.. air tangannya membuatkan anak2nya sihat membesar hingga kini.. dia segalanya buatku..

tapi tolong jangan menjemput dia menjadi ahli syurga mu dalam masa terdekat ini Tuhan.. izinkan saya membalas jasanya dahulu. hajat hati dgn gaji pertama setelah bergelar peguam; saya mahu menghadiahkannya sebetuk cincin emas.. buat ayah, saya mahu menghadiahkan telefon dengan duit elaun chambering yang akan dikuumpul kelak.. insyAllah.. saya mahu mereka senang dengan usaha saya.. saya mahu mereka bangga dengan saya.. saya mahu mereka bahagia atas usaha saya.. insyaAllah~

-lots of love: along syuhada-

Monday, February 6, 2012

Kisah Hati: Part II


menjawab soalan post sebelumnya: terlalu cinta ke aku pd dia?


aku terasa ingin bercakap tentang dia. ini adalah kali terakhir aku meluahkan rasa hati aku tentang dia kerana dia kini milik orang. aku tidak mahu bercerita ttg bagaimana aku jatuh hati pd dia, bagaimana sayangnya aku pada dia, bagaimana cintanya aku pd dia.. tapi aku mahu bercerita bagaimana aku mengadapi hakikat yang tidak mungkin ada masa depan antara dia DAN aku

bln 12, 2011-aku mengetahui ttg berita perkahwinannya melalui FB. bukan melalui event FB etc tp ada lagu kahwin di pagenya. hati aku kuat mengatakan dia akan menikah tahun dpn i.e. tahun ni.. bila? aku tak tahu. masa tu aku tgh teramat2 sibuk dgn final exam. [lihat betapa sayangnya Tuhan pada ku? Dia tak mahu aku terlalu melayan perasaan, jadi Dia takdirkan berita itu sampai ke pengetahuanku pada waktu itu..Tuhan tahu aku mampu lalui semua itu] berkahwin atau tidak masih lagi teka teki sbb sblm ni aku tak pernah dgr ttg berita pertunangan etc biarpun aku tahu hatinya tlh dimiliki..

aku mengetahui betul2 ttg pernikahannya bila ada event di FB semasa aku tgh wat research utk Legal Opinion Writing. jantung aku mcm berhenti sekejap tp since aku tak sempat nk melayan perkara2 sebegitu, aku abaikan dlu. aku tahan air mata. aku tahan sebak hati. aku ada perkara yang lebih penting dari melayan cinta bertepuk sebelah tangan ni.

sebaik sahaja aku submit assignment opinion writing, usai solat maghrib aku tertuduk di sejadah mengadu nasib pada Allah s.w.t kerana semua ini adalah dengan izin-Nya. sakit tapi aku percaya bahawa ini adalah ujian-Nya. tersedu2 menangis kerana hati aku hancur berkecai. tak de perkataan utk aku gambarkan perasaan aku masa tu.

tapi- takkan ada satu pun niat utk mendoakan perkahwinan yang bakal dia bina hancur. seikhlas hati, aku mendoakan dia bahagia dunia akhirat, dikurniakan zuriat2 yang soleh & solehah, di rahmati Allah sampai ke syurga. jangan ada sedikitpun kecacatan dlm rumah tangganya. niat aku menulis doa ku bukan untuk menunjukkan dri ini mulia atau cinta ini hebat- tapi untuk kalian tahu yang cinta aku bukan untuk memiliki. biar ada mimpi untuk meneruskan hidup bersamanya, tapi jika tidak ada dalam tulisan takdir, aku harus redha.

kalau kalian berfikir aku terus menjeruk rasa melayan perasaan, itu salah kerana besoknya, aku bangun dan mulakan hari baru seperti tiada apa2 terjadi. i'll turn 25 this year. i'm not a kid anymore. there is nothing to cry about since i know Allah is always with me. I have to be strong. He is not mine. Neither in past, present nor future.. there is nothing to let go even.

lama aku berfikir ttg hikmah semua ini, akhirnya aku ketemu jawapan mengapa semua ini terjadi. aku jatuh hati pada lelaki itu pd tahun 2002; saat aku mula hendak belajar utk PMR dan cinta aku terkubur pada hari2 terakhir aku bergelar seorang pelajar. aku melihat apa yang Allah aturkan ini adalah kerana Dia tidak mahu hatiku rosak. Dia tak mahu aku rosak kerana aku adalah antara spesis manusia yang akan menghambakan diri demi cinta. aku sedar itu. aku tak pernah menyesal dgn apa yang telah terjadi, malah aku bersyukur kerana Tuhan memperlihatkan dia sebentar dlm hidupku, mengajar aku erti menyayangi tanpa syarat, mencintai tanpa meminta apa-apa..

buat kamu; semoga segala kebahagiaan dunia menjadi milikmu.. insyaAllah

Kisah Hati

[agak kechiwa aliyah tak menang AJL mlm tu, syg. lagu tu best but juri2 sume knows better. awan nano still a good song. congrtz utk sume yg mng]

hello people!!
long tym no see huh? and happy new year even skrg dh masuk bulan ke-2 tahun 2012. i've finished my LLB. finally! and now tgh menunggu result utk apply chambering. lepak2 duk umah sambil bljr masak2. ye. saya perlu bljr msk. sy sgt jahil ttg ilmu dapur. not good because itu blh merendahkn nilai mas kahwin. *wink*wink*


sebut psl kahwin, selamat pengantin baru buat sahabat dunia akhiratku; Puan Nurul Farhana Yanti A.Ghani dgn suaminya; En. Ukasyah Mahmud.

their marriage is so beautiful. pertemuan sepertimana yang disarankan oleh islam and aku rasa persatuan mereka sgt2 lah diberkati-Nya. quote dr somewhere yg aku baca- perkahwinan sebegini buat mata sejuk memandang. sungguh, pendapat org itu benar. yanti is a good muslimah, she deserve a good muslim yang bertaqwa mcm Ukasyah. just like apa yang Tuhan janjikan; lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

semoga kamu berbahagia, sahabat.. dikurniakan zuriat yang soleh solehah..
saya sgt2 hepy buat kamu :)

the BFF [amik dr page effa. yup. kt ats tu link ke blog dia. saya tak pndai edit] these two are my true best friend. good bestfriend. awesome bestfriend. just name it-its still them; my bestfriend. ibu told me yang- diorang betul2 kawan baik along. at that moment, hati mcm tersentuh sbb ibu kata gitu. mungkin ibu nmpak keikhlasan mereka and i'm happy about it. bukan lah baru skrg tahu [kitorg start rapat tahun 2002] tpi bila ibu ckp gitu, ada satu perasaan sayu plus seronok bila sahabat2 anda disukai ibu bapa. bukan bkl suami je kena dpt approval, kwn2 pun biarlah dari kalangan yang mak bapak berkenan.

*tertengok tajuk post-kisah hati. owh. aku plan nk cite psl bnda lain td*

har.tea. hati. heart.

aku tgk cite kasyaf imani malam aritu and utk cite yang simple gitu, air mata aku turun mencurah-curah. well, aku mmg cry baby tp utk cite mcm tu org pun pelik nape aku nangis. yes, cite tu agak sedey tp air mata trun mcm pili pecah tu sbb lain.

sbb aku sedar aku lebih sanggup tgk dia bahagia dgn perempuan lain dari tahu dia pergi mengadap Ilahi. aku lagi sanggup tgk dia happy bersanding dgn perempuan lain dari baca post sedey dia kat FB. aku lagi sanggup tgk dia ketawa girang bermain dgn anak2 dia dengan perempuan lain dari dgr dia seksa sakit atau ditimpa bencana.

aku mula tanya diri sendiri: terlalu cinta ke aku pd dia?

Sunday, October 23, 2011

..mati?


badan trun 3 kilo. diet mendadak? owh. tidak. tu hasil suhu badan hmpir mencecah 39.5.. tipu? entah. saya agak saje sbb tym tu tak blh fkir pape. busuknye bdn Tuhan je lah yg tahu. mata nk terjojol keluar sbb pns sgt mungkin. sakit2 sendi especially kaki. kena cucuk 3 kali. dlm sakit2 tu saya sedar banyk benda.. 1st- ibu saya sangat, sangat, sangat sayang saya.. rasa terharu gile ibu sanggup dtg amik sy lps sy bgtahu kena suspek denggi.. sbb kt s.alam tak de sape peduli pun.. g PK pun sorg2.. muntah ats katil pun sorg2.. thanks to Immaz n Mona yg tlg sy tym sy baru2 nk demam aritu.. mekasih bnyk2.. Tuhan sajelah yg dpt membalas..

2nd- nikmat sihat tu sgt penting.. lately duk bz nk kurus.. tp ada sorg member bagitahu kurus tak pnting, yg penting sihat.. betul ckp dia.. sy turun 3 kilo dlm 3 hari.. tapi life tak best pun sbb tak sihat.. 2 jam dlm emergency room.. ada plak MA ensem.. haih. rosak imej..

and 3rd- kita blh mati bila2 masa je..

tym odway balik rembau ari jumaat tu, ak seyesly fkir psl mati.. ak tak nk mati skrg.. kalo ak mati sekarang, ak tak blh tlg mak ayah ak.. ak tak de duit insurans, ak tak de pencen.. kalo ak mati, apa yg mak ayah ak dh wat utk ak slma ni sia2 saje.. bukanla nk kata diorg wat sume tu utk balasan but at least, bg pihak anak mcm ak, ak nk bls jasa diorg.. kalo ak mati mcm ni je tym bljr, mmg sia-sia la.. tpi kalo Tuhan kata ak mati tym ni, siapa ak nk melanggar takdir?