Thursday, May 15, 2014

Degil- Epilog

Hari ini hati senyum girang
Berseri-seri dia
Indah pakaiannya
Wangi baunya
Tak seperti sebelumnya
Berbeza sungguh dia


Hati bernyanyi kecil
Bersiul gembira
Sesekali tertawa
Perlahan-lahan aku dekati dia
Aku tanya khabarnya
Aku tanya ceritanya

Dia kata--
"semalam aku lihat mereka
Bahagia nampaknya
Jadi aku tumpang suka"

Aku tepuk dahi sendiri
Tak habis lagi gila kau ni, hati?

tiba-tiba berdekah hati ketawa
Kemudian--
bahu aku ditepuknya
Tanpa pandang wajah aku,
Dia jawab dengan selamba

Rasa itu sudah aku lepaskan
Aku melihat mereka sebagai seorang kenalan
Yang mengharapkan segala kebaikan
buat mereka atas nama Tuhan.

Semoga kalian bahagia. Aku doakan yang baik-baik sahaja

No comments:

Post a Comment

senyum <3