Monday, May 5, 2014

Kesayangan

Pagi ini, aku baca banyak post Fyn Jamal ttg sahabatnya yang baru meninggal dunia. Sungguh, kematian itu adalah sebaik-baik penasihat. Sungguh, jejari yang sedang menaip ini, mata yang sedang melihat ini, jantung yang sedang berdegup ini, nyawa yang sedang hidup ini-- semuanya kepunyaan Dia. Bila-bila masa- bila-bila saja, siapa kita untuk menyoal bila Dia mahu tarik apa yang memang milik Dia. 

Mereka bilang- orang yang selalu mengingati mati adalah orang bijak. Aku mengingati mati bukan kerana mahu jadi bijak, tapi aku mahu sedar di mana aku berpijak. Saat mata mahu memandang yang tidak-tidak, saat mulut mahu mengucap yang bukan-bukan-- saat itu aku ingatkan diriku tentang kematian-- apa sempat aku merayu pada Tuhan sesaat selepas aku buat satu kejahatan? Bukankah itu satu kezaliman- pada diriku dan pada waliku?

Ya Allah, Ya Rahman.. Ampun kan aku

 

Manusia memuji betapa baiknya aku-- hampir tewas aku dlm lautan pujian cukup menggoda itu. Tapi aku tampar diri-- mengenang siapa diri ini. Manusia berdosa. Manusia pendosa. Mereka hanya tahu luarannya- tapi siapa aku yang sebenarnya--Dia sahaja yang tahu. Aku juga tahu- tapi takkan sekali-kali aku mengaku-- kerana kejahilan aku-- lebih takut dengan hukum dunia melebihi hukum Dia walhal semua ini Dia yang punya. 

Duhai kesayangan, 

Nyawaku ini entah mana letak titik noktahnya. sementara masih punya masa, aku mahu kalian tahu betapa aku sangat menyayangi dan menghargai wujudnya kalian dalam hidupku. Terima kasih kerana sudi menemaniku, mewarnai hidupku-- kalian amat penting bagiku. 

Ampunkan aku. Maafkan aku. Andai aku menyakiti, andai aku berdosa pada kalian. Aku mohon kalian halalkan. Segala budi yang kalian curahkan, segala kasih yang kalian berikan. Maafkan aku dunia akhirat-- kerana aku tak mampu mengadap Dia dalam keadaan hina dina. Doakan aku dipermudahkan jalan-- jalan pulang ke sisi Tuhan 

No comments:

Post a Comment

senyum <3