Wednesday, May 7, 2014

Satu petang. Cerita aku.

1.
Si perut mula merengek.
Dia mahu yang namanya makanan

Datang si tekak mencebik.
Dia pula minta yang bukan-bukan

Dari jauh poket mencemuh.
Dia bilang- ukurlah baju di badan!

2.
Mata pandang kerja sebeban
Dia mengeluh- katanya mahu pandang hutan

Badan juga angkat tangan
Dia juga mahu ikut liburan

Sekali lagi poket gelakkan
-Kan aku sudah bilang- ukurlah baju di badan!

3.
Mulut mengeluarkan keluh.
Akal diam. Satu kata dia tak sebut.

Kerana semua tahu- apa yang poket kata itu benar.
Satu kebenaran yang sendiri kena telan. 

[based on true story. cerita aku. Saat ini]

No comments:

Post a Comment

senyum <3