Friday, December 16, 2016

Autumn in Osaka

Ini adalah Travel Note aku tentang Trip ke Jepun aku bulan lps. if korg expect ada itinerary budget etc, this post is not for you. Travel Note ini hanyalah sekadar catatan pengalaman.  

[aku tak tahu nape, aku malas yang amat utk buat Travel Note kali ini]
Berikut adalah preparation or pre- travel things-to-do aku. aku buat dalam point form. kalau ada info yang dapat membantu, silakan ambil. aku halalkan. kalau ada yang nk tanya, jgn segan utk pm aku kt fb. kalau ada yang aku boleh tolong, insyaAllah
  •  Dalam banyak-banyak trip yang aku pergi, nak ke Jepun ni paling seksa nak simpan duit. 7 bulan perah keringat, sampai tercabut2 tapak kasut aku kt court. seret pelan2. sbb nk kumpul duit punya pasal. 
  • aku join @bucketlistabroad [group yang sama yang aku join masa ke seoul last year] bayar ansur-ansur. ada certain date yg wajib buat byrn utk certain amount. 
  • insurance aku guna AXA. sediakan payung sebelum hujan. masa aku di tokyo, sempat merasa dengar camne bunyi siren ancaman tsunami. we are talking about japan here. jepun hujung2 tahun ni jagan buat pasal. 
  • ni adalah trip autumn aku utk kali ke-3. Suhu osaka tinggi skit dari tokyo. utk 17-21 nov 2016, suhu dalam lingkungan 11-8 darjah celcius. paling sejuk 5. windy. so sila beli longjohn. aku beli kat Nieta Vendor Boutique  reply pantas, layanan baik and longjohn yang aku beli berbaloi dengan harga. nampak nipis je, tp alhamdulillah berkualiti. RM80 utk baju and seluar. 
  • dapat info simkad kt jepun mahal. ratus-ratus duit kita. mengambil iktibar dari trip seoul yang dulu [aku bayangkan jepun korea ni maju gila. internet is everywhere. everywhere tu yelah. tapi sume ade password] aku sewa wifi router di Travel Recommends RM13 sehari. data unlimited. and korg blh share satu router tu utk 5 orang. seriously puas hati. aku naik gunung kt miyajima pun still ada line. bateri tahan lama. so highly recommended. and diorg ada bg skali travel adapter. so sng nk charge.
  • dari KLIA ke Kansai Airport amik masa 6 jam lebih. [ugh] 
  • pakaian aku rasa longjohn plus outer shirt pun dh ok. aku pakai p euno park tym pagi tu longjohn plus jubah beli kt aceh tu, ok je.. tp bwk la skali trench coat/ wind breaker. windy diorg la tak tahan skit. 
  • preparation penting sblm trip negara-negara mcm japan/south korea- sila banyak buat senaman. betis aku bengkak mengeras sbb banyak sangat berjalan. 
  • Japan nye GMT +9 so awal sejam dari kita. 
  • kitorg banyak guna train as our main transport and mind u, ianya adalah mahal. time aku pergi 100 yen sama juga rm4. apa aku boleh beli dengan 100 yen? nothing. mineral water pun 150 yen. [sape yang kata ekonomi malaysia stabil tu? meh sini. aku ketuk kepala] 
maka 17hb nov yang dinanti pun tiba. flight pukul 1.55 pagi. check in lah awal. so tak perlu rushing nak ke gate.pkl 8 lebih waktu osaka, kami tiba di Kansai Airport. Awal-awal sampai aku dah jakun. sebelum ke kaunter imegresen, diorg ade dalam 10 orang kot pegawai-pegawai daripda Ministry of Justice dengan satu mesin khas utk amik data kita termasuk cap jari dan scan retina mata. so basically kita buat dua kali lah- satu kt diorg ni, satu lagi kt imegresen.


lepas tiba di KIX, gerak ke hostel yang amik masa dalam sejam lebih la. Hostel yang kami duduk adalah Hostel Mitsuyama, Osaka. dari train ke hostel tu amik masa jalan kaki dalam 20 minit kot. [depends on kau jalan laju mana lah] dan setibanya aku kt hostel tu, aku macam terpana dgn kebersihan diorg.

kau tahu tak tahap bersih sampai kau nak bersin pun kau tak berani. jangan kata sampah, habuk pun aku tak jumpa. its like super clean. dapur sume siap. and tempat tidur dia cute je. rate harga sume korg blh cek sendiri lah. oh btw, simpan je la shower foam fruitale ke pe yang ko bwk dari malaysia. hostel ni ada provide shower foam, shampoo siap conditioner lagi utk guests. heater pun bagus. eh. senang cite mmg puas hati la dengan hostel ni.

selesai solat mandi segala, kami pun mulakan lah langkah. pertama sekali seharusnya, Osaka Palace yang super feymes tu.Teringat cerita 'Innocent Man' [muka miang][tak faham duk jauh2] Entrance fee dalam 600 yen tak salah. dalam tu adalah muzium pd setiap level. pesan aku, kalau badan jenis tak fit macam aku ni, kau redha je la beratur tunggu lift. turun nanti kau naik tangga. sbb tangga dia agak sempit dan banyak gila!



Lepas ke sana, kami ke Umeda Sky Building. Actually nya hari baru pkl 4 lebih gitu, tapi dah nak masuk maghrib dah gelapnya. Bangunan ni biasa je la, tp landmark Osaka juga. Paling syok naik escalator panjang yang kiri kanan tu kaca, so korg blh nmpk permandangan luar. naik ok lagi. turun agak ngeri skit [gayat] pastu naik kat roof top blh tgk permandangan osaka. kalau datang masa musim sejuk2 macam ni, mohon pakai baju yang proper. kena strok sejuk kau kat atas tu kalau sekadar pakai tshirt biasa sahaja sbb time aku pergi tu windy.


 

Last tempat hari tu adalah Dotonbori yang ada landmark Running Man [bukan Running man yang kau fikirkan tu] yang super feymes. mmg meriah la malam2. ramai gila org. ade tv besar pasang lagu2 jpop [ada Arashi!!] and i met my first love there. hihik



odw balik singgah beli makanan halal mcm nasi ke pisang ke and onagiri. onagiri salmon sedap. boleh la telan.. yang lain bukan tekak aku. owh ya. beli takoyaki, tolong tanya sos diorg guna sos ape ye. takut tertelan sos berunsur babi je nanti. hihi.

balik hostel, urut kaki. esok nak jalan lagi.kita jumpa post pasal kyoto nanti ye ;)

No comments:

Post a Comment

senyum <3