Friday, December 30, 2016

Tokyo, Japan- Part II

Last day in Japan. Ohaiyo, Minna-san! 

 
Tokyo Sky Tree and Syuhada [si tinggi dengan si papa]

Tokyo Sky Tree ngan hostel yang aku duduk dekat je. boleh jalan kaki [jgn pula kau bayangkan dekat sgt. mengah gak weh] so destinasi pertama hari terakhir, kita p Tokyo Sky Tree. tapi sbbkan duit mcm krik krik jadi kitorg xde lah mampu nak naik ke observation deck tu. jalan2 kt bawah je la. dalam tu ada mcm shopping mall. pun boleh lah. 


macam-macam aktiviti ada. termasuk la amik gambr kat j:com wonder studio dan juga makan airkrim padahal tym tu suhu 6 drjh celcius plus windy gila. hadap lah kek kau!

[kau jangan main-main kuasa viral. siap bukak kedai weh!]  

lps di tokyo sky tree, kita ke odaiba. tiket ketapi mahal dik oi. tersentap2 jantung aku tym nak membayar. tapi mujur bila sampai nampak permandangan gini. sejuk skit hati. 

 
 [dgr cite abg robot gundam ni dah nak kena robohkan. siannya]

owh. di odaiba ade buffet halal. tak la sume makanan tapi ade la halal food. cer google. nanti jumpa. aku g ngan group, so banyak zaem yang carikkan. mls ah nak pening2 kepala. heh. kenyang perut sume, kitorg gerak ke Tokyo Tower pula. Last tempat, mood mcm dh kelaut skit, tambah plak hujan, jadi mmg aku dh sgt letih. jalan hegeh gila. haha.
 

 
 ok. dalam tokyo tower ade kedai-kedai cenderamata yang quite cheap dari tempat-tempat lain. aku akhirnya membeli di sini. juga pd One Piece punya fan, sini juga ada store khas utk anime tu je. wajib singgah ok. habis je di tokyo tower, lansung kita gerak balik hostel sbb flight balik mlm tu. 

harap maklum kt airport Haneda ni kau kena check in sekali lagi ye. diorg tak pakai on9 check in kau tu. tapi better buat juga on9. bak kata aku- biar berlebih jgn kurang. tak balik kau nanti. check in awal-awal. so kau boleh berehat2 dalam airport. mandi sume blh. sambung shopping juga boleh sbb banyak duty free. plug juga banyak. jadi selamat berehat sblm menempuh 6 jam perjalan balik ke malaysia. 

so. Japan teach me lots of things, among those are:-
  • sekalipun negara kau tak ada apa-apa, kalau kau jaga kebersihan, org tetap akan suka lawat
  • they are so polite with each other, sampai kau akan lupa, diorg memiliki industri porno antara yang terbesar di dunia. 
  • respect other people and u will be respected #whathappenedinjapanstayinjapan
  • mineral water boleh ada dalam pelbagai perisa
  • teknologi canggih dan adat budaya boleh bergerak seiringan
  • hargai nikmat kemudahan untuk bersolat. [i love malaysia for this] syukur. 
  • hargai juga kemudahan makanan halal [i really love malaysia for this. malaysia di hatiku]
bye japan. so osaka dh blh cross dalam bucket list. next??!

No comments:

Post a Comment

senyum <3