[aku ada kt tokyo dua hari, tapi harapnya boleh cite dlm satu post je]
gigih korg baca sampai post keempat. haha. if u are new reader, mohon baca post osaka dulu bagi mengelakkan kekeliruan fakta dan tidak mengharap banyak dalam travel note jepun aku ni.
so, selepas hampir 13 jam dalam bas willer yang aku dh cite sblm ni, akhirnya kami tiba di ibu negara Jepun which is Tokyo. Exited nya tu ada sikit tinggi sebab nth. myb sbb its THE tokyo kot. Tokyo yang sangatlah terkenal dek pelbagai perkara. [cerita odw ke tokyo termasuk pengalaman di RnR Jepun aku banyak cite kt insta story. xlarat ah nk cite lg] Sampai je kami check in di Oak Hostel Fuji.
Hostel ni agak moden. Tapi kebersihan ttp tip top. memandangkan check in hanya blh dibuat tghari shj, jd kami tinggalkan beg dahulu utk jalan2 dulu bg tak bazir masa. kami dibenarkan mandi kt sana sume. toiletries sume ade ye dik. conditioner sume siap. [simpanlah sabun fruitale kau tu diam2 dalam beg] kami bersih2kan diri, solat , makan ke pe. so barula gerak. 1st destination pagi tu adalah ke Ueno Park.
[akak acah-acah local ootd nya. cuaca cun. x windy sgt. nyesal beli satu je jubah aceh tu]
ueno park sangatlah besar. dalamnya ada zoo, art centre, taman permainan segala. ha. kt sini aku belajar bahawa kalau jd OKU kt jepun, mmg tak de istilah diskriminasi. aku jumpa ramai [lebih dari 3] yang naik wheelchair n diorg diberi kemudahan yang banyak. contoh, ada laluan khas, dalam bas pun bahagian oku mmg selesa dan tidak menyusahkan. no wonder family members diorg confident nak bawak diorg yang nampak mcm bed ridden ni berjalan melihat alam. thumbs up! masa kt ueno park ni merasa tgk diorg wat festival ninja. ade la segala food truck and persembahan ninja bagai. meriah babe! gambar tak de sbb bz wat insta story. haha.
lepas menghirup segala oksigen di ueno park, kami bergerak ke akihabara. ok. sape2 yang gila anime, tempat ni boleh dikatakan sebagai syurga anda. anime2 banyak dijual lambak. harga nampak murah tp sbb duit malaysia jatuh teruk [ugh] jdi tak de murah mana jadinya. segala anime kau akan jumpa. dah namapun kampung dia, ye tak. huhu.
[aku p ni hari ahad. so jalan tutup. tu yg dapat berposing di tengah2 alam]
selepas Akihabara, kita ke Harajuku. ok. this place is not for me. juga tak sesuai pada sapa-sapa yang ada claustrophobic. tapi sebab kau dah sampai, dan tempat-tempat ni adalah tempat wajib pergi di jepun, aku redahkan juga. gmbr bawah yang belah kanan tu, nampak tak berapa ramai manusia? sesak nafas weh, tapi demi pengalaman. jalannn. ha, sinilah tempat nya kau jumpa manusia2 berpakaian super pelik. segala cosplay kau akan jumpa depan mata. paling banyak lolita la. ha, jgn ingat pmpuan je buat keje gini. jantan pun skali bai. seram tengkuk tgk. loya tekak jangan tanya. tp thats the charm. yg buatkan harajuku ni lain dari yg lain.
lps harajuku, kita ke shibuya pula.yg terkenal dengan shibuya crossing itu. akak gigih belanja rm20 lebih gak nak beli starbuck punya psl, semata-mata nak rakam video org melintas jalan. [what the hell did i do?] but dh namanya a must do thing in tokyo, so akak join je la the crowd. pfft. masa org gila dgn shibuya crossing, aku exited nk jumpa Hachiko. hampir-hampir lupa, tau! mujur ada rezeki aku nak berjumpa.
tgk patung ni je pun aku dah sedih. terus rindu berganda-ganda dengan putut [cantik, tuah, lara, uyo, ain, didi, oshin, shaq, tumbin dan sekalian yang ada di belakang rumah]
malam, which was our last night in japan, kami adakan kenduri maggi makan ramai2 dgn rakan seangkatan. lps tu sempat plak bljr main Uno dgn bdk2 ni. yang lawaknya, anak2 murid yg menang, cikgu2 sume kalah. hehe. lps tu naik bilik, packing barang, rakam video toilet jepun segala, barulah tido. esok nak jalan lagi.
ok. xlarat. kena sambung 2nd part.
No comments:
Post a Comment
senyum <3