Tuesday, November 19, 2013

26 Tahun Yang Sia-sia?



apalah yang dah kau buat dalam 26 tahun ni, syuhada? 

Dia rakyat Malaysia, merantau di bumi Turki namun jasadnya disemadikan bagai diraikan langit dan bumi. Dalam tak sedar, aku menyimpan hasrat agar aku, anakku juga keturunanku menjadi sepertinya. InsyaAllah.. InsyaAllah.. 


" 
Almarhum Ammar meninggal duni setelah dilanggar oleh ambulans sewaktu melintas jalan. Berikut adalah kisah terakhir arwah sebelum kejadian: Hari jumaat itu Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda. Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur.
Hari sabtu yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan sarapan dan makan bersama sambil berbual.
Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat?
Abangku, saya ingin buat khidmat dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca sekali lagi dengan merenung.
Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru sampai sana.
Beliau Kata kepada abang dia, abangku, tahun ini saya ingin bagi tazkirah dan kelas untuk pelajar2 ini, Tolong saya, kita keluarkan tajuk2 yang saya boleh membentang untuk mereka. Bersama abangnya mereka tulis tajuk2 itu. Kemudian ambil begnya dan keluar dari rumah untuk khidmat tersebut.
Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga me-nerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama da lam khidmat dakwah ini
Collapse this comment  ·  Translate

Wednesday, November 13, 2013

Monday, October 7, 2013

Jodoh

[ni bukan post jiwang atau jemputan walimatul urus. harap maklum awal2]

Bismillah.. okay, kita direct to the point. rata2 orang bujang umur yang seangkatan dengan aku; yang kata org sedang elok utk mendirikan rumah tangga, agak rimas dan muak bila diajukan soalan pasal kahwin. especially kalo baru saja nak start karier, baru hbis bljr, or yg masih melanjutkan pelajaran macam aku. Actually aku tahu n sedar yang faktor2 mcm tak stabil, nak start karier, nak capai cita2 tu sume adalah faktor sekunder yang boleh saje di adjust. and bila kita tak lagi memandang pd faktor2 yang macam tu, korg akan jumpa main jawapan kepada permasalahan yang seolah-olah menjadi permasalahan seantero dunia- iaitu JODOH yang belum tiba.  

kenapa aku bercakap dgn hal ini tetibe hari isnin ni kerana dua sebab. 1st sbb semalam adik aku tanye bila nak kahwin sbb dia teringin nak ada anak buah. Ibu pun menambah dia pun tak sbr nak ada cucu. 2nd, sbb video budak 'bagai pinang dibelah dua' setahun jagung yang boleh tahan juga daring nya. Linknye di sini 

bila bagi jawapan jodoh belum tiba- kebanyakan orang pasti akan menempelak dgn kata- ah, kau memilih sangat. lps org kata gitu, aku hanya senyum [sambil tahan bengang] dan berfikir dlm hati- habis, kau ingat kwn2 aku yang kawen awal, anak dah dua tiga tu main bedal je ke kahwin? diorang tak pilih? 

pilih tu wajib. ni bukan soal pilih. ni soal jodoh. 

Tuhan takkan bagi kerana Dia tahu seseorang tu blm ready. 

usaha? ha, ni tempelak yg agak sedikit canggih. kata mereka- jodoh kenalah usaha. Tunggu je mmg takkan sampai. sekali lagi aku akan pndang muka manusia itu dgn penuh 'belas kasihan'. sebagai manusia yang Tuhan anugerahkan aku akal dan kesabaran membuatkan aku hanya berfikir dlm hati- mana kau tahu aku usaha ke tidak? Sebagai perempuan aku adalah usaha aku sendiri. Doa n aku sedang cuba perlahan2 menjadi seseorang yang lebih baik. Better muslimah- sbb aku percaya dgn janji Dia yang lelaki yg baik utk perempuan yang baik. Usaha apa lagi yang diorng nak? nak aku approve sume friend request dlm FB? senyum pd semua lelaki yang aku jumpa?

ni juga bukan sape cantik dia kawen dulu. sape perfect, dia dpt dulu. cer tgk video 'couple-of-the-year' td tu, aku tak pyh nk ckp korg pun tahu. bukan nak mengutuk tapi tu antara contoh, even ko tak berapa sgt pun, kalo dh jumpa org yg suka, maka- adalah. kalo dh tak jumpa- mmg takkan jumpa. Tuhan kata blm sampai masa. Jadi, persiapkanlah diri. Cuba jadi yg terbaik. Aku? aku masih cuba. solat subuh pun pkl 6.40 pagi, ilmu dapur pun hancur, displin diri pun goyah- kawen mende yg nk dibuat?

last but not least, suka aku siapkan jwpn bfore korg nk bertanya- aku mmg nak kahwin. tapi blm sampai masa. terima kasih utk perhatian anda- doakanlah masanya akan cepat tiba.

sekian.  

Friday, October 4, 2013

Putut; my baby


My little princess is not with me
My sleeping partner is not with me
My baby girl is not with me

And I cant sleep. Couldn't do anything

Putut my dear, baliklah
Jgn tglkan along

Putut my baby baliklah
Alg xdpt tdo

Putut my bucuk baliklah
Sape nk tgu alg balik keje nanti?

Putut my love, g mana?
Jgn la jd apa2 yg bahaya. Alg blh jd gila

Tuhan tlg lindungi putut.. Tuhan tlg jagakan dia. Tuhan tlg slmtkn dia

Wednesday, September 25, 2013

Alexander Graham Bell punya pasal

Bahana dah lama sangat tak update blog, tajuk nak letak ape pun aku tak tahu. Lepas hampir dua bulan blog ini kutinggalkan. ada juga menyinggah, nafsu pun prnah terarah nk mengupdate blog tp akal tak keluarkan idea utk menaip, jd no update for two months. 

Apa yang jadi dalam hidup lately? Ha, beberapa hari sebelum hari raya tahun ni [mak aih, sikit punya berzaman cerita] ak akhirnya menjejakkan kaki ke alam smart phone. ye, sy sgtlah ketinggalan. nak cerita psl phone, ak mmg bukanlah org yg gila mengupdate phone ikut trend terkini. sebagai contoh, first phone yg aku ada adlh tym aku nk masuk Pre Law, Merbok Kedah.  


Tym google ni baru aku tau modelnya A200. phone ni mmg comel yang amat. betul2 saiz tapak tangan aku. masa awal2 kebanyakan org ingat phone ni phone permainan [sentap weh] tp ni adalah pemberian dr ibu & ayah sbb aku dpt masuk U. dan ini adalah satu-satunya phone aku yang bukan dari duit poket aku sendiri. Kenapa tak guna lagi? Two reasons. 1st charger phone ni dah rosak n nak dpt charger utk jenis ni punyalah payah sbb jenis ni org mmg tak ramai [or almost takde] yang pakai. 2nd, berkait dgn 1st reason td- org tak pakai. cina jual phone tu pun suruh aku batalkan hasrat nk trade in n simpan je la kat rumah. 

Second phone beli masa BLS. 


Sony Ericsson w850i. masa aku beli tu harga dekat RM900 lebih. and aku sangatlah sayang phone ni. lama gak aku pakai. tp sepertimana yang ramai maklum, slide sony ericsson susah nak tahan lama. phone ni mula2 speaker rosak. aku kena pakai earphone bru blh ckp. lama gak jd gitu sampai org pndg aku pelik ckp sorg2 sbb org tak nmpk earphone dlm tudung [benda ni betul2 terjadi- jadi masa aku berjogging kat tasik S7 s.alam. ye. syuhada pernah berjogging] 

then satu pagi, ajal phone aku pun tiba. sedih yg amat sgt. tp dek kerana keperluan memiliki telefon bimbit pd zaman gini, memaksa aku ke PKNS utk cari phone baru. jadi, aku pun belilah telefon ni 


nokia xpress music 5130. harga dlm rm300 kot. terus terang syg aku pd phone ni tak de lah sgt tp sbb dia sbr n bertahan lama jd lama lah aku berkapel dgn dia. jatuh bangun aku dgn phone ni. LLB n Chambering aku wat ditemani phone ni. Nokia kan? campak lah mcm mana, dia tetap bertahan. sumbing juga aku buat phone ni, tp dia tetap ok. terima kasih awak, sbb sbr dgn sy sehingga ke akhirnya. bila org tanye bila nk beli tlfon baru- aku kata blm ada rezeki. sbb mmg tak de keperluan nk beli phone baru sbb dia masih elok.  tp aku buat keputusan utk clash slps org ramai memandang enteng pd dia yg kononnya tak setaraf dgnku. the moment klient pndg aku dgn pndgn menghina sbb aku guna tlfon ni, aku tiba2 rasa nk cari bf lain. tambah lg org sibuk ber-insta, wassap bagai tp aku habuk pun tak tahu. 

so bila dpt rezeki lebih, aku clash dgn nokia tu [kini dia kapel dgn ateh. dh sampai Gemencheh dah phone tu] and now in a r/ship with Sony Galaxy Grand Duos


org lain dh pakai Note 3 bagai tp aku pakai grand dua je. sebab 1st aku tak mampu nk beli phone ribu riban. 2nd aku mmg nk cari phone dua sim. jd memandang pd budget n keperluan, aku beli ni. ni la bff aku sekarang. teman aku sampai ke tempat beradu. kat court boring2 tak de sape nk borak, aku lepak dgn dia. [owh, betapa pathetic nye lah hidup aku]  Alhamdulillah. rezeki. now aku dah blh main candy crush tnpa perlu pnjm phone org or main kt FB. akaun insta pun aku dah ada. wassap aku msih bru bljr nk guna. hehe. 

ok. tu je lah. aku nk siapkan hujahan. bye.