Thursday, October 13, 2016

Hidup Tanpa Masalah

kerja macama aku ni mmg deal dgn masalah on daily basis. macam-macam masalah aku kena dengar sbb kat situlah datangnya punca rezeki. Alhamdulillah. kepala terbeban itu normal, jadi kena lah kawal dengan sikap professional [ceh. padahal? migraine sentiasa]

tapi kan, bila dgr masalah orang ni, jauh dari sudut hati aku sedar yang hidup aku tak de masalah segila diorg. or even, hidup aku tak de masalah. masalah duit la kot, kadang2 tercekik. tp alhamdulillah, sume berjalan lancar. agaknya kalo aku pun ada masalah, tambah lagi dengan masalah org, mahu gila aku jadinya. 

maha suci Tuhan, atas segala kurniaan. 

perks of being single kot. 

aku tak de masalah bf main kayu tiga, or xreply my msg, or lupa anniversary.. aku blm ngadap masalah suami yang xsensitif dgn keadaan sekeliling, yang pentingkan diri, yang ego, yang enggan bagi nafkah.. aku belum ngadap masalh mertua, ipar lamai.. aku blm mengadap masalah anak tak cukup susu, nk breast feed kt public, anak tak nk duduk dalam car seat, anak xnk kt pengasuh, anak degil, anak hyper adn the list goes on and on and on

my only problem now is macam mana aku nak tinggalkan kucing2 aku masa kimi nikah nanti. 

duh. serabut. 

Friday, July 22, 2016

Raya last sebagai gadis 20-an

sbb tahun dpn dh nak masuk 30. hello pd umur makcik-makcik

raya umur-umur gini, yang pentingnya adalah keluarga. asal ada diorg, sume ok saja. myb tahun ni pun last raya as 8 org. next year insyaAllah adik akan kawen sblm raya, so we will welcoming nurul to our #154clan.  nothing much raya tahun ni. doing the usual. cuma tahun ni kami ade official colour balik. which was blue. 


  nyawa



nothing much nak cite pasal raya aku. sedara mara tak ramai mana. rutin tu jela duk ulang2 tiap2 tahun. myb bila dah ada rumah mertua rutin berubah sikit kot. eh.

alfatihah utk atok & wan. raya is incomplete without u two :'(

Tuesday, May 3, 2016

Liburan di Bali

[eiiihh. lame nye title]

Plan Bali ni dibuat xslh dalam bulan dua kot. or myb january. Tipah n me dh rasa nk meletup dh, so we decided to have a vacation together. Jumpa sorg kakak [Noradilah Rabean Fbnya] n she gave quite cheap nye package la. utk bali for RM880 all in tu kira cheap la kot. mls dh nak pnjg2 cite, book tiket n kumpul duit balance. kalau tanya kenapa p guna pakej, simply sbb aku malas. mls nk wat research bagai ni. so bayar je, then org aturkan semua. nama pun bercuti, wat pe nak sakit2 kepala?

Finally 1st of April pun tiba. Gerak lps zohor, amik tipah n we direct ke KLIA2. Flight pukul 5.55 ptg. Tak de delay, so gerak on tym. ingtkan dekat je. lupa tgk peta punya psl, tanya FA baru tau perjalanan dr KL ke Denpasar amik masa 3 jam weh. puas tido bangun, last2 beli makanan, share ngan tipah. 


 sampai dalam pkl 9 mlm. Abg Dany ngn Abg Mamad sambut. 1st tym travel dpt layanan first class. jgn la ko bygkan standart 1st class siti nurhaliza. 1st class rakyat marhaen mksud aku. sampai je diorg bg kita towel sejuk n air sejuk. rasa segar la skit. diorg ckp, memandangkan kitorg sampai dh mlm, so dinner mlm tu personal expanses sbb sesuai dgn pakej. harap maklum bahawa waktu mlysia ngan bali same je. cuma waktu solat la lain skit. ok lah, acceptable so mlm tu p dinner n check in hotel. Hotel Euphoria Bali. ok la. Hotel 3 bintang tapi selesa n bersih. The best part about travel dekat2 area asean ni, toilet ade pili air wei! tu best tu. mandi, solat then tidur. kasi qada' tenaga sbb esok nk jalan banyak. 


1st day [kira consider first day la ye] in Bali, kami mula dgn srpn. org Bali mmg sarapan dengan nasi. ade la the usual breakfast- tp ade roti bakar n cereal je la. air kopi n teh. lain sume nasi n lauk. bukan tekak aku, jd mcm tak lalu sgt. kami mula dgn p laut dulu. namanya Tanjung Benoa. Kitorg ke Aditya Water Sport. mc2m aktiviti kt laut- tp yang paling feymes is seawalker.. sbb setahu aku, kat asean bali je ade sea walker.. memandangkan snorkling mlysia pun ade, jd bayarlah dekat rm200 gak nk masuk dlm laut main2 ikan utk stagh jam gak xslh aku. 

aku ade phobia ngan air sbnrnya, so to be honest, mmg aku takut. diorg ade pesan jgn panik, but mmg tak dpt nk kontrol jantung debar2 tym tu. tp muka cover macho, doa bnyk2 and alhamdulillah, everything went well. lps settle situ, kitorg solat kat Masjid Agung Ibnu Batutah. yang powernye masjid ni, sbln gereja, sblh sana lg kuil budha sblh satu lagi aku tak ingat tym ahad, org islam akan tolong org gereja utk diornye upacara, hari jumaat org2 agama lain akan tolong jaga lalu lintas utk muslim solat. bagus kan? 

p lunch then p pendawa beach. cantik gila pantai, tp paneh berdonting tekau. tengok2 then blah sbb xsesuai plak rasa nk jalan bagai. then ke Ulawutu Temple utk tgk kechak dance. aku masa travel mmg lebih ke arah history and culture. so kecak dance is sooooo my cup of tea. haha. mmg terpesona tgk, tp tipah mcm dh boring.. so habis je kitorg blah utk dinner di jimbaran. dinner tepi laut. mkanan xbpe lah sgt sedapnya. biase2 je. blh la mkn. habis makan, balik hotel- kasi lurus pinggang. esok mahu jalan lagi. hihi


hari berikutnya, sarapan ade nasi goreng. hehe. lps sarapan kita p kampung painting. lukisan mmg superb. and tu first time aku masuk art gallery. dgr cite ramai org malaysia order lukisan kt area sini. kagum sungguh aku pada org2 seni. sungguh Tuhan itu Maha Kaya. 

Kalo ikut itenari patutnya kami ke Ubud Village Batubulan, Celuk dan Mas. tapi aku lupa nak tanya nama pnjng2 tu utk satu tempat je ke pe. kitorg ke tempat buat gelang rantai cincin sume. namya [akan update later]  umm. yg ni xbape best sgt sbb aku xbpe sgt ngan jewellery. then p tgk kilang batik. namanya Sari Amerta Batik Collection. sini biase je. sbb batik malaysia pun ade. [malaysia tetap di  hati] habis sana kitorg patutnya gerak naik bukit utk p lunch kt ats gunung, tp paln tak jd sbb rakyat bali yang berugama hindu ade buat upacara sembahyang kt kuil area berdekatan which caused massive traffic jammed. so tukar plan- kitorg lunch makanan sumatera and sblm lunch p minum kopi luwak. memula mcm cuak tp lps abg mamad kata kopi luwak dah disahkan halal oleh mjlis ulamak indonesia, tanpa was-was aku try. aku hantu nescafe je, kopi2 ni tak pandai. so pd aku...biase je rasanya. rasa kopi. tu je la. slain tu kami dpt free test kopi lain. yng lain tu sedap. ade satu rasa ribena. tp lupa apa nama. 

pastu kami ke Tegalalang Rice Tarace tgk padi bukit. sini pun tak bape best sbb sempit tak hengat. bila ats bukit jd pusat pelancongan, mmg sesak la weh. bila jalan sempit, dengan van besar jalan nye pastu org berniaga plak tepi2 jalan, mmg sesak tahap dewa. tp bagusnya, aku sbr weh. yelah, travel tgk negara org. tak leh la nak hangin mcm rembau plak yg jammed kan? hehe. 

Singgah pula ke Krishna utk shopping cenderamata. aku mmg tak allocate banyak duit kt sini. barang mmg murah. tapi duit agak terkekang. so staf2 kt opis mmg aku xdpt nk belikan pape. dinner di satu kedai namanya Nasi Tempong Indra mcm ayam penyet, tp sambal dia lain.Tempong tu maksudnye penampar. sebab ape? sbb ko mmg akan rasa ditampar sebaik shj sambal tu masuk mulut ko. pedas gilo! ak usik sikit tu pun berair air mata. jd cicah2 skit je. habis dinner, kita p balik hotel. titon! 
 

hari keempat. hari utk say bye2 to bali. tp sblm balik, kita p tanah lot dulu- tempat wajib p bila p bali.mmg cantik lah tempatnye. siap ade kuil dalam batu bagai.. lunch kt Warung Malang Pak Slamet [ironic kan nama?] mkn tomyam sbb tiqah kata dh muak la plak asyik mkn lauk kering2. ade satu dessert mcm abc tp siap ade buah nangka bagai. sodap! hbis mkn, abg mamad hantar kami ke airport. maka trip ke bali pun tamat lah sudah. sampai malaysia mlm. sampai rumah dekat pkl 10 gak. tido. esok kerja.

so beberapa fakta menarik perhatian aku tentang bali:-

  • kalo kat simpang empat, n diorg nk jalan terus, diorg akan pasang hazard light nk bgtau diorg tak g kanan/kiri.. tp nk p depan. 
  • lauk diorg banyak kering2. tapi sambal mmg power
  • mcm org mlysia yang xbape pndg org indonesia dtg melancong, same lah juga ngan diorg. cara layanan mmg beza la kalo nk bandingkan layanan pd org kita dgn org barat. Same goes in korea
  • harga barang.. biase je. mcm mlysia. tak pernah g other part of indonesia, so tak leh nak kata diorg lg mahal ke x
  • majority penduduk diorg adalah hindu and diorg mempunyai banyak ritual sembahyang. sampaikan abg mamad kata, bila org hindu lain dtg bali, diorg pun tak tahu apa yang ritual org bali buat.
  • kos utk mati di bali amat tinggi. n cara diorg bakar mayat juga berbeza. ade tarikh2 khas ikut org agamawan diorg. utk yg tak mampu, kerajaan akan sponsor. owh, cara diorg bakar mayat sgt menarik. ade kereta yang dihias utk usung jenazah. 
  • bali and babi xdpt dipisahkan. they are everywhere in every way u want it. sebut je. bakar, goreng, rebus, tomyam, sup, golek, guling, sate.. just say it, they will make it. 
  • last but not least, org bali kaya dengan art. ukiran patung diorg sgt halus and lukisan2 juga bagus. 
bali- checked! next trip pulak, insyaAllah

Thursday, February 4, 2016

S.A stand for secret admirer

so siang td aku hadir satu seminar di salah satu hotel kt seremban. suddenly sorg hamba Allah ni tegur aku- eh, syu! and i was like- sapa plak ni. [dlm hati la] then sbbkan aku ni mmg muka direct i.e ko blh tahu apa ade dlm hati aku through muka aku [open book istilah omputihnya] so dia tanya- kenal tak. i pun direct la ckp sambil paut bahu dia- maafla, saya ni mmg pelupa. kita juma kt mana ek? Mujur dia gelak and explained yg kitorg sama2 amik tauliah utk Peguam Syarie Negeri Sembilan last year. Sharifah namanya. comel je. thanks sharifah sbb tegur. and i'm truly sorry for that. mmg cpt lupa org. lupa nama. hari ni jumpa, lusa dah tak ingat dah. bos selalu marah. sbb penyakit ni tak bagus utk buar PR. aku sengih je. aku cpt lupa nama org. jarang nak ingat dgn org yang aku jarang jumpa or dh lama tak jumpa.. except one... 

....and guess what? I met him today. 

after like almost 12 years- i met him again. 

aku pernah terfikir- what will happen if i meet him oneday. but hari ni jawapannya- nothing happen. there was no butterfly, no heart fluttering, no rainbows, no goosebumps, no shaky hands and even my knees did not turned jelly. nothing like what i used to feel before. 

there was no dilwale nor kuch kuch hota hai. 

it was simply feeling nostalgic. [smirks] was he the same person who made me bawling like there is no tomorrow when he got married four years ago? 

Saturday, January 23, 2016

Syuhada in Seoul- Part III

Day 3

9.30 pagi dh gerak. Hari ni kitorg dh plan sejak dr Malaysia lg utk pakai jubah. sbb hari ni nak p istana paling feymes lah kt seoul which is Gyeongbukgong. bagus gila idea kak as, sbb last2 kitorg plak org duk panggil utk amik gambar sama2. masa p sini, ingat cite Rooftop Price. Scene yg heroine tu mati dlm kolam lps mkn pisang kaki beracun tu. badan actuallynye dh penat. so stakat amik2 gambar je. tak larat nk jalan banyak. Pastu p King Sejong statute and King sejong museum. main tulis2 nama dlm Hangul. Habis tu, kitorg gerak p lunch kt insadong and shopping sikit. kat sini aku beli beg utk adik2 and ayah. murah la, 10,000 won satu. kira dlm rm40 kita [tym aku pergi tu duit malaysia tgh gila punya jatuh] btw Insadong mcm art street. cantik ade mural bagai. oh btw, kitorg kena dakwah dengan pendakwah yahudi kt sini. pengalaman sungguh kena dakwah camni. kitorg pun try gak pakai hanbok instant. sewa. mahal gak.[kedekut betul pmpuan ni] 


Lps balik hostel jap, kitorg sambung p Ewha Women University. Lawa mak datok university dia. ade la shopping street bagai, tapi utk yg pergi bajet2 je, tak yah nk pandang sgt baju2 situ. huhu. habis kat situ, p Hongdae plak. Hongdae totally not my cup of tea. ko blh caye tak, aku duduk kat satu bangku tu pastu aku psg earphone, dgr surah al-kahfi. seyes weh, aku rindu gila ngan Malaysia time tu and rasa nak balik dan2 tu gak. bengong kan? Malam tu kitorg dinner kat Sincheon. 

Day 4

Ni hari last nak berjalan. Pagi tu kitorg gerak p Namsangol Hanok Village. Korg tgk tak Infinity Challenge yang episode Yoo Jae Suk, Eric Nam n Kwanghee bawak tourist p tgk culture korea kan, ha, kt sini la diorg bawak diorg. letaknye atas bukit kecik tapi separuh pengsan gak aku menapak. 


mcm mini malaysia kt melaka tu, sini ade la rumah2 traditional diorg. yg bestnye kt sini aku ngn k.ety merasa pengalamn dpt rawatan secara tradisional diorg. best gila okeh. [aku mmg suka culture- so ni pengalamn yg agak ohsem pd aku] diorg bg la beberapa herba especially utk mslh jerawat aku [aku tak tahu pehal, subur plak jerawat ak masa p seoul tu. haih] 

pastu kitorg p lunch kat namdaemun skali ngan shopping menghabiskan duit. mmg duit aku hbis teruk dek sbbkan kena beli extra beg [jd sape2 nk g seoul, bawa lah beg lebih.spare siap2. xyah kata korg nk backpakers je xnk shopping, sbb tu la ayat aku pd asalnya] beli keronsang kt sana utk ibu, bibik, mksu dan bos. juga fridge magnet utk staffs. 

mlm. p myeondong. dinner kt sana, duit dh hbis so nganga je la. betul2 beli hand sanitize je kt Nature Republic. tu pun sbb nk tgk baekhyun nye standee lg. haha. 

Day 5

Sesudah subuh dh kuar nak amik bas sbb dr hostel kitorg nak ke Incheon makan masa sejam gak. Flight pkl 8 pagi. dh settle sume, even terlebih luggage [mujur lepas] kitorg pun gerak la utk pulang. Its time to say good bye, Baekhyun-ah.. Noona will go back home.. take care my byunbabybaek


so konklusinye, seoul is beautiful country. travel kan, mcm2 bnda ko dpt observe.. org korea dlm moden2 diorg tu, culture masih lagi dijaga. diorg pun agak open and vocal dalam menyuarakan apa yg diorg rasa. nak datang lagi, insyaAllah kalo ada rzki sbb bnyk lg tempat tak pergi. 

So. jumpa lagi di lain entry. ewah.