Friday, April 14, 2017

#SeoulSistersReunion- Part 1

Had another vacation, so here I am, writing another Travel Notes

Hello everyone! [akak suka acah2 peminat banyak. Rasa lebih bersemangat nak tulis. Heh] On 30th Mac-4th April, Alhamdulillah Tuhan rezekikan dgn satu lagi vacation. dan syukur sangat-sangat, vacation kali ini adalah yang paling enjoy yang pernah aku rasa. Probably sebab i'm with my #SeoulSisters.


 My dear reader might ask- why 'Seoul' Sisters?
okay, first, let me tell you about this beautiful relationship that we share
 

In Autumn 2015, my #SeoulSisters met as strangers in Seoul, South Korea. biarpun 1st time jumpa, we clicked instantly. During five days there, we became friends and thanks to whatsapp application, we stay closer walaupun after almost two years tak jumpa [Owh. except for tiqah. kami ke Bali sesama] Cadangan untuk reunion dah disebut even sejak balik dari Seoul lagi. From that day, kitorg kerap mencadangkan few potential places. Banyak yang kena consider sbb we came from different background. Ada yang masih student, yang dah kerja, yang dah bekeluarga etc. Masalah masa dan budget adalah benda yang paling utama yang perlu di consider. Payah, yes. Tapi. Hendak seribu daya, kan? Mujur mereka-mereka ini mudah dibawa berbincang and i considered them as great travel buddies 

[good travel buddies are gold. bukan senang nak jumpa. appreciate if u already found one]  

Selepas berbulan punya perbincangan, we finally chose tempat untuk our reunion which is Yogyakarta, Indonesia. Alhamdulillah, the long awaited #SeoulSistersReunion was successfully happened..

Kami beli tiket masa promotion AirAsia in September 2016. Tiket dapat dalam harga RM194.00 return. Cheap. Sbb biasanya harga atas RM300. Tapi bahana nya tiket murah ni kau kena tunggu enam bulan sebelum fly oi! dalam tempoh tu kitorg study mana nak gi, cari accommodation, supir etc. [Full perbelanjaan segala akan aku kongsikan secara detail dalam next post] 30th March finally came. Atas sebab-sebab tertentu, daripada 9 org, kami dapat pergi 8 orang sahaja. Tu pun hampir-hampir jadi 7. Berkat doa agaknya, Allah izinkan kami berangkat ke Yogyakarta. Tapi kenangan kak as, MAS dan travel beg terpaksa tinggal akan ku kenang sampai mati [ngeh] [Tuhan je lah tahu feeling nya masa dpt peluk k.as masa tu. one word- lega] [tp still terkilan sbb tak dapat buat drama Korea dgn Fit]


dari Kuala Lumpr ke Yogyakarta, ambil waktu dalam tempoh 2 jam lebih. dalam pukul 5 lebih, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto. Comel je bandara nya. Imegresen pun senang. Sini tak de org yang berebut amik upah angkat beg macam di Aceh, so dont worry. Sampai saja kami dijemput oleh Mas Denny. Destinasi pertama, kami ke Rumah Makan Ayam Penyet Suroboyo.


dua bintang utk kedai ni. quite pricey and the taste is not that good. Ayam kecik. sedap lagi wang solo. gambar makan tak ada sebab masing-masing dah lapar. Usai makan, kami dibawa ke Alun-alun spede i.e kereta yang perlu dikayuh mcam basikal and penuh lampu warna warni. alah, macam beca di melaka.



yang lebih menarik perhatian adalah gerai-gerai makan yang simple je bentang tikar, dan kita makan berbumbungkan bintang. ada org main muzik. mmg layan la kalau nak lepak-lepak. tapi sbb kami baru je makan, maka Alun-Alun Spede ditinggalkan lepas selesai tawaf sekali kawasan tu. Next ke tempat yang tetibe meletup lps AADC2- Sellie Coffee.


Sellie Coffee punya konsep adalah kafe hipster yang bersepah wujudnya di negara kita. Tapi best ada live band yang nanyi lagu2 mereka la. Kecik je kafe nya. i ordered air nama 'Wedang Oewoh' just sbb nak rasa local coffee yang tak pernah aku dengar before this. Tapi impianku hancurrr berkecai sbb yang sampai adalah teh halia yang halia nya mmg pedas gila. salah aku gak, duk biar halia tu lama2 dlm air. mujur dibagi biskut sedap dua keping. boleh la celup-celup. [gambar seperti di atas. nampak tak tuuuuu dia besar halia dia taruh!] Hehe.

Sebabkan badan semua dah busuk, maka kami pun bergerak lah ke homestay yang dah k.hetty book through Air BnB. Details ttg homestay akan ku khabarkan dlm post ttg itenary dan cost. pulang awal. sbb esok nya kena ke Merapi mengejar sunrise. yg tu pun cite next post okeh.

moga ketemu lagi di lain post, mbak-mbak semua.

p/s: if my #SeoulSisters reading this, ketahuilah yang aku amat merindui memori kita di Jogja saat ini

Monday, March 13, 2017

A day at Skytrex Melaka

Umum mengetahui aku adalah manusia indoor yang lebih suka staying at home, doing nothing but the usual routine like kemas rumah, borak ngan family, online etc. Then one day Tipah post pasal Skytrex and tell me that she want to do it. Aku tiba-tiba rasa nak try, and we booked 25th Feb 2017 utk kami pergi. Book secara online dengan bayaran RM65.00 termasuk glove [glove RM10 tu super penting. Rabak jari jemari mulus kau nanti kalau tak pakai] Kitorg amik yg intermediate [memula nak amik yang beginner. tp org skytrex kata beginner utk kanak-kanak] Book tu boleh pilih korg nak main yang pukul berapa. kitorg amik pkl 10.30 pagi. tak de la awal sangat, xde la lambat sangat. sebabkan Tipah kata tak best gi berdua je, kami manage cari kawan-kawan yang senang dibawa bincang seramai 3 org. aku bawa Mek. Tipah bawa another 2 of her friends.

Memandangkan lokasi di Ayer Keroh, maka org2 seremban pun datang park kereta kat rumah aku. dalam pukul 8 lebih nearly 9 am kitorg gerak. Lokasi di Taman Botanikal Ayer Keroh, sebelum McD and berhadapan Zoo Melaka. Guna Waze kalau nak senang. Sampai je, kita daftar, sign doc pe yang patut, dapat glove and peralatan etc, kitorg diberikan taklimat keselamatan. Taklimat bagus, senang faham. Instructor tu bg korg time biasakan dgn peralatan tu dgn mock trail yang tersedia.

Bila sampai turn, maka kami dengan tidak sabarnya memulakan proses panjat memanjat ni and that was where we went wrong-me, especially. kitorg tak buat warmup dulu. main redah saja. Baru 1st part panjat guina jaring-jaring tu aku dah mengah. Teruk betul stamina. [ni yang tipah nk ajak aku hiking ni? xpayah] Pastu ada flying fox. Flying fox bukanlah kali pertama aku buat sbb pernah buat masa KESAT dulu. tapi yang ini agak jauh dan tinggi gila. debar gak jantung, tapi aku lawan and Alhamdulillah, berjaya utk flying fox yang jauh itu. ingatkan dah settle cabaran, tapi tidak! ada lagi yang gila menunggu.


jalan atas tali satu ni. Ketiak, lengan n tangan sume sakit okeh. and jantung aku jangan tanyala lajunya. lama gak aku amik masa. but Alhamdulillah, i managed to do it [senyum riak] I thought that was the end of my misery, but damn,  i was totally wrong. i met the scariest thing ever invented in this world.

THIS-



I was nearly died. its hella creepy and scary and at that particular moment,  i almost end up my friendship with Latifah Harun, the one who badly wanted to this sh**. I didnt cry. but like just what i said, i almost died. after, there was this part where its still using rope but with a small besi kt tgh2 tu. mcm buai. takut juga, tapi tidak setakut tali-tali berhantu tu.

Standing ovation utk kesemua instructor yang ada kat situ. diorg sangat sabar, dan tak de nak push2 kita. ada sekali where we have to jump using a rope, then bergayut n panjat tangga utk naik ke atas.


i lost my energy and i almost fainted. mujur instructor yang baik itu, tarik aku ke atas. terima kasih atas bantuan awak, baru je nak ngurat tapi tgk2 pakai cincin [sobs sobs]

lepas habis semua tu, last2 banyak flying fox. so tak de la seksa mana. habis dalam pukul 1 juga, kami bergerak ke Banda Hilir utk makan, solat dan jalan2 sekitar melaka.


My review utk Skytrex Melaka, tempat ni bagus utk team building. Instructor sangat membantu dan ramah juga tidak cepat marah even diorg semua lelaki. Sabar je melayan makcik-makcik macam aku ngan tipah ni. hehe. sesuai utk dijadikan aktiviti hujung minggu sekeluarga sebab benda ni dalam hutan so oksigen banyak. Berbaloi la bayar RM65 itu untuk pengalaman baru. yang dh mmg aktif, better korg try yang extreme. aku belum mampu la nak sampai ke tahap tu. Hehe.

ok. tu je. b4 that, say hi to my new squad. Me, Tipah, Mek, Trex and Sharifah.

Thursday, February 16, 2017

Lelah

Perjalanan ini bagai banyak ranjaunya
Payah dan perit,
susah dan sakit

Kadang aku mahu duduk berhenti
Memikir tentang apa yang bakal jadi
Jua apa yg sebenarnya aku cari


Tapi jalan ini tidak izinkan aku buat sedemikian
Perjalanan perlu aku teruskan
Sampai aku lupa Tuhan selalu memerhatikan
Dgn janji yang tidak akan disia2kan.

Tuhan.
Tidak perlu jaga dia untukku.
Kerana aku tahu kau lebih menyayanginya dariku
Tapi jagalah hatiku Tuhan..
jaga imanku, jaga jiwaku
Jaga aku, duhai Tuhan
Tolong jagakan aku..
Agar aku sentiasa jaga Kamu selamanya dlm imanku

-syuhada, feb 2017

[siap tulis dlm tiga minit. kt court. sementara tgh tunggu turn] 

Saturday, December 31, 2016

2017 resolutions

Bismillah

Hari ni hari terakhir 2016. Aku tak tahu kenapa tapi rasa sayu sangat. 2016 bukanlah tahun yang mudah, tapi tidak juga lokek dengan cerita-cerita indah. Banyak up and down. tahun banyak buat kesilapan- learning process yang paling seksa. tapi yang dah lepas tu, ambil pengajaran then move on. jangan disedihkan sgt [even bila teringat tu, mmg jiwa bagai disentap] just jgn ulang kesilapan-kesilapan bodoh tu, learn syuhada. learn! 

tarik nafas panjang2 dan lepas. things will get better, syuhada. insyaAllah

sama mcm last year, mari kita semak dlu azam 2016 yang lalu. 

Azam pertama 2016- kahwin. 
failed obviously. so for 2017, kiteww nk ske kt org yg ske kt kiteww dulu la. asyik kena reject je.. tebal dh muka ni. huhu. jadi kalau ada org suka kt aku, minta dia confess siap2 ye. stop with- "ah, ada yg suka, kau tu yg memilih" crap. if kenal sape, please, send him to me. haha. 

Azam kedua 2016- Osaka in April and Bali for my birthday
Alhamdulillah syukur ke atas rezeki yang Allah berikan, azam yang ni tercapai hasratnya. cumanya terbalik sikitlah. Bali in April dan Osaka happened in November. Malah, Allah tambah lagi rezeki dapat ke Aceh in Oktober. Bukankah itu tandanya Allah sayang? Nikmat yang mana lagi yg nak kau dustakan? Alhamdulillah ya Rahmat, Maha Pemberi Rezeki. Aku bukan lah org kaya, apatah lagi dari golongan anak org kaya. rezeki perlu dicari, wang perlu dikumpul. biar sampai tercabut tapak kasut di mahkamah, travel punya pasal, aku redhakan. Ngeh. 

Azam ketiga 2016-  menjadi manusia yang tidak cepat melenting, sabar dan tidak mudah sentap.
one word- gagal

Azam keempat 2016 - belajar masak
belajar tu ada. cuma belum terror. kalau buat sorg, confirm lupa. 

Azam kelima 2016- sihat
insyaAllah so far sihat. 

Azam keenam 2016- hafalkan balik segala surah yang pernah aku hafal but la ni dah tenggelam timbul. tutup aurat dgn sempurna. 
macam perlu ditangguhkan lagi. ayah mulakan projek tadarrus family. jadi ade dateline utk habiskan juzu' tiap2 satu. jadi banyak fokus kat situ dulu. alasan! padahal boleh je curik masa. aurat alhamdulillah, dah mula setart pakai stokin. cuma banyak on off. ceh. 

Azam ketujuh 2016- jangan cepat judge org
tahun 2016 aku jumpa beribu org. and macam-macam ragam. alhamdulillah, sikap jgn judge org yang cuab dipupuk ni banyak membantu. 

So utk 2017, azam aku adalah:-
  • kurangkan 20kg dalam badan. serious. 
  • tenang bila buat salah, think fast
  • Jogja in March and Umrah in October/ November
  • Kumpul duit utk Istanbul 2018
  • jadi kakak ipar yang baik dan memahami, juga sporting
  • kahwin
tu je dulu. kalau ada lagi, kita wat tambahan, ngeh. 

Friday, December 30, 2016

Tokyo, Japan- Part II

Last day in Japan. Ohaiyo, Minna-san! 

 
Tokyo Sky Tree and Syuhada [si tinggi dengan si papa]

Tokyo Sky Tree ngan hostel yang aku duduk dekat je. boleh jalan kaki [jgn pula kau bayangkan dekat sgt. mengah gak weh] so destinasi pertama hari terakhir, kita p Tokyo Sky Tree. tapi sbbkan duit mcm krik krik jadi kitorg xde lah mampu nak naik ke observation deck tu. jalan2 kt bawah je la. dalam tu ada mcm shopping mall. pun boleh lah. 


macam-macam aktiviti ada. termasuk la amik gambr kat j:com wonder studio dan juga makan airkrim padahal tym tu suhu 6 drjh celcius plus windy gila. hadap lah kek kau!

[kau jangan main-main kuasa viral. siap bukak kedai weh!]  

lps di tokyo sky tree, kita ke odaiba. tiket ketapi mahal dik oi. tersentap2 jantung aku tym nak membayar. tapi mujur bila sampai nampak permandangan gini. sejuk skit hati. 

 
 [dgr cite abg robot gundam ni dah nak kena robohkan. siannya]

owh. di odaiba ade buffet halal. tak la sume makanan tapi ade la halal food. cer google. nanti jumpa. aku g ngan group, so banyak zaem yang carikkan. mls ah nak pening2 kepala. heh. kenyang perut sume, kitorg gerak ke Tokyo Tower pula. Last tempat, mood mcm dh kelaut skit, tambah plak hujan, jadi mmg aku dh sgt letih. jalan hegeh gila. haha.
 

 
 ok. dalam tokyo tower ade kedai-kedai cenderamata yang quite cheap dari tempat-tempat lain. aku akhirnya membeli di sini. juga pd One Piece punya fan, sini juga ada store khas utk anime tu je. wajib singgah ok. habis je di tokyo tower, lansung kita gerak balik hostel sbb flight balik mlm tu. 

harap maklum kt airport Haneda ni kau kena check in sekali lagi ye. diorg tak pakai on9 check in kau tu. tapi better buat juga on9. bak kata aku- biar berlebih jgn kurang. tak balik kau nanti. check in awal-awal. so kau boleh berehat2 dalam airport. mandi sume blh. sambung shopping juga boleh sbb banyak duty free. plug juga banyak. jadi selamat berehat sblm menempuh 6 jam perjalan balik ke malaysia. 

so. Japan teach me lots of things, among those are:-
  • sekalipun negara kau tak ada apa-apa, kalau kau jaga kebersihan, org tetap akan suka lawat
  • they are so polite with each other, sampai kau akan lupa, diorg memiliki industri porno antara yang terbesar di dunia. 
  • respect other people and u will be respected #whathappenedinjapanstayinjapan
  • mineral water boleh ada dalam pelbagai perisa
  • teknologi canggih dan adat budaya boleh bergerak seiringan
  • hargai nikmat kemudahan untuk bersolat. [i love malaysia for this] syukur. 
  • hargai juga kemudahan makanan halal [i really love malaysia for this. malaysia di hatiku]
bye japan. so osaka dh blh cross dalam bucket list. next??!