Selamat aku ucapkan buat kamu
semoga cinta yang kamu ketemu
kekal bahagia hingga ke anak cucu
selamat aku doakan kepada kamu
semoga sentiasa dilimpahkan bahagia
semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya
semoga yang baik-baik sahaja kamu jumpa
pesanku,
jangan sesekali dilupa cerita semalam
biar datangnya hanya membawa hiba
tapi Tuhan ajar kamu ttg kehidupan melaluinya
pesanku,
belajarlah dari kesilapan yang tidak kau sengajakan
agar kelak kau tahu arah mana yang hendak kau jalan
pimpin jemaah makmum mu kuat-kuat,
supaya tiada sesalan bila ditanya Tuhan.
selamat pengantin baru aku ucapkan
Saturday, January 23, 2016
Monday, January 18, 2016
Syuhada in Seoul- Part II
Sbb kena update dah sblm start nk p travel tempat baru. weiiiiiihihi [muka girang] memandangkan aku sbnrnya mls nk taip panjang-panjang, jd info aku letak ciput je ek. ah korg pun bukan rajin nak baca. ingat lagi tak post aku psl seoul yang lps?
ok. ingat dh? ni cite Day 1 plak.
pagi-pagi semetara tunggu member2 travel yang flight sampai pkl 7 pg, kitorg jalan2 sekitar kawasan. pergi Changgyeonggung palace, near SKKU. SKKU tu pe? Sungkyunghwn scandal pernah tgk? ha, tu university zaman tok adam kan? ni version baru plak. tapi yang bestnye, kitorg dpt tgk upacara sembahyang/puja dewa dewi diorg. pakai hanbok mcm cite lama2 tu. power seh, still jaga culture tak kira berapa pantas internet diorg. [tabik hormat] kat palace tu plak, org tgh wat renovation. so tak banyak tempat blh p. tp merasa la tgk dandelion. ngeh.
lps jemaah travel lengkap, kitorg gerak p Itaewon untuk lunch kat restoren Eid yang feymes tu. [oh mai. aku teringat bulgogi yang sedap juga indah itu] lps mkn dgn sedapnya, kita p masjid itaewon. tak masuk sbb teruzur plak tym tu. aku ingtkan masjid iatewon tu cam masjid kita tau, tepi jln, easy access sbb tgk dlm gambar mcm besar gila. tapi tidak ye. dia kt atas bukit kt jalan2 kt itaewon tu ek. [sblm p korea, sila bersenam. sbb jalan mmg bukit bukau. blh patah kaki] masjid tu besar la. n kat sana ko blh jumpa bersepah org malaysia yg singgah solat.
Then kita p la Namsan Tower- ikon penting dlm pelancongan kat korea ni. namsan juga tidak seperti aku bayangkan. aku bygkn dia mcm KLCC or KL Tower. yang sama sbb atas bukit tapi bukit yang ko kena daki untuk naik namsan ni condongnye nearly 45 darjah. [kesian kaki aku] ade cable car, tapi dh nama pun travel jimat- jd kenala bersusah payah. Kat sana naik tower utk g menara tinjau diorg. pergi juga 3D museum [walaupun rasa menyesal gila masuk museum tu. tp pengalaman kan. hadap sajalah] sbbkn kitorg g musim autumn, so ade gak kabus2 jad tak nampak sgt satu seoul. Namsan kecik je. mcm mini menara. tp sbb letaknya dia ats bukit and dia seketul je kt ats tu, so dia nampak gah tersegam. bila malam cantik ade lampu2.
habis kat namsan, gerak balik. tapi sebb jammed, kita terlewat lah sikit nk dinner.. dinner mkn nasi goreng masak dpn kita dan2 tu gak. ingatkan sempat nak naik cruise Hangang tapi tak de rezeki, jd kita jalan2 je area hostel. pastu balik hostel- urut kaki.
Day 2
Its Nami's day, bebeh!! pagi-pagi kitorg naik subway ke Namdaemun pastu jln kaki utk amik bas utk ke Nami. boleh tahan jauh gak si Nami ni. dekat 2 jam gak. 2, 3 round gak tido dlm bas. org lain la. aku duk leka baca buku psl Nami island. Tajuknya: 'All about Nami Island' [tahukah anda nami adalah pulau recycle? tahukah anda bahawa daun2 kat nami tu pun actually bukan asal kt sana? tahukah anda pokok2 kt sami tu sbnrnya diatanam dan bukannya natural? tahukah anda bahawa asal nama nami ni sbnrnya dr jeneral yang dibunuh dan dikebumikan kat sana?] best bukunya. and wording nye sgt sedap. ok. berbalik psl nami ni, jaraknya mcm n9 nak ke shah alam. dah dekat sana, tepi2 jalan ko blh tgk sepah2 je bunga daisy tumbuh liar. subhanallah, sgt cantik. sampai nami, beratur jap, then naik ferry ke sana. akhirnya, sampailah daku ke Nami Island- pulau winter sonata tu.lunch nasi goncang ngan lempeng sayur.
Nami sgt cantik. dulu masa autumn kt Vienna, daun dh banyak gugur.. so tak merasa nak tgk pokok tukar kaler. kali ni Tuhan bg rezeki dpt tgk pokok kaler kuning, pink, merah and the scenery was breathtakingly beautiful. and korg akan lebih hargai Nami kalo korg baca buku psl Nami tu. Cayolah cakap acik. Aku bawak basikat kat sana weh! selepas aku rasa dekat 20 tahun tak bawak basikal, apa mcm gila aku bawak. kalo cite korea, pmpuan tak pndai bwk basikal tu cute, hakikatnya tidak ye. aku kelihatan seperti alien gila bru jumpa basikal
Kat nami lama gila. hbis tu kita gerak ke Dongdaemun. dinner kt sana, mkn ikan bakar n sotong sambal tu. then jalan2 sekitar tu. ha. nampak tak lampu2 bentuk bunga tu? cantik gila weh. sepanjang2 jalan tu, diorg wat lampu bentuk bunga ros banyak2. kalo g bercinta mmg feeling habislah! hehe. pastu gi Cheinggyecheon stream, dongdaemun history and culture park and dongdaemun design plaza. amik2 gambar, habis sume, bdn rasa nk pengsan dh, kita pun gerak balik naik subway.
ok. dh pnjg sgt. sambung lg nanti. kalo rajin.
Thursday, January 7, 2016
Overprotective
[Writing this while humming Britney Spears' Overprotected] so last night, after dinner, Putut keluar la. Aku agak ni mesti kuar dating ni. Sbb before this, dia dh pernah bawak bf dia balik rumah- [konon nak tunjuk kat aku la bf tua dia tu. like i will redha la dgn relationship dia tu?] aku bagi gak la dia kuar sbb dia dh merengek kt tepi pintu tu. pastu pkl 9 lebih mcm tu, aku panggil dia balik.
tau dia kt mana?
ats tembok pagar rumah jiran depan rumah. tgh dating ngadap2 dgn bf dia tu. eh. bila aku panggil dia balik, steady je bf dia hantar dia balik. panjang juga la aku bebel kan dia. masuk rumah jap, mkn ikan sikit pastu nk kuar balik. jatuh cinta sungguh la kot. tak kisahla jantan tu tua n tak ensem, asal gentleman ye tut? #tepukdahi
lambat gak hati aku nak sejuk bila tgk dia asyik kuar je tu. dh la malam kelmarin xbalik rumah. nanti dh bunting, jantan tu blah aku gak nk jaga sume. marah betul aku, sampai aku hampir lupa yang Putut ni kucing- dh mmg lifestyle dia gitu.
baru kucing. agaknya kalo anak aku dh ade bf nanti, tak tahula camne aku react. agak camne la ibu hadam semua cite aku psl sume crush aku dulu. semoga aku dpt jd ibu yang cool mcm ibu.
damn. lagu britney spears dh kira lagu oldies weh. i have this love-hate relationship dgn umur yg baru. apapun, hello 2016!
Thursday, December 31, 2015
Kisahnya
Kisahnya hari ni dah hari yang terakhir for 2015. Meh semak balik apa cita-cita 2015 yang pernah aku buat. Kasi tarbiah sikit apa yang patut aku wat utk 2016
Azam 2015
1. kurangkan berat badan sebanyak 20kg dan mengamalkan gaya hidup sihat [BOOOOOOOO BOOOOOOO lagiiiiiiiiiiiii . Lagi sekali BOOOOOOOOOOOOOOOOOOO]
2. doing something big. [too vague. so far seingat aku tak de yang big pun aku buat for 2015. pindah rumah sbb rumah dh direnovate. tp tu duit mak ayah aku. ceh] edit: wei. aku lupa seh. aku dpt tauliah jd peguam syarie Negeri Sembilan tahun 2015 la. haha. tu kira besar la tu. tambah title.
3. be a better person [makin matang. tapi baran masih ada]
4. jumpa Nur Iman Hannan or her parents. [Tuhan kata blm jodoh lagi nak jumpa. semoga ada jodoh kita ye, Nur Iman Hannan]
Plannya juga utk 2015 onward nak travel 3 negara setahun. Tapi memandangkan kegawatan ekonomi yang menggila, nyata bnda tu sukar utk dimakbulkan. Last year Tuhan bagi rezeki dapat gi Thailand and Korea. InsyaAllah, tahun dpn kalau Tuhan murahkan rezeki, dpt aku bermusafir lagi. InsyaAllah... so utk azam 2016- here my list
1. Kahwin. Serious. yang ni mmg aku nak buat tahun dpn. kena set dlm kepala. siapa jodoh tu belakang kira. yang penting bak kata shira kena ada dlm sub-conscious mind yang aku mmg nak kawen tahun dpn. [straight to the point. ha. amik ko. mihihihi]
2. Osaka for April and Bali for my birthday. Or myb meneruskan tradisi Oktober sebagai bulan jalan-jalan.
3. menjadi manusia yang tidak cepat melenting, sabar dan tidak mudah sentap. [sgt penting]
4. TOLONG LA BELAJAR MASAK. buang rasa menyampah pada dapur. aku ada sikap yang aku tak suka buat apa yang aku tak reti buat. so please la syuhada. tolong la belajar masak. bukan takat bab kawen je ni, tahun dpn segala bnda mahal. pe mende ko nk makan weh?
5. sihat.
6. hafalkan balik segala surah yang pernah aku hafal but la ni dah tenggelam timbul. tutup aurat dgn sempurna.
7. jgn cpt judge org.
semoga makbul niatnya, insyaAllah
Thursday, December 10, 2015
Dari sisi kehidupan mereka
Last Sunday, me and Tipah [my current bff- tempat mencurah segala rasa juga dibawak kehulu kehilir. heh] berpeluang join satu program yang dianjurkan oleh Nisa' Negeri Sembilan di Mydin Seremban 2. Program yang namanya "Back to School" yang mana golongan anak2 yatim dan juga asnaf dibantu dr segi keperluan sekolah termasuk beg dan juga alat tulis. aku n tipah yang mmg xbercampur org ni, alhamdulillah dipilih utk jd sukarelawan bantu adik2 ni g shopping baju sekolah satu set dgn budget Rm100 seorang.
adik2 yang aku kena jaga dua org [mmg setiap sukarelawan dpt 2 org] nama diorg Megat dan Din. nama full aku lupa. [banyak nau tgk bnda lagha, ni la jdnya. pelupa sungguh lately] memula nervous gak, sbb aku mmg la jahil melayan budak. mmg xpandai. awl2 dh bgtau committee yang aku xreti handle bdk2. tp diorg kata, relax je. program start dlm pkl 10.00 pagi. lps srpn and introduce para sukarelawan, kitorg pun mula gerak shopping.
tapi taula, syuhada ngan shopping tu tak la bape nk ngam. apa nak beli- trus je g cari brg tu then balik. xde nk window shopping, berjalan tak tentu hala. tambah lagi Megat n Din tak banyak songeh. Aku tanya diorg jwb, xde la diam je. Suruh pilih, diorg pilih. sbb aku dh dekat 11 tahun jugak meninggalkan sekolah. tahun dpn diorg drjh 6, so mestilah nk ensem2 sikit kan. hehe. start pukul 10, pukul 10.35 aku dh settle cari baju sekolah, seluar skolah, kasut skolah sekali ngan stokin utk diorg berdua.sbbkan rezeki ada lebih, jd aku ngan tipah pun bwk adik2 kitorg g mkn. ingtkn nk bwk p makan western kt food court tu, tp xbukak lg. so bwk la p mkn A&W. sedap tgk diorg mkn. seronok.
masa tgk diorg mkn tu, aku tarbiah diri sendiri. Din dah tak de ayah, Megat dah tak de mak. Dua2 hidup xsenang mana. aku tanya pernah mkn A&W tak, diorg kata xpernah. ni first time dpt mkn kentang pusing, hotdog ngan rootbeer float. masa pilih baju and kasut pun tak memilih2. tak de la nak kain jenis licin, nak kasut bawah nye hitam ke pe.. aku tanya nak ni ke tak, diorg ok je. diorg sedar diorg sape, and they live as it is.
aku ni, selalu lupa utk bersyukur. ade jerawat dh mengeluh. nak kulit licin xde parut. padahal ade org lansung xde muka. selalu melawat ckp mak ayah, padahal ade org xmerasa pun family bahagia mcm yang aku ada. selalu risau psl xckup gaji tgh bulan, pdhal ade org lansung xde keje.
aku lupa nak melihat dunia, dr sisi kehidupan yang berbeza.
Subscribe to:
Posts (Atom)









