Wednesday, September 25, 2013

Alexander Graham Bell punya pasal

Bahana dah lama sangat tak update blog, tajuk nak letak ape pun aku tak tahu. Lepas hampir dua bulan blog ini kutinggalkan. ada juga menyinggah, nafsu pun prnah terarah nk mengupdate blog tp akal tak keluarkan idea utk menaip, jd no update for two months. 

Apa yang jadi dalam hidup lately? Ha, beberapa hari sebelum hari raya tahun ni [mak aih, sikit punya berzaman cerita] ak akhirnya menjejakkan kaki ke alam smart phone. ye, sy sgtlah ketinggalan. nak cerita psl phone, ak mmg bukanlah org yg gila mengupdate phone ikut trend terkini. sebagai contoh, first phone yg aku ada adlh tym aku nk masuk Pre Law, Merbok Kedah.  


Tym google ni baru aku tau modelnya A200. phone ni mmg comel yang amat. betul2 saiz tapak tangan aku. masa awal2 kebanyakan org ingat phone ni phone permainan [sentap weh] tp ni adalah pemberian dr ibu & ayah sbb aku dpt masuk U. dan ini adalah satu-satunya phone aku yang bukan dari duit poket aku sendiri. Kenapa tak guna lagi? Two reasons. 1st charger phone ni dah rosak n nak dpt charger utk jenis ni punyalah payah sbb jenis ni org mmg tak ramai [or almost takde] yang pakai. 2nd, berkait dgn 1st reason td- org tak pakai. cina jual phone tu pun suruh aku batalkan hasrat nk trade in n simpan je la kat rumah. 

Second phone beli masa BLS. 


Sony Ericsson w850i. masa aku beli tu harga dekat RM900 lebih. and aku sangatlah sayang phone ni. lama gak aku pakai. tp sepertimana yang ramai maklum, slide sony ericsson susah nak tahan lama. phone ni mula2 speaker rosak. aku kena pakai earphone bru blh ckp. lama gak jd gitu sampai org pndg aku pelik ckp sorg2 sbb org tak nmpk earphone dlm tudung [benda ni betul2 terjadi- jadi masa aku berjogging kat tasik S7 s.alam. ye. syuhada pernah berjogging] 

then satu pagi, ajal phone aku pun tiba. sedih yg amat sgt. tp dek kerana keperluan memiliki telefon bimbit pd zaman gini, memaksa aku ke PKNS utk cari phone baru. jadi, aku pun belilah telefon ni 


nokia xpress music 5130. harga dlm rm300 kot. terus terang syg aku pd phone ni tak de lah sgt tp sbb dia sbr n bertahan lama jd lama lah aku berkapel dgn dia. jatuh bangun aku dgn phone ni. LLB n Chambering aku wat ditemani phone ni. Nokia kan? campak lah mcm mana, dia tetap bertahan. sumbing juga aku buat phone ni, tp dia tetap ok. terima kasih awak, sbb sbr dgn sy sehingga ke akhirnya. bila org tanye bila nk beli tlfon baru- aku kata blm ada rezeki. sbb mmg tak de keperluan nk beli phone baru sbb dia masih elok.  tp aku buat keputusan utk clash slps org ramai memandang enteng pd dia yg kononnya tak setaraf dgnku. the moment klient pndg aku dgn pndgn menghina sbb aku guna tlfon ni, aku tiba2 rasa nk cari bf lain. tambah lg org sibuk ber-insta, wassap bagai tp aku habuk pun tak tahu. 

so bila dpt rezeki lebih, aku clash dgn nokia tu [kini dia kapel dgn ateh. dh sampai Gemencheh dah phone tu] and now in a r/ship with Sony Galaxy Grand Duos


org lain dh pakai Note 3 bagai tp aku pakai grand dua je. sebab 1st aku tak mampu nk beli phone ribu riban. 2nd aku mmg nk cari phone dua sim. jd memandang pd budget n keperluan, aku beli ni. ni la bff aku sekarang. teman aku sampai ke tempat beradu. kat court boring2 tak de sape nk borak, aku lepak dgn dia. [owh, betapa pathetic nye lah hidup aku]  Alhamdulillah. rezeki. now aku dah blh main candy crush tnpa perlu pnjm phone org or main kt FB. akaun insta pun aku dah ada. wassap aku msih bru bljr nk guna. hehe. 

ok. tu je lah. aku nk siapkan hujahan. bye.