Wednesday, April 18, 2018

Ho Chi Minh; Pentingnya Sejarah dalam Pembentukan Bangsa

[Gitew, tajuk! Dah macam nak tulis thesis bunyinya]

Trip kali ini adalah satu trip yang boleh dikatakan dikendalikan oleh Kak D and Kak As [part of my #SeoulSisters] jadi dalam group kali ini ramai orang Sabah. [dalam 12 orang, 2 org n9, sorg serawak, sorg kedah. lain sume Tawau] Mula-mula macam fikir, ni mesti aku tak faham satu pe diorg borak, tapi akhirnya berdekah2 ketawa. [travel buddies are really important. even kau berada di tempat yang paling best pun, if travelmates kau mcm haram, maka haramlah holiday kau. #basedontruestory]


So trip kali ni tiketnya dah beli dalam bukan Oktober 2017, flynya bulan April 2018. Kau nak tiket murah, mmg kau kena hadap la azab tunggu lama nak fly ni.  Kami berkumpul 02.04.2018, lebih kurang jam 9.30 pagi di McD utk urusan berkumpul untuk kenal-kenal, bagi boarding pass, bagi duit tukar etc etc. KL-HCM ambil masa dalam dua jam juga. 

 

Kami tiba di HCM dalam pukul 12.30pm waktu tempatan. mereka lewat sejam dari kita. [FunFacts: pukul 6 diorg dh gelap, pukul 5 pagi diorg mcm pukul 6.45 pagi kita] Our tour guide namanya Ansari dah siap-siap tunggu di Airport untuk bawa kami lunch dulu sementara tunggu Kak Ety sampai sbb dia naik flight lain. Berjalan di negara Asean, kau tak rasa sgt berada di luar negara. Cuaca nya sama, panas tapi tak begitu terik. Ho Chi Minh kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, aku rasa bersih lagi mereka. Untuk 1st impression, oklah. Not bad. 

Selesai makan, kami dibawa check-in hotel. Kami stay di Ngan Ha Hotel, letaknya betul-betul depan laluan pasar malam. kalau korg follow ig aku, dlm ig story ada aku tunjuk betapa dekatnya lah Hotel dengan Ben Than. Hotel ni recommended. Bersih dan dekat dengan Ben Than. Aku suggest amik bilik utk 3 org mcm kitorg sbb ada tingkap dan luas. [sng kau nak packing hasil shopping nanti. Haha] Lagipun diorg kemas bilik hari-hari tau! Internet pun laju. [fast internet is BAE, ok] 


Sebabkan masing-masing penat, masing-masing buat aktiviti sendiri dlu. Aku ngan angah tunggu k.ety di hotel sambil meluruskan pinggang. Memandangkan dlm itenary tak de aktiviti ptg ni, maka aku ngan k.ety plan nak ke War Remnants Museum yang telah di suggest oleh Puan Mai [bos aku] untuk pergi. Lagipun sayang time travel nak lepak bilik je, rugi! 

Museum ni jauhnya dalam satu kilometer je dari hotel. jalan kaki ke sampai. tak mengah. sambil-sambil tu kau bolehla tgk gaya hidup org sini. ilmu pertama aku dapat kat sini adalah ilmu tegar melintas jalan raya. memang kena rajin mengucap, sbb possibility kau untuk dilanggar adalah amat tinggi dek kerana style driving mereka yang mana layak untuk dicarutkan kalau mereka ada di Malaysia. tapi sbb aku nampak ni dah macam culture mereka, maka kita lapangkan dada dan terima cara mereka. 

Di Muzium tersebut, bayaran masuk adalah 40,000 Dong. Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai gambar ketika perang yang boleh merobek hati. Bergenang air mata apabila aku nampak satu gambar seorang budak berumur dalam 10 tahun , tertirap ke tanah, sambil melindungi adiknya dari ditembak. End up, dua-dua mati ditembak tanpa belas ehsan. Aku setuju dengan kata-kata bos, "During war, we not just lose life and home. But the most important thing that will lose is humanity"

 

 Masa kami sampai tu, ada tgh buat pameran tentang sumbangan tentera amerika slps perang Vietnam. Ironi bukan? Di bahagian atas penuh dengan sisi kejam mereka, tapi di tingkat bawah, penuh pujian dan penghargaan. Kepala aku sakit berdenyut-denyut dek terlampau banyak aura negatif. Kami pulang ke hotel selepas tu, untuk siap-siap makan malam nya pula.

 Restoren Haji Osman, letaknya di Malaysian Street. Sini bersepah kedai makan muslim. But rasanya tak bape kena dengan tekak. usai makan, kami beraktiviti bebas. aku mengambil peluang untuk melihat-lihat dulu dan mengejar Kopi Ais Vietnam yang disebut2 itu. Ingatkan overrated, tapi rupanya memang sedap dik non. Dia mcm ada mix Chocolate skit tapi tak de rasa mocha. Kopi dia pekat dan mmg patut pun mendapat pujian. kat kedai makan tak dpt rasa mcm ni. kat akak moto tu je blh dpt rasa super kow dan terbaik dari ladang! 

Esoknya, kami berangkat ke Sungai Mekong.

 

one word- jauh! tidur, bangun, tidur, bangun.. tak juga sampai. pndang luar pun highway je. tapi kat highway tu aku nampak bas dua tingkat yang boleh tidur baring tu. tapi tak teringin nak naik sebab dari jauh aku nampak semak gila. haha. dekat sejam lebih maka sampailah kami di jiwa org2 vietnam iaitu Sungai Mekong.

some facts about Mekong:-

 Org Champa menyebut Mek Gong.. Mek bermaksud IBU dan Gong adalah Sungai maka terjadilah panggilan MEKONG. Mekong means panjang. Sungai Mekong ni adalah sungai yang Terpanjang di Asia yang berukuran panjang dalam 4800km menghubungkan 6 negara.[sumber: FB kak Anne]



Ingat tak yang aku bgtau dulu yang aku ada phobia bab2 air ni. uish, mekong ni dah la kuning, naik pulak boat biasa, seram lain maciammm! mcm2 aku bayangkan rupa naga betapa dalam air tu. haha. tapi tak de rasa sgt sbb Ansari banyak cite pasal penduduk area ni [yang suka jamu tetamu dengan makanan istimewa mereka which is- tikus sawah!] [mcm nk bertambah kapasiti kandungan sungai mekong dek muntah aku]



tiba kat site sblh sana, mcm ada perkampungan dan kami dijamu dengan air madu dari lebah yang makan pokok mata kucing. not a fan of madu, so i dont really know apa beza dia. ingat nak beli but dunno why utk trip vietnam ni aku banyak berkira sendiri. then adalah few industri kecil perkampungan yang diperkenalkan kpd pelancong termasuk barangan kulit yang mmg ori. mmg tak la aku beli, kan? duk terbayang pulak binatang-bitang yang disiat kulit diorg. cedih! [nada awek cendol. ^.^] 



lepas tu kitorg dibawa makan buah-buahan tempatan sambil dgr org2 diorg nyanyi lagu rakyat ke pe mende ntah. Ansari kata lagu tu lagu masa zaman perang. bunyi sedih nau!



settle makan, kami dibawa pulak naik sampan [acara wajib org ke HCM] lalu la paya kecik tu. nampak banyak ikan tembakul. Boleh plak discuss pasal fatwa boleh makan ke tak ikan tembakul. haha.

 

Ansari cakap, utk yang bawak sampan ni, diorg diupah RM8.00 satu trip oleh syarikat. Rasa sayu juga sebab kebanyakan yang dayung sampan ni dah sebaya nenek-atok kita. Menyesal juga hati tak hulurkan sedikit duit pada mereka. Kalau korg datang sini, hulurlah sedikit ye. [Jgn jd macam aku..huhu] sampai di hujung sungai, ada kilang buat gula-gula dari kelapa.100% handmade

 

 balik, sekali lagi menempuh jalan yang sangatlah jauh untuk ke tempat-tempat shopping. satu kedai tu aku hadapi pengalaman tak best, so tak yah cite. yang aku nak cite dekat kedai nama Mai [eh. nama bos!] sini aku dapat telekung RM19 sepasang. Kat malaysia diorg jual RM90! maka aku borong lah sikit. Malam. lps dinner dibawa Ansari, sekali lagi aktiviti bebas di tempat yang sama. [honestly speaking, ive started to feel bored] [shopping is totally not my thing] 



Hari ketiga, kita ke Chuchi Tunnel!

Abang-abang ni tak mau ikut sebab before ke Chuchi Tunnel, kami ke Linda [kedai baju sumpah murah] dulu. Di Linda ni, adalah beberapa pasang abju aku beli sebab murah. beli baju ibu, nurul then bnyk baju keje hitam putih [blergh] settle di Linda, kita bergerak ke Chuchi Tunnel. Jauh gila, maka kita tidur dulu. nak pandang kiri kanan pun tak de pe. banyak motor je.

Sampai di Chuchi Tunnel. Kat sini aku triggered! Sejarah oi! Fav!



Ianya adalah kawasan yang aku sifatkan sebagai kubu perlindungan/pertahanan org2 Vietnam semasa perang dulu. Kawasannya luas dan kau akan belajar, betapa hebatnya akal manusia bila dia terdesak. yang paling aku kagum adalah kehebatan diorg menggali tunnel yang boleh disifatkan sebagai kampung bawah tanah yang ada beberapa tingkat. Satu senibina yang hebat.

[gambar tak de kaitan. gambar berkaitan tunnel banyak kat ig story aku je. hehe]

Guide yang pakai baju askar tu, tunjukkan kami apa rupanya lubang masuk tunnel. Memang kalau kita lalu situ, takkan nampak la mana lubang masuknya. since aku juga ada phobia tempat sempit, maka mmg tidaklah aku nak masuk dalam tunnel tu. in fact mmg org yang ada darah tinggi ke etc tidak digalakkan masuk dalam tunnel sempit tu.

 

Jerat2 yang diorg buat juga kreatif dan menakutkan juga kejam. perang kan, takkan kau nk guna kain sutera pula nak buat jerat, haruslah buluh2 hutan yang super tajam yang mmg nak kasi mati la org2 yang lalu! bab selipar getah tayar tu pun aku kagum. boleh pulak diorg terfikir nak buat tapak tu terbalik designnya so nanti musuh tak leh trace kau kat mana. [kat highlight ig aku ada aku amik video selipar ni. gambar tak de. sibuk buat ig story. haha] 



settle di sana, kami ke restoren muslim berdekatan untuk lunch dan petangnya kami singgah di Hard Rock Ho Ci Minh [yang sampai la ni aku tak faham apa tujuannya] dan Pos Office yang super cantik itu. Bagusnya post office ni, even dah jadi pusat pelancongan yang banyak gila org datang, diorg masih lagi beroperasi sebagai pejabat pos yang efisyen! Thumbs up! Area sini aku suka juga pemandangannya, cantik macam Insadong [pekan art dekat Seoul]


malamnya, sekali lagi lepas dinner kami beraktiviti bebas untuk menghabiskan duit dong yang ada. malam ni juga untuk packing apa yang patut sebab esok pagi lepas subuh, flight balik Malaysia.



akhirnya, 05.04.2017, Ho Chi Minh dan Ansari kami tinggalkan dengan pengalaman baru. Alhamdulillah untuk rezeki yang Tuhan bagi kali ini terutama kenalan baru, akak2 dan abang2 dari sabah yang tidak lokek dan peramah. even dari golongan hebat2, sebab ada mereka ni lah, Ho Chi Minh tidaklah begitu sendu di mataku. Terima kasih atas kenangan dan tali persaudaraan yang ikhlas :)



so here few things about Vietnam yang aku nak share:-
  • korang confuse tak bila time nak tukar duit either nak tukar dong atau tak? mana lagi untung? mana lagi senang? aku confuse gila before pergi. tapi bila dah kat sana jawapannya adalah tgk keadaan. ada kedai guna ding untung, ada kedai guna ringgit untung. tapi melalui pemerhatian, kalo niat nak shopping, dan kau pun dah ada pakej untuk makan dan transport juga hotel, maka tukarlah dong tu dalam sejuta je [masa aku g, rm176= 1juta] tapi kalau jenis nak backpack, sediakan USD, Dong dan Ringgit juga
  • Ansari adalah guide pelancong yang mmg aku recommend. based on pengalaman lepas, dia antara yang terbaik. cakapnya lembut, orgnya sabar, in fact if kitorg pernah buat dia hangin ke, dia tak buat muka. [tak macam masa aku p jogja dulu. haha] 
  • Ho Chi Minh bukanlah tempat untuk travel yang definasi travelnya adalah untuk relax dan berseronok. sbb tak de pe yang seronoknya untuk aku di sana. seronok belajar budaya tu adalah sikit tapi bila dah banyak sgt aktiviti shopping, maka aku jadi mual dan muak. It might be ur cup of tea, but not mine [wink]  
  • cerita kena hamun dengan penjual bukan satu kisah dongeng. aku dulu agak skeptikal bila org cakap diorg suka marah-marah. sbb aku tak caye. takkanlah kan? org nk beli kot. tapi bila dah merasa sendiri kena tarik lengan [dengan kuat okeh] kena hamun, kena bahasa.. maka aku sifatkan mmg culture nya begitu. thats why Pasar Malam dan Ben Than tak rasa lansung duit aku sebab aku mmg xnk suka beli barang sambil kena marah ni. duit aku banyak habis kat lorong kedai halal banyak tu. diorg ok. kalau kata harga fixed, maka fixed. so xde la aku tawar. Ni letak harga rm 60 utk benda yang aku boleh dpt kt malaysia rm15 then kau maki hamun org, maka kau simpanje lah barang-barang kau tu bawak masuk kubur ye kak.