Sunday, November 25, 2018

Xian : What to Prepare?

[Be prepared, I'll be posting at least three post about Xian. Man, I'm so exited to share about Xian with u guys] 

Honestly, i only knew about Xian few years back, when Mek told me about her dream country to visit. I was like.. Xian? Mana tu?


Ok. Ni map ttg letak mana Xian tu. Xian ni dulu ibu negara China before Beijing. So memang banyak tinggalan sejarah kat Xian [love!] Laluan Sutera tau? Xian la tempat permulaan laluan sutera tu. tak tau? errr.. Terracotta tau? Alaa.. beribu-ribu patung tentera dari tanah liat yang ditanam sekali dgn makan raja tu... tak tau gak? [humm. g sekolah balik ah. ni tym subjek sejarah, mesti kau tdo kan?] Sekarang dah ada direct flight Xian-KL guna Air Asia. Antara tiket yang murah gak kalau nak merasa p negara empat musim. So, lepas dah beli tiket, apa nak kena prepare? Apa yang nak kena consider? Ha, meh, aku story sikit:-

PERTAMA: VISA
 mcm yg korang dah sedia tahu, kalo nk p China, kena ada visa. maka buatlah visa sesiap. Ha, ni tips sikit. Dianjurkan untuk apply visa individu, sbb kalo kau buat visa berkumpulan, then tetibe sorg tak dpt pergi, maka satu jemaah kau tak blh pergi. True case, so better guna tips ni. Ha, jgn lupa semak imegresen tau. Ni bukan takat Xian, p mana2 pun kena cek dulu. mana la tau kau ni rupanya criminal wanted [hik!]

KEDUA: CUACA
China adalah negara empat musim yang pertukarannya sama je macam negara 4 musim yang lain [maksud aku tak macam australia] tapi babe, kau jgn main-main dgn autumn di China. aku dah pernah merasa Autumn di tiga negara, jadi bajet dah tau la anggaran suhu. ala.. mcm duduk dalam aircond, maka baju pun aku bawak untuk autumn la. sekali kau! rupanya 4-9 nov di Xian adalah early winter. daun masih banyak yang kuning-kuning, tp memang sejuk tak hengat! tambah lagi masa kitorg p, adalah time hujan, berganda-ganda lah sejuknya. aku dah cek dah weather forecast segala, tapi bila sampai sana, tetibe jd lain. [rasa nak balik mlysia masa amik wudhu' tym subuh weh] So make sure kau tahu apa cuaca kat sana masa kau nak pergi n bawa pakaian yang sesuai. Its a must!

KETIGA: MAKANAN
China terkenal dengan tempat makan segala benda di dalam dunia. Apa je lah yang diorg tak buat lauk kan? halal haram mmg sukar lah nak didebat di sana. cuma Xian lain, Xian ada Muslim Street yang super awesome yang ada makanan halal streetfood sepanjang jalan. [aku ada folder khas untuk gambar makanan di Xian, so kau blh byg tak betapa awesomenya food di Xian] Maka, kau book lah hotel sekitar Muslim Street tu. Aritu kitorg duduk Leica Hotel, jauh dari Muslim Street. So sarapan makan maggi je lah. Kedai makan muslim pun ada, cuma kena pandai cari. lauk sedap! [kalau rajin, akan ada satu post khas utk makanan di Xian. nantikan!] 

KEEMPAT: TRAVEL ADAPTER
China punya plug lain skit. Google la, kau akan fhm camne rupa dia. usually travel adapter yg complete set tu ada dah yg China punya, cuma kau putar skit besi tu, jd la adapter yg sesuai utk China

KELIMA: MATAWANG
Sana guna Yuan. Time aku pergi, 100 yuan sama dengan RM60. so 10yuan sama dengan RM6. 10yuan tu dapat beli satu cucuk sate kambeng [yg sedap dap dap] [sate tu besar. jgn bygkn mcm sate mlysia][5yuan blh beli jus delima saiz kecik] cenderahati pun tak de la mahal mana, ok laaaa kalo nk beli fridge magnet utk satu opis. tak mahal la senang cite Xian ni.

KEENAM: VPN
China blok google, fb, whatsapp, ig segala ni. So camne nk instastory? kau kenalah download VPN siap2 kat mlysia, sbb kalo kt sana baru nk download, Google Playstore xde kt China, dik non. maka nganga lah kau sendiri. Tapi nowadays dah banyak sewa tablet wifi yang tak perlu install VPN. tp aku advice install je VPN, mana la tau kau nk jimat guna data tablet wifi, nk guna wifi hotel, kena la ada VPN. [unless kau budak wechat la] VPN ni banyak, aku sarankan guna 'VPN MASTER'. Sng nak guna.


KETUJUH: TOILET
China dan toilet kotor, berpisah tiadaaaaaaa. bawaklah botol kosong ke mana sahaja. tapi lagi bagus beli botol Easy Wudhu' mcm gambar bawah ni. Mudah dipakai dan lebih bersih.

 kau tak nak diseksa munkar nakir dlm kubur, baik la istinjak elok2.  #donedakwah

KELAPAN: STAMINA
Muzium terracotta tu besar tak hengat. maka kau kena banyak berjalan. bentuk muka bumi tak la berbukit bukau mcm Korea, banyak yang rata. tapi stamina yang bagus blh buat holiday kau lebih seronok.

Ok. tu je tips yang aku ingat for now. Penceritaan psl Xian akan aku postkan ikut kerajinan. Ngeh!