Sunday, March 31, 2013

Takut tapi tak taubat. Apa kes?

Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari). sumber islampos.com

#berpeluh 

Sunday, March 17, 2013

Arashi For Dream

I miss them; bunch of dorky princes who used to be one of my main reason to smile. 
They are awesome- it is understatement.


Hmimitsu No Arashi. Arashi No Shiagare. Kokuritsu.
..The Pride of being an Arashian.. Gahhhh.. I miss those moments


 I'm sorry for not being a fan anymore but all of u will always be the most special idol i ever knew.

Friday, March 15, 2013

Tun Kudu, Hang Tuah & Noor Diana- Part II

This time I will definitely tell u the relation between Tun Kudu, Hang Tuah & Noor Diana sebab takkan adanya part III untuk cerita tentang jalan2 di Melaka ini. Okay. Disebabkan kitorang sampai rumah dah pukul 2 pagi malam sebelumnya, waktu tidur pun di-qada' sepuas hati yang mengakibatkan jalan2 pusing Melaka hari ke-2 bermula waktu tengahri. Takde lagi nasi lemak express mcm smlm sbb mak angah dah pun balik Nilai. Jadi main point bila memulakan perjalanan adalah untuk mencari makan. Asam Pedas hunting- part II, start! 


Satu perkara yang aku strongly advise korang is- g melaka carilah menda alah ni:-


Klebang Original Coconut Shake. I'm not a fan of air kelapa tapi bila rasa air ni, aku rasa nak register jd ahli fan club. orang beratur beli babe, and i bet u- u wont regret. sumpah sedap! [tp depend kat tekak orang gak. Nadia tak bape suka sangat. Dia habis la satu but bila odway balik kitorg beli lagi satu, dia tak mo] okay, back to food hunting- pusing punya pusing, akhirnya kitorg jumpa tempat ni. Angah mcm shaky skit sbb tak ramai org but mengambil sempadan dr cerita lunch semalam- kitorg cuba sajo. 


aku teringin makan tomyam [ye, tgh2 hari mkn tomyam. aku gila. haha] sbb aku tak bape suka sangat masak asam. yg lain order msk asam. sambil tunggu kitorg bercamwhore. Gambar di bawah adalah tgn2 kami yang dah di inaikan di Jonker Walk smlm. 


Akhirnya makanan tiba. Taraa!!



For me, aku puas hati. Servis cepat. Kedai bersih & of course lauk2 nya sedap. Kesimpulannya: Dont judge a book by its cover, tak ramai tak semestinya tak sedap. 


Burpp.. Alhamdulillah. Lepas solat Zohor di Masjid berdekatan, kitorang gerak ke Melaka. Tempat wajib singgah i.e. AFamosa & Istana Melaka kitorg belum pergi. Singgah sebentar di satu Muzium Architecture kat sana. Cool. 






korg ingat gambar dua ekor binatang ni pe? Naga? Pandai. Aku lembab sikit sbb aku mati-mati ingat tu cicak. Pe kes pulak ukir cicak kat pintu rumah kan? Tangkap jelah then gam kat pintu lagi senang. [okay. tak kelakar] 




me yang gila jahil berposing. Jalan punya jalan, bertemula kami dengan Replika Istana Melaka. Betul-betul sebelah Afamosa. 


Babe, I love to see u laugh like this 



okay. This is where the relation between Hang Tuah, Tun Kudu & Noor Diana started. There is one so-called special space/ site or whatever yg korg nk address la kan. Kat situ diorang cerita detail tentang Tun Kudu [nampak tak patung pempuan kat belakang aku tu. Tu digambarkan as Tun Kudu] Tapi kitorg mls membaca so bila angah tanya siapa Tun Kudu ni, Timah dgn sempoinya menjawab dia adalah mak Hang Tuah. Noor Diana kadang-kadang boleh menjadi manusia paling mulus, telus dan lurus. Bila tgk muka innocentnya bertanya- ye ke? kitorg pun gelak. Tak kelakar. Ye aku tahu. Heh. 

Plan nak panjat bukit Afamosa tak jd sebab hari dah hujan. Jadi kitorang pun decide untuk balik. Tamatlah sudah cerita holiday budget yg ringkas & singkat kami. 


Dear BFFs, thank u for this holiday. This is our 1st holiday together. Minta halal sume kot terkasar bahasa, terlajak kata, makan berlebih ke pe. Lets pray for this friendship remain forever. I love u both! 


Thursday, March 14, 2013

Anugerah dari Syurga

Selamat datang ke dunia, Uwais Farhan & Aisya Humaira

 kredit gambar: FB bapa masing-masing. 

Daripada Aisyah R.Ha berkata, "Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu di sisiku melainkan sebiji kurma lalu aku berikan kepadanya. Maka dia pun membahagikan sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiripun tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi Muhammad s.a.w datang kepada kami kalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka Baginda bersabda, "Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka"
                                                                                                   Riwayat Bukhari dan Muslim

Semoga kalian menjadi insan mulia di sisi Allah s.w.t, anak yang soleh & solehah kepada ibu bapa dan keluarga kalian, manusia bijaksana yang disenangi ramai sehingga berjaya dunia akhirat. Mommy Syuhada doakan semoga kalian sihat selalu [peluk cium]

p/s: tak sabar pula untuk bertemu Nur Iman Hannan. [peluk cium lagi] 

Tuesday, March 12, 2013

Tun Kudu, Hang Tuah dan NoorDiana- Part I

warning: this post gonna be a long post. reader's discretion is advised

It will be hard for you to know what is the relationship between three of them. Between Tun Kudu & Hang Tuah probably ada la kalo google, but Noor Diana and them..? - u only know at the end of this post. Tp depends pd keadaan akal fikiran & kemampuan utk menaip. Tak janji okeh? Post kali ini akan bercerita secara agak detail tentang my BFFs' holiday dua minggu lepas. Holiday kali ini yang dirancang oleh kami bertiga- at the endnye hanya kami bertiga sajolah yang dapat gi. 


Perjalanan 2 malam 2 hari bermula 22 feb malam. since sume pun dah bergelar wanita bekerjaya kononnya, jadi trip mula lepas habis keje. aku di jemput oleh cik soulmate & kemudiannya bertemu janji dengan puan diana sudin a.k.a angahku and also adik member paling sempoi- nadia sudin. menumpang teduh di kg angah yg serba hijau [terima kasih atas tajaan penginapan, ngah] memang rasa back to nature. cool weh blkg rumah blh tanam mcm2. pokok pegaga sikit punye gemok. Malam sebab dah penat, mcm biasa aku [yang tak bape tahan mata utk bff's pillow talk session] pun membuta awal. pagi- mak angah masakkan nasi lemak. tabik spring sbb gile skillful wat nasi lemak macam lipas kudung. kelapa mesin sendiri weh. lepas kenyang mkn sume, kitorg start gerak utk memulakan sesi berjalan2 :)

1st destination- Taman Seribu Bunga.



Tak penah dengar? Aku pun 1st tym dgr sbb cik soulmate kata tempat tu best ikut kata kawan dia. kurang publisiti or maybe nama taman ni agak mislead sikit. sebut seribu bunga definitely kita akan fikir bunga kan?





jadi mati-mati aku bayangkan aku akan memasuki taman bunga ala2 kayangan- but then- hampeh! tak la hempeh mana, sesuaila kalo nk riadah ngan family since masuk pun free- but aku suggest kat bahagian pelancongan melaka- tempat ni baik diubah nama- taman seribu pokok. tepat dari segi definisi dan realiti.

 

 




ah. there was one weird thing about this so-called taman seribu bunga. korang tgk gambar bwh ni. 


air bumi. seribu khasiat katanya. but then:-


Amaran: air tidak sesuai di minum. pulak? [tipah tertipu lagi] heh. settle kat sana- kitorg gerak g taman rama-rama & reptilia. 



okay- tempat ni cool. rm12.00 tiket yang dibayar tu rasa agak berbaloi. bersih & banyak benda blh tengok. puas hati la senang cite











binatang di atas ini sungguh chumel bukan?










muka sikit punya ganaz- pe motif nth wat signboard budget cute cam ni:-


perut pun dah lapar. datang melaka- of course la kena try masak asam [even aku tetap teguh dengan pendirian- ibu aku masak lagi best but kena la try cara diorang masak] tak de gambar sbb mmg tgh kebulur gila. kuah dia agak pekat. aku agak myb ada letak halba ke ape nth. honestly tempat tu tak la bape best sgt. since asam pedas dh jd signature dish melaka, mesti ada tempat lain yg best ni- esok kena cari! solat zohor di masjid kat MITC. dek kerana hari yang panas yang amat, kitorg decide utk tunggu sampai asar. tido dulu kaw kaw [aku je la. tido beb, no hal punya] then baru gerak g bandar hilir. 

G muzium kapal-kapal tu, santak sampai malam. Malam gerak g Jonker Walk & naik Malacca River Cruise usai solat Maghrib. [surau banyak so mmg senang skit la] Enjoy the pics [sbb kemahuan utk bercerita semakin kurang]








   
    


posing k-pop itu wajib. heh.










River Cruise. Aku penah baca kat satu blog yg menasihatkan jgn duduk depan so that takde lah kena air sungai melaka yang meng'harum' tu. but being the clumsy & gopoh syuhada as usual, aku lupa & totally clueless mana satu depan. either yg dekat pemandu or yg ada pemandangan yg luas i.e. blh nmpk clear la tnpa payah jengok kepala. sronok dpt duk area pemandangan luas tu but masa dh hampir disimbah dgn air sungai melaka yg tenyata harum semerbak mewangi tu, barulah aku tahu yg area yg aku duduk tu area depan. hentam sajalah labu..~






dinner a.k.a supper then balik tido.



nafsu menaip dah di tahap zero- jumpa di 'Tun Kudu, Hang Tuah & Noor Diana- Part II'