Thursday, February 16, 2017

Lelah

Perjalanan ini bagai banyak ranjaunya
Payah dan perit,
susah dan sakit

Kadang aku mahu duduk berhenti
Memikir tentang apa yang bakal jadi
Jua apa yg sebenarnya aku cari


Tapi jalan ini tidak izinkan aku buat sedemikian
Perjalanan perlu aku teruskan
Sampai aku lupa Tuhan selalu memerhatikan
Dgn janji yang tidak akan disia2kan.

Tuhan.
Tidak perlu jaga dia untukku.
Kerana aku tahu kau lebih menyayanginya dariku
Tapi jagalah hatiku Tuhan..
jaga imanku, jaga jiwaku
Jaga aku, duhai Tuhan
Tolong jagakan aku..
Agar aku sentiasa jaga Kamu selamanya dlm imanku

-syuhada, feb 2017

[siap tulis dlm tiga minit. kt court. sementara tgh tunggu turn]