Monday, December 31, 2012

Stages of Life

[semangat berkobar-kobar nak taip post panjang2 ni. tapi tak tahu nak mula mcm mana]

Bismillah. Okay. Permulaan yang terbaik, bukan? [senyum] marilah me-review balik pe dah jadi sepanjang 366 hari 2012 yg aku lalui. secara kseimpulan la. kalo detail masak ah. heh. 2012 kalau nak disimpulkan ia adalah tahun penyempurna impian. in other word, tahun berusaha utk menyempurnakan impian yg selangkah lg nak dicapai. one step closer bak kata christina perri. 

benda paling important bagi 2012 adalah aku berjaya habiskan LLB dan seterusnya berkonvo buat kali kedua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. LLB was a nightmare for me. Hell, total hell. Tapi dalam LLB yang setahun tu la yang banyak ajar aku. Aku belajar hidup. Aku belajar utk survive. Alone. Yeah, aku ada family yg support dari belakang- tapi seriously, aku sangat berbangga dengan yang namanya Siti Syuhada bt Mohd Isa sbb berjaya hadapi setahun gila tu sorang2 dengan selamat. itu adalah antara kejayaan terbesar dalam hidup. apapun, LLB- terima kasih. terima kasih utk semuanya. air mata, susah senang, kejatuhan, kegagalan dan kejayaan- aku menjadi manusia yg lebih matang kerana kau.

Habis LLB, aku mulakan pula dunia per'chambering' an. Hari-hari di Karthig Shan adalah hari-hari yang sangat aku hargai dan senangi. Cabaran tu mmg banyak tapi cabaran ini mencorakkan satu cara baru utk aku berfikir. aku didedahkan dengan apa benda alahnya dunia kepeguaman ni. Gah. Memang gah nampaknya. dari luar la. tapi sakitnya Tuhan saja yang tahu. The only thing yang buat aku bertahan is- minat. Ini adalah laluan yang aku pilih. Laluan yang didoakan oleh ibu, ayah, wan, atok & family sejak aku kecik lagi. Aku jatuh cinta dengan criminal law & evidence [plus aku mmg tak suka prosedur. leceh dan semak] dan aku semakin pasti yg aku mmg nak praktis lepas hbis chambering ni. In fact, kalau kena pilih antara LLB & chambering- mana satu yg nak diulang- 100% aku akan jwb chambering. rasanya kebanyakan lawyer pun akan kata gitu. Chambering mmg bukan perkara yang mudah tapi kesusahan tu yg best!


shaheera zulkifli menjadi manusia penting dalam hidup aku bagi 2012. kawan susah senang. rakan seperjuangan menghadapi 9 bulan. dialah kaunselor, dialah pembakar semangat & dialah manusia yang aku blh bergantung harap. sedih ketawa- dengan dialah aku ceritakan semuanya. terima kasih setinggi2nya wak.. sampai mati, jasa awak takkan sy lupa. 

Tahun ni juga tahun rezeki utk keluargaku. Achik akhirnya berjaya habiskan diploma. Ibu dapat mewakili n9 utk tilawah kebangsaan di Johor. And bila ibu menang tilawah negeri, satu family kitorang masuk paper you ollls!!



1st tym dpt masuk paper so jd jakun yg amat. even title berita tak de kena mengena n masuk sinar je pun, tapi- kau hado??! haha. Pintu rezeki utk keluarga pun tak pernah tertutup. Alhamdulillah.. tahniah utk kita sekeluarga, sayang-sayangku. 

dengan duit elaun chambering- family aku dapatlah merasa sekali sekala hasil titik peluh aku. tadi belanja ibu n ayah mkn pizza. even pizza simple je tp melihat diorg makan- rasa bahagia yang tak tergambar dek perkataan. sungguh.



sebak jantung aku td n dalam hati diam2 berdoa- Tuhan, jangan ambil nyawa mereka terlalu cepat. Tolong berikan aku kesempatan utk memberikan mereka kesenangan even tak setimpal dengan segala apa yang mereka dah lakukan & korbankan buatku. Aminnn.


heartbeat. till jannah. sayang yang amat.

2012 juga mencatitkan sejarah- 3 BFFs aku melangkah ke alam rumahtangga. In fact on 26th aritu, aku dah pun jd mummy!! yay!! anak buah 1st dlm geng..haha. sengih-sengih dlm office sbb exited tp sampai skrg masih belum sempat nk menziarah baby yanti pipi gebu bak kata Fana YB. InsyaAllah, dalam minggu ni pergi rasanya kalau tak de aral or hal2 lain.


ni hadiah from mummy syuhada & wan liza. tunggu ye baby.

 Ketiga-tiga pernikahan diorang aku attend sbb for me, as BFF, pernikahan tu lah saat paling important. Syahdu sbb.. entah. and masa nikah angah, aku nangis. rasa sayu yg amat. [masa kawen yanti tak sedih sbb leka mengurut kaki dia asyik lenguh coz lama sangat imam tu bg khutbah nikah. bukan kaki dia je. kaki aku pun. masa nikah az aku leka main kamera. masa nikah angah je aku fokus sbb wat dlm masjid. so kena duduk elok2. haha] masa peluk angah lps nikah pun aku rasa seolah-olah my sister diambil orang. sedey wo. tp rasa lega sbb dia dah jumpa org yg akan menjaga dia sampai syurga n akan menyayangi dia seadanya.

haruslah aku yg over, ngah. blog aku. hahaha. 

hmmm.. pe lagi ek?[kena tgk timeline FB utk flashback. owh. akhirnya aku jumpa pekdahnya timeline serabut ni]  Ha! bukan semuanya indah dlm 2012- sebagai contoh- 2012 bukanlah tahun yg bagus utk soal hati & perasaan. mwahaha. no further comments. yang dh lepas biarkanlah. even sekarang aku dah kurang mendoakan dia- tak seperti dulu- tapi doa aku utk kebahagiaan dia, isteri & keluarga takkan berhenti. semoga yang baik-baik sahaja buat dirinya & org2 yg dia sayangi [senyum] 

bila buat chambering- aku banyak jumpa orang- tapi blm jumpa yg berkenan di hati. ada juga bergoncang iman [hahaha.. over kan?] tp just crush biasa. gedik2. buat penghibur kebosanan yang amat bila kes panggil lambat di mahkamah. including 'dia'. Lps 3,4 malam tidur tak lelap, makan tak lalu akhirnya aku decide tu sume mainan perasaan semata. perasaan yang tak boleh dilayan sangat. dingdong. haha. so ibu- sabarlah ye. tahun 2014 along akan cari menantu ibu dengan bersungguh-sungguh [memandangkan tahun 2013, aku nk sambung bljr lg] doala dia jumpa along cpt so tak payahlah ibu tunggu sampai dua tahun. hikhik.


ni tak payah tunggu 2 tahun. sekarang ni pun along sendiri akan pinang dia. hehe. 

azam tahun 2013- nak call to the bar [sakit jiwa aku sbbkan BM bodoh tu] nak habiskan DLSA dengan jayanya. nak bekerja sebagai seorang peguamcara & peguambela dengan seikhlas hati and dedicate to my profession. nak jadi anak yang solehah yg takkan jemu berbakti utk ibu bapa & family. nak jadi manusia yang lebih mengenali Pemiliknya sekaligus menjadikan dia manusia yang lebih tahu bersyukur & berfikiran positif. InsyaAllah. 

Selamat Datang 2013.
Semoga 2013 menjadi satu lagi tahun yang akan aku kenang sebagai sejarah terindah. 
[senyum selalu]

Friday, December 28, 2012

Leo- Aumm!!

Kata org, yg lahir bln 8 ni mcm ni perangainya:-


  • Suka berlawak. - betul. tp bukan dgn semua org. sbb bukan sume org blh terima lwk sy. heh. 
  • Mudah tertawan padanya. - okay. define tertawan. heh. 
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. - sopaan santun katanya! those who know me than know la bnda ni betul ke atau rekaan semata-mata. mengambil berat tu ye. syuhada seorang yg caring. sungguh. 
  • Berani dan tidak tahu takut. -berani tu mungkin tp tidak tahu takut tu salah. 
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. -bukan agak tp mmg tegas. tp flexible. tp berhati perut. tp pemarah. tp crybaby. ha, syuhada la tu. 
  • Pandai memujuk orang lain. - tetttttt! salah. so far yg aku tahu for 25 years, ni auta. 
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.- tepat. 
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.- ye. betul. tepat sekali. 
  • Dahagakan pujian.- hahahaha. kantoi tp ye. its important as my confidence booster. 
  • Semangat juang yang luar biasa.- luar biasa? ye ke? 
  • Cepat marah & mudah mengamuk.- ni 100% tepat. 
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.- yup. sungguh. nampak? garang kan sy? 
  • Sangat cemburu.- mwahahahaha. no komen. 
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.- tajam tu mungkin tp teliti tu mcm tak bape betul 
  • Cepat berfikir.- yup. dan juga cepat berangan. 
  • Fikiran yang berdikari.-yup.syuhada makin pandai berdikari. dulu total fail. bila dh sampai umur 25 berdikari itu super penting 
  • Suka memimpin & dipimpin.-benar 
  • Sifat suka berangan. -rasa mcm dh bgtau td, kan? 
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. - [geleng kepala] ish ish ish. tipu sungguh la. masuk kelas silat betul2 kelas 1st sajo. pastu tak g dah. 
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.- sgt sensetif. betul. tidak mudah merajuk. hmm. mudah merajuk tp sedar diri tak de sape nk pujuk so kena pujuk hati sendiri. berdikari, bukan? 
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. -ha, ni betul. jrg dpt sakit lama2. alhamdulillah :) 
  • Belajar untuk bertenang.-dan sy masih lagi belajar utk bertenang. belajar dgn bersungguh2. 
  • Sikap kelam kabut.-gelabah mak nenek kata bos. haha. 
  • Romantik, pengasih dan penyayang.-dalam hati ada taman. munge munge. [wink] 
  • Suka mencari kawan-suke. tapi, bertapi. [fhm?]

                                    mcm blog budak-budak plak rasa. [heh. budget blog matured gilerr]

Monday, December 24, 2012

Best Buddy.Sayang.

Pagi tadi. Dapat Msg. Katanya msg adalah edaran terhad. Sila simpan untuk diri anda sahaja. Msgnya berbunyi- hari ini 'saya' akan bertunang. tolong doakan yang terbaik untuk 'saya' ye. and i was like: .............*speechless*

terus call n confirmkan d news sbb budak ni mmg kaki bergurau yang amat. and at the end ternyata berita tu benar. dan sekali lagi sy speechless. 

...
...

msg tak cukup utk menyampaikan perasaan & doa2 sy buat best buddy ku. and i dedicate this post for her. aku tak banyak buat kawan masa zaman U and she is one of my limited friends. Bila aku sebut friends, maknanya kawan susah & senang. trust me, dia lah manusia paling ikhlas pernah aku jumpa (between manusia2 selain keluarga la kan) dlm dunia ini. sumpah sayang. 

to my best buddy, shbt dunia akhirat ku- k.cik


"tahniah setinggi2 nya sbb akhirnya hg jumpa your other half yang akan memimpin hang hingga ke Jannah. tahniah cik.. aku sgt2 hepy utk hg.. semoga jodoh korg berkekalan, dikurniakan zuriat yg soleh & solehah dan semoga cinta korg berdua dirahmati dan berada di dalam redha Allah s.w.t selalu.. amin~~"

eh. pendek plak doa. ingatkan nk panjang lg tp nanti bila dh akad, lagi panjang doa aku utk kalian berdua. jgn lupa doakan aku plak cik. aku nk kawen gak. haha. 

i love u cik balqis.. hahahaha

Wednesday, December 19, 2012

Lelah Hati Ku [Edited Version]

[post yg lepas perlu dibuang. For certain reason. hah]


Satu hari di pejabat-
Aku mulakan dgn melihatnya.
and lepas tgk senyuman itu
i bet- nothing. NOTHING can ruin my mood for today.

but then i made a mistake
of course something or SOMEONE will ruin my day as usual
getting angry. getting tired.
dan hangin kuskus Gunung Santubong dtg menyerang
hampir pengsan bila dihambat puluhan fail yang entah mana pucuk pangkalnya.
serabut?- nah, disebelah ini ubatnya.
clik YouTube and thats it- all the madness gone and i start giggling.

preparing a stupid yet complicated notice of application plus affidavit seems so easy if i listen to his voice while doing it.

is this what people call fall in love?
kihkihkih.. i guess the answer is yes.

let me scream to the world-
Park Micky Yuchoon-
I'M HELL IN LOVE WITH HIM!!


[post yg lepas rasanya terlalu peribadi. menulis dgn hati dan emosi, tulah yg jadi. being a fangirl is nothing personal. its about me and my gedik-ness of being a fan *wink*wink*] 

Wednesday, December 5, 2012

Double S.

"Have u ever been in love? horrible isn't it? it makes you so vulnerable. its open your chest and its opens up your heart and it means that someone can get inside you and messed you up"- Neil Gaiman, The Sandman, Vol 9: The Kindly Ones. 

and tell u what, i'm messed up now babe. hah. 

gila. 

people are stupid when they fall in love. ah, nope. wrong statement. yg betulnya adalah- syuhada is stupid when she fall in love. ini betul. 

sebelum nak jumpa punyalah exited. bila dh nampak, menyombong. pandang pun nak tak nak. org tu tegur kau buat endah tak endah. masuk court kau g borak ngan orang lain sampai dia kena tanya kau dulu. ada can nak pandang, kau gi bantai baca notes.  last-last bila kes dah habis, kau terus melulu balik office, ada can tunggu lama, tak nak amik. budget bz. dlm kereta kau membebel sorg2, nyesal tak sudah. sebulan lebih lagi baru kau blh jumpa dia. hah. padan muka!  

ah. jangan dilayan. 

ada jodoh, campak lah ke antartik sekalipun, berjumpa juga.

teringat doa ibu.. doanya:-
"Ya Allah, temukanlah jodoh anak sulungku cepat-cepat.. temukanlah dia dengan seorang lelaki yang bepekerti mulia.. yang dapat menerima anakku seadanya.."

simple dan syahdu. dan aku hanya mampu aminkan

p/s: tahniah utk kamu syuhada- 9 bulan latihan dalam kamar lengkap sudah. akan menyusul kemudian, post khas ttg latihan dlm kamar a.k.a chambering life ku