Wednesday, June 27, 2012

RE-THINK

satu masa dulu. sekitar tahun 1994-1996. siti syuhada ni baru je menjejakkan kaki ke alam persekolahan. cikgu selalu bagi kerja. suruh wat karangan tajuk: cita-cita saya. dan pada zaman tu, saya selalu menjawab dengan penuh keterujaan- saya mahu jadi peguam atau dalam ayat omputihnye- my ambition is to be a lawyer.

alhamdulillah, kalau tak de aral cita-cita itu akan saya capai. 


tapi, kalaulah soalan itu diatanya pada saya lagi kini, ataupun masa boleh diubah, saya kembali ke zaman lampau, saya mahu menjawa dengan penuh keterujaan juga- saya mahu menjadi seorang pelancong yang tidak perlu berkerja dan hanya melancong dan bersiar-siar seluruh dunia. tidak perlu berkerja. huahahaha. 

letih dik non oi. 
minggu lepas mr.rajen cuti. nth. kena gangguan hantu katanya. ada orang dengki *aku tak faham betullah dunia ni. orang berjaya,kau dengki. orang susah, kau kutuk. serba salah betul*  so terpaksa cover kerja 3 orang- bos, k.ana n mr.rajen. mmr rasa nk tercabut tulang dengan bahu aku mula sakit-sakit. gilo. baru banyak ni, dh mengadu itu ini. seiously aku rasa stamina aku mcm makcik tua. adoi. hari minggu (ahad, 24.6.2012) aku kena g ofis, mensettlekan kerja-kerja 'urgent' kata k.ana. harung je la. dah nama kuli kan? kadang-kadang ada rasa tak adil sbb layanan antara aku n Mr. Rajen yg sama2 chambering a.k.a pupil mcm aku mmg berbeza macam langit dan bumi. nthla, mungkin dia lagi matured dr aku tu yang bos lagi caye kt dia dari aku. dia tak payah stay kt opis lbih dr pkl 6, aku kena. dia tak yah g opis hari minggu, aku kena.

mungkin ini yang aku kena hadapi. inilah cabaran yang Tuhan takdirkan untuk aku. inilah pembelajaran aku. kena kuat. kena tabah. fuuuuhhh fuuuhhhh. *hembus kat diri sendiri* supaya lebih kuat semangat. chaiyok!!

tetibe rasa nak muhasabah diri. *tarik nafas. lepas*
tengok cite tanah kubur. ala2 adaptasi dari cite indon tapi cite indon tak rasa sgt sbb myb jauh sgt rasanya dari aku. bila tgk cite tanah kubur tu, mula fikir bahagian aku nanti macam mana? tau takut tapi tak jugak taubat2. hmmmm. kalau buatnya aku mati dan2 ni, agak2.. uish. nauzubillah.

Monday, June 18, 2012

2 pagi. Lemas.

AMARAN: post ini mengandungi unsur serius yang agak keterlaluan. tidak menarik. jadi- tepuk dada tanya iman. *aman* 

Manusia itu belajar setiap masa. langkah demi langkah. dan pada peringkat usia yang selayaknya, dia sudah punya pegangan, satu idea fahaman kehidupan yang dia pegang sendiri. Namun, kelayakan itu terletak pd tangannya untuk membuat keputusan dan bahunya utk memikul tanggungjawab. bukan orang lain yang menilai. benar, nasihat diperlukan sebagai satu guidance atau untuk membentuk jalan yang bakal dipilih, bukan paksaan- bukan juga arahan. pokok pangkalnya si pembuat keputusan itu sendiri. ada waktu, kadang-kadang seseorang itu tidak perlukan nasihat kerana dia percaya pada keputusannya. 

kerana dia juga manusia yang belajar. kerana dia juga manusia yang mempunyai pegangan.  

memberi nasihat itu bagus. sebagai tanda kita mengambil berat. tapi biar bertempat. si pemberi nasihat jgn terlalu gairah memberi nasihat. cakap meletup-letup tapi lupa diri sendiri. pandang cermin, lihat peribadi, teliti personaliti- kemudian baru menegur. kalau nampak diri ada cacat cela tentang satu hal- jangan meninggi diri memberi nasihat yang cukup keras tentang hal itu. lumrah manusia- takkan meniru si ketam yang mahu mendengar kata bapa agar berjalan lurus padahal si bapa sendiri berjalan senget. mana logiknya? mana rasionalnya si pendengar nasihat mahu mendengar nasihat jika si pemberi nasihat sendiri entah di mana eloknya.

 aku berikan satu contoh, pengalaman hidup sendiri- berdasarkan pemerhatian. A dan B adalah sahabat. satu hari A dan B juga sahabat-sahabat yang lain berkumpul. si B adalah seorang yang genit, punya personaliti dan boleh dikatakan mengikut arus fesyen terbaru. agak seksi, tapi itulah B. tiba-tiba berkata si A kepada B- "weh, apa yang kau pakai ni? terbonjol sana sini.." aku tak nafikan, nasihat tu betul. tapi si A mengatakan pd B secara terbuka. di hadapan kawan2 yang lain dengan nada yang seolah-olah si B ini tidak punya perasaan.   diperlakukan seperti kanak-kanak- boleh dimarah sebegitu rupa. tapi mengenangkan pada nama persahabatan, tergurisnya perasaan itu dipendam si B. nak dijadikan cerita, satu hari, gara-gara cik 'muka buku', teruploadnya satu gambar si A yang berpakaian lebih 'agresif' dari apa yang pernah dipakai si B sewaktu dia ditempelak oleh si A. owh. *lost my words* dunia ini kelakar rupanya. 

secara jujur, aku adalah antara orang-orang yang ego. yang sukar nak menerima nasihat orang. bukan tidak boleh menerima, tp ada caranya yang lebih sesuai untuk menasihati. sebagai contoh- sepertimana yang aku katakan td- jgn terlalu gairah nak memberi nasihat. seolah-olah kamu yang terhebat. seolah-olah setiap manusia memerlukan nasihat kamu dalam hidup. sehingga aku merasakan tidak ada yang betulnya pada diri ini setiap kali aku berada dengannya. ada saja yang salah. ada saja yang silap. aku letih. dia membuatkan aku letih setiap kali kami berjumpa.

aku boleh mendengar nasihat. nasihat yang benar-benar nasihat, yang ada asasnya. yang betul etikanya. kita membesar. kita ada cara kita sendiri. ada daya pemikiran kita sendiri. jangan samakan semua manusia. perkara yang baik adalah subjektif. dats y timbulnya perumpamaan, someone trash is another's treasure. 

tulisan yang dibuat pd pukul 2.46 pagi bukan dengan niat untuk menyakiti hati sesiapa. tapi hanya untuk meluah rasa yang tiba2 terasa sesak bila memikirkan hal ini. perasaan yang sudah disimpan cukup lama. aku hargai rasa mengambil berat kamu itu, tapi aku juga seorang yang cukup dewasa seperti kamu. aku mampu berfikir. aku mampu membuat keputusan sendiri. jadi, tolong- tolong kurangkan sesak jantungku dengan kurangnya nasihat-nasihat kamu yang kadangkala aku tidak jumpa mana batu asasnya. aku takut- satu hari aku tidak lagi mampu untuk melihatnya sebagai nasihat- tapi bebelan kosong dari seorang yang rasa dirinya hebat. 

Saturday, June 16, 2012

Kentang Remuk. Aduss.

PEGUAM. PUAN PEGUAM. CIK PEGUAM.

nampak gah kan? the way diorang bercakap. the way they bring themselves. berkarisma. public actually tak suka pun pd peguam. peguam membela org jahat. membela org salah. makan duit klien bla bla bla tp masyarakat menghormati. mungkin sbb title mereka adalah golongan professional. banyak orang yang kata keje peguam ni senang kaya. g court ckp skit- duit. wat dokumen n sign skit-duit. jumpa kejap-duit. lps tu menyumpah kata rezeki tak berkat la, mmg tak selamat hidup la dan sebagainya. 

nmpak mcm tak rasional. bayar sampai ribu2. but fikir n pertimbangkan what have they faced in order for them to give such advice to u, to be able to sit at the bench, speak with that protocol, capability to fight what they believe as true. if rasa upah peguam tu mahal sgt, then paksa one of your family members to learn law n be a lawyer. gone through this 9 months of torture. then baru kau blh kata duit yang kitorg amik as upah guaman tu berkat ke tak. uppsssi. teremo sedikit.

minggu lepas adalah minggu 'tercampak'. minggu yang mana tiap2 PKP (penolong kanan pendaftar) hangin dgn aku. kena marah one by one. direct ke muka aku. kalau syuhada yg blm buat LLB gila myb time tu aku dh menitik air mata. tp ni syuhada yg dah wat LLB gile yg berjaya menebalkn jiwa aku n buat empangan tebal2 kat mata. so sy berjaya utk tidak menitikkan air mata walau ego jatuh bersepai ke lantai konkrit mahkamah tu.

salah aku. mmg salah aku sbb aku tak baca fail. salah besar utk org2 yg berangan nk jd lawyer tp tak baca fail. slh aku sbb aku tak prepare. salah aku. mmg salah aku. but myb dah imune, so aku dapat cope. jiwa mmg tercampak tp aku tarik nafas pnjg2 dan set my mind: ini adalah my learning process. kalau jd lawyer ni senang, baik tak payah jd lawyer sbb sume org pun blh hndle kes sendiri. no point kerjaya peguam ni diwujudkan kan? so aku perlu kuat hati and tanam dalam-dalam: kau budak baru belajar, jadi ini jalan yang kau kena hadapi.

masa last PKP mengamok kaw-kaw dgn aku yang membuatkan aku rasa 'vangang' yang amat, cepat2 amik pen, nak capture perasaan time tu. and ni yang aku tulis:-

"its a period where u learn in the hard way. you will be scolded first  when u did wrong then you will be teach the right way. u fall first then u will learn how to stand properly. this is not a simple journey. its hard and everyone knows that. but they just know, you are the one who face it" 
-syuhada. 15.6.2012. Lobi Kompleks Mahkamah Seremban-

takde la puitis. tp sincerely dr hati. hati hancur tu bai. tp muka mantain kacak bergaya. haha. 

Sunday, June 10, 2012

MTAQ Kebangsaan 2012

malam td mimpi ngeri. dpt 51 miscalled dr k.na sbb aku lambat gi court hari isnin. tym tu dah pukul 11. aku lupa aku ada kes pagi tu. and Tuhan saja yg tahu betapa leganya hati bila bangun tido n tahu tu sume hanya mimpi. Owh. Syukur Alhamdulillah. 

and kalo post ni dibaca oleh bos2 aku, i'll be dead. sbb ni adalah satu pendedahan jenayah yang aku lakukan recently. menipu mc. even niat takkan menghalalkan cara tapi di sini saya merayu supaya diringankan hukuman atas satu faktor mitigasi mudah- sy hanya berniat utk tgk ibu saya je mlm tu. saya tak g enjoy mana2. just tgk ibu baca mlm tu n trus esoknya sy balik. saya berjanji takkan mengulangi lagi perkara ini dlm tempoh chambering ni lagi sbb ibu takkan masuk tilawah lagi tahun ni. tahun dpn mungkin. 

okeh. mari bercerita ttg Majlis Tilawah Al-Quran 2012. Ini adalah salah satu perkara yang menjadi kebanggaan saya tentang ibu. even secara jujurnya, saya sgt tak suka kalau ibu tak de kat rumah *i'm very selfish kan?* tp saya bangga dengan ibu and i'm very proud to say that qariah n9 tu ibu saya. sampai gambar kitorg satu family kuar paper u ollsss.. even sinar je, tp kau hado??! haha


so since ibu dah menang peringkat negeri, 4-9hb jun ibu berangkat ke JB sbb MTAQ kebangsaan tahun ni di Johor. Persada pe nth nama tempat tu. Ibu baca Rabu malam. aku tak pernah merasa tgk ibu kat peringkat kebangsaan. adeeee je hal so tahun ni mesti pergi. mesti so aku dengan bantuan partner in crime ku- cik sujitha pun berkomplot. suji cakap kalo u mintak cuti baik2 confirm tak dpt, so please amik MC. jadi, ni rentetan peristiwanya:-

Selasa. 5hb
aku takde kes kat court hari tu. so sng hati. bila k.ana balik dr court, secara kebetulannya perut aku mcm cramp kejap sbb hari tu period 1st day. k.ana tanya bape hari slalu period pain. aku cakap dlm 2-3 hari gak. dia sruh aku g jumpa doctor. woah. Tuhan permudahkan jalan ni. aku pun dgn sempoy menjawab- ok kak. ptg ni sy g jumpa doctor. *tp dlm hati cuak gak. betul ke serius kalo period pain lama2? huaaa.. nk ada anak sendri. kena betul2 g cek ni* pastu segala fail dlm pendrive aku dah letak dlm pc office. aku taknk jd mcm tym konvo aritu, tgh bz2 k.ana call tanya itu ini. so learn from mistake. dh pesan kat suji sume. so everything well planned. huahahaha. 

Rabu. 6hb
bangun awal. kemas rumah sume. msg k.ana kata aku tak sihat. dia kata ok lps tanya satu dua keje yg aku dh wat. pastu dlm pkl 10 kitorg pun mulakan perjalan dgn niat yg ikhlas- nk bagi sokongan penuh utk ibu tersayang. bukan dia tak blh baca kalau aku tak de, tapi dia ibu aku- i need to be with her dlm saat2 dia bertanding gitu. sokongan moral gitu. apis drive sampai johor. 2 jam setengah kitorg dh sampai. 




sampai je ibu kata diorg check in pkl 3 since aku duk ngan ibu. tym tu baru pkl 12 setengah so ayah bawak kitorg ke maktab dia dulu. melayan ayah melayan memori lalu bersama makcik SS. *ibu kta nama aku pun SS sbb ayah nk ikut nama ex dia. patutnya nama aku Nur Syuhada. okeh. habis iklan*


ayah. down memory lane~~ huhu

current 'SS' punya tgn kiri. suji buat. nsb baik ibu tak marah. hehe

Rabu. 6hb. Malam
ibu mmg berdebar2. sungguh. tym aku tgk ibu berdoa tym solat maghrib, jauh dr sudut hati, aku berharap arwah wan ada dgn kitorg. Hmm.. doa tak putus2 agar sumenye berjalan lancar. masa ibu baca malam tu, rasa macam nafas hampir putus. 


ibu peserta 1st, so tym rehat yg ada nasyid tu, aku pun kuar la. melepak bersama keluarga sambil bergambar menggunakan kamera family baru. huhu.




 Khamis. 7hb 
bangun lambat. ibu tak g join lawatan, so kitorg g cari breakfast. skali lagi ayah bawa kitorg kt tmpat tanah tumpah darah dan chenta nya itu. ibu is a good wife. kalau aku mmg tak la nk g tempat2 gitu. i'm very possessive.  so beware. haha. pergi tp myb slps 30 tahun. hahaha. then bdk2 ni ajak g tgk Danga Bay yg kunun2nya diva tu tp habok pun tarak. sayang. Johor is a nice place but bnyk sgt bangunan tinggal. nmpak buruk. so Melaka masih lagi pilihan hati utk settle down. 





pkl 2 kitorg terus shoot balik. nampak, boss? saya tak g mana2 utk enjoy pun. ni sume buat ibu. saya saaaaayg mak saya even bila kiotg jumpa saya slalu gaduh ngan dia. ya, sy yg perangai mcm budak2 ni bergaduh dgn ibu chantek sy, kebanggan hati dunia akhirat- 
Puan Hjh Noorliza Hj Tajudin


Monday, June 4, 2012

My Best Friend's Wedding

I had a great weekend. Kiranya weekend plg best dlm hidupku yg serba suram ni. Tambah lagi kalo ibu tak de. *seyes. ibu takde umah mcm berada di zmn kegelapan dan of course-kelaparan* Kenapa saya suka weekend ni? kenapa sy suka weekend ni? sbb dia.. bessssssssssssssssssssssstttt 

sbb apa best? sebb its my bestfriend's wedding day!! Noor Diana Sudin dahpun selamat menjadi isteri kepada kawan ipar saya- en . Paan *sumpah sampai sekarang aku tak tahu apa nama full laki ko ngah*  pada 2hb 6 2012, jam lebih kurang 5.40 petang


menitik juga air mata aku. entah nape, sayu pak rasa hati bila sahabat hampir 10 tahun saya ni dah membuka satu lagi chapter baru dlm hidup dia. semoga kebahagiaan dan redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kau bersama suami dan bakal anak2 kau ngah~ hidup ni tak mudah, aku harap kau sentiasa kuat dan tabah. kalaulah paan baca tulisan aku ni, aku harap sgt kau jaga kawan aku baik2. angah mmg becok mulut dan kadang2 terlalu mengikut perasaan *same je mcm aku* tp hati dia ikhlas dlm setiap apa yg dia buat. dia sahabat yang sangat baik, dan aku harap kau berdua akan bersahabat dalam rumahtangga yg korg baru bina ni sehingga ke syurga

okay. aku pun tak kawen lg so tak blh khutbah pnjg2 mcm imam yg nikahkan korg aritu. so- all d best la ye!  nikah angah mmg aku mahu ada dgn dia tym tu. memula ingat timah tak dpt g since dia ada hal, so aku ajak ibu. tp tiba2 timah call pagi tu, ajak g. so kitorg gerak dh dekat pkl 4 gak dr rembau. singgah umah ina n terus gerak g Masjid KLIA since majlis nikah di masjid. nasib baik sempat tgk angah nikah. :) 


bdk dua org ni dh kurus ayu slim melim. tp dok deny. ceh! dusta. 

esoknye, kitorg sekali lagi gerak lambt. aku mcm resah gak la tp cool skit sbb bdk2 ni kata diorg pun sampai agak lewat. hati mmg melompat2 nk jumpa my BFFs aka my lalings. sampai2 jumpa az n tunang az- en ahmad zulfazli. *ha, ni aku ingat plak. sbb az dah sebut nama dia full. btw az, tunang ko mmg cool. aku approved. dia melepasi syarat utama iaitu tidak kerek. hehe* kitorg diarahkan memakai ikut theme. so presenting gaambar sehijau warna daun kitorg:-


akhirnya setelah menunggu dan melangok hampir 2 jam akhirnya, sahabat2 yg dirindui selamat berkumpul walaupun kami kekurangan 2 lagi ahli iaitu cik nash dn jugak cik is.   




bestfriends are true treasure. priceless, i tell u. 

to angah: sekali lagi, semoga kekal bahagia and to u my dearie BFFs:
i want u to know i truly feel thankful to Allah for let me befriend with all of u

.hugs and kisses.

p/s: utk yg tak tahu- ibu sy, by d tym sy taip bnda alah ni, dia berada di Johor utk MTAQ kebangsaan. Doakan yang terbaik buat ibu saya ye. Nnti akn menyusul update psl MTAQ Kebangsaan di Johor plak.

Friday, June 1, 2012

Hati Kentang

gambar2 yg tema begini akan anda jumpa kalo taip emo girl kat google image. *gambar ini adalah gambar yang paling senonoh or decent yang aku jumpa*


disclaimer: apa yg tertulis kat gambr ni mmg 100% takde kena mengena ngan aku. mati hidup balik lah pun.

 jumaat malam. hari pertama bulan jun and here i am- depan laptop pinjam sambil cuba nk meluahkan rasa bertujuan utk merasionalkan kepala dan hati aku yang tengah berperang dan membuatkan aku separuh sasau. 

syuhada adalah seorang manusia yang sgt sensitif. bukan pd keadaan persekitaran tp hatinye lembik mcm kentang putar KFC. ya, aku mmg bermuka ala2 mak tiri hitler but i'm stating a fact here- syuhada ni, she is such a crybaby. bila marah, i rather stay in my room than mengamok, meluahkan apa yg aku rasa sbb i know what will come out from mulut ni adalah sesuatu yg akan aku regret. confirm. so i will stay in my room, diam and of course- nangis.

no lah. idokle mcm budak ni nangis siap pegang bunga ros. nangis mmg kasi muka huduh punyelah. aku cepat kecik hati. and td mmg aku kecik hati. bila dah kecik hati, mmg sentap habis la jiwa raga. setan pun mula la mcm2 bisik sampai aku terfikir nk lari dr rumah. ha, mampuu??! 

benda nye bodo je tp cukup sensitip kat hati aku. haih syuhada, cepatlah senang. tak payah nk menyusahkan orang, tak payah nk pinjam harta benda org. ni lah antara perkara yg paling seksa bila kau bljr lama2. umur dh nk masuk 25 tapi aku masih rely dgn org. Dengan elaun keciput tu, apa sangatlah yang aku mampu? nk makan pun seksa. office kalau dekat blh jln kaki tak pe. ni minyak seminggu dekat seratus. owh. seksanya hidup. 

aku terbaca satu status member kt FB- dont waste your tym for being over sensitive. bnda brnama hatii ni mungkin blh kontrol, mungkin blh dibentuk supaya lebih kental seperti keluli bukan kentang lembik bila direbus. *kentang rebus? teringin nk mkn bergedil tiba2.rasa nk wat besok*. tp aku blm mampu lagi. mungkin mampu tp mungkin inilah learning process aku. soon bila dh kawen, bila dh ada anak- aku tak blh jd over sensitive lg. nanti anak tak cium bau syurga. mcm apa yg aku tgh wat kt sume family members aku including ibu. sume jln nk tempah neraka la ni namanya. org lain yg kau kecik hatikan, satu dunia kau ban. baguslah syu. amalkanlah selalu perangai budak2 kau ni. 

p/s: tomorrow is my best friend's wedding. Semoga berbahagia sehingga ke syurga, angah~ :)