Thursday, January 24, 2013

Mencari Keikhlasan

Cuti umum. Pagi-pagi dah online. Godek punya godek, found this Tazkirah di FB. Tajuknya 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W. Tazkirahnya berbunyi ; Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda; 

'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan.. PertamaAku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA...

KeduaAku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. KetigaAku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. Keempat, Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

KelimaAku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. KeenamAku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. KetujuhAku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

KelapanAku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. KesembilanAku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut"

tahu apa reaction first lepas habis baca tazkirah ni? aku diam [sambil mengeluh panjang dalam hati] Perkataan ikhlas diulang-ulang banyak kali. So, Ikhlas ni apa? Buka google dan jumpa di sini yang maksud ikhlas adalah :-

" melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

jumpa lagi satu maksud ikhlas kat sini [basically d same]:-

"menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dr segala noda individual mahupun duniawi. tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi hari akhirat"

dulu, aku pernah post pasal intention nak g umrah. and beberapa isu yang berbangkit antaranya pasal ikhlas. aku start question hati sendiri, niat sendiri. apa niat aku hendak ke sana? nak melancong? nak menyombong dengan org? nak menunjuk-nunjuk? nak doa jodoh di Jabal Rahmah? main point aku apa? ah, kacau! 

in fact masa tulis ni, hati aku betul-betul ikhlas ke? betul ke nak muhasabah? ke nak menunjuk-nunjuk alim macam apa yg kau fikir org lain buat? uih. jahat aku ni wei. Bila fikir-fikir balik, banyak benda aku buat tak ikhlas. [gulp] habis ah aku kat akhirat sana. adehh. 

Blog yang ini [link lagi] bercerita tentang ikhlas. in fact menjawab apa yang aku pertikaikan dalam hati selama ini:-

"Niat ialah mainan hati. Sebab itu kita perlu selalu berkomunikasi dengan nurani sendiri. Semadikan dalam-dalam, 'kerana Allah', di tiga situasi- sebelum beramal, semasa beramal, dan sesudah beramal.
Dan di setiap sela masa itu, kita perlu memperbanyakkan istighfar atas segala lintasan hati yang buruk-buruk, jika ia tercetus. Padamkan bara-bara riak dan ujub dengan sejuknya istighfar. Jangan sesekali biarkan diri anda terbuai-buai dengan mainan perasaan.

Akhir kata, saya sendiri tak pasti saya ikhlas atau tidak menulis saat ini. kerana ikhlas ialah kerja kita dan Allah. Hanya kita dan Allah yang tahu. Sebab itulah kita sebagai orang asing dalam roh seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya berlagak konon-kononnya kita tahu apa yang sedang bermain dalam hati seseorang. Kita serahkan niat mereka kepada Allah.

Tapi yakinlah, 'siapa yang berhijrah dengan niat mahu mengahwini wanita yang dia sukai, maka hijrahnya ialah untuk wanita yang dia ingin nikahi itu.'"

Semoga kita berjumpa dengan apa yang kita cari. InsyaAllah. Salam Maulud Nabi. 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Monday, January 21, 2013

Unplanned Getaway.

Sudah menjadi satu 'kepercayaan' bagi aku & rakan-rakan bahawa benda yang dirancang selalunya tak menjadi. Mesti sedih guling-guling bila dah plan bagai nak rak, suddenly something happens. well, kita kan hanya mampu merancang- kalo tak jadi, things happen for reason la tu. 

Mukadimah settled.

Sabtu. 19.1.2013, setelah hampir setahun, akhirnya bertemu kembali Cik-bakal-puan Hetty Munira [yang rupanya akan memasuki umur 28 tahun this year. tapi muka mantain budak sekolah] di Melaka. Dalam pkl 12 jemput dia di AFamosa Resort then shoot g Bandar Hilir sbb seriously, being an indoor person, tempat2 menarik n best mmg di luar kamus pengetahuan saya. Jadi kitorang pun belasah je lah. without any plan. Main teragak mana nak pergi. sebut & gerak sebagai konsep. rasa was-was juga sbb aku mmg tak familiar tapi Alhamdulillah banyak sign board. Jadi tidak sesat. Berjalan2 pusing keliling Jonker Walk tanpa hala tujuan [adik aku gelakkan aku. dia tanya siang2 kat situ pe ada? malam la wei kalo nak tgk d real colors]  Nak ber-camwhore pun macam dah tak lalu sbb mungkin masing-masing dah 'matang'. Tapi ada gak la amik sekeping dua.


1st pic. masa makan cendol tepi jalan baru tahu orang panggil jam ni simply as Jam Besar. aku ingatkan it is part of bangunan Stadhuys. 


tak dapat naik river cruise. teringin tapi tak mampu. heh


view from surau kat bandar hilir. cantik. mula2 masuk ingatkan muzium. 

Then terus gerak g Zoo Melaka. Amacam? Unik bukan? Haha. After soooooooooooo many years, kami kembali ke zaman kanak-kanak. Back to 90's tapi more to back to nature. Masuk bayar RM10.00 for dewasa. Kanak-kanak tak ingat sbb tak bawa kanak-kanak time tu. Okayla tapi penyelenggaraan tempat tu agak tidak bagus. Tak berapa bersih. Nature nya masih terpelihara. But kalo ada bunga or lagi kemas dan bersih, blh attract more people to come. [Kerajaan Melaka patut bagi tumpuan sikit kat tempat-tempat macam ni. Sayang kalau tak jaga] Banyak pokok, dekat dgn hidupan lain, sungguh- aku rasa aman dan tenang. chewah!

 Rasa dah matang bila 1st question yang keluar bila tgk binatang-binatang tu bukan lagi- "waa!! besarnya binatang"- tapi "waa.. tak bosan ke hidup diorang ni". Kesian tgk binatang yang duduk sekor2, tak de member. Takde tempat nak berbual, mengadu. Blh pulak imagine hidup cam gitu. Urgh. That's my main concern la but lain pula dgn k.ety. Soalan dia tak habis-habis- "Apsal diorang tak lari ek? Kijang tu nape tak lompat? Angsa tu nape tak terbang?" [bengong kan kitorang?]  


ini kancil. k.ety first time tgk kancil live katanya. 



habis kat zoo g Maidin sbb nak makan. dah makan terus balik Rembau sbb nak kejar Asar and time tu badan tgh panas. demam datang balik. k.ety balik hari ahad esoknya. Btw kak, terima kasih sbb sudi singgah . Mohon maaf sangat2 atas segala kekurangan. Harap akak tak serik dtg n9 lagi. See u next time sis. At your wedding perhaps. [hugs] 


will miss u. definitely. 

Friday, January 18, 2013

Random Thoughts.

demam. 
so my mind macam carca marba. too much things utk dibebelkan [sakit pun rajin membebel. what to do. i love my blog. and this is the only place yang redha sajo kalo aku membebel. heh] but entah relevan entah tidak [heh. mcm la post before ni relevan lah sangat. ah. blog aku. aku decide kerelevanan sesuatu perkara yang aku nak bebelkan] mari membebel. mari. mari. 

mari membebel pasal... politik? syuhada?? politik??! nope. sangat tak synchronize. aku tak minat. sbb honestly, bagi yang namanya siti syuhada, asal orang tu politician, he/she cannot be trusted. sesungguhnya aku tidak pro mana-mana pihak, tapi selagi jalan Rembau-Seremban still berlubang-lubang macam tu jugak sampai Persona ibu dua tiga kali masuk berdempung masuk lubang,  BN takkan dapat undi aku. huahaha. and please la- stop using cogan kata 'Jasa Kepada Rakyat'. ia sangatlah annoying and semak di mata aku. Jasa-Kepada-Rakyat.. seriously?? for me jasa is something u give tanpa berkira. and tak perlu mengingatkan org yg kau telah berjasa. macam cikgu. they being paid. bergaji. tapi jasanya kepada murid takkan terbalas. same goes to our parents la kan. but politicians nak guna perkataan 'jasa' tu pada aku sangat tidak munasabah. faham. they all sume berkerja siang dan malam utk rakyat- but tu la duty yang u have to do after being voted and appointed by rakyat kot. there is no such things as jasa if tol pun korg tak bayar, jalan pun polis escort, kawen anak wat diva-diva kan. mewah kot korang so kejeje la seikhlas hati. apa point nak ingatkan kt setiap projek baru yg korang 'berjasa' kepada rakyat? owh. sangat menyampah. 

dahla. aku tak nak blog aku bertukar menjadi blog politik pulak. letakkan titik noktah di situ. hah


caption: sheera dan si budak hitam on sheera's LC day. tell d truth, my eyes got teary bila tgk en. hanif pakaikan robe pada sheera [since aku sampai lambat n tak dapat dgr LC speech yg dibaca oleh Mover dia. bos tahan aku. menci ah] terkenang segala pahit manis selama 9 bulan. Segala apa yang kitorang mengadu towards each other. Mungkin org lain tak faham but for me, tak terlampau kalo aku katakan she is my strength. sungguh. Since LLB dialah manusia yang bertanggugjawab mempositifkan kepala aku yang selaaaaaaaaaaaaalu negative ni. i admit, i envy her but dlm masa yang sama i adore her [miracle la kalo sheera jumpa blog ni and read. tu yg berani tulis tu. tapi kalo awak baca la benda ni wak, i just u to know that this is sincerely from d bottom of my heart] she is brilliant and definitely she will be a good lawyer. sepanjang 9 bulan berlatih dalam kamar- ada satu perasaan yang lega gila bila nampak dia  tak pun nampak kete dia. rasa mcm- ah, i'm not alone. utk segala advice, tunjuk ajar, gelak tawa n being a good listener, terima kasih wak. terima kasih banyak-banyak. sampai mati, saya takkan lupa jasa awak pd saya [ha, ni baru la jasa. takde balasan. seikhlas hati] 

dalam minggu lepas ke dua minggu sudah, ibu mengadu kata orang-orang kat taman ni heboh kata aku dah bertunang. i was like.. bwahahahaha! sampaikan sedara angkat kitorg yg duduk area sini merajuk sbb tak diberitahu & tak diajak. ibu jwb- owh, padanlah anak akak tak kena pinang. [aku tepuk dahi] wondering juga apa ground diorang merapu gitu. psl gambar aku dan deary BFF yang dah troll sume orang tu ke? aish. diorang mana ada FB aku. ibu cakap probably sebab kitorang repair bhgian blkg rumah so org fikir we are preparing for a big kenduri. Uwah. Canggih betul pemikiran mereka. Ni baru aku ni, belum artis lagi. So, no comment. heh.  

#Random: Teringat pada Uwais Farhan. Si budak comel itu. Kalo Nur Iman Hannan dah lahir, memang aku nikahkan diorg berdua. Its hard to find a guy dgn keturunan yang baik-baik macam gitu. jadi saya akan mempersiapkan Nur Iman Hannan selayaknya. [ni berangan random gila. boleh pulak ke situ]

apa lagi nak merapu ni? ah. btw, i want to take legal action against this guy. 


for being unbelievably and sinfully handsome.  I see u in court, Park Yuchun-shii. 
[goodbye Han Jung Woo & Lee Su Yeon. Both of u will be forever in my heart] 

Wednesday, January 16, 2013

Healing.

messed up again. again and again. and i hope i can see u- just to see u.
to heal myself.  


credit to the rightful owner. 

Tuesday, January 15, 2013

Birthday Present

Berangan park kat TPR punye parking space. heh. 


sila abaikan kualiti gambar ini. phone tak canggih tapi hati tergedik2 nak capture moment perasan syuhada. haih. tapi perasan blh jadi mimpi. mimpi blh jd impian. and impian blh jd kenyataan babe. manelah tahu, tak dpt TPR court sivil, soon TPR syariah pulak ke kan. who knows? [doakan ye]

ah. sesi membebel syuhada bermula. i've read one inspired quote from one awesome fanfic [yup. bahan bacaan saya sgt tidak berfaedah. sangat tidak bagus utk otak] its basically what the lead character thought about her past and what she want to tell her past self : "Dara-ajumma, stay strong like you always do. treasure your friends. dont doubt yourself. dont rush in finding the perfect man. because a wonderful guy is destined for you". simple yet made me realized yang kita selalu tak sabar tentang masa depan.[ah. if korg fikir saya sekali lagi akan merapu pasal jodoh- tetttttt! jangkaan anda salah semata] 

we always eager to know what awaiting for us in the future though we believe Allah is the Great Planner. Sabar and hadapi semuanya dengan kepercayaan bahawa apa yang kita lalui- baik buruk, susah, senang- pasti ada hikmahnya. contohnya keseksaan utk mencapai cita2 to be a lawyer. Belajar satu hal. Chambering satu hal. seksa babe. seksa.

Akhirnya, selepas belajar berathun-tahun dan menjalani latihan dalam kamar yang super mencabar jiwa dan raga- tarikh 'call to the bar' aku telah ditetapkan pada 30hb Januari 2013. Sangat-sangat bersyukur kerana pada tarikh itu juga [sepertimana yang aku pernah mentioned before] adalah birthday lelaki paling pentaing dalam hidup [buat masa ini. hehe] iaitu ayahanda ku; Haji Mohd Isa Bin Abd Rahman yang ke-53 tahun. Kiranya itulah yang akan menjadi hadiah birthday buat ayah. Terima Kasih Tuhan untuk semua ini.. terima kasih [senyum. senyum selebarnya] 

Dalam kepala sekarang ni penuh dengan hal utk long call [bahasa cincai utk call-to-the-bar] tadi dah fail afidavit penyampaian. sign committee member tinggal lagi tiga. pastu nak kena wat kad and now aku nak kena fikir pasal jemputan. adeh. [baru long call. kalo kawen lagi gila] 

#family:- ibu. ayah. adik2. atok. bibik. om. acu. maksu. anyah. ayah suruh jemput paklong n mak ngah sekali. dah siap kad nanti jemput je la. BFFs timah & angah telah dijemput. mmg tym keje tp kalo dpt dtg sangat2 lah dihargai. 

#guests: Karthig Shan & Staffs. Suji included. Maishiah Jalidah & Co. Staffs included. K.Ogy especially. Hanif Hassan & Co. Even sebulan je dulu tapi kenangan & ilmu sampai mati tak lupa. Pn. Faiza. & beberapa lawyer yang aku kenal. Chambering student yang aku kenal [sgt limited sungguh circle of friend syuhada ni] 

#VIP:- Teacher Dewi, Cikgu Anisah, Cikgu Zaharahni. Majistret or Hakim dijemput juga tapi selalunya possibility diorang nak dtg macam rendah. tapi prepare ajolah. 

tu je ke list aku? So far tu je la yang melintas dalam kepala. list akan diedit kemudian. itu sudah pasti. esok adalah sheera's long call day. I'm proud of u, buddy! Congrtz!!

Saturday, January 12, 2013

Berangan Tengah Pagi

Pukul 3 pagi kalo ikut jam laptop ibu ni. 3.06 a.m to be exact. td blackout, dekat sejam. so tidur dah terganggu. dan bila dh terganggu, tak dpt nak lelap- marilah berangan. [sengih gedik]

dimulakan dgn berangan psl chenta hati. minggu dpn 'Missing You' tamat la. so tak payah dah tunggu tiap-tiap rabu & khamis mlm utk live streaming. 1st drama wat aku sanggup tunggu live streaming even sepatah haram aku tak faham ckp korea tu. [nampak babe? i chenta mati kat u ni] berangan nk g honeymoon ke korea n shoot post-wedding's pics mcm ni


owh. suwit muwitnye la hai. haip! tp perasaan ni tak blh dilayan-layan. tak baik utk kesihatan mental dan fizikal. kang kot meroyan nak kawen cpt. kawen cpt konon. huh!

Siang td- jumpa en. nan utk settlekan psl long call. rasa mcm nak meletup jantung-terburai air mata [drama queen sungguh la dia ni] bila en.nan offer wat 30hb 1 tym bday ayah. dlm hati- la, ni ke hikmah BM aku tak siap-siap? mintak-mintak dapatla tarikh tu. so that will be my birthday present for ayah. tolong doakan sekali ye. ibu tanya bila nak wat kenduri- so maknanya akan ada kenduri. banyak benda nak fikir. nak g betulkan robe, nak tempah kad jemputan, nak tanye k.ani psl reception. adeh. tp tak pe. asal dpt long call msa bday ayah. tetibe rasa exited balik nk LC. 

bln 3 start officially keje. takpun start awal kalo plan vacation tak jadi. niat ade nak berjalan tp kewangan n ada beberapa mslh teknikal memungkinkan plan vacation ni mcm tak jd je. tp yg penting aku mmg nak cuti lps LC. melegakan segala wire2 otak yg serabut selama dekat 10 bulan ni. rehat dulu then wire2 otak akan digunakan sampaila nyawa dicabut malaikat. berbalik isu keje, ibu ada ckp suruh aku beli kete lain sbb sian ayah tak de kete. [viva dia adik guna n lps adik smbung bljr, abg plak guna] aku garu kepala. gaji kalo ribu riban tak pe. ni baru nak start hidup dh kena pikir itu ini. ngan duit pinjaman tak bayar lg. nak sambung bljr lg. nak tambah beli kete baru? kalo ikutkan mmg plannye aku hanya sambung byr Persona ibu tu, tp kalo beli kete baru mcm lg banyak je kos. mampu ke? Ibu ckp proton wat promosi utk student so tak pyh bayar down payment. kalo tak byr, mkna lagi mahal ke pe? adehhhh. 

tapi dah nama pun tajuk post utk berangan, jd marilah berangan. ikutkan hajat hati, dari dulu sampai la kini, 1st car mmg aku berangan nak beli Satria Neo. 


santek kan? meleleh air liur. tp bila tgk harga n monthly payment yg harus ditanggung- telan air liur. haih. money is not everything but everything is about money wei. [tepuk dahi] [tepuk bantal]

good night. esok sy keje. ye. saya bangla. hah. 

Thursday, January 10, 2013

Mayday Mayday

Tangan gatal nak mengupdate [rasa mcm dh penah guna ayat ni before. adeke?] tp hati lagi exited. Nothing special pun. Just- rasa nak membebel. Okay. Since tak de particular topic nak dibebelkan- so i just tulis what cross my mind la kan. 

First: Maria Elena. 
she is a blogger. famous one. baru je tahu about her sbb gambar n video kawen yg super cute & selambe gile. but most importantly- i suke dia because she admit yg its a struggle to berhijrah. especially part yg b4 dia berhijab, she did what she thought was right- pegang tangan like what normal couple did. yeah. i use d word normal. ke-bi-a-sa-an. biasa kan couple pegang tgn. kan? but penghijrahan membuatkan dia & the supportive bf nekad utk tidak melakukan perkara2 sebegitu. sehingga mereka selamat diijab kabulkan. jujur. saya suka. honestly- i hate people yg ckp pung pang pung pang- but then- habuk pun tarak. entahlah. malas nak cakap banyak. mana tahu, esok lusa aku plak yg buat. 

Second: Chambering & Soon-to-be lawyer
birokrasi. dokumentasi. semuanya meletihkan. ah. and senior lawyer. hmm. yesterday was a tough day. i took d whole day to recover from those insulting & sarcastic words. lets take it as a lesson. so, one day when i become a senior lawyer, i wont insult a pupil like dat. pupil is human. how incompetent they are- they are still human. remember that syu. for d rest of your life.

Third: Park Micky Yoocun
I miss You, Babe. as usual la kan. u know what babe, your future father-in-law kan. dia kan.. aish. how can ayah said- lelaki mata sepet ni yg ko kata ensem? almost perfect what. how could you, ayah. how could you. owh! sedeh!

Fourth: Sheera
sedih tak dpt LC sama. selepas susah senang bersama. we always there for each other. mcm aur dgn tebing org kata. bnyk supportive word n nasihat. still remember what she told me- cik syu, ada dua org manusia yg tak blh dinasihatkan. 1st org bercinta. 2nd org yg kaya. dunno sama ada betul ke tak- but from experience yg 1st tu nampak betul. hah. kenangan sungguh.

Fifth: Kelam kabut
lately sangat messy la hidup si syuhada ni. hari ni worst la. nothing goes according to what i want. print tak blh. purse MIA. phone MIA. almost accident. aisy. takde ubat ke blh control kelam kabut? actually post ni entitled mayday mayday sbb kelam kabut aku ni la. dlm cite korea heroin kelam kabut sgtla cute tp in real life- horrible seh. sometyms menyusahkan org & selalunya menyusahkan diri sendiri. Gelabah mak nenek kata bos. nampak? tak cute lansung. heh!

Last: Lapar.
aku lapar. then jumpa lawak bengong ni. sumpah aku terkikih kikih gelak.

kihkihkih. tp lapar still tak hilang.

dahla. esok nak g KL. menyelesaikan benda yg sepatutnya aku selesaikan sebulan dulu.
wish me luck.

Monday, January 7, 2013

Love Note: Missing You

To my dearie- Park Micky Yoochun. 
Babe, u know that I love U right? and all Chunsa knew that u r definitely the best in acting but babe, i have some issues regarding your current drama with the goddess Yoon Eun Hye- 



but most importantly-



all over again??! wholeheartedly pulak tu
[gif not mine. credit to the owner].

Friday, January 4, 2013

Si Perengus

Time kecik-kecik penah baca cite Snow White? Tak pernah? Hilanglah nikmaat zaman kanak-kanak korang kalo tak tahu Snow White. Bukan budak namanya tu. heh. Lebih kurang 19 tahun dulu, ibu & ayah rajin beli buku cerita ala2 prinses ni utk aku. [niat diorg baik utk jadikan anak dara diorg ni lemah lembut ala2 prinses tapi tulah. lain plak jd. heh] Salah satu buku adalah Snow White & 7 orang kerdil. Dalam cite Snow White yg dah di-translate ke BM, salah seorang dari 7 orang kerdil tu dipanggil Si Perengus or Grumpy dlm versi omputihnye. 


tgk gambar ni pun korg tahu Si Perengus a.k.a Grumpy tu yg mana kan? Pemarah. Sama macam aku. Macam yg aku pernah mention sebelum ni, aku mmg seoarng yg panas baran. sabar cepat hilang. But then- aku hanya lepaskan marah pd org2 yg aku selesa sahaja. Bila sentap dgn org yg aku tak biasa, aku prefer diamkan saja. Muka mmg tak blh tipu la. Aku mmg macam open book, babe. Senang sgt nak dibaca. Tapi nama aku nak tembak dan2 tu jugak mmg tidak lah. Kenapa buat gitu? Sbb aku takut & penakut. 

Orang-orang yang aku selesa adalah org yang kenal aku. tahu aku dan hopefully faham aku. They wont leave me if i show them my true self. They wont judge me. They wont talk bad about me behind my back. They will come straight to me and tell me that i did wrong in a very acceptable way since they know me well. Tapi dlm keadaan yg Vise Versa i.e org2 yg aku tak selesa- orang-orang tu akan menghukum aku. Hukum alam. Jadi aku play safe. myb i'm afraid of losing them- maybe. but as long as diorang tak harm aku & family, no point nak membalas. In fact, selaku orang-orang yg aku tak berapa selesa, diorang tak important pun dlm hidup aku. Sekali tu je la jumpa, pastu mmg bye-bye la. 

Aku kagum yang amat dengan kesabaran ibu. Memang. Tulah manusia yg paling sabar yg pernah aku jumpa dlm dunia ni. [ah. except tym dia drive. heh] Teringin nak jadi macam ibu, tapi blm juga dapat2 lg. Aku cuba kawal kemarahan dengan mengelak dr bercakap masa marah. Mengasingkan diri & dengar lagu kuat-kuat. tapi u know what, suara ibu selalunya akan buat marah aku yang meluap-luap tu slowly fade away. sungguh aku tak tipu. Tym bljr dulu- hangin je aku terus call ibu and suruh dia cakap. Aku dgr je. Sepatah haram tak cakap. 

Islam tu kan syumul. Ade je doa utk hilangkan marah. 


tapi menjadi manusia beriman lemah longlai cam aku ni, selalu sangat lupakan Allah s.w.t. Astaghfirullah.. Bila fikir-fikir balik wat pe la aku nak marah? Contoh mcm kes BM aku yg belum settle2 ni. Cik Mona tu kerani yg uruskan je. Yg sign sume tu pegawai atasan. Orang tu g out station ke bercuti ke pe benda cengkadak-ulek yg dibuatnya pun bukan ada kena mengena ngan Cik Mona tu. Dokumen aku hilang ke, Setiausaha naik pangkat ke, Proposal blm approve ke, Printing blm siap ke. Seyesly sume tu bukan salah dia. so relaxlah. Memang tak de rezeki agaknya nak longcall sekali dengan Sheera. Takde rezeki, adalah hikmahnya tu. [ok. tipu. hati aku panas balik. Baca doa, syu! Baca doa!]

Bila fikir-fikir lagi, kita sume akan mati. Nak marah-marah pun tak de guna. Tuhan tu Maha Adil, Dia tahu. Dia Maha Mengetahui. Satu hari nanti aku akan masuk liang lahad juga. 1.1.2013 aritu aku hadiri pengebumian seorang saudara, kira pangkat sepupu- Along Ujang [Al-fatihah utk Arwah. Juga utk ayah ex-housemate- Che wan.. Semoga Allah merahmati roh mereka] Masa dengar talkin, meremang weh. Penah dengar? Ni contoh. aku google kat internet. 

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa sanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. 

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."


Takut dengar talkin. Takut mati. Takut neraka. Tapi lepas beria-ia rasa cuak dan insaf kat kubur, balik je aku wat dosa balik. Astaghfirullah. Lemahnye iman kau, Syuhada oooooiiii. 

Astaghfirullah. Astagfirllah. Astagfirullah. 

To Whom It May Concern: My Side Story

Because we care. Because you are precious to us. And simply because we love u