Thursday, January 24, 2013

Mencari Keikhlasan

Cuti umum. Pagi-pagi dah online. Godek punya godek, found this Tazkirah di FB. Tajuknya 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W. Tazkirahnya berbunyi ; Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda; 

'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan.. PertamaAku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA...

KeduaAku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. KetigaAku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. Keempat, Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

KelimaAku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. KeenamAku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. KetujuhAku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

KelapanAku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. KesembilanAku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut"

tahu apa reaction first lepas habis baca tazkirah ni? aku diam [sambil mengeluh panjang dalam hati] Perkataan ikhlas diulang-ulang banyak kali. So, Ikhlas ni apa? Buka google dan jumpa di sini yang maksud ikhlas adalah :-

" melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

jumpa lagi satu maksud ikhlas kat sini [basically d same]:-

"menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dr segala noda individual mahupun duniawi. tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi hari akhirat"

dulu, aku pernah post pasal intention nak g umrah. and beberapa isu yang berbangkit antaranya pasal ikhlas. aku start question hati sendiri, niat sendiri. apa niat aku hendak ke sana? nak melancong? nak menyombong dengan org? nak menunjuk-nunjuk? nak doa jodoh di Jabal Rahmah? main point aku apa? ah, kacau! 

in fact masa tulis ni, hati aku betul-betul ikhlas ke? betul ke nak muhasabah? ke nak menunjuk-nunjuk alim macam apa yg kau fikir org lain buat? uih. jahat aku ni wei. Bila fikir-fikir balik, banyak benda aku buat tak ikhlas. [gulp] habis ah aku kat akhirat sana. adehh. 

Blog yang ini [link lagi] bercerita tentang ikhlas. in fact menjawab apa yang aku pertikaikan dalam hati selama ini:-

"Niat ialah mainan hati. Sebab itu kita perlu selalu berkomunikasi dengan nurani sendiri. Semadikan dalam-dalam, 'kerana Allah', di tiga situasi- sebelum beramal, semasa beramal, dan sesudah beramal.
Dan di setiap sela masa itu, kita perlu memperbanyakkan istighfar atas segala lintasan hati yang buruk-buruk, jika ia tercetus. Padamkan bara-bara riak dan ujub dengan sejuknya istighfar. Jangan sesekali biarkan diri anda terbuai-buai dengan mainan perasaan.

Akhir kata, saya sendiri tak pasti saya ikhlas atau tidak menulis saat ini. kerana ikhlas ialah kerja kita dan Allah. Hanya kita dan Allah yang tahu. Sebab itulah kita sebagai orang asing dalam roh seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya berlagak konon-kononnya kita tahu apa yang sedang bermain dalam hati seseorang. Kita serahkan niat mereka kepada Allah.

Tapi yakinlah, 'siapa yang berhijrah dengan niat mahu mengahwini wanita yang dia sukai, maka hijrahnya ialah untuk wanita yang dia ingin nikahi itu.'"

Semoga kita berjumpa dengan apa yang kita cari. InsyaAllah. Salam Maulud Nabi. 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

No comments:

Post a Comment

senyum <3